Isnin, 23 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ditawar RM300ribu tutup mulut bekas mentari pindah wang RM25juta

Posted: 23 Aug 2010 09:47 PM PDT

Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Beliau ditawarkan sebanyak RM300,000 untuk menutup mulut dalam skandal pemindahan wang secara haram melibatkan bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Mohamed tetapi apabila janji itu tidak ditunaikan maka beliau bertindak membuka rahsia.

Menurutnya, Mohd Zin yang dilantik ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi didakwa terlibat dengan aktiviti memindah wang haram daripada seorang agen jualan am di Bangladesh bernilai RM25 juta.

Mohamad Tahir Fazal Mohd, yang juga rakan kongsi bekas menteri itu memberitahu para pemberita di sini bahawa beliau telah membuat laporan terhadap bekas menteri itu dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal bertindak ke atas laporan itu kerana Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri Abdullah, yang lebih mesra dipanggil Pak Lah itu.

"Pegawai-pegawai BPR berkata mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan ke atas kes ini. Bekas menteri itu kemudian digugurkan dari kabinet sebaik sahaja (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) mengambil alih pentadbiran," terang beliau.

Walaupun terpaksa menunggu selama enam tahun untuk mendedahkan perkara ini, Tahir berkata sekarang ini adalah masa yang sesuai kerana beliau mendapat semua bukti dan kini bersedia untuk diserahkan kepada SPRM.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, bekas menteri itu buat pertama kali terlibat dalam pemindahan wang haram dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Silkways Cargo Services Limited dan wakil Malaysia Airlines System (MAS) untuk tiket penerbangan dan kargo di Bangladesh.

Dan beliau tidak berhak ke atas wang tersebut, kata Tahir, kerana beliau tidak pernah didaftar sebagai pengerusi dan pemegang saham syarikat itu, sepertimana yang dikehendaki di bawah Pendaftar Syarikat-Syarikat Usahasama Saham Bangladesh.

Tahir berkata, hubungan bekas menteri itu dengan syarikat hanya berdasarkan persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 18 September 2000 di Kuala Lumpur dan tidak pernah diiktiraf oleh Bank Pusat Bangladesh yang membolehkan beliau menerima keuntungan secara sah.

"Beliau juga tidak mendaftar namanya dalam Lembaga Pelaburan Bangladesh, satu keperluan untuk rakyat asing yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat," katanya. Pengarah Urusan ditahan, pengerusi bebas ?

Tahir seterusnya mendedahkan bahawa Pengarah Urusan Silkways Cargo di Bangladesh, SK Farid Ahmed Manik, yang didakwa memindahkan wang kepada bekas menteri, pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh pada 2007.

Beliau juga memberi akuan bersumpah kepada pihak berkuasa dan media pada tahun yang sama mengenai hubungannya dengan bekas menteri itu dan bagaimana beliau memindahkan wang secara haram kepadanya," katanya.

Tahir turut menuduh bekas menteri itu "menipu" MAS dengan menyediakan Jaminan Peribadi Pengarah-Pengarah pada 2001 walaupun "beliau tahu beliau bukan pengarah berdaftar syarikat itu.

"Dan bagaimana MAS tidak tahu tentang perkara ini?," soal beliau, menambah bahawa "orang-orang" bekas menteri itu cuba "menyogok"nya supaya menutup mulut.

"Apabila beliau (bekas menteri) bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi Umno pada 2005, saya mengugut untuk mengedarkan semua bukti kepada para perwakilan.

"Saya ditawarkan wang ringgit supaya berdiam diri tapi saya tidak dibayar walau satu sen. Saya bersedia untuk disaman dan saya mempunyai kesemua bukti untuk melibatkan beliau dalam kes ini," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mengiringi Tahir dalam satu sidang media hari ini, juga mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera tentang perkara ini.

"Tapi kami bukan hendak menjatuhkan sesiapa kerana beliau adalah seorang ahli parlimen tapi kami mahu penyiasatan tentang kes ini kerana terdapat kes untuk mendakwa beliau," katanya.

Ahli Parlimen itu berkata mereka akan memberi semua bukti dokumen kepada SPRM hari Khamis ini.

Percubaan untuk menghubungi bekas menteri itu untuk mendapatkan komen gagal kerana panggilan telefon tidak dijawab. Sebelum ini, beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan. - Free Malaysia Today

STONE: Setiap kesalahan-kesalahan yang melibatkan jerung-jerung politik/kabinet, pihak berkuasa perlu mendapatkan kebenaran Tok Ketua dulu sebelum boleh melakukan siasatan. Kes ini terjadi di zaman pak lah ... Sebenarnya amalan tersebut berterusan sehingga kini. Samada polis atau SPRM perlu mendapat kebenaran PM terlebih dulu sebelum boleh menyiasat sebarang salahlaku menteri-menteri kabinet atau orang-orang kuat politik umNO/BN khususnya.
Apakah ini menunjukkan kerajaan kita benar-benar telus?
Telus kepala bapak depa .... cakap tak serupa bikin ...

PELIK : Isteri ditunangkan dengan lelaki lain

Posted: 23 Aug 2010 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia 'menyerah diri' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), apabila meminta pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadap pernikahannya dengan seorang wanita.

Najim Alden Mohammad Saide, 39, yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan berusia 26 tahun di Singapura pada 23 April tahun lalu, mahu Jais melakukan siasatan terhadap dia dan pasangannya.

"Saya membuat aduan di pejabat agama di Shah Alam supaya ada siasatan. Berikutan itu, kami akan dipanggil pada 25 Ogos ini," katanya.

Pada 5 November tahun lalu dia memfailkan permohonan pengesahan nikah mengikut Seksyen 12 (2), Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Penghujahan kes terbabit difailkan pada 16 Ogos lalu dan akan diputuskan pada 14 Oktober depan.

Dalam satu lagi permohonan iaitu perintah injunksi yang dibuat mengikut Seksyen 199 dan 200 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini, dia mendapat perintah bagi menegah isterinya berkahwin lain.

Mahkamah mengekalkan perintah tegahan berkahwin terhadap isterinya itu sehingga kes permohonan pengesahan nikah mereka berdua selesai.

Sementara itu, Najim berkata, dia terkilan dan kesal selepas mengetahui isterinya ditunangkan dengan seorang pemuda baru-baru ini, sedangkan kes pengesahan pernikahan mereka masih berjalan. - myMetro

HUDUD : DAP perlu fahami dasar perjuangan PAS

Posted: 23 Aug 2010 07:16 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam, bukannya masyarakat bukan Islam.

"DAP tolak hukum hudud mungkin kerana salah faham kerana tidak memahami secara jelas mengenai pelaksanaannya.

"Sebenarnya hukum hudud ini sudah menjadi kewajiban untuk dilaksanakan dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam.

"Kita harap DAP memahami dasar perjuangan PAS kerana kita selama ini tidak pernah menyentuh dasar DAP ataupun dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR). --- SETERUSNYA

Kapal selam tak boleh selam : Lapuran polis terhadap Nurul

Posted: 23 Aug 2010 04:47 AM PDT

STONE: umNO akan terus mempergunakan polis untuk survival mereka. Lapuran demi lapuran akan dibuat untuk terus bernafas. Dan polis, sepertimana diketahui akan segera bertindak terhadap sebarang lapuran polis dari juak-juak umNO ni, tetapi bersikap amat lembap seandai lapuran datang dari pihak Pakatan.
Sebelum ini polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas semata-mata untuk menyiasat tentang apa yang dikatakan nama KM PP YAB LGE telah dimasukan dalam doa khutbah Jumaat dibeberapa buah masjid di PP, walaupun polis sendiri tidak tahu di bawah seksyen mana sepatutnya kejadian itu hendak di kategorikan. Itu lah sikap polis 1Malaysia Najib.
Terbaru, Nurul pula diheret ke kancah mainan politik kotor umNO. Katanya Nurul telah membocorkan rahsia keselamatan negara dengan mengatakan kapal selam Malaysia tidak dapat menyelam (kenyataan) ketika diwawancara oleh akhbar Kompas Indonesia ......
KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Nurul Izzah (30), putri tokoh oposisi Anwar Ibrahim, dituduh berkhianat akibat wawancara yang dimuat di harian Kompas (5/8). Komentar Nurul tentang kapal selam bermasalah yang dibeli Malaysia dari Perancis jadi dasar dakwaan membahayakan keselamatan negara.

Nurul menjawab tuduhan serius itu dalam situs www.freemalaysiatoday.com (FMT). Sementara pihak Angkatan Laut Diraja Malaysia melaporkan Nurul ke Balai Polis Hulu Kelang tanggal 17 Agustus lalu.

Hasil wawancara dengan harian Kompas yang dijadikan dasar tuntutan militer terhadap Nurul adalah keterangan "...kapal selam itu tidak bisa menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah kedaluwarsa."

Oleh sebagian media pro-pemerintah, Nurul pun dicap sebagai pengkhianat nomor satu karena menceritakan kondisi kapal selam Kapal Diraja Tunku Abdurahman yang tak dapat menyelam dan persenjataannya sudah kedaluwarsa.

Dalam jawaban di situs FMT, Nurul menjelaskan, keterangan kepada harian Kompas berdasarkan jawaban yang disampaikan Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Rakyat (parlemen Malaysia) pada 17 Maret 2010 tentang kapal selam tak bisa menyelam.

Sebelum Angkatan Laut Diraja Malaysia mengadukan Nurul ke Polisi Diraja Malaysia, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menilai komentar Nurul sudah mencederai citra Malaysia dan membahayakan negara.

Dituduh demikian, Nurul menjawab tudingan pengkhianat bangsa lebih tepat diarahkan kepada pihak yang membiarkan korupsi merajalela di sektor pertahanan. "Jika Menteri Ahmad Zahid adalah patriot, kenapa tak mendukung Komisi Anti-Korupsi Malaysia untuk menyelidiki pemberian komisi kepada perusahaan Perimekar Sdn Bhd dari perusahaan Perancis dalam pembelian kapal selam itu yang ditanyakan parlemen tanggal 2 Juli 2010," kata Nurul.

Kasus korupsi sebesar 114 juta euro (Rp 1,2 triliun lebih) itu tengah disidangkan di Perancis. Perimekar Sdn Bhd adalah perusahaan milik Abdul Razak Baginda, seorang rekan dekat Perdana Menteri Najib Razak.

Nurul menambahkan, seperti diberitakan Bernama (6/8), latihan Angkatan Laut yang dilakukan setahun sekali di Malaysia demi penghematan dari semestinya tiga kali justru lebih membahayakan keselamatan dan keamanan negara.

Ahmad Zahid Hamidi dalam thestaronline.com (19/8) meminta politisi tak memolitisasi isu pertahanan nasional.(FMT/TheStar/Bernama/ONG) - Yahoo News Indonesia/Kompas.com
- Another police report against Nurul - malaysiakini

DAP kutuk kejadian simbah cat di surau

Posted: 23 Aug 2010 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — DAP mengutuk dengan sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Seremban disimbah cat merah pagi ini ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat tetapi juga adalah suatu perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat demokrasi berpelembagaan, bertamadun dan madani.

"Mengikut Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, yang melawat surau tersebut, terdapat beberapa cebisan botol arak yang mengandungi cat merah di kawasan tersebut.

"Pihak yang bertanggungjawab mungkin rasa provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim memberitahu, DAP berharap polis boleh bertindak cepat menangkap mereka yang terbabit agar boleh dibawa ke muka pengadilan dengan segara.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindar daripada budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya kepada Bernama.

Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. - TMI.

Tiada ulasan: