MIMPI SENJA |
- Ahmad Said MB T'ganu dan kroninya - Mek Hawa dapat kontrak RM8 juta
- Tidak salah mendoakan kesejahteraan pemimpim - Dr Asri
- Jom pi "Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak" umNO Bahagian Jelutong
- Isu Khutbah .. Polis tak tahu, seksyen mana nak siasat
- Isu Khutbah : Kenyataan Media Bersama TKM1 dan Exco Hal Ehwal Agama Islam P. Pinang
- Isu Khutbah LGE : Tak kan 3 laporan polis saja ... buat lah lagi
- Pemuda umNO BODOH ... memang dah BODOH pun ... Hahaha
- Karpal tolak Hudud pendapat peribadi - TGNA
- Hahahaha Pemuda umNO Bagan lapor polis - Sebut nama LGE dalam Khutbah
| Ahmad Said MB T'ganu dan kroninya - Mek Hawa dapat kontrak RM8 juta Posted: 21 Aug 2010 09:45 PM PDT ![]() (Kemaskini - Mek Hawa Dapat Projek Bekal baju Sekolah) KUALA TERENGGANU - Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya? Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS. Walaupun begitu, bukan semua ahli dan penyokong Umno yang mungkin mengenali Mek Hawa ini, kerana Mek Hawa bukanlah dikalangan pemimpin Wanita Umno ataupun pemimpin Puteri Umno. Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said. Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta. Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'. Dalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri. Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah. Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga. SETERUSNYA |
| Tidak salah mendoakan kesejahteraan pemimpim - Dr Asri Posted: 21 Aug 2010 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil. "Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau. Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat "negarawan" tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu. "Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin. "Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori. Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat. "Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya. PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR. "Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan," katanya. Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya. Katanya, jika doa kemenangan dibolehkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat. "Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan," katanya. Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional. Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara. "Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara," kata beliau. Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam. Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal. "Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam. "Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin itu. Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. "Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka. Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini. Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu - The Malaysian Insider |
| Jom pi "Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak" umNO Bahagian Jelutong Posted: 21 Aug 2010 07:29 PM PDT |
| Isu Khutbah .. Polis tak tahu, seksyen mana nak siasat Posted: 21 Aug 2010 07:06 PM PDT Khatib terus doakan Guan Eng |
| Isu Khutbah : Kenyataan Media Bersama TKM1 dan Exco Hal Ehwal Agama Islam P. Pinang Posted: 21 Aug 2010 08:58 AM PDT KENYATAAN MEDIA BERSAMA YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG & YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA 21 OGOS 2010 UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT. UMNO harus membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib/imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. UMNO tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini. Sebaliknya UMNO patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua butir-butir lanjut supaya tindakan dapat diambil. Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib/imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di- Pertuan Agong. Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut. Permainan politik UMNO ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama baik golongan khatib/imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan Negara. Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan UMNO berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh khatib/imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam. Ini adalah perkara lain daripada menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan Ketua Menteri. Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang UMNO. Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib/imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil. Hanya khatib/imam yang tak siuman berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas. Dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri, adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai. Usaha UMNO menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam tidak akan berjaya kerana hakikatnya adalah penghormatan diberikan oleh kerajaan PR kepada Islam yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Contohnya ialah peruntukan untuk pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus daripada RM 12.3 juta pada 2008 kepada EM24.3 juta pada 2010, sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sambutan bulan Al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz. Adakah BN dan UMNO marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan, sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid- masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini. Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh YAB Ketua Menteri, diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Dewan Serbaguna Jawi kepada semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh semua masjid yang hadir. Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh UMNO. Adakah UMNO simpan dendam dalam hati kerana Lim Guan Eng, sungguhpun bukan Islam, telah memalukan UMNO dengan mengharamkan judi bola yang dihalalkan oleh UMNO? YB Dato Mansor Othman YB Abdul Malik Kassim |
| Isu Khutbah LGE : Tak kan 3 laporan polis saja ... buat lah lagi Posted: 21 Aug 2010 08:17 AM PDT STONE : Menurut lapuran Bernama ni yang memetik menteri auuww berkata dah 3 lapuran dah diterima polis bersabit dengan khutbah di PP yang menyebut nama KM LGE menggantikan Yang di Pertuan Agong .... La awat 3 saja ka? Buat la banyak-banyak lagi ... hehehe. Rajin sungguh depa ni kan ... Yang boleh aku kata - Polis MESTI cepat bertindak ... kahkahkah KLUANG: Polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan. "Ada pihak yang kata khutbah itu disalahertikan... disalah lapor. Jadi, kita hendak tahu fakta sebenar," kata Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong selepas majlis rahmat Ramadan dan berbuka puasa Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong di sini, hari ini. Hishammuddin berkata, sebarang isu berkenaan kaum dan agama perlu disiasat dan dikaji dengan teliti supaya tidak menimbulkan kemarahan yang mendalam. "Kalau dulu, isu yang digembar-gemburkan adalah erkisar kepada perkauman. Sekarang ini sudah menular kepada keagamaan pulak. "Kalau khutbah Jumaat pun boleh jadi polemik agama, saya memang cukup tidak puas hati tetapi sebelum tuduh mana-mana pihak, biarlah kita kaji baik-baik. Kalau tak boleh dikawal, ralat kemudian sudah terlewat," katanya. - Bernama |
| Pemuda umNO BODOH ... memang dah BODOH pun ... Hahaha Posted: 21 Aug 2010 06:48 AM PDT ![]() hahahahaha ... tapi tetap nak tunjuk pandai ... korang tengok lah sendiri ... nasib baik la lagi Ramadahan ... dekat-dekat juga la lagi dengan Ramadan ..walaupun aku sendiri tak faham makna RAMADAHAN ... kalau jadi RAMARANTING macamana ? hahahaha .. aduhai umNO .. pembela Melayu ... Nota : Gambar ni aku cilok dari blog Perisik Rakyat .. |
| Karpal tolak Hudud pendapat peribadi - TGNA Posted: 21 Aug 2010 02:50 AM PDT Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz KOTA BARU, 21 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu. Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. "Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini. Nik Abdul Aziz (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal. Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya. "Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal. Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar. "Nak mengelak tu memang tak boleh... tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya. — Bernama |
| Hahahaha Pemuda umNO Bagan lapor polis - Sebut nama LGE dalam Khutbah Posted: 21 Aug 2010 01:04 AM PDT Klik gambar untuk besarkan dan untuk dibaca, aku malas nak "copy n paste" ... dah semakin haru biru dah jadinya umNO ni ... Tapi aku percaya polis akan cepat bertindak kalau yang tukang lapornya umNO .. Kalau orang Pakatan yang lapor atas kes2 umNo atau BN ... mampuih ... sat lagi hang kena balik la ... hahaha. |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan