Kami Sokong Tokguru |
- Hukum Umpan Katak Ketika Memancing(Soal-Jawab Agama)
- Kenyataan Media YB Nizar
- Iran Ikrar Hapuskan Israel
- Sengaja Cari Nahas(Santai)
| Hukum Umpan Katak Ketika Memancing(Soal-Jawab Agama) Posted: 03 Aug 2010 04:08 PM PDT assalamualaikum ustaz.. Untuk pengetahuan ustaz, katak dan anak ikan ini dijual sebagai umpan di kedai. Jadi, apakah hukum menggunakan katak atau anak ikan hidup sebagai umpan untuk memancing ikan?adakah ianya dikira sebagai membunuh haiwan tersebut. sekian, terima kasih Jawapan w.salam Hukum menjadikan umpan katak untuk memancing adalah harus dengan syarat tidak disakitkan katak tersebut semasa dilekatkan kepada mata kali iaitu dengan cara dikitat dengan benang kepada mata kail. Ini adalah kerana katak termasuk haiwan muhtaram yg haram dibunuh. Dalam masalah jadikan umpan kita tidak dikira membunuh katak kerana ikan yang memakannya dan sememangnya katak adalah makanan ikan. Begitu juga anak ikan hendaklah tidak dengan cara menyiksanya dengan disakitkan dahulu sebelum dimakan oleh ikan yang besar. wallahuam Sumber:http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-menggunakan-umpan-katak-dan-anak-ikan.html -------------------------------------------------- Salam ustaz, ape hukum isi gambar kat dinding?? Kalau gambor tok guru?? Gambor kahwin plok guane ustaz?? ................................ w.salam Pendapat yang muktamad tidak harus gantung gambar2 bernyawa di dinding2 rumah seperti gambar bersanding atau sebagainya. Setengah ulamak mengatakan harus gambar2 yang mengingatkan manusia kepada akhirat seperti gambar ulamak dan orang soleh dengan syarat bukan dengan maksud perhiasan. Pendapat ini adalah pendapat yang sedikit dikalangan ulamak. wwallahua'lam |
| Posted: 03 Aug 2010 04:44 AM PDT Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini. Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung. Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas. Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak. Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi. Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang. Semasa dato ngeh jadi ketua pembangkan, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh mb masa itu Tajol Rosli. Hari ini dem0krasi dibunuh oleh BN. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di http://idhamlim.blogspot.com |
| Posted: 03 Aug 2010 02:15 AM PDT TEHERAN: Ahli Parlimen Iran berkata sekiranya Israel mencari masalah dengan Iran, mereka tidak akan teragak-agak untuk melenyapkan Israel dari dunia ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Polisi Luar, Ismail Kosari membuat keyataan itu semalam, lapor agensi berita Irna.Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) adalah penyokong kuat regim Zionis dan Tel Aviv tidak akan mampu bertindak tanpa sokongan AS. Beliau juga menekankan Israel hanya berani membuat ancaman terhadap Iran dengan sokongan AS. Menurutnya, regim Zionis sedia maklum jika mereka bertindak sendirian menentang Iran mereka akan menyesali tindakan itu. Ismail berkata, Iran tidak akan berdiam diri dengan perang psikologi Israel dan akan bertindak lebih kasar sekiranya Tel Aviv berani merealisasikan ancamannya. Beliau turut mempertikaikan agenda AS-Israel yang cuba campur tangan dalam isu perairan antarabangsa Iran. Kenyataan Ismail dibuat ekoran sokongan ahli Kongres AS terhadap Israel untuk menyerang Iran. Kedua-dua negara itu berterusan menyelar Iran sebagai cubaan mengalihkan perhatian dunia yang mahu Israel mengesahkan isu berhubung penghasilan 200 peluru berpandu nuklear. Beberapa ahli Parlimen lain turut menyokong kenyataan Ismail mengenai ancaman Israel terhadap Iran. Sumber : Harian Metro |
| Posted: 03 Aug 2010 12:48 AM PDT ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan