MIMPI SENJA |
- 6 dari 10 orang Melayu tak percaya media arus perdana
- MPSJ : Boleh ker macam ni - bhg 2
- FELDA bakal disaman lagi
| 6 dari 10 orang Melayu tak percaya media arus perdana Posted: 13 Aug 2010 08:42 PM PDT ![]() oleh Adib Zalkapli August 14, 2010 KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita "online", demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini. Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat. Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu. Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana. Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus ... seterusnya |
| MPSJ : Boleh ker macam ni - bhg 2 Posted: 13 Aug 2010 01:42 AM PDT STONE : Aku harap kes ni sampai ke pengetahuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md. Ikhsan - mungkin dia tidak tahu. Kerja saman menyaman ni kerja anak buah nya di bahagian Penguatkuasa. Datuk Adnan, tengok-tengok lah anak-anak buah kat bawah tu, samada diorang tu betul-betul menjalankan tugas atau sekadar bekerja untuk dapat gaji. Seperti yang aku cakap semalam, aku akan tunjukan pula bagaimana sebuah kedai eletrik menggunakan lot-lot parking di hadapan kedainya untuk meletak barangan promosi tanpa mengendahkan kesesakan jalan raya yang berlaku akibat dari tindakan nya. Boleh pula pekedai ini meletakan khemah (merah dan biru) betul-betul di atas lot parking Yang aku musykil, kenapa pihak-pihak berkuasa samada pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) atau polis boleh membiarkan perkara ini berlaku.
Telah diketahui umum bandar kecil ini, setiap hari, tambahan pada waktu puncak, akan mengalami kesesakan jalanraya yang teruk. Sebabnya peniaga-peniaga di sini menggunakan lot-lot parking di tepi-tepi jalan untuk menjalankan perniagaan mereka sesuka hati tanpa ada sedikit pun perasaan takut untuk di ambil tindakan oleh pihak berwajib. Gerai-gerai buah-buahan menggunakan lot-lot parking
Padahal kawan aku yang berniaga "burger" di hadapan 7E, yang langsung tidak mengganggu lalulintas, selalu saja mendapat "tiket" dari pihak berkuasa tempatan - MPSJ. Kawasan bertanda merah telah digunakan oleh kawan aku untuk berniaga Burger Bukan itu saja, kedai-kedai makan yang meletakkan kerusi meja di luar kedai - di lot-lot parking - juga menerima nasib yang sama. Tapi bagaimana yang ini, jam baru menunjukkan pukul 3.15, tapi kerusi-kerusi telah mengambil tempatnya di lot-lot parking dihadapan kedai makan tersebut .. . Gambar diambil jam 3.15 tadi - Jumaat 13 Aug 2010 MPSJ - berlaku adil lah kepada semua, tak kira Melayu. Cina atau India ... Aku bukan bercakap atas dasar perkauman, tapi atas dasar keadilan. Tak mungkin Melayu saja yang pandai buat salah ...... atau Melayu tak pandai nak "suap" |
| Posted: 12 Aug 2010 11:16 PM PDT Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang. "Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan). Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi," kata Suhaimi. "Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat. Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun. Menurut peguam Sivarasa Rasuah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus. - malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan