dollah yankee |
| Posted: 29 Aug 2010 05:24 PM PDT Gurkah-gurkah politik di'port' ketawa berdekah-dekah...Kah..Kah..Kah..ini kerana setelah membaca puisi Tukar Tiub di-bawah, mereka telah mengandaikan yang dia telah keracunan makanan?? PETANG KELMARIN aku berhenti di pasar ramadan ijok dalam perjalanan ke tanjung karang beli kueh kacang yang keras macam batu beli pecal dua ringgit dengan tiga helai taugeh beli tahu sumbat yang tahunya sudah masam memang betul meniaga setahun sekali juallah barang yang baik juallah barang yang bersih haram itu bukan hanya kerana tidak ada notis jakim haram itu bukan kerana tak tayang logo halal halal itu ertinya kesucian haram itu ertinya kekotoran membawa mudarat tahu masam sakit perut ini haram dijual walau pun mak cik ini pakai kain tudung halal itu tanda bersih http://tukartiub.blogspot.com/ -5.07 pm 29 August 2009 Mungkin Tukar Tiub tak perasan lagi kot yang setengah daripada kes-kes keracunan makanan yang telah dilapurkan sejak bermulanya puasa adalah kerana memakan makanan-makanan yang telah dibeli di Bazaar-Bazaar Ramadan. Kesemua kes-kes keracunan makanan itu adalah disebabkan telah memakan makanan yang telah pun basi. Gurkah-gurkah politik di'port' walau pun tak pernah sekali pun beli makanan di Bazaar Ramadan dan tak juga keracunan seperti Tukar Tiub, bukan saja begitu kecewa tetapi juga amat marah dengan pengendali-pengendali makanan di Bazaar-Bazaar Ramadan ini yang hanya muncul setahun sekali ini, yang telah menjual makanan-makanan yang sudah basi, ini kerana mereka hanya mementingkan keuntungan dan fulus al'mahfuz. Kesihatan pelanggan?? To hell with them!! Hospital dan Klinik 1Malaysia banyak..boleh ambil ubat disana... Kah..Kah..Kah.. Ada gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah menjadi katerer dan pernah menjadi tokey-tokey kantin memberi pendapat, antara penyebab makanan ini ter-racun ialah kerana mereka telah menyediakan makanan-makanan ini terlalu awal, dan cara-cara makanan ini disimpan juga tidak betul. S.O.P (standard operating procedure) yang sering diguna untuk menghalang dari terjadinya keracunan makanan ini ialah, mereka mestilah munggunakan bahan-bahan yang segar untuk dimasak dan bahan-bahan yang akan dibuat makanan ini hendaklah di-stor kan dibawah suhu 4 darjah. Manakala makanan-makanan yang telah siap dimasak yang hendak disimpan, hendaklah disimpan dengan suhu melebihi 60 darjah dan jika tidak mahu di-stor kan makanan yang telah siap dimasak ini, ianya hendaklah dihidangkan tidak kurang dari empat jam selepas dimasak. dollah yankee - Buka puasa jam 7.30, tapi ada juga orang yang start jual bermula jam 11 pagi. Pukul 11 pagi, guna beg plastik hitam. Petang, guna beg palstik warna hijau. |
| You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan