Kami Sokong Tokguru |
- TNB Penipu,Taktik Nak Untung Lebih.!!
- Peniaga Melayu Tertindas Di Suria KLCC(Pengakuan Peniaga Melayu)
- Durian Unik(Santai Pagi)
- Selamat Menyambut Ramadhan
| TNB Penipu,Taktik Nak Untung Lebih.!! Posted: 09 Aug 2010 07:17 PM PDT kaedah pengiraan bil elektrik sekali dalam dua bulan membebankan dan mengakibatkan kerugian besar kepada para pengguna elektrik. Contohnya, bagi pengguna elektrik rumah, setiap 500 unit elektrik yang diguna akan dicaj pada kadar RM0.286 seunit (KWH). Bagi 100 unit seterusnya, kadar yang dikenakan ialah RM0.378 seunit. Penggunaan seterusnya akan mengikut kadar yang meningkat Sesiapa yang menggunakan lebih daripada 250 unit elektrik sebulan (iaitu lebih daripada 500 unit dalam dua bulan) akan mendapati kadar elektrik bagi 100 unit yang seterusnya akan meningkat kepada RM0.378 (iaitu peningkatan lebih daripada 32%).Kaedah mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali tersebut adalah bercanggahan dengan kadar elektrik yang diluluskan oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia. Sumber : http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2010/05/rakyat-malaysia-perlu-sedar-kenapa-bil.html TNB LANGGAR UNDANG-UNDANG? Tindakan TNB memeriksa meter dan mengeluarkan bil elektrik 2 bulan sekali di sesetengah tempat di dakwa melanggarkan undang-undang. TNB perlu kembali menjalankan sistem bacaan kadar pengunaan elektrik secara bulanan seperti yang termaktub dalam seksyen 4(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. Menurutnya tindakan TNB mengeluarkan bil 2 bulan sekali menyebabkan pengguna terpaksa membawa bil elektrik dengan kadar yang tinggi. Sumber : http://mutaligat.blogspot.com/2010/05/tnb-langgar-undang-undang.html |
| Peniaga Melayu Tertindas Di Suria KLCC(Pengakuan Peniaga Melayu) Posted: 09 Aug 2010 05:44 PM PDT Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat. Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor saja, KESIAN Melayu tempat lain. JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN *************************************** Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang' Utusan Malaysia 10 Ogos 2010 NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun. Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat. Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama? Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini? Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini. Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda. Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa? Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan. Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ? Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ. Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk. Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya? Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu. Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan. Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu. Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B. Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan. Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri. -Baca lagi dsini |
| Posted: 09 Aug 2010 04:14 PM PDT |
| Posted: 09 Aug 2010 07:49 AM PDT Assalamualaikum,dan salam blogger. Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam.Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi medan untuk kita sama-sama memperbanyakkan amal dan bertaubat dari dosa-dosa yang telah terlanjur kita lakukan termasuk dosa dosa dari hasil kesilapan kita semasa menulis blog. Saya juga ingin memohon maaf jika ada pembaca yang terasa hati dengan penulisan saya selama ini. Berkata Imam Al-Ghazali dlm ihya Ulumiddin: Puasa mempunyai 3 tinggkat,Tingkat yang paling rendah ialah puasa umum iaitu orang yang hanya menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkat yang kedua,Puasa Khusus. Mereka yang berada pada makam ini tidak hanya meninggalkan perkara yang membatalkan puasa .Mereka juga menjauhkan diri dari perkataan,pendengaran,penglihatan serta tindakan yang boleh mencacatkan pahala puasa. Tingkat yang tertinggi,golongan khusussil khusus. Mereka yang berada pada peringkat ini bukan sahaja menjaga anggota badan dari melakukan perbuatan membatalkan puasa serta menjaga pancaindera lain dari melakukan perkara yang sia-sia tapi mereka juga menjaga hati agar sentiasa mengingati Allah ketika berpuasa. Puasa peringkat ini juga dikenali sebagai puasa hati kerana mereka yang berada pada makam ini banyak berzikir kepada Allah serta mengawal hati mereka dari di cerobohi oleh cita-cita dan kehendak duniawi. Wallahua'lam. Selamat berpuasa,selamat menyambut bulan penuh keberkatan,bulan rahmat,bulan keampunan. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.. |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sesiapa yang menggunakan lebih daripada 250 unit elektrik sebulan (iaitu lebih daripada 500 unit dalam dua bulan) akan mendapati kadar elektrik bagi 100 unit yang seterusnya akan meningkat kepada RM0.378 (iaitu peningkatan lebih daripada 32%).




Tiada ulasan:
Catat Ulasan