WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KHIR TOYO CUBA LEPASKAN DIRI DARI CABARAN DAP
- Asyraf muncul juara Imam Muda
- KHIR TOYO, AYUH..JIKA BERANI DEDAHKAN !!
- KJ VS BERAHIM ALI - JOM KITA JADI TUKANG TEPUK
| KHIR TOYO CUBA LEPASKAN DIRI DARI CABARAN DAP Posted: 30 Jul 2010 07:00 PM PDT ![]() Oleh: WFAUZDIN NSKHIR Toyo telah dicabar oleh DAP Selangor agar membuktikan senarai pencuri-pencuri pasir di Selangor yang kununnya mendapat perlindungan samseng. Sudah semestinya mantan MB Selangor yang kini hidup mewah itu gagal menyahut cabaran dari DAP kerana beliau sememangnya berbohong selama ini. Beliau masih percaya bahawa rakyat Selangor majoritinya masih bodoh seperti dahulu iaitu ketika beliau menjadi MB Selangor. Akibat tidak mahu digelar bacul dan dayus, maka Khir Toyo terpaksa melakukan perkara bodoh iaitu dengan mencabar DAP agar menutup semua pusat judi, pusat hiburan dan rumah urut tanpa lesen di Selangor sebelum beliau mahu memohon maaf terhadap DAP. Apabila beliau berkata bersedia untuk memohon maaf kepada DAP, ini bererti dakwaannya berkaitan samseng curi pasir itu ternyata tidak benar. Cuma, peliknya Khir Toyo ini mengaitkan pula dengan perkara lain yang tiada kaitan dengan dakwaannya itu. Isunya samseng curi pasir, bukannya pusat judi, hiburan atau rumah urut tanpa lesen. Jika beliau ingin juga memperjuangkan perkara itu, sepatutnya Khir Toyo membuat cabaran lain khusus berkaitan hal tersebut. Selaku mantan MB Selangor, Khir Toyo sepatutnya tahu apa yang perlu beliau lakukan jika benar dakwaannya ada rumah urut, pusat perjudian dan hiburan tanpa lesen masih wujud di Selangor. Tidak bolehkah beliau bekerjasama membenteras perkara ini bersama dengan Kerajaan PR Selangor? Mengapa nampak pencuri, dibiarkan sahaja agar mudah untuk menuduh Polis tidak melaksanakan tugas? Begitu juga dalam isu Samseng curi pasir yang beliau dakwa itu. Jika cukup bukti dan maklumat, tidak tahukah beliau untuk bertindak? Patut pun di zaman beliau mentadbir Selangor perkara ini tidak mampu beliau tangani kerana beliau tidak tahu untuk bertindak. Memang wajar Khir Toyo dan kerajaannya dahulu ditolak oleh rakyat Selangor kerana terlalu lemah. Khir Toyo sebenarnya tertekan kerana sentiasa diserang dari dalam Umno dan juga di luar Umno. Beliau terpaksa menonjolkan diri secara begini agar rakyat melihat beliau seperti cerdik dan pintar. Malangnya, semakin banyak Khir Toyo bercakap semakin jelas kebodohan doktor gigi ini./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| Posted: 30 Jul 2010 05:00 PM PDT ![]() MUHAMMAD ASYRAF (kiri) dinobatkan sebagai juara Imam Muda oleh Hassan pada malam kemuncak program realiti dakwah di Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR - Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam. Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi. Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi. Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro. | ||||||
| KHIR TOYO, AYUH..JIKA BERANI DEDAHKAN !! Posted: 30 Jul 2010 11:44 AM PDT Pasir: DAP Mahu Khir Toyo Dedah Identiti 'Samseng'Exco Selangor Ronnie Liu Thian Kiew meminta bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti yang menyokong dakwaan bahawa DAP Selangor dilindungi kumpulan samseng. DAP juga menuntut Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan identiti samseng terbabit. Sekiranya gagal, maka pemimpin Umno itu digesa bertaubat dan meminta maaf secara terbuka. Ketua Pembangkang Selangor mendakwa pelombong-pelombong pasir haram dilindungi samseng dan samseng berkenaan rapat kepada DAP Selangor. Beliau turut mendakwa samseng-samseng terbabit membiayai jentera pilihanraya DAP DAP meminta Dr Khir toyo mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam atau hadapi tindakan undang-undang. "Saya minta Dr Khir Toyo untuk tidak membuat tuduhan bukan-bukan, tanpa bukti. Tunjukkan bukti dan jangan jadi pengecut. Saya mempertimbangkan untuk menyaman beliau," tegas Ronnie. "Keuntungan dari Kumpulan Semesta digunakan untuk rakyat. Saya minta Khir Toyo untuk ambil teladan dari urustadbir Menteri Besar sekarang. Jadi saya cabar kamu berikan bukti menunjukkan kaitan DAP kepada samseng-samseng pasir," kata Ronnie. Sementara itu juga, DAP menggesa Khir menamakan kumpulan samseng yang dimaksudkannya itu jika benar beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya.. "Berikan kami nama-nama samseng tersebut dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap kamu," kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San./TVSelangor | ||||||
| KJ VS BERAHIM ALI - JOM KITA JADI TUKANG TEPUK Posted: 30 Jul 2010 11:06 AM PDT
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini. Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda. Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini. Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim. Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan. Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain. Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'. Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA. Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama. Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain. Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya. "Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.
Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka. "Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut. Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan