Kami Sokong Tokguru |
- Simbah Cat Di Surau.(Cubaan Provokasi )
- Bahaya Arak,Bahaya Mercun.(18SG)
- Kisah Kuda(2)
- Penghinaan Terhadap Islam
- Mereka Itu Tetap Hidup Dan Di Beri Rezeki
| Simbah Cat Di Surau.(Cubaan Provokasi ) Posted: 23 Aug 2010 09:08 PM PDT ![]() -Malaysiakini- Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, dijangka akan memberikan butiran perkembangan terbaru kes itu pada sidang akbarnya yang dijadualkan pada jam 12 tengahari ini. Pada kejadian awal pagi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat. Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan. Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut. Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut. Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah. |
| Bahaya Arak,Bahaya Mercun.(18SG) Posted: 23 Aug 2010 06:32 PM PDT Seorang pemuda yang dah terlampau mabuk akibat minum arak berlebihan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya. Lepas tu mercun berkuasa kuda tu meletup dalam mulut dia, sampai jadi camni. Moralnya, jangan minum arak berlebihan sampai hilang akal.. heheh... http://www.gempak.org/forum/gambar-ganas/23314-makan-mercun-mmm-sedap-nyam2.html |
| Posted: 23 Aug 2010 04:27 PM PDT -Santai Pagi- Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan mana-mana manusia kat muka bumi ini.Ini adalah kisah sekumpulam kuda yang menetap disebuah negeri bernama Negeri Atas Angin. Mengikut cerita orang dulukala,semua binatang zaman dahulu boleh bercakap termasuklah kuda di negeri ini. Adapun sekumpulan kuda yang menetap di negeri Atas Angin ini diketuai oleh seekor kuda yang di gelar PM. PM ini ada mempunyai seekor kuda betina dari spesis kuda serama yang dijadikan bini.Kuda itu bernama RM. Disamping itu, PM juga mempunyai beberapa ekor juak-juak dan pembodek yang akan membantu nya dalam kerja kerja nya.Sebut saja apa kerjanya pasti akan di laksanakan dengan patuh.Sebagai balasan dari kesetiaan pembantu-pembantunya itu PM telah memberikan beberapa hektar ladang ragut untuk kuda-kuda tersebut meragut rumput tanpa boleh di kongsi oleh kuda-kuda lain. ketua kuda tadi yang di gelar PM juga mempunyai pengawal keselamatannya yang terdiri daripada beratus-ratus ekor anjing serigala. Apabila ada ancaman dari pihak musuhnya maka anjing-anjing ini akan di lepaskan untuk menggigit kuda-kuda yang dehaka kepada perintahnya. Sepatutnya tugas anjing-anjing ini hanyalah untuk mengawal padang ragut negara atas angin daripada di cerobohi oleh kuda-kuda lain.Adapun anjing serigala ini hobinya suka makan bangkai,walaupun sudah ada daging panggang yang di sediakan tapi anjing-anjing ini masih lagi suka mencari bangkai untuk dijadikan santapan tambahan ketika bertugas. Tetapi PM telah mempergunakan anjing-anjing pengawal ini untuk kepentingan sendiri dan kroni-kroni nya.Bahkan segala pembahagian padang ragut pun telah di selewengkan oleh PM dengan membahagi bahagikan kepada keluarga dan kroni-kroni nya sahaja.Adapun kuda-kuda yang tidak sependapat dengannya hanya di berikan padang ragut yang kecik yang hanya ada dua tiga helai rumput sahaja.Sedangkan kepada kroni-kroninya PM telah memberikan padang ragut yang subur dan luas. Inilahyang membuatkan kuda-kuda lain yang tidak sependapat dengannya merasa terkilan dan sakit hati.Lagipun cara pemerintahan PM adalah seperti diktator dengan tidak boleh ada sebarang bantahan dari kuda-kuda bawahan. Sedangkan Tuan punya kuda telah memerintahkan supaya sesiapa saja yang menjadi ketua mestilah memimpin kuda-kuda dengan adil dan saksama mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkannya.Namun sejak memegang jawatan sebagai ketua PM tidak pernah melaksanakan segala peraturan dan undang-undang yang telah di amanahkan oleh Tuannya.Kalau adapun hanya sedikit sahaja yang di amalkannya ,yang selebihnya PM hanya memerintah kuda-kuda lain mengikut suka dia sahaja. Pelbagai peraturan yang zalim telah diadakan oleh PM sejak menjadi ketua kuda-kuda.Antaranya yang paling zalim ialah akta yang menyekat kebebasan kuda-kuda lain untuk menyatakan pandangan dan pendapat.Sebarang pandangan dan pendapat yang bercanggah dengan dasar pemerintahannya pasti akan di tangkap dan dikurung dalam kandang yang gelab dan sempit tanpa di beri makan kecuali sedikit. Pernah seekor kuda kacak yang mengetuai kuda-kuda bawahan telah di tangkap oleh anjing-anjing suruhan PM dan dikurung serta ditendang sehingga hampir lumpuh. Olehkerana tidak tahan lagi dengan undang-undang zalim yang dibuat oleh PM,akhirnya kuda-kuda bawahan telah sepakat ingin menyerahkan memorandum kepada Raja Singa berkenaan dengan kezaliman PM. Maka setelah ditetapkan tarikh dan masanya kuda-kuda bawahan mula mengatur langkah berkumpul beramai-ramai untuk tujuan tersebut.Tetapi perhimpunan secara aman itu telah diganggu oleh anjing-anjing pengawal PM.Atas arahan PM banyaklah kuda-kuda bawahan yang di gigit oleh anjing-anjing tersebut.Ada juga yang ditangkap tak kurang juga yang cedera teruk di belasah hebat oleh anjing-anjing upahan PM. Namun peristiwa ini tidak pernah mematahkan semangat kuda-kuda bawahan,mereka bertekad tidak akan memberikan undi lagi kepada PM menjelang pemilihan ketua kuda nanti. -ijoks2009- Semoga dapat di ambil pengajaran dari kisah ini.Sekali lagi di tegaskan kisah ini adalah kisah kuda,tak ada kena mengena dengan mana-mana manusia di muka bumi ini.hehehe. -Artikel ini boleh dicopy untuk bersukaria- |
| Posted: 23 Aug 2010 08:57 AM PDT Minta perhatian,ada seorang yang menggelarkan dirinya "Melayu otak ringkas's" dlm youtube yang menghina Rasulullah dan menghina Allah dengan perkataan dan cemuhan yang sangat keji yang tidak sanggup saya baca. lihatlah apa komen dia kat youtube. http://www.youtube.com/watch?v=bk3mo91VebM # MelayuOtakRingkas 46 minutes ago @nazdianaladyana92 fxxx allah xxxx muhammad bomb masjid xxxx ka'aba xxss al-quran Fxxx ramadan destroy islam anjing channel dia kat sini http://www.youtube.com/user/MelayuOtakRingkas sesiapa yang ada channel youtube mari sama-sama kita flag channel dia. Allahuakbar!! |
| Mereka Itu Tetap Hidup Dan Di Beri Rezeki Posted: 23 Aug 2010 01:29 AM PDT Bismillahirohmannirahim.. "Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (Ali Imran:168-169) Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gaza dan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya, Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setia melaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidak sedikitpun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuh mereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara dua kebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahid dan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah Jalla Jallaluh. Berikut adalah sebahagian darinya: 1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan: "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut." 2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya masih segar." 3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidak lupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an pun masih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah. 4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza bercerita: "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba- tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta- kereta kebal itu, 5 ekor tentera zionis terbunuh dan puluhan lagi tercedera." 5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah di Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak di wilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskan pengeboman mereka. 6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin: "Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua, mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorang mujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, maka meletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu. Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi di sekeliling ,namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri." 7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata: "Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:154) Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) di dalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman: "Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi- nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." (An Nisa':69-70) . Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh ulat dan cacing tanah." 8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid Al Qassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruh pelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai ingin melihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut. 9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak ke sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu malaikat, kamu berperang bersama Hamas." 10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta. 11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik. 12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal. 13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasi agak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing runtuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidin pelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Ia hadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi. 14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya. http://sahabatpalestin.blogspot.com/"Kemenangan semakin hampir,walaupun tekanan semakin keras,dan fajar pasti terbit walaupun kegelapan berpanjangan" -Hassan Al-Bana- -Widget Islamik,senang pasang tanpa popup - |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan