Kami Sokong Tokguru |
- Paderi Amarika Rancang Bakar Al-Qur'an Besar-Besaran
- Berita Terbaru(29 Di tangkap)
- Untuk Peringatan Bersama
- 90% Kes Rogol Babitkan Melayu Islam(Ni ke berat Ni)
| Paderi Amarika Rancang Bakar Al-Qur'an Besar-Besaran Posted: 01 Aug 2010 11:16 PM PDT "We believe that Islam is of the devil, that it's causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times," Paderi Terry Jones, penulis buku 'Islam is of the evil' berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Kumpulan 'Dove World Outreach Center of Gainesville' di Florida, dalam laman Facebooknya berkata ia akan mengadakan satu 'Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa' pada setiap 11 September, lapor AFP semalam. Tindakan itu dijangka mengundang ancaman daripada kumpulan-kumpulan Islam dan amaran bahawa ia boleh meningkatkan kes berlandaskan kebencian. Ia meminta kumpulan-kumpulan agama lain untuk menyertai rancangannya itu, dalam usaha bersatu dalam perjuangannya untuk 'menentang amalan jahat Islam,' katanya menurut laporan agensi berita itu lagi. 'Islam dan undang-undang syariah bertanggungjawab atas 9/11,' kata paderi kumpulan itu, Dr Terry Jones, kepada AFP. Paderi sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa 'Islam is of the evil'. LIHAT KENYATAAN PADERI TU KAT SINI |
| Posted: 01 Aug 2010 09:07 AM PDT Upacara anti-ISA dihalang polis, 29 ditangkap Kerja keras, 1 Ogos Pasukan FRU menggempur Himpunan Warga Felcra di Perak dan Himpunan Mansuhkan Isa di seluruh negara, tahniah kepada BN yang tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa polis untuk menghalang program Pakatan Rakyat .21 Syaaban 1431H. Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun. Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan. Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku. Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!" manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam. Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam. Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin. Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee. Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah. Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap. Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini. "Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya. Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). "Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu. Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai. "Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya. Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka. Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram. Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan. Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM. Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram. Malaysiakini/- iklan -Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal- |
| Posted: 01 Aug 2010 08:08 AM PDT Sempena bulan ramadhan tidak lama lagi sebagai blogger muslim,saya percaya ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal dan menambahkan pahala. Antara salah satu cabang pahala ialah memperbanyakkan artikel agama dan nasihat.Dalam masa yang sama hendaklah kita berhati-hati sebelum menyiarkan atau menyebarkan sebarang tafsir dan hadis Rasulullah sebelum dapat dipastikan hadis itu bukan hadis palsu. maklum sajalah zaman ini banyak juga buku-buku bercorak agama yang ditulis oleh penulis-penulis yang tidak berautoriti yang mengandungi maklumat-maklumat yang tidak tepat. Jangan sampai kita menjadi agen penyebar hadis-hadis palsu,wallahua'lam Sabda Rasulullah s.a.w Sesiapa yang berbohong keatasku dengan senghaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hr Bukhari dan Muslim) |
| 90% Kes Rogol Babitkan Melayu Islam(Ni ke berat Ni) Posted: 01 Aug 2010 12:14 AM PDT -Merenung Sejenak- KOTA BARU, 31 Julai – Scara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim. Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka."Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi."Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu," katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Baca lagi disini |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan