kalam Perantau |
- Betulkah kerjanya suka mengkafir orang?
- Doa untuk bukan Muslim
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG
| Betulkah kerjanya suka mengkafir orang? Posted: 25 Aug 2010 09:09 PM PDT Oleh Wan Nik Wan Yussof Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk "Jangan terlalu berani mencabar" hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut: "Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain." Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate, mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung? Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya 'orang luar' dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS. Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang. Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap Peñyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam. Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka. Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai 'orang Umno' tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno.
Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:
Persoalan di sebalik 'amanat' tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir? Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku agama suku'. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan 'amanat' yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya. Salah faham Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah "pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara." Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar'iyyah) "iqamatiddin wa siasatudunyabih" yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang. Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu. |
| Posted: 25 Aug 2010 05:00 PM PDT Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?” Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media. Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham. Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut: Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Harussani bukan lemah seperti saya Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh – bukan lemah seperti saya – dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”. Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi SAW – seperti riwayat al-Bukhari – dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka? Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “Salam 1Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa. Nabi jampi orang gila bukan Muslim Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Permainan politik Firman Allah, maksudnya: “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8). Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian. Cina rajin dan kaya Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka? Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi). Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam. Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya |
| KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG Posted: 25 Aug 2010 12:00 AM PDT KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN. Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu "Guan Eng gantikan Agong" yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama lain. Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP. 10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-
YB Dato Mansor Othman YB Chow Kon Yeow Ustaz Rosidi Hussain |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk "Amanat Haji Hadi". Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci 'perlembagaan-Reid-kafir' itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan 'amanat' itu.
Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan