MIMPI SENJA |
- KJ kata Ronnie Liu "Giant Napoleon" ... hahaha
- Surai Perhimpunan Anti-ISA, Suhakam Kecewa Dengan Polis
- PAS tidak kompromi dakwaan rasuah,
- Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno
| KJ kata Ronnie Liu "Giant Napoleon" ... hahaha Posted: 02 Aug 2010 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) melabel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu sebagai 'Giant Napoleon' DAP kerana lebih berkuasa daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu. Pengerusinya, Khairy Jamaluddin, berkata Liu mempunyai lebih kuasa berbanding kedua-dua pemimpin berkenaan berdasarkan surat sokongannya yang mampu menarik kontrak bernilai tinggi. "Beliau bukan lagi Little Napoleon, sebaliknya Giant Napoleon hinggakan Guan Eng pun takut dengan beliau," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pemuda BN di Ibu Pejabat Umno, di sini, semalam. Beliau mengulas kemelut politik di Selangor apabila Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock dipecat sebagai ahli DAP selepas didapati menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya. Malah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim juga diheret ke Jawatankuasa Disiplin DAP ekoran tindakannya menghantar komen ringkas melalui twitter mengenai pemecatan Tee yang mempersoalkan kenapa pesalah sebenar dalam kes itu terlepas. Khairy turut mempersoalkan tindakan diambil kepemimpinan DAP yang seolah-olah cuba menyelamatkan pemimpin tertentu parti itu dengan mengenakan tindakan terhadap Tee dan mengheret Teng ke Jawatankuasa Disiplin |
| Surai Perhimpunan Anti-ISA, Suhakam Kecewa Dengan Polis Posted: 02 Aug 2010 10:01 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dengan tindakan polis menyuraikan perhimpunan anti-ISA di Petaling Jaya kelmarin kerana tindakan itu melanggar hak orang awam untuk berhimpun secara aman. "Pemerhatian Suhakam mendapati bahawa hak untuk berhimpun telah dinafikan apabila pihak berkuasa menghentikan perhimpunan itu dan menyuraikan orang ramai dengan tergesa-gesa," kata pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam. "Amaran yang sebaiknya dan masa yagn cukup tidak diberikan oleh pihak berkuasa, yang menyebabkan 22 lelaki dan lapan wanita ditahan kerana disyaki menjadi peserta acara nyalan lilin." Sempena 50 tahun ISA diperkenalkan, aktivis NGO dan pembangkang berkumpul di pelbagai tempat bagi menyalakan lilin tanda bantahan terhadap akta kontroversiti itu. Tindakan itu menyebabkan polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan dua di Kelantan atas alasan terlibat dalam perhimpunan tanpa permit. Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy mengingatkan polis terhadap cadangan yang dibuat hasil daripada pendengaran awam kes perhimpunan di lebuh raya Kesas dan KLCC - atau dikenali sebagai 'Bloody Sunday' (kiri) - sebelum ini. "Suhakam mencadangkan dalam suatu keadaan apabila polis perlu mengawal atau menyuraikan orang ramai, waktu yang cukup dan cara yang tidak ganas hendaklah digunapakai," katanya sambil mendakwa Suhakam memerhatikan secara langsung demonstrasi di Petaling Jaya pada malam minggu sebelum ini. Beliau menegaskan sekali lagi bahawa hak orang ramai untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Sementara itu beberapa kumpulan NGO hari ini turut mengecam tindakan polis membuat tangkapan "besar-besaran" dengan mendesak Menteri Dalam Negeri Tan Sri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan. Tiga badan itu - Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan NGO pendidikan Pusat Pembangunan LLG - mendakwa Hishammuddin 'melanggar' janjinya pada Jun lalu bahawa pindaan ISA akan menjamin hak berhimpun. "Tetetapi kami berpendapat, tangkapan besar-besaran (pada) 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindahan (pindaan) ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan bersama. Sementara itu, Pemuda PKR Pulau Pinang pula menyifatkan justifikasi polis bagi menghalang perhimpunan itu dengan mengatakan sebagarai 'haram' merupakan tindakan yang cukup simplistik. "Pihak polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku," kata setiausahanya Syed mikael Rizal Aidid. "Penganjur juga telah menuruti arahan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara. "Berdasarkan keadaan ini, pihak polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang |
| PAS tidak kompromi dakwaan rasuah, Posted: 02 Aug 2010 06:19 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 3 Ogos—PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang didapati bersalah dalam soal berkaitan dengan salah guna kuasa dan rasuah. Pada masa yang sama, komponen PR itu menyerahkan kepada DAP untuk menyelesaikan masalah semasa berkaitan dengan dakwaan amalan rasuah dan pengeluaran surat sokongan politik yang terdedah minggu lalu. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan, parti Islam itu akan kekal dengan prinsip PR untuk tidak berkompromi dengan individu yang didapati bersalah. "Sesiapa yang didapati bersalah termasuk dalam kes rasuah akan dibawa ke muka keadilan. "Ini adalah prinsip asas PR jadi kita perlu patuhi, selain itu kita juga telah berjanji kepada rakyat untuk memerangi gejala rasuah yang berlaku di kalangan pemimpin negara ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sejak DAP berhadapan dengan kontroversi pengeluaran surat sokongan pemberian kontrak oleh pemimpin politik komponen PR iaitu PAS dan PKR didakwa 'diam diri' dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua pemimpin DAP iaitu anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang kini berhadapan dengan isu rasuah. Sabtu lepas, DAP memecat Tee berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK. DAP kini 'memburu' Liu berhubung isu rasuah yang bersangkutan dengan dakwaan dikenakan ke atas ahli majlis MPK itu. Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai berkata, tindakan itu diambil memandangkan Tee turut mengaitkan Liu ketika sesi pendengaran pihaknya. Sehubungan itu, Salahuddin berkata PAS berharap supaya DAP dapat menyelesaikan masalah dalam parti itu secepat mungkin. "Ini adalah urusan dalaman DAP jadi kita tidak perlu campur tangan di peringkat awal. "Tapi jika ia berlarutan kita akan bincangkan perkara ini dalam Majlis Tertinggi PR bagi mencari jalan penyelesaian. "Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak akan pilih bulu dalam perkara ini," katanya = TMI |
| Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno Posted: 02 Aug 2010 01:38 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 2 Ogos: PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN. Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini. Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama. Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan. Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi. "PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar," ujar Idris dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar. PAS, ujarnya yakin tindakan itu sebagai satu usaha Umno kerana parti perkauman Melayu itu sudah berada penghujung hayat, lantaran apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya. Menurutnya lagi, maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat. "PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat. "Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat Pusat, kesemua mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan," tegasnya. |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan