Khamis, 5 Ogos 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


AWAS: Kempen Umno/BN semakin jahat dan merbahaya.....

Posted: 05 Aug 2010 09:01 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sejak mutakhir ini, gambar diatas yg memaparkan keratan akhbar Harakah (kononnnya) telah dijaja oleh penyokong Umno ke merata2 tempat khususnya diruang maya..ianya kemudiannya dipercayai bulat2 pengikut taksub dan fanatik parti Melayu itu, tidak kurang orang awam yg terpengaruh dengan tektik jahat penyokong gerombolan ini...

Namun, selepas diselidik, ia sebenarnya hanyalah gambar superimpose atau makna lain telah diedit dgn niat jahat utk menimbulkan persepsi kebencian terhadap saudara Anwar Ibrahim, Harakah, Mat Sabu dan PAS itu sendiri...

Mohon rakan-rakan sebarkan pembongkaran fitnah jahat yg dilakukan oleh mereka ini..kononnya iangin bersatu atas nama Melayu dan Islam, tetapi berperlakuan hina dan menjijikkan...wallahua'lam...

Dari blog "amenotipusitusanasini.blogspot.com"...


Dengan menggunakan software ini akhirnya saya telah berjaya membuktikan bahawa gambar keratanakhbar HARAKAH di atas adalah super impose semata-mata.

Selepas neh akan menyusul dengan lebih banyak pembongkaran gambar-gambar super impose.Nampak nya geng-geng UMNO akan terduduk sebab bukan hanya dowang je yang pandai gunakan medium INTERNET untuk menipu khayalak, kami pejuang-pejuang PAS/PR pon nak pandai gunakan medium INTERNET untuk sebarkan DAKWAH dan memerangi FITNAH!




**baca pendedahan seterusnya di sini..

Artikel berkaitan:
- BONGKAR: Blogger Umno pendusta dan munafiq - Gambar Zaid telah dipalsukan!
- Gambar palsu: "Gerakan Anti PKR (GAP) gila, berlagak pandai, bodoh serupa lembu, hampeh, cibai" - Forumer Umno
- Biadap dan kurang ajar: Himpunan lakaran aib blogger fanatik Umno, jeffrydamien09..

Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka

Posted: 05 Aug 2010 08:37 AM PDT



PAS dakwa Umno salah guna masjid di ibu negara

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Pemimpin PAS Dr Lo'Lo' Ghazali mendakwa pemimpin-pemimpin Umno salah gunakan masjid di ibu negara awal minggu ini untuk tujuan kempen politik mereka.

Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkata, dengan pemimpin-pemimpin Umno memberi ucapan politik di Masjid Alam Shah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melanggar arahan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Selepas Isyak, solat diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, majlis diisi dengan ucapan Ketua Umno Cheras, pemangku ketua Umno Titiwangsa Umno dan juga menteri," kata Dr Lo'lo' pada sidang media di sini hari ini.

Isu PAS menggunakan majlis untuk tujuan politik pernah muncul ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sasaran serangan.

Kata Dr Lo'Lo', sesi "bertemu rakyat" yang dianjurkan oleh jabatan dan Ketua Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali telah mengaku ada menjemput pemimpin-pemimpun Umno setempat ke majlis tersebut.

"Pengacara majlis, pemimpin-pemimpin Umno dan menteri tidak maklum tentang kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa meskipun mereka diberitahu oleh ketua pengarah," kata Dr Lo'lo' lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu menambah, sebelum majlis kelmarin Jamil Khir telah menghadiri sekurang-kurangnya lima program seumpama itu yang disokong oleh Umno di kesemua bahagian Parlimen di ibu negara.

Katanya pemimpin-pemimpin Umno sewajarnya menggunakan masjid sebagai platform untuk menyatukan umat Islam.

"Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata 'kami mengambil berat tentang orang Melayu dan Muslim, dan itu sebab kita ada di sini' tetapi pada masa yang sama mereka mengabaikan kami," tambah Dr Lo'Lo'.

"Menteri yang dilantik untuk mengawal selia agama Islam seharusnya menggunakan majlis itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa kita bersatu dan tiada perbezaan politik mengambil tempat di masjid," katanya lagi.

Dr Lo'Lo' juga mendakwa jabatan itu enggan bekerjasama dengan PAS dalam menganjurkan program-program Islam dengan kerjasama parti itu.

"Apabila kami mengesyorkan bahawa PAS ingin bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah selepas program itu, ketua pengarah berkata kami boleh membuat permohonan, tetapi menyedari implikasi politik dengan respons beliau, beliau berkata beiau kena kaji dengan mendalam sebab PAS bukan menguasai kerajaan," katanya.

Oleh itu kata beliau, jabatan tersebut seharusnya konsisten jika agensi persekutuan serius dalam melarang aktiviti berunsur politik di masjid. - TheMalaysianInsider

Dari blog Dr Lo' Lo'.....
- Menteri Hal Ehwal Agama Islam bersekongkol dengan UMNO mencemar institusi masjid dengan politik sempit mereka

Artikel berkaitan (mesti tengok):
- Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
- Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

Tiada ulasan: