Rabu, 28 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FOTO - GADIS INIKAH YANG DIKATAKAN PUNYAI SKANDAL DENGAN SAIFUL ?

Posted: 28 Jul 2010 11:00 PM PDT

Adakah ini gadis yang dikatakan punyai `skandal' dengan Saiful?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEGUAM Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini). Ini adalah angkara dakwaan berlakunya `skandal intim' antara peguam tersebut dengan Saiful Bukhari. Satu tamparan hebat ke atas kredibiliti Saiful Bukhari, pemuda yang mendakwa diliwat oleh DS Anwar itu.

Pemuda `berdahi hitam' yang mengaku di dalam mahkamah untuk menjadi seorang Muslim yang baik itu kini mula menjadi perhatian ramai. Samada Saiful Bukhari sudah bertunang atau belum, kisah ini tentunya menambahkan jelek pandangan orang ramai terhadapnya. Adakah orang seperti ini boleh dipercayai percakapannya?

Sebab itu, jangan suka membuat fitnah ke atas orang lain kerana bencana dan malapetaka pasti menimpa diri si kaki fitnah. Ingatkah kita apa yang terjadi kepada Azizan Abu Bakar selepas beliau mendakwa DS Anwar meliwatnya di dalam kes liwat 1 dahulu? Azizan Abu Bakar kemudiannya ditangkap berkhalwat. Allah bayar cash atas kerja jahat beliau itu.

Keterangan Saiful kununnya aduan yang beliau buat terhadap DS Anwar adalah untuk menjaga kehormatannya, kini terbukti beliau sendiri merosakkan kehormatannya. Berbagai cara telah dilakukan oleh kumpulan konspirasi untuk memburukkan imej DS Anwar, tetapi yang jelas terkena adalah Saiful.

Masih ada lagikah yang percaya dengan Saiful ini? Kita terus menanti adegan seterusnya...../wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH AKHBAR SINAR HARIAN, TERUSKAN USAHA

Posted: 28 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat akhbar Sinar Harian di bawah Karangkraf Sdn Bhd yang telah menerima kunjungan Ketua Pembangkang DS Anwar ke syarikat operasinya. Sebelum ini, syarikat tersebut telah menerima kunjungan Najib. Bezanya, lawatan DS Anwar ke akhbar Sinar disambut dengan mesra dengan wajah ceria kakitangan syarikat tersebut.

Sebenarnya boleh dikatakan majoriti wartawan simpati dengan nasib DS Anwar dan juga parti pembangkang. Mereka tahu betapa ketidak adilan telah berlaku terhadap DS Anwar dan juga parti pembangkang, tetapi apakan daya. Meskipun masih terdapat kawalan dari pemerintah, setakat ini akhbar tersebut boleh dikatakan berlaku sedikit adil kepada Pembangkang. Justeru itu, tidak hairanlah jika akhbar berkenaan kini amat laris di pasaran. Bukan sahaja harganya agak murah iaitu RM 1 sahaja, tetapi kandungan dan beritanya jauh lebih adil dari Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Diharapkan akhbar ini masih mampu bertahan. Kita sebagai pendokong PR harus memberikan sokongan kepada akhbar ini dan memboikot akhbar-akhbar pengampu dan pencacai yang lain. Semoga akhbar Sinar Harian tidak tersalah langkah atau melatah dengan pimpinan Umno yang sentiasa mahukan media yang boleh dijadikan `lembu' oleh mereka./wfauzdin.blogspot.com

ANAK DIDIK EZAM SESUMPAH BIDAS EZAM

Posted: 28 Jul 2010 10:42 AM PDT

Perkara ini perlu dihujahkan. Ezam begitu keras dalam dakwaannya untuk menyahkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Apa dosa Anwar pada rakyat Selangor? Ini yang perlu Ezam jelaskan.

Tuduhan lanjutan Ezam adalah dengan menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah alat dan perkakas Yahudi. Apakah ini benar? Bagaimana pula dengan hubungan Kerajaan di bawah Najib Tun Razak dengan APCO? Bayaran RM 77 juta kepada APCO itu apa? Ini Ezam tidak jelaskan.

ANWAR SEORANG YANG TEGAS - NIK AZIZ

Posted: 28 Jul 2010 08:58 AM PDT



M Faqih

KOTA BHARU, 28 Julai: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

"Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

"Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

"Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

"Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya./Harakahdaily

EZAM PARAHKAN UMNO SELANGOR - DR HASSAN ALI

Posted: 28 Jul 2010 08:46 AM PDT

PAS: Ezam parahkan Umno S'gor
Jul 28, 10

Penglibatan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor dalam 'pertembungan' dua tokoh pemuda Umno Selangor didakwa menambahkan lagi perpecahan dalam parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (kiri) mendakwa, pertembungan antara timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo tidak dapat dibendung lagi, malah sudah menjadi perhatian umum.

"Usaha melibatkan Ezam Mohd Nor dalam kemelut tersebut hanya akan menambah parah perpecahan parti itu di Selangor," kata Dr Hasan.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata penubuhan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) oleh Umno dilihat sebagai satu "usaha terdesak untuk menyelamatkan parti yang hampir karam di negeri itu".

"Umno ternyata gagal dan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang begitu mahal atas segala bentuk korupsi, skandal, penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan Umno Selangor selama ini.

"Mungkin lebih sesuai kempen 'Selamatkan Selangor' ditukar sahaja namanya menjadi kempen 'Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau menegaskan parti Islam itu tidak pernah jemu mengingatkan bahawa tidak ada dasar dan usaha yang lebih baik untuk menyelamatkan Selangor melainkan berpaksikan ajaran Islam.

"Dasar inilah yang selama ini di perjuangkan oleh PAS, (ia) selari dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini," katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan: