Kami Sokong Tokguru |
- Adakah Anda Masih Ingat Peristiwa Ini?
- Hayati Liriknya(santai Sebelum Tidur)
- Benarkah Husyam Ada RM 30 Juta?
| Adakah Anda Masih Ingat Peristiwa Ini? Posted: 24 Aug 2010 11:02 PM PDT Pada Tahun 1987,saya masih ingat peristiwa tersebut yang menggemparkan seluruh negara.Ada laporan meluas dari media masa seluruh negara pada masa itu.Peristiwa yang mengemparkan seluruh ummat Islam ,cetakan Ayat-ayat suci Al-Qur'an tiba-tiba hilang dari mashafnya.Apa yang lebih menggemparkan ialah ada tulisan yang hilang itu sewaktu orang membacanya. Incident happened in 1987 in Ipoh Perak Malaysia where few verses from Al Quran were found missing before 51 yo grandmother in Central Mosque in Perak approx 2am in Ramadhan while a group among Hjh Azizah Abdul Karim was having a recitation of Al Quran in a minor group.Pages that went missing were from verse Al Mu'meenoon 45-80,116-end. Verse Nur 1-20,32-47, 61- end. Verse Al Furqaan 1-11. A year later this incident happened for the second time where Hjh Azizah was teaching tafseer Al Quran from book of tafseer from Sheikh Dato Hj Mohamed Nur hj Ibrahim Kitaab 'Pimpinan Ar Rahmaan'. in her classroom in Ipoh. Pages that went missing were from Verse Hud 62-70,77-85, 92-105 and 113-123. http://www.youtube.com/watch?v=nWDt2AhThVc Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)"- Hadith Riwayat Ibnu Majah. -ijoks2009- Tapi apa yang di jawab oleh Kerajaan UMNO-BN pada masa itu ialah,Rakyat diminta bertenang,itu hanya perkara biasa.itu hanya kesilapan teknik.itu SILAP CETAK. Sedangkan mengikut pengakuan beberapa orang guru Qur'an.ada antara mereka yang melihat kejadian itu di depan mata,sewaktu mereka sedang membaca Al-Qur'an. wallahua'lam. |
| Hayati Liriknya(santai Sebelum Tidur) Posted: 24 Aug 2010 09:31 AM PDT |
| Benarkah Husyam Ada RM 30 Juta? Posted: 24 Aug 2010 03:12 AM PDT ![]() KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah. Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim. Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah. Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS. Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak. Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya. Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit. "Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran. "Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim. Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah. Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times). Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009. |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan