Kami Sokong Tokguru |
- Biskut Mengandungi Bakteria Merbahaya
- Sunnah Rasulullah s.a.w VS Petua Yahudi
- N3 santai
- Video Kemalangan Kena karen
| Biskut Mengandungi Bakteria Merbahaya Posted: 05 Aug 2010 05:45 AM PDT Kementerian Kesihatan kini meletakkan biskut beras 'Wang Wang' keluaran negara China pada tahap 5 keselamatan makanan berikutan laporan kehadiran bakteria koliform dan E coli dalam biskut itu di Wilayah Shandong, China semalam. Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan agar mengambil sampel daripada biskut yang berada di pasaran sekarang untuk diuji. Sebanyak 334,460 kotak produk itu dibawa masuk ke Malaysia tahun ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa banyak yang masih berada dalam pasaran, katanya pada sidang media selepas melawat Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini. Berdasarkan standard maklumat keselamatan makanan Malaysia atau FoSIM, tahap 5 adalah tahap berjaga-jaga, manakala tahap 6 akan mengakibatkan produk terbabit dikeluarkan daripada pasaran. Liow berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa China bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu selain mengesan sumber pencemaran. Ditanya sama ada produk itu selamat untuk dimakan, Liow berkata, keputusan akan dibuat selepas menerima hasil analisis. - Bernama |
| Sunnah Rasulullah s.a.w VS Petua Yahudi Posted: 05 Aug 2010 05:17 AM PDT " berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil " 1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian saintis yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut Yahudi ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 2- kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka. 3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4- kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 5- para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum. 6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. -Wallahua'lam- |
| Posted: 05 Aug 2010 03:26 AM PDT Tak sempat nak berbloging |
| Posted: 04 Aug 2010 11:31 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan