Jumaat, 27 Ogos 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Defisit Kerajaan Terengganu Meningkat RM274,046,116.36

Posted: 27 Aug 2010 03:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.

Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.

Defisit lebih setengah bilion ringgit tersebut telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan-soalan bertulis Mesyuarat Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Kedua Belas pada 8 dan 9 Ogos lalu.

Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah belanja berlebihan itu.

Kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah mengemukakan beberapa langkah antaranya mengamalkan perbelanjaan berhemat dan memberi tumpuan kepada perbelanjaan sebenar kerajaan negeri,

Sebaliknya, jawapan yang dikemukakan itu jelas bertentangan dengan tindakan pemimpin Umno/BN negeri yang mengusulkan supaya DUN meluluskan peruntukan tambahan pula sebanyak RM220 juta


Pemimpin Umno ‘Baham’ Komisyen Projek

Posted: 27 Aug 2010 12:28 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170553.JPGKUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komesyen dari projek-projek di negeri ini.

Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.

"Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.

"Saya dapati dalam setengah kawasan saya (Manir) ada (projek) rumah mampu milik di Batu Hampar. Peruntukan dalam anggaran dulu RM3 juta dan tambahannya RM10 juta.

"Apa yang saya khuatir dan bimbang ialah pungutan 'tol' (komesyen) daripada jumlah projek ini. Ada orang yang dapat kutipan 'tol' dari projek ini. Projek RM10 juta, 'tol' RM2 juta dan yang RM2 juta itu 'hilang' sahaja," tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Manir berkata demikian ketika perbahasan peruntukan tambahan sebanyak RM157 juta di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 9 Ogos.

Menurutnya, adakah peruntukan asal itu tidak dikaji dengan teliti atau berlaku sesuatu di dalam perjalanan projek tersebut.

Katanya, pemberian 'tol' atau komesyen tertentu boleh merugikan rakyat serta menjejaskan kualiti pembinaan sesuatu projek.

Ustaz Harun menjelaskan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh kemungkinan berlaku pembinaan secara tidak sempurna.

"Sebagaimana berlaku (runtuh) kepada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kompleks sukan itu belanja banyak (mahal) tapi kompleks tidak kompleks.

"Jadi runtuh mungkin kerana tidak cukup duit untuk buat sempurna kerana duit sudah bagi 'tol' (komesyen).

"Saya hendak mengingatkan 'tol' (komesyen) itu membahaya, merugikan rakyat dan kualiti rumah yang kita (kerajaan) bina adalah rendah (tiada kualiti)," ujarnya.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri agar memantau serta mengkaji pembayaran 'tol' yang melibatkan pihak tertentu.


Tiada ulasan: