Ahad, 15 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dah boleh agak - Mahkamah tolak permohonan DSAI gugur kes liwat

Posted: 15 Aug 2010 07:06 PM PDT

Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Mahkamah Tinggi pagi ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar digugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful

Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagin ini.

Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina - TMI

Kerajaan kuat kuasa penapis kandungan Internet?

Posted: 15 Aug 2010 06:34 PM PDT

Kerajaan mungkin kuat kuasa penapis kandungan Internet?

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pentadbiran Najib telah memulakan kajian untuk meletakkan penapis Internet bagi menghalang laman-laman yang tidak diingini sejak dua minggu lalu meskipun kerajaan sebelum ini pernah membatalkan usaha yang sedemikian setahun lalu ekoran bantahan orang ramai.

The Malaysian Insider difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah meminta firma KPMG agar menjalankan "Kajian Mengenai Penggunaan Internet Dengan Positif dan Selamat" awal bulan ini untuk menilai antara lain pelaksanaan penapis Internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna Internet Malaysia dan ekonomi Malaysia.

Pengkritik berpendapat bahawa penapis Internet bertentangan dengan undang-undang jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) selain dilihat tidak efektif.

"Ia satu langkah membazir wang pembayar cukai. Bagi setiap kaedah untuk mengawal Internet, akan ada cara lain untuk akses," kata Dhillon Andrew Kannabhiran, ketua pegawai eksekutif firma keselamatan Internet Hack in the Box kepada The Malaysian Insider dalam komennya tahun lalu.

Pada 6 Ogos 2009, The Malaysian Insider menyiarkan berita bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datu Seri Utama Dr Rais Yatim sedang mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman web, sebagaimana dilakukan oleh China dengan menghasilkan perisian khas "Green Dam".

Polis belasah remaja

Posted: 15 Aug 2010 07:42 AM PDT

Remaja dakwa dipukul polis sebelum disaman

ALOR SETAR, 15 Ogos — Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dibelasah empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lepas.

Mohd Asri Ismail, 18, berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.

"Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.

"Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata selepas dibelasah, barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap.

Berikutan kejadian itu, Mohd Asri telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Bapanya, Ismail Ali, 52, berkata dia tidak kisah jika anaknya disaman kerana Mohd Asri mungkin melakukan kesalahan, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan anggota polis memukul mangsa sehingga cedera.

"Tindakan yang mereka lakukan terhadap anak saya ini terlalu kejam. Saya sangat kesal dengan tindakan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata beliau akan meneliti semula laporan kes tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika anggota terbabit didapati bersalah.

"Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati anggota itu bersalah, kita akan mengambil tindakan kerana kita tidak akan berkompromi dengan anggota yang bertindak sedemikian," katanya. — Bernama

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditahan polis

Posted: 15 Aug 2010 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Seorang lelaki tempatan hampir putus telinga kanannya selepas diserang 10 lelaki di hadapan restoran miliknya di Kuala Ampang dekat sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa yang berumur 30-an dipercayai diserang 10 lelaki yang berumur antara 27 hingga 36 tahun pada pukul 5 pagi ini.

Tiga suspek berjaya ditahan polis di tempat kejadian termasuk seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amiruddin berkata polis turut menemui parang pendek di atas tempat duduk kereta milik kepunyaan anggota majlis MPAJ itu.

"Motif pergaduhan belum dapat dikenalpasti dan polis masih mencari tujuh atau lapan orang lagi suspek yang berjaya melarikan diri," katanya.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan ketiga-tiga suspek ditahan reman mulai hari ini hingga khamis.

Sementara itu dalam kes lain, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata tiga hari lepas, kediaman ibu anggota majlis MPAJ itu dipecah masuk tiga lelaki.

Dalam kejadian tengah hari Khamis lepas, ketiga-tiga lelaki itu melarikan barangan kemas bernilai RM10,000.

"Ketika kejadian, mangsa bersama pembantunya berada di dalam rumah itu," katanya.

Abdul Jalil berkata kedua-dua kes itu tidak mempunyai kaitan. — Bernama

Tiada ulasan: