Ahad, 29 Ogos 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Fitnah: Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

Posted: 29 Aug 2010 03:13 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Halang bukan Islam masuk masjid canggah fatwa

Posted: 29 Aug 2010 03:11 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.
Fatwa itu memutuskan pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat telah ditentukan.

PKR mengeluarkan kenyataan ini ketika pemimpin mereka, Bendahari William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang pula menjadi serangan atas alasan memasuki Masjid At-Taqwa di Selayang Baru.

Pertengahan minggu lalu, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching menjadi tumpuan kontroversi selepas berucap di Surau Al-Huda, Kajang.

"Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain.

"Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty hari ini.

Hakikatnya, menurut beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

"Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya.

"Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini," katanya.

Menurut beliau, sewajarnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

"Apatah lagi ia memang telah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil kerajaan negeri Selangor.

"Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan," kata beliau sambil menambah, ia juga satu gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

"Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.

"Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan," katanya.

Muhd Nur menambah, pihaknya sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno.

"Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

"Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut dalam batu.

"Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan," katanya.

Jelas beliau, itulah menjadi keyakinan PR kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Kata beliau, bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.

"Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini," katanya lagi.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Tiada Ambang Merdeka, hormati kemuliaan Ramadhan

Posted: 29 Aug 2010 03:07 AM PDT

Buat kali kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan program 'Ambang Merdeka' sebagai menghormati bulan Ramadhan yang sedang dihayati oleh umat Islam seluruh dunia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau yang lazimnya diamanahkan merancang program sedemikian menegaskan, keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bererti tidak menghayati saat-saat kemerdekaan tetapi kerana bulan Ramadhan bulan mulia, ia hanya disambut pada keesokan hari seperti pembarisan.

"Tahun ini merupakan tahun kedua kita tidak mengadakan sambutan ambang merdeka untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Jangan ada pihak pula mencetuskan isu kerajaan negeri tidak hormati kemerdekaan kerana di siang hari pembarisan tetap dilaksanakan," jelasnya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadhan anjuran Lajnah Penerangan PAS di Tapak Ekspo, Seberang Jaya malam tadi.

Namun bagi sektor swasta ia disambut seperti biasa bagi mengenang kembali sejarah silam perjuangan Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat merdeka sebanyak tiga kali menandakan bendera Malayan Union diturunkan.

Lagipun, katanya kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya sambutan sebegitu tidak dibuat.

Apa yang penting sekarang, ujarnya rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran wajar mengukur tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu '1Malaysia Menjana Tranformasi' .

Katanya, jika mahukan tranformasi berlaku, rakyat Malaysia usah lagi berpeluk tubuh tetapi bersama menjulang usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada piliharaya umum ke 13 kelak untuk membuktikan tranformasi benar-benar menjadi kenyataan.

Tambahnya, bukan sekadar slogan rakyat disuruh melakukan perubahan sedangkan jiwa rakyat dibelenggu dengan hutang negara yang maskin bertambah.

"Akibat pembaziran Kerajaan Malaysia, setiap rakyat termasuk bayi yang baru dilahirkan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,700. Apakah dosa bayi yang baru lahir walhal semuanya perbuatan kerajaan yang boros, " tegasnya.

Bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 nanti, katanya tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara maju yang bankrap apabila banyak pelabur asing keluar dari negara ke Indonesia dan Thailand.

Ini kerana, katanya pelabur yakin dengan ketetapan dasar atau polisi negara berkenaan walaupun sesiapa yang memerintah berbanding dasar di Malaysia yang senantiasa berubah mengikut gaya masing-masing.

"Di mana hilangnya Islam Hadhari ciptaan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila dia bersara dan tidak mustahil slogan 1Malaysia pun akan hilang dari sebutan rakyat ketika mana individu lain pula memerintah menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mana Ada Orang Macam Lim Guan Eng Dalam MCA Dan Gerakan!

Posted: 29 Aug 2010 12:35 AM PDT

Pemimpin MCA, Gerakan, PCM..ada ke ikut perangai Lim Guang eng yang mesra rakyat ini. Semestinya jawapannya tidak. Memang pemimpin BN lebih bermatlamatkan duit, daripada tolong rakyat..Semoga Allah beri hidayah kepada Lim Guang Eng ini... Amimm...


1. KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer,Ustz,Shobri Arshad,Tn Hj Ali.






2. Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa"






3. Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa,Butterworth.






4. Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.






5. Majlis buka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Halaman Masjid Kampung Bahru, Jalan Air Itam.








-Dperbatasan

" Sumber Klip Di Sini"

Tak Ada Laporan Kavita Kaur Masuk Masjid

Posted: 28 Aug 2010 11:45 PM PDT



Selepas ini, giliran Masjid at-Taqwa, Selayang Baru pula akan diambil alih pentadbiranya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Wow! sultan Selangor tentu marah! (lihat Mingguan Malaysia hari ini "Kesucian masjid terus dinodaI"). Sambil itu, lihat sama tapi tak serupa di sini.

Ah, kalau siapa-siapa ada kesempatan berjumpa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar di Kuala Terengganu, Datuk Tok Teng Sai, ca tanya Adun BN tu, pernah tak dia masuk masjid atau surau?



Apa pun, seingat saya, tak pernah saya jumpa laporan Kavita Kaur masuk masjid.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Posted: 28 Aug 2010 11:31 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.

Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.

Sapa Nak Tegur Kak Rosmah Masuk Masjid Tak Menutup "AURAT"

Posted: 28 Aug 2010 09:37 PM PDT


Alhamdulillah Ramadhan tahun ini isu agama ditimbulkan oleh UMNO..jika dikata jahil..tentulah marah pula...

Tetapi jika kita melihat isu ini dari sudut positif atau hikmahnya adalah :-

1) Hari ini semua orang faham bahawa berdoa untuk bukan Islam diberi taufik dan hidayah dibenarkan oleh Islam.

2) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan hadir ke majlis berbuka puasa.

3) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam Masjid atau surau tetapi biarlah menutup aurat.

4) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan membaca ayat Al-Quran atau Hadith dengan syarat bukan untk mempersendakan.

Inilah sebenarnya hikmah terbesar wujudnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan Keadilan, PAS dan DAP. Islam makin tersebar........

Cuma agak terkilan dengan 40 ulamak muda...apa dah jadi dengan mereka..mengapa diam membisu... sudah jadi ulam muda ka...

Mengapa isu YB DAP tidak tutup aurat dan memberi ucapan di surau ditimbulkan tetapi mengapa bila bik mama Rosmah berucap di masjid tidak menutup aurat, tidak ada siapa yang berani menegur?


Gambar ini menjelaskan segalanya....

Bukan Islam Boleh Masuk Ke Masjid - Surau

Posted: 28 Aug 2010 09:27 PM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.
Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam."

"Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

"Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

"Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi," katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

"Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

"Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis," katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Busuknya Perangai Melayu (Perkasa)

Posted: 28 Aug 2010 09:08 PM PDT

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang untuk panaskan lagi keadaan ?

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari.

Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

"Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan." demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surau tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat ... DUN26 BANGI

Note: Celaka ... itu lah ungkapan yang aku dapat keluarkan pada wakil PERKASA yang cuba meRASUAH AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang PERKASA cari? Membenci bukan Melayu?

Bro Berahim katak, tengok-tengok sikit anak buah kat bawah ni, jangan buat kerja kurang -ajar macam tu ...




OLEH WFAUZDIN N

Tiada ulasan: