Justice For All |
- Mat Said Mengigau??
- Jadi terkenal selepas marah perogol
- Zahrain Menipu Ke Ni??
- 70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim
- Ek Eleh Roswah, Kena Tinggal Najib 2 Jam Pun Nak Kecoh
- Indonesia Bakal Ganyang Malaysia Sekali Lagi
- Dulu 12 Hari, Kini 30 Hari Pula Sebelum Bercerai
- Pengetua Geng Muhyiddin Main Isu Perkauman
- Riduan Tea Dicabar Masuk UMNO
- Macam2 Zaman Najib..Mabuk Minum Arak Di Bulan Puasa
- Tok Kadi Ala Tok Kadi Bung Mokhtar Ditangkap Kerana Menyamar
- Budak Kurang Ajar Hina Solat
- Dari Hakim Hingga Peguam Negara Kangaroo, Penuh Dengan Skandal Maksiat
- Peserta Demontrasi BERSIH Saman Musa Hassan 2 Juta
- Suami Gila??
- Macam2 Zaman Najib..Jual Tubuh Di Bulan Ramadhan
- Rakyat Perlu Bangkit Lawan Hakim Kangaroooooo
- Kes Buang Bayi & Zina Parah Di Zaman Najib
| Posted: 17 Aug 2010 08:12 PM PDT Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu. Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu. Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak munasabah kerajaan Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said membatalkan projek tersebut. "Apa rasional kerajaan (Terengganu) atau apa sebab kerajaan membatalkan (projek) jambatan Losong ke Pulau Sekati ke Teluk Pasu dan terus disambungkan ke Jalan Banggol Tuan Muda ke Jeram Tokong, "sedangkan projek itu adalah projek kerajaan pusat yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat dengan peruntukan kerajaan pusat. Apa kena mengena kerajaan negeri nak batalkan hak orang yang telah diluluskan dengan peruntukan pusat,"soal Dr. Alias. Beliau berkata, justifikasi pembinaan jalan tersebut telah dipersetujui kerana dengan pembinaan tersebut ia boleh menambah satu lagi laluan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Pantai Timur apabila ia siap kelak. Ia juga, menurutnya, boleh memudahkan laluan dan mengurangkan kesesakan lalulintas apabila jalan tersebut dapat mengelakkan Pekan Batu Enam. "Ia (menjadi) jalan yang ketiga yang boleh memudahkan laluan tidak payah lalu di Batu Enam, mengurangkan kesesakan jalan yang sedia ada, ia satu justifikasi yang baik,"tegasnya. Katanya, beliau telah mengemukakan soalan tersebut dalam sidang DUN baru-baru ini dan telah dijawab oleh Exco Infrastruktur yang baru, Dato' Zaabar. Namun begitu, beliau tidak berpuas hati kerana menurutnya dato' Zaabar menjkawab dalam keadaan tidak ada maklumat. "(soalan saya) telah dijawab oleh Exco Infrastruktur Dato' Zaabar, (tetapi) Dato' Zaabar jawab pun (dengan keadaan) tidak yakin dan tidak pasti, samada perkara ini telah dirunding dengan Kementerian kerjaraya ataupun belum,"jelasnya. -BO |
| Jadi terkenal selepas marah perogol Posted: 17 Aug 2010 07:12 PM PDT LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam. Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya. Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan. Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter. Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi |
| Posted: 17 Aug 2010 06:14 PM PDT 'Perlembagaan baru' memang wujud KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu. Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. "Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan. "Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu. Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang. Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara. Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu. "Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya. Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut. Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli. "Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu. ''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya. |
| 70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim Posted: 17 Aug 2010 05:12 PM PDT Najib Tun Razak menyumbang duit raya kepada sebahagian penduduk Taman Sri Manja Petaling Jaya Selatan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid As-Salam, Petaling Jaya, malam tadi. Pada majlis dihadiri 2,000 hadirin itu, Najib turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih. PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu. Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ. "Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. "Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya. Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. "Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan |
| Ek Eleh Roswah, Kena Tinggal Najib 2 Jam Pun Nak Kecoh Posted: 17 Aug 2010 03:53 PM PDT Ek ele Roswah, 2 jam pun nak kecoh..anak isteri mangsa ISA, 7 tahun tak beraya dengan keluarga Saya faham perasaan beraya tanpa suami - Roswah KUALA LUMPUR 16 Ogos - Isteri anggota keselamatan yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran suami kerana bertugas di perbatasan dinasihatkan supaya bersabar menerima dugaan itu. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau sendiri pernah merasai pengalaman sedemikian apabila suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu berjawatan Menteri Pertahanan terikat dengan komitmen kerja pada hari raya. "Suami saya mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bosnia Herzegovina pada satu tahun sekitar 1990-an dan saya ditinggalkan di Rome, Itali pada pagi raya. "Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Rome, helikopter yang membawanya terlewat dua jam kerana ada wakil media dari Malaysia yang mengikuti rombongan itu tersesat, jadi beliau terpaksa tunggu mereka. Itu baru dua jam, saya rasa macam 20 hari," katanya. Beliau berucap selepas menyampaikan sumbangan 15,000 bungkusan kuih raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. |
| Indonesia Bakal Ganyang Malaysia Sekali Lagi Posted: 17 Aug 2010 10:00 AM PDT Indonesia digesa bertindak terhadap Malaysia JAKARTA: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Priyo Budi Santoso mendesak kerajaan Indonesia bertindak terhadap Malaysia kerana menangkap tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu. "Saya bimbang kewibawaan pemerintah Indonesia dipandang rendah sehingga polis Malaysia bertindak begitu berani. "Sesekali kita perlu mengajar Malaysia. Saya begitu marah melihat tindakan mereka," kata Priyo. Beliau menganggap tindakan polis Malaysia menangkap pegawai kerajaan Indonesia sebagai provokasi. "Jika mereka mengesyaki rakyat biasa, ia memang wajar. "Tetapi jika petugas pakaian seragam, ia sama dengan tindakan provokasi terhadap kerajaan Indonesia. "Kita perlu bertindak balas. Kita perlu menangkap petugas Malaysia. Kita perlu menahan mereka seperti mereka menahan pegawai kita," katanya. Menurut Priyo, tindakan diplomasi terhadap kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan tegas. "Ia tidak boleh diatasi dengan berbincang saja. Lebih-lebih lagi peristiwa ini sudah berlaku berulang kali," kata Priyo. - Agensi |
| Dulu 12 Hari, Kini 30 Hari Pula Sebelum Bercerai Posted: 17 Aug 2010 08:50 AM PDT Cerai dah macam makanan ruji pula..asyik..asyik cerai. Mereka tak tahu ke bila lafaz cerai dilafazkan, bergegar arasy Allah..kenapa mudah sangat nak cerai ya?? Heran betul di zaman pemerintahan Najib ini.. Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga. Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu. Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan. Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri |
| Pengetua Geng Muhyiddin Main Isu Perkauman Posted: 17 Aug 2010 07:46 AM PDT Ini wajah tokoh perkauman terbaru. Semangat melayu betul, sampaikan boleh buat ucapan hasutan di perhimpunan sekolah. Ini mesti geng Muhyiddin yassin, atau ahli Perkose. Kita nak tengok, kementrian pelajaran di bawah Muhyiddin buat tindakan tak pada pengetua ini. Tindakan pengetua UMNgOk ini lebih bahaya dari guru yang join PR. Kerana jika selepas ucapan perkauman ini dibuat, tak mustahil asda pelajar gangster melayu pergi serang pelajar bukan melayu, untuk jadikan bukan melayu 30 % dalam negara ini. Seperti yang pengetua UMNgOk tu sebut. Dan ini berita tentang isu ini (sini), (sini)..Serta laporan polis yang dibuat ke atas pengetua UMNgOk ini..(ini ada sedikit ringkasan laporan polis).. Pada 12/08/2010 Jam Lebih Kurang 7.45 Pagi Semasa Perhimpunan Pagi Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Di Sekolah Men Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.. .. " Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu. baca lagi di bawah ini.. |
| Posted: 17 Aug 2010 06:50 AM PDT Ridhuan Tee ni memang kiasu UMNO. Dulu masa forum di UKM, terang-terangan sokong UMNO. Satu lagi fakta tentang Ridhua Tea ini, dia ni wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari Aspirasi, kaki UMNO di IPTA. Masuk je UMNO wahai Riduan Tea, nanti boleh jadi pejuang melayu totok, macam Rezal Naina Merican yang bukan orang melayu.. PAS cabar Ridhuan Tee masuk Umno, dalami Islam KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyertai Umno jika terus-menerus mahu menuduh parti-parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) tanpa asas dan tidak tentu arah. "Sekiranya begini kenyataan beliau, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar beliau menyertai Umno dan istiharkan dengan cara terbuka," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani dengan merujuk kepada tulisan terbaru dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu. Kata Azman, pihaknya menyifatkan kenyataan Ridhuan tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi. "Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan doktor falsafah dan diploma dalam pengajian Islam sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan," katanya. Dewan Pemuda PAS merujuk kepada artikel yang ditulis Ridhuan yang bertajuk 'jangan terlalu berani mencabar' terbitan Mingguan Malaysia Ahad lalu, yang antara isi kandungannya berbunyi 'walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam'. Tulisan itu juga menggesa mereka yang mempersoalkan hak orang Melayu dan Islam balik ke negara asal masing-masing. "Ini merupakan satu pertuduhan yang serius yang boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Jelas beliau, PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam, malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijma' ulama. "Dalam kuliah-kuliah agama dan ceramah-ceramah, PAS hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak walaupun dalam berpolitik kerana Islam itu syumul dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia. "Dewan Pemuda PAS mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan?" katanya lagi. Kata beliau, Ridhuan juga seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa. "Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan sendiri. "Dewan Pemuda PAS mendesak beliau agar menarik balik kenyataan tersebut yang dilihat lebih cenderung memburukkan PAS. "Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya lagi. |
| Macam2 Zaman Najib..Mabuk Minum Arak Di Bulan Puasa Posted: 17 Aug 2010 05:29 AM PDT Mabuk sakan di bulan puasa KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan. Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu. Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa. Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain. Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar. Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota. Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin. Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk. "Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan," katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
| Tok Kadi Ala Tok Kadi Bung Mokhtar Ditangkap Kerana Menyamar Posted: 17 Aug 2010 04:14 AM PDT Pak Sheikh, 'tok kadi' kena cekup
PAK SHEIKH (kiri) mendengar penjelasan yang diberikan oleh seorang pegawai JAIS ketika diserbu di Subang Perdana, Shah Alam Jumaat lalu. SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu. Dia bersama seorang 'tok kadi', seorang 'saksi' dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada 'tok kadi' ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu. Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan 'ahli sindiket' berkenaan sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri. Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba 'bermain wayang' dengan menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak, barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya |
| Posted: 17 Aug 2010 03:31 AM PDT Ini anak sape ni..kurang ajar betul..memang kurang ajar..sila semua, lihat video di bawah ini yang saya ambil dari Bro Din Binjai.. Memang kurang ajar..sanggup persendakan ibadah solat dan azan. Si perempuan murahan ini pula sanggup ambil kain telekung dan buat main-main. Dahla bercampur gaul laki dan perempuan. Memang kurang ajar dan tak senonoh. Kita minta pihak polis siasat kes ini. Umat islam yang bayar gaji korang nak tahu siapa dalang video ini. Kalau video lingam boleh dikenalpasti, takkanlah video ini tak boleh. Gunakan duit gaji yang rakyat bayar, untuk siasat video yang hina islam ini. Kepada umat islam, marilah kita berdoa agar makhluk kurang ajar insaf dan ditangkap. Ajar cukup-cukup biar mereka serik. Semoga bulan ramadhan yang berkat ini, doa kita diperkenankan oleh Allah, untuk menyedarkan mereka-mereka yang hina islam termasuk UMNO dan Chua Soi Lek. Amin |
| Dari Hakim Hingga Peguam Negara Kangaroo, Penuh Dengan Skandal Maksiat Posted: 17 Aug 2010 02:47 AM PDT Apa nak jadi sistem kehakiman Malaysia..Ketua Hakim kahwin di Siam dan tak kena dakwa. Pendakwaraya wanita dibawah Peguam Negara pula ada skandal dengan Saksi utama,Sayfooool. Dan Sayfooooool ini pula, ada hubungan dengan pembantu Perdana Menteri Najib,Khairil Annas Jusoh. Dan terbaru, Peguam Negara, Ghani Patail pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad. Dan ini pendedahan sedikit RPK tentang skandal memalukan ini.. Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan. Nah??? Duduk dalam hotel berdua?? Patutlah kes Pulau Batu Putih kalah dengan Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, sebab takde berkat. Inilah dia sepenuhnya pendedahan RPK tentang skandal luar tabiee dalam sistem kehakiman kangaroooo negara ini.. Oleh : RPK, Malaysia Today Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes." Okey, isu di sini adalah mahkamah tanpa ragu-ragu bahawa dakwaan bahawa penolong pendakwa raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan dengan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim Sodomy II adalah benar. Mahkamah tidak peduli sama ada hubungan ini akan berterusan atau tidak. Ia hanya peduli bahawa hubungan ini akan menganggu kes perbicaraan. Dengan kata lain, adakah ada berlakunya 'perbincangan' berlaku sepanjang hubungan sulit itu? Dan mahkamah meyakini tiada pujuk rayu sebelum tidur, hanya hubungan sulit semata-mata. Jadi tiada kesilapan dalam melaksanakan keadilan dan oleh itu tuduhan terhadap Anwar tidak perlu digugurkan. Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu? Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan. Aiyah! Saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif. Kemudian pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan. Dan sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad. Kelihatannya banyak hubungan haram yang berlaku dalam Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah. - Raja Petra Kamarudin |
| Peserta Demontrasi BERSIH Saman Musa Hassan 2 Juta Posted: 17 Aug 2010 02:21 AM PDT Peniaga fail saman RM2 juta terhadap polis KUALA LUMPUR - Seorang peniaga hari ini, menfailkan saman RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan terhadapnya semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Jalan Tun Perak, tiga tahun lepas. Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Alyesak Hamid @Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi sebagai defendan kedua, Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga manakala Kerajaan Malaysia selaku defendan keempat. Dalam penyataan tuntutan itu, bapa kepada tiga anak itu menuntut gantirugi am sebanyak RM1 juta, gantirugi teruk dan gantirugi teladan sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas, faedah atas jumlah ganti rugi yang dituntut sebanyak lapan peratus dari tarikh writ saman difailkan hingga penghakiman. Selain itu, beliau yang diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri, turut menuntut faedah lapan peratus setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian, kos dan relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana difikirkan wajar oleh mahkamah. Dalam penyataan tuntutannya, Alyesak mendakwa pada masa kejadian iaitu pada 4 petang, 10 Nov 2007, beliau yang berada di Jalan Tun Perak di sini bagi tujuan menyertai perhimpunan BERSIH berubah menjadi kelam-kabut selepas diarah beredar dari tempat kejadian. Ketika diarah beredar oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), beliau selaku plaintif mendakwa terjatuh akibat diserang dari belakang oleh pihak FRU semasa ingin beredar dari tempat kejadian. Alyesak mendakwa semasa beliau cuba mengambil langkah ke belakang untuk beredar dan mengelak daripada dirempuh oleh anggota-anggota FRU, beliau terjatuh berhampiran pasu-pasu pokok Bunga di Jalan Tun Perak akibat diserang dan ditolak dari belakang. Akibat daripada itu, plaintif mendakwa beliau dipijak oleh anggota FRU dari belakang badan dan kaki kirinya dan turut disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan dengan kuat yang menyebabkan kaki kirinya patah.-Bernama |
| Posted: 17 Aug 2010 12:08 AM PDT Toreh muka, mulut isteri KUANTAN: Cemburu melihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki, seorang buruh bertindak kejam apabila menoreh muka, bahu dan mulut pasangannya itu sehingga mengakibatkan mangsa berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis. Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu, mangsa berusia 25 tahun terpaksa merangkak keluar dari rumah meminta bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut. Turut cedera, sepupu lelaki mangsa berusia 25 tahun yang luka di tubuh akibat ditoreh ketika cuba menyelamatkan mangsa. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian, mangsa bersama sepupu lelaki di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja. Menurutnya, mangsa berbual-bual dengan sepupunya di ruang tamu sementara menanti kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama-sama. "Suami mangsa yang pulang ke rumah secara mengejut melihat mangsa berbual mesra dengan sepupunya. Dia menengking mangsa menyebabkan dua bersaudara itu tergamam sebelum ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong ikan. "Sejurus keluar semula ke ruang tamu, suspek menoreh muka, tangan, mulut dan bahu isterinya. Melihat mangsa cuba diselamatkan sepupunya, lelaki terbabit seperti singa kelaparan apabila melibas pisau ke arah sepupu mangsa mengakibatkan lelaki itu cedera di tubuh," katanya. Menurutnya, suspek bagaimanapun melarikan diri selepas melihat mangsa dan sepupunya tidak bermaya serta bermandikan darah. Katanya, mangsa bersama sepupunya mendapat bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan akibat cedera di mulut, muka dan bahu. Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sepupunya berhubung kejadian terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Nordin berkata, polis masih menjalankan gerakan memburu suami mangsa dipercayai masih berada di daerah Kuala Lipis selain meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan. |
| Macam2 Zaman Najib..Jual Tubuh Di Bulan Ramadhan Posted: 16 Aug 2010 11:30 PM PDT 30 wanita tempatan dan asing ditahan dalam Ops Noda IPOH - Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan Jumaat lepas, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah hotel di Teluk Intan, yang menjalankan kegiatan pelacuran. Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dzuraidi berkata, dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad lepas, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial. Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah, katanya. |
| Rakyat Perlu Bangkit Lawan Hakim Kangaroooooo Posted: 16 Aug 2010 10:37 PM PDT Pentingkan kedudukan: Hakim Malaysia penakut dalam kes-kes kritikal! Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini - di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah - berubah di peringkat rayuan. Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan - yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan - kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali. "Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan. "Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya - walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif - akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik tertentu," tegasnya lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19. "Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya. Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih. "Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya. Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif. "Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam. "Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya. Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London. -detikdaily- |
| Kes Buang Bayi & Zina Parah Di Zaman Najib Posted: 16 Aug 2010 09:16 PM PDT Kes buang bayi meningkat KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes buang bayi di negara ini semakin serius apabila ia meningkat mendadak lebih 54 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding lapan bulan pertama tahun lalu. Statistik terbaru dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, terdapat 65 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini berbanding hanya 42 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya bimbang dengan trend peningkatan kes pembuangan bayi itu. Sehubungan itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk menyiasat kes pembuangan bayi di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan. "Jika kita lihat ada trend peningkatan (kes pembuangan bayi). Saya nampak dalam akhbar-akhbar banyak kes yang dilaporkan, malah Peguam Negara sudah membuat kenyataan berkaitan isu ini. "Ketua Polis Negara telah kata laksanakan (Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan) kalau itu boleh selesaikan kes-kes pembuangan bayi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. Pada 12 Ogos lalu, Kabinet mengarahkan mana-mana individu yang terlibat dalam kes buang bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh. Mohd. Bakri menjelaskan, sejak tahun 2005 sehingga kini, terdapat 472 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara. Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah meninggal dunia. "Sepanjang tahun lalu, 79 kes pembuangan bayi dilaporkan iaitu 25 kes membabitkan bayi lelaki, 29 bayi perempuan dan 25 kes lagi tidak dapat dipastikan jantinanya kerana dibuang masih janin. "Jumlah kes meningkat mendadak sejak Januari sehingga hari ini, apabila sudah ada 65 kes dilaporkan iaitu 26 kes membabitkan bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 kes janin," katanya. Dalam tempoh sama, kata Mohd. Bakri, 21 individu terdiri daripada remaja berusia di bawah 18 tahun ditangkap kerana terbabit dalam kes pembuangan bayi. Beliau berkata, enam daripada mereka sudah didakwa di mahkamah manakala dua lagi dijatuhi hukuman. Mohd. Bakri berkata, polis menghadapi masalah mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi terbabit kerana masyarakat kurang bekerjasama memberikan maklumat. "Kita minta orang ramai kalau mengetahui individu tertentu melakukan perbuatan demikian (buang bayi) supaya maklumkan kepada polis," ujarnya. Ditanya punca peningkatan kes terbabit, Mohd. Bakri berkata, ia mempunyai kaitan dengan teknologi maklumat yang semakin canggih iaitu apabila bahan-bahan lucah di Internet semakin mudah disebar dan diakses oleh orang ramai termasuk golongan remaja. Selain itu, katanya, kerapuhan institusi keluarga akibat kesibukan ibu bapa bekerja untuk mencari sumber kewangan juga menyumbang kepada masalah tersebut. Remaja hamil luar nikah meningkat SEREMBAN 16 Ogos – Percaya atau tidak, sebuah hospital kerajaan di sini menerima dua hingga tiga kes remaja hamil luar nikah setiap hari. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir, perkara tersebut membimbangkan pihaknya. "Ini adalah laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Kes-kes membabitkan remaja hamil luar nikah seperti ini dilihat semakin meningkat dan membimbangkan kita," katanya di sini hari ini. Zainab tidak menafikan terdapat kes membabitkan remaja dalam kalangan pelajar termasuk penuntut institusi pengajian tinggi di negeri ini. Menurutnya, kerajaan negeri melalui jabatan berkaitan melaksanakan pelbagai program di bawah Jawatankuasa Gadis/Wanita Hamil Luar Nikah dalam usaha menangani permasalahan seperti itu sejak 2008. "Pelbagai program dilaksanakan seperti seminar dan bengkel untuk remaja khususnya agar mereka menjauhi perkara-perkara seperti ini," kata beliau. Bagaimanapun, katanya, usaha tersebut bagaimana pun tidak akan berkesan tanpa pembabitan daripada akar umbi iaitu semua anggota keluarga. "Dalam perkara seperti ini saya ingin menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak gadis mereka. Tidak salah kita sedikit mengongkong dalam hal-hal seperti ini. "Ibu bapa yang mempunyai anak gadis di kolej atau universiti selalulah jenguk mereka, jangan kita tinggalkan mereka pada hari pendaftaran kemudian biarkan begitu saja tanpa bertanya khabar. "Elok juga jika kita selalu lakukan 'pemeriksaan mengejut' di tempat mereka belajar," jelasnya. Katanya, remaja yang hidup jauh daripada keluarga dan tanpa bimbingan ibu bapa akan mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik akibat pengaruh rakan-rakan. "Di sinilah institusi keluarga memainkan peranan, walau sebaik manapun program yang kerajaan buat, akhirnya anggota keluarga jugalah yang utama dalam memberi didikan," katanya. Mengenai kes buang bayi di negeri ini, katanya, sebanyak 24 kes dilaporkan sejak 2007 termasuk empat kes pada tahun lepas dan dua kes sehingga Ogos tahun ini. "Kerajaan negeri sangat menyokong cadangan kerajaan agar mereka yang terbabit dengan kes pembuangan bayi disabitkan dengan hukuman mati. "Sekurang-kurangnya hukuman ini akan menggerunkan mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu," tegasnya. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan