MIMPI SENJA |
- Selepas Felda, kini Felcra pula diseleweng
- Isu gambar Sultan Johor : DSAI jumpa polis esok
- Peniaga saman Polis RM2 juta
| Selepas Felda, kini Felcra pula diseleweng Posted: 17 Aug 2010 08:00 PM PDT Pas mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra). Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan tanah di negara ini semakin kritikal apabila berlaku 'ketidakadilan' kepada peserta Felcra. "Kerajaan memberikan tanah kepada Felcra untuk dimajukan tetapi pemilik tanah hanya mendapat pulangan yang sedikit, sebagai contoh kes yang berlaku di Bagan Serai, Perak. "Peserta Felcra menye:rahkan lima ekar tanah untuk diusahakan oleh Felcra tetapi mereka hanya mendapat tiga ekar setengah dan selebihnya adalah hak milik Felcra," katanya pada sidang media membongkar kepincangan Felcra di ibu pejabat Pas di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Peserta-Peserta Felcra, Akmalluddin Mohd Noor dan Pengarah Perhimpunan Warga Felcra Kebangsaan, Razman Zakaria. Beliau yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra. Katanya, setakat ini, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya. Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan. Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya. "Perhimpunan Warga Felcra kebangsaan diadakan pada 31 dan 1 Ogos lalu, pihak kami menerima banyak rungutan dan luahan daripada peserta," katanya. |
| Isu gambar Sultan Johor : DSAI jumpa polis esok Posted: 17 Aug 2010 09:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim pada kain rentang satu ceramah parti itu di Batu Pahat bulan lepas. Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat akan diambil keterangan pada pukul 11 pagi di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya. "Ini berkaitan penyiasatan penggunaan foto Sultan Johor kononnya oleh penganjur ceramah di Batu Pahat," kata satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini. Semalam, Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera. Polis setakat ini telah merekodkan keterangan daripada 52 orang individu termasuk penduduk tempatan dan ahli politik antaranya Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. Ibrahim berkata polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit. Ketika bertitah pada majlis penutupan Kembara Mahkota Johor Bermotosikal di Kota Tinggi minggu lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu kerana perbuatan itu boleh memecahbelahkan masyarakat. - TMI |
| Posted: 17 Aug 2010 02:51 AM PDT ![]() Peniaga cedera ketika demo Bersih saman polis RM2 juta KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Seorang peniaga hari ini menfailkan saman RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan terhadapnya semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Jalan Tun Perak, tiga tahun lepas. Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Alyesak Hamid @Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi sebagai defendan kedua, Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga manakala Kerajaan Malaysia selaku defendan keempat. Dalam penyataan tuntutan itu, bapa kepada tiga anak itu menuntut gantirugi am sebanyak RM1 juta, gantirugi teruk dan gantirugi teladan sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas, faedah atas jumlah ganti rugi yang dituntut sebanyak lapan peratus dari tarikh writ saman difailkan hingga penghakiman. Selain itu, beliau yang diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri, turut menuntut faedah lapan peratus setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian, kos dan relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana difikirkan wajar oleh mahkamah. Dalam penyataan tuntutannya, Alyesak mendakwa pada masa kejadian iaitu pada 4 petang, 10 Nov 2007, beliau yang berada di Jalan Tun Perak di sini bagi tujuan menyertai perhimpunan BERSIH berubah menjadi kelam-kabut selepas diarah beredar dari tempat kejadian. Ketika diarah beredar oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), beliau selaku plaintif mendakwa terjatuh akibat diserang dari belakang oleh pihak FRU semasa ingin beredar dari tempat kejadian. Alyesak mendakwa semasa beliau cuba mengambil langkah ke belakang untuk beredar dan mengelak daripada dirempuh oleh anggota-anggota FRU, beliau terjatuh berhampiran pasu-pasu pokok Bunga di Jalan Tun Perak akibat diserang dan ditolak dari belakang. Akibat daripada itu, plaintif mendakwa beliau dipijak oleh anggota FRU dari belakang badan dan kaki kirinya dan turut disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan dengan kuat yang menyebabkan kaki kirinya patah. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan