Kopitiam Bang Nan |
- Anggota Kimma menabur fitnah lagi....
- Pesan Tok Guru lagi...
- Bila Ulamak Mengunjungi Masjid....
- Lu fikir sendirilah bro....
- Parti X De Masa Depan...
| Anggota Kimma menabur fitnah lagi.... Posted: 29 Aug 2010 08:39 PM PDT PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf Ogos 30, 10 11:26am Kongsi 0PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969. Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia. "Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya. "Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Idris berkata, PAS yakin Zainuddin dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka. "Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya. Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari. "Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris. |
| Posted: 29 Aug 2010 08:11 PM PDT "Kita semua ni kuli Allah, kalau tak boleh buat bumi sendiri, buat udara sendiri, buat hujan sendiri, buat matahari sendiri...sendiri mau ingatlah, jangan sombong megah diri'. ![]() ![]() Ini pula Mutiara Kata Tok Guru yang dilafazkan di dalam kuliah di Medan Ilmu 19 Februari, 2010... "Kita kena didik rakyat sehingga apa yang dipraktikkan dalam hidup sama dengan apa yang kita sebut dalam masjid. Jika dalam masjid kita tunduk sujud kepada Allah SWT, maka di luarpun kita tunduk sujud kepada Allah SWT. Kita turun ke lautpun sama dengan kita ke masjid. Kita berniagapun sama dengan kita di masjid, kita berekonomipun sama dengan kita di masjid. Ini kerana tuhan kita di masjid itulah tuhan kita semasa kita mencari makan, di pejabat, di rumah dan sebagainya. Inilah benda yang tidak diajar oleh sekular!!" |
| Bila Ulamak Mengunjungi Masjid.... Posted: 29 Aug 2010 08:18 AM PDT ![]() Sebaik saja diberitau oleh Tuan Nazir bahawa Tok Guru akan berbuka puasa di MBI beberapa hari yang lalu, aku dan AJK yang lainnya berasa cukup seronok. Apa idaknya yob, inilah kali pertama sejak masjid ini siap (tahun 2003), Tok Guru dapat menjejakkan kakinya di sini. Kerap bebeno kawan2 seperti Loyar Md. Noh, YB WIWA, Dato' Shukri, Major, Mee Panjang, Hj. Wan, Hamzah, Kamal dan lain2 asyik menanyakan benda yang sama sejak setahun lalu. Naik lemas juga aku dibuatnya walaupun ini kerja Nazir dan Hj. Ghani sebebenonye...he he.. Persiapan dibuat dengan segera. Kebetulan pulak ada 40 warga Turki di KL ni nak berbuka pada hari yang sama. Makanya Nasi Arab + Briayani Faris menjadi menu utama. "Tambah jadi 500!!" Tuan Nazir sms teman lewat malam Nuzul Quran yang lalu. Terpaksalah aku kowtim dengan Dato' hal2 macam ni... "Beres!" Mudah aje Dato' buat keputusan. Orang kalu kaya dan berhati mulia memang tak banyak soal. Kerja akupun lebih mudah. Pagi tadi Tuan Nazir sms lagi... "Tok Guru cuma makan ikan singgang dengan ikan bakar...kesihatan beliau tak mengizinkan Tok Guru makan kambing!!" Allhuakbar...modest sekali selera Tok Guru. Tak da lah aku nak pening2 kepala. Zuhudnya pemimpin aku ni.... Nasib aku juga baik... isteriku yang setia itu mudah sahaja aku arahkan untuk menyediakan ikan singgang kegemaran Tok Guru. Dengan sedikit tunjuk ajar dari seorang Chef...segala2nya beres. Kebetulan juga petang ini berlangsung mesyuarat AJK MBI bagi membincangkan sambutan Aidil Fitri di MBI. Makanya segala persiapan mengenai upacara sambutan kehadiran Tok Guru juga turut dibincangkan segera. Semuanya beres. Itulah kelebihan Syura... Tepat jam 6.45 petang Tok Guru dan pengiring2nya sampai. Disambut oleh YB Khasim, Tuan Nazir dan Timbalan Nazir serta semua AJK MBI. Aku terkapai2 di tengah2 orang ramai yang berebut nak bersalaman dengan Tok Guru. Kamal, juru kamera yang aku jemput khaspun hilang dari pandangan. Lebih membengangkan..he he, aku dihalang oleh Anas untuk bersalaman dengan Tok Guru. Aku akhirnya mengambil jalan pintas lalu berada di dalam masjid dan seolah2 berlagak macam tuan rumah yang menyambut Tok Guru dari dalam. Hmmm...Alhamdulillah. Bukan mudah tetapi itulah keberkatan agaknya menjadi salah seorang AJK masjid...dapat aku (bukan sahaja berjabat tangan) malah mencium tangan Tok Guru. Kalau Khir Toyo nescaya aku biarkan budak bangla dan wak saja yag menyambut dia. He he.. Aku orang yang last Tok Guru salam sebelum beliau menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Kemudian Tok Guru sudi bergambar dengan AJK masjid dan seterusnya mendoakan kesejahteraan anak2 kecil yang dibawa oleh bapa-bapa mereka. Keliling Tok Guru dipenuhi oleh jemaah yang rindu kepada pemimpin yang disegani ini. Hebat... "Ustaz...lepas ni kita pecat Anas!!" Aku saja mengusik di depan Anas... "Kenapa?" Ustaz tertanya2. "Ada ke patut sayapun dihalang untuk salam Tok Guru?" Sambil tersenyum aku mengadu. "Betullah SU...sayapun tak dapat salam. Kasi tulis surat...sekarang juga saya sign!" Timbalan Nazir mencelah... "Oh ya ka...sorry2...!!" Anas cuma tersengih. Dia menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Semuanya beres. Tok Guru makan di bahagian depan dan aku, jemputan Turki dan jemaah yang lain di bahagian belakang. Alhamdulillah hal2 makan semua beres. Maghrib diimami Tok Guru. Selepas berbuka puasa berat sedikit, Tok Guru menyampaikan tazkirah ringkas sekitar 30 minit. Tak ada cerita politik tetapi lebih kepada mengingatkan semua akan tanggungjawab manusia sebagai hamba. Tak kiralah apa jawatan mereka di dunia ini. MB ke, PM ke, SUK ke, doktor ke, loyar ke, biz ke...apa sajalah...status kita di sisi tuhan ialah hamba. Namun kalu kita kuli sekalipun, sekiranya kita bertaqwa, kita adalah mulia di sisi Allah. Ingatan juga dari Tok Guru agar kita berhati2 dalam segala tindakan kita di mukabumi ini kerana segala2nya dicatitkan oleh malaikat. Kita tidak akan terlepas sedikitpun apabila segala amal perbuatan kita akan diadili di mahkamah Allah nanti. Begitu juga Islam ini bukan milik melayu atau bangsa-bangsa. Selagi individu itu melapazkan dua kalimah syahadah, dia adalah islam...tak kiralah apa latar belakang mereka. Sesuai dengan apa yang dikumpulkan oleh Ahmad Fadhli Shaari di dalam buku terbaru terbitan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPNK) 2010 berjodol, "110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010"... "Bangsa, baka dan tempat langsung tidak ada tempat di sisi Allah SWT. Depan Allah SWT nanti tidak akan ditanya kamu bangsa apa, tidak akan berlaku orang boleh jawab depan Allah SWT, aku orang Mekah lalu masuk syurga kerana orang Mekah, sama sekali tidak. Demikian juga orang Melayu, bangsanya langsung tidak boleh menolong di depan Allah SWT nanti. Yang boleh menolong ialah taqwa. Baka siapapun dia, tanpa taqwa neraka jugalah tempatnya...." - Kuliah di Medan Ilmu 5 Januari 2010. Selepas menunaikan solat Isya' dan berterawikh sebanyak 4 rekaat, Tok Guru berangkat pergi ke Rumah Kelantan. Esok pagi2 Tok Guru ada urusan lain di Mahkamah Jalan Duta. Saman Petronas. Allahuakbar. Begitulah Tok Guru ku, pemimpin, ulamak dan guru yang hebat. Bukan sekadar beretorik tetapi membuktikan segalanya dengan aksi dan amalan. Di mana kita? |
| Posted: 28 Aug 2010 11:29 PM PDT |
| Posted: 28 Aug 2010 07:38 PM PDT Semalam teman cuba mencari buku "Shafee Yahaya Story Estate Boy to ACA Chief ..." di Kedai Buku Popular. Tak ada... Jadi teman beli buku tulisan Zaid Ibrahim bertajuk "Saya Juga Melayu." Menarik.... Dari 'humble beginning' sehinggalah mempunyai firma guaman terbesar di Malaysia dan mempunyai pejabat di Singapura, Bangkok, Jakarta, Vietnam dan Dubai. Banyak kisah2 yang tersembunyi telah dicungkil oleh Zaid. Salah satunya ada persamaan antara Zaid dan teman. Beliau meminjam di Bank Bumiputera untuk menikahi isterinya, Suliana. Teman juga meminjam dari bank yang sama untuk macam2 tujuan. Kami telah sama2 melangsaikan hutang kami tetapi malangnya bank tersebut telah lenyap dari mukabumi ini. Angkara siapa? Dari pembacaan teman setakat ini, dapat teman rasakan betapa seksanya menjadi seorang reformis di dalam kabinet Malaysia. Zaid hanya dapat bertahan selama 5 bulan 27 hari sebagai menteri. Kabinet ini akan mengekalkan status quonya sebagai kabinet orang ulu yang jumud dan tidak akan berubah dengan perkembangan semasa. Kalau kita ada anak yang bercita2 politik, menjadi menteri di dalam kabinet BN akan menjadikan anak kita seorang Pak Turut, ketinggalan zaman dan syok sendiri. Mentaliti ini telah ditanam oleh Mahathir selama 22 tahun dan tambah teruk dalam era Pak Lah dan Najib. Teman akan sesekali memasukkan tulisan Zaid di dalam entri akan datang, Insya'Allah. |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan