Khamis, 26 Ogos 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!

Posted: 26 Aug 2010 07:15 PM PDT









Oleh: Pria Malaya

Umno Bahagian Taiping melalui ketua bahagiannya, Dato Shalimin Ahmad Shafie boleh didakwa telah menyalahgunakan masjid demi keuntungan politik apabila terang-terangan membuat program anjuran parti di dalam sebuah masjid di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping semalam (Khamis, 26 Ogos 2010)..

Ini sekali gus telah melanggar dan menghina titah tuanku sultan yang melarang sebarang aktiviti politik di dalam masjid...(siap banner berlambangkan Umno/BN diangkut ke dalam masjid)...

Persoalan sekarang, kalaulah yang anjurkan program ini adalah dari PAS atau PR, kemudian ada plak banner/kain rentang memaparkan ketiga2 logo/bendera parti ini dan banner ini kemudiannya diletakkan di dalam masjid, rasa2nya apa komen penyokong gerombolan? apa tajuk berita Utusan Malaysia muka depan?...

Korang pun dah dapat agak jawapannya..bahawa hipokritnya parti yang bernama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini...sendiri buat undang2, sendiri langgar..fikir2kan..wallahua'lam..


Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
- Koleksi isu/berita Umno salahguna masjid dan surau utk tujuan politik mereka

Bukan Islam masuk masjid: Penyokong Umno bodohkan diri sendiri..

Posted: 26 Aug 2010 05:30 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Bagi sebahagian penyokong tegar parti Melayu Umno, adalah haram secara mutlak org bukan Islam memasuki rumah Allah, apatah lagi jika mereka itu terdiri dari wanita bukan muslim..

Terbaru, isu ADUN dari DAP masuk surau al-Huda Kajang Sentral..dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini...

Alasan mereka, sebab tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan alasan yang famousnya, sebab tak mandi junub (hadas besar)..so, dorang tak boleh masuk rumah Allah...boleh tengok antara alasan lawak oleh blogger Umno kat sini, dan banyak lg...

So, kita nk tanya la totok Melayu Umno ni, kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? dorang tau ke apa tu mandi junub? sah ke mandi junub dorang?..ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu?




Gambar atas ni antara contoh (pelancong) bukan Islam yg melawat masjid di negeri bawah takluk Umno...siap berselur pendek lagi..mungkin bg penyokong Umno, wanita dan lelaki ini telah suci dari hadas besar, sudah mandi junub, dan wanita itu tidak datang bulan (haid)..so, ianya tidak salah dipandangan Umno..tapi jika ia datangnya dari musuh politik mereka..korang faham2 lah sendiri....

Inilah realiti mentaliti pemikiran Umno...begitu hasadnya pada lawannya sehingga sanggup menjaja fitnah dan tohmah, ditambah2 cerita dan reka..dengan bantuan media yg telah disalahguna, maka berita ini disebar2kan..kerana itulah tidak pelik jika kita kerap melihatblogger Umno terlompat gembira berterima kasih kpd Utusan Malaysia kerana menjadi agen penyiar rasmi berita/isu fitnah yg dibangkitkan...contoh di sini..sungguh senang kerja mereka..

Pada penyokong tegar Umno, boleh baca 'fatwa' JAKIM berkenaan org bukan Islam memasuki masjid di sini, "MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN", dan pernah disiarkan dlm Berita Harian Mac 2008...jangan jahilkan diri sendiri...WALLAHUA'LAM...



Antara fitnah yang direka2 ialah:
- ADUN DAP tersebut sedang memberikan ceramah/tazkirah selepas Terawih atau antara dua Terawih (contoh di sini)

Antara berita yang cuba disembunyikan ialah:
-ADUN tersebut telah memperuntukkan sumbangan/bantuan untuk surau berkenaan yang tidak pernah terfikir dibenak penyokong Umno sebelum ini..(Blog MP Serdang)


Sumber gambar: Al-Banjari Online

p/s: Penulis tidak mengatakan setuju atau tidak dgn tindakan ADUN tersebut..seperti kenyataan yg dikeluarkan JAKIM, ia terserah atas budi bicara tuan atau AJK surau/masjid berkenaan dan niatnya mestilah baik serta tidak memusuhi Islam...

Namun, dek kerana isu ini diwujudkan dgn niat jahat dan disertakan dengan fitnah dan ditambah2, dikaitkan pula dgn 'hasil didikan PAS', maka penulis cuba 'menjawab' sepertimana di atas..semoga menjadi pengiktibaran..wallahua'lam..

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Wajah munafik: Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

GEMPAR: MCA 'hina' kesucian Islam!..apa komen penyokong Umno?

Posted: 26 Aug 2010 10:43 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Jika dahulu, penyokong tegar (totok) Umno begitu sensitif bila mendengar atau terbaca berita parti/wakil rakyat bukan Islam (dari kalangan Parti PR) telah membuat/menganjurkan majlis/program utk orang Islam..

Mereka semahunya membantah wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR yg menganjurkan majlis khatan, majlis tilawah al-Quran, majlis berbuka puasa, dan sewaktu dengannnya dgn alasan ia adalah satu perbuatan menghina Islam...

Ia seolah2 satu perkara yang harus ditentang kerana menyalahi adat dan budaya orang Melayu di Malaysia...ia seolah2 meletakkan Islam di tahap yg tidak sepatunya dan lain2 lagi...

Tambah mereka lagi, ia adalah satu propaganda dan helah bukan Islam utk menarik sokong orang Islam utk menyokong gerakan mereka..mereka (wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR) tidak ikhlas, hanya tujuan politik, pancing undi dan sebagainya..

Maka, berbondong2lah makin, hinaan dan cercaan dilemparkan kepada wakil rakyat terbabit...PAS turut menerima tempiasnya..dituduhnya PAS bersekongkol dgn bukan Islam menghina Islam, dan lain2 lagi...

Hari ni, diberitakan sekutu rapat Umno yang pernah menghina kesucian agama Islam sebagai terkebalakang, mundur dan sebagainya, iaitu MCA, akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada hari Jumaat (hari ini) utk umat Islam..

Timbul persoalan, apakah reaksi penyokong totok Umno dlm isu ini? apakah tindakan puak2 gerombolan dlm kes ini?..apakah MCA juga telah menghina Islam, sekaligus Umno turut bersekongkol menghina Islam?...apakah MCA ikhlas dlm menganjurkan majlis berbuka ini tidak seperti DAP?..apakah orang Islam dlm Umno gagal menyediakan majlis berbuka ini sehingga org bukan Islam, MCA terpaksa menyediakannya?..

Sama2 kita saksikan jawapan 'walharamu, walhalalku' dari penyokong gerombolan...wallahua'lam...


P/s: Dipetik dari sumber berita di sini...

"Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir."

Artikel berkaitan:
- Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?
- MCA terus terkehadapan perlekeh Islam: Kali ini hasut DAP supaya pertikai dasar Islam Kelantan!

Edisi Mesti Baca: "Kalau PAS tak tutup kilang arak sbb takutkan DAP, Umno buka kilang arak dahulu sebab melutut pada siapa?" - Khalid Samad

Posted: 26 Aug 2010 09:04 AM PDT

Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Noh dalam wawancara itu secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak berkenaan.
'Berenang dalam arak'

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian.

Khalid bagaimanapun menjelaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatannya ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang berkenaan mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang turut dibangkitkan oleh Noh ketika diwawancara Malaysiakini, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, katanya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya.

Isu Khutbah Jumaat: Kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang satu tamparan hebat buat Umno PP

Posted: 26 Aug 2010 08:38 AM PDT

Kenyataan (artikel) asal oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob boleh baca di sini..

Khutbah: Polis lunak, hanya Umno serang hebat

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berhubung isu khutbah di negeri itu sebagai pelik.

"Seingat saya, polis hampir tidak pernah gagal bersikap keras kepada pembangkang.

"Tetapi apabila Ayub bersikap begitu lunak, adakah ia bermakna tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Ustaz Zakaria Ahmad (khatib) yang diserang hebat oleh Umno itu?" kata beliau.

Polis Pulau Pinang, kata Mohamad, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat "jerit-pekik" Umno kononnya Zakaria menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Ketika kita pun ingin tahu apakah kesalahan yang kononnya dilakukan, tiba-tiba Ayub menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Umno menggunakan semangat Ramadan untuk mengetepikan perselisihan masing-masing berhubung isu khutbah itu.

"Kenapa polis lunak sangat? Polis tidak takutkah Umno akan histeria lagi dengan sikap lunaknya itu. Mustahil polis tidak takut kepada Umno," kata Mohamad.

Ketua Polis Pulau Pinang itu berkata, berkata dua minggu pertama Ramadan merupakan ujian kepada setiap orang dan kesemua pihak terbabit perlu menggunakan tempoh menjelang 1 Syawal ini untuk mencapai jalan damai.

"Letakkan di tepi salah faham dan ketegangan dan uruskan (dengan baik) separuh kedua bulan Ramadan," kata Ayub kepada pemberita selepas menerima sumbangan kerajaan negeri sempena Aidilfitri.

Mohamad tidak menolak kemungkinan Umno sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan Ayub itu.

"Walau dengan apa cara pun, yang paling penting bagi Umno ialah ia mahu melihat kerajaan negeri Pulau Pinang dipersalahkan atas isu khutbah itu.

"Bila Ketua Polis suruh letak di tepi salah faham dan ketegangan, itu sangat bertentangan dengan keinginan Umno yang belum dapat lagi merawat kekecewaanya kerana kehilangan kuasa di Pulau Pinang," katanya.

Isu membaca doa untuk Lim kononnya bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim memberitahu siasatan awal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menunjukkan tindakan menukarkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim tidak pernah berlaku. - Harakahdaily

Fitnah isu khutbah: Tempoh dua hari mohon maaf atau berdepan dengan tindakan saman - Khatib masjid

Posted: 26 Aug 2010 08:11 AM PDT



Isu khutbah: Khatib Zakaria mahu saman

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

"Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak," kata beliau.

Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.

"Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.

"Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai," kata Zakaria.

Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.

"Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya.

Beliau juga telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Polis Pulau Pinang juga telah mengambil keterangan Zakaria kelmarin,

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut. - TMI

Doa Untuk Bukan Muslim: Dari kaca mata Dr. MAZA

Posted: 26 Aug 2010 07:32 AM PDT



Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya 'malu') dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: "apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam.

Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?". Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan 'sejahtera' itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;

1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia 'Islam adalah agama yang rahmat', pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan 'assalamualaikum' sahaja. Perkataan 'assalamualaikum' itu memang bermaksud 'kesejahteraan ke atas kamu'. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan 'salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam'.

Tidakkah 'salam sejahtera kepada bukan beragama Islam' itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru 'salam 1 Malaysia' juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas'ud:

"Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar". Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:

"Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:

"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya. - Blog Dr. MAZA

Versi dan ulasan ThemalaysianInsider...

Isu khutbah: Apakah 'Salam 1 Malaysia' juga haram, soal Dr Asri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Di sebalik kontroversi doa dan isu khutbah, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan mengapa salam baru — "Salam 1 Malaysia" yang turut didakwa mendoakan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat berbilang kaum tidak diharamkan jika ia bertentangan dengan hukum Islam.

Sehubungan itu, kata Asri (gambar), ahli-ahli politik tidak kira fahaman politik seharusnya mengelakkan fatwa-fatwa yang tidak konsisten yang beliau sifatkan sebagai "fatwa ala Taliban."

Beliau percaya bahawa ekoran isu khutbah sekarang kemungkinan ada fatwa-fatwa baru akan dikeluarkan dan ia seharusnya tidak mencetuskan suasana "porak-peranda dan prejudis."

"Demikian salam ciptaan baru 'salam 1 Malaysia' juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim.

"Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa," katanya.

"Salam 1 Malaysia" menjadi ucapan yang diamalkan sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

"Semua parti politik utama bagi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu Umno dan PAS hendaklah mengelakkan fatwa yang tidak serasi dengan keharmonian dan kehidupan negra ini, dalam konteks Malaysia... kerana Islam itu mengutamakan keamanan dan kedamaian," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Asri menjelaskan, di Malaysia secara praktiknya, orang ramai sudah biasa dengan amalan memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

"Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan 'assalamualaikum' sahaja.

"Perkataan 'assalamualaikum' itu memang bermaksud 'kesejahteraan ke atas kamu'. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan 'salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam'," katanya.

Justeru soal Asri, tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka.

"Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?" kata tokoh agama ini yang lazimnya melontarkan pandangan-pandangan dilihat 'progresif'.

Dalam tulisannya itu di bawah tajuk "Doa untuk bukan bukan Muslim: Bicara harmoni buat Mufti Perak", tambah Asri, para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup.

"Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan," katanya lagi.

Asri menambah, pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara ini khususnya dalam dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

"Kita memberitahu dunia 'Islam adalah agama yang rahmat', pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya.

"Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu," katanya.

Asri berkata beliau akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian.

Katanya, doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik dan juga mungkin tujuan kempen politik.

"Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana," katanya lagi.

Sehubungan itu Asri menjelaskan, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredahan sesuatu pihak semata.

Jelas beliau, hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian.

"Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda.

"Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

"Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?" ujar beliau lagi.

Asri juga berkata, "perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini."

"Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.
- TheMalaysianInsider

Tiada ulasan: