Ahad, 25 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU PASIR SELANGOR - MEREKA SANGKA MEREKA SAHAJA YANG MELAYU?

Posted: 25 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.

Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR. Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?

Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.

Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.

Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu./wfauzdin.blogspot.com

HARUSSANI - ADAKAH INI YANG DIKATAKAN `TIPU SUNAT' ?

Posted: 25 Jul 2010 05:00 PM PDT


Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggunakan tajuk ini. Tetapi saya tercari-cari apakah tajuk yang lebih sesuai selain daripada tajuk ini.Tidak ada tajuk dan istilah yang lebih sesuai.Sebelum ini akhbar pengampu dan penipu milik Umno menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa beliau mengadakan perjumpaan dengan seorang pemimpin Pas untuk membincangkan kerajaan perpaduan Pas-Umno.Begitu bermati-matian sekali beliau mempertahankan kenyataan tentang wujudnya perbincangan dengan pemimpin Pas itu isu kerjasama dan kerajaan Perpaduan Pas-Umno.

Apabila terdapat banyak blog dan portal mempertikaikan kenyataan beliau, Harussani berkata " Saya ni mufti tak kan nak menipu..."

Hari ini segala dakwaan blog dan portal terbukti benar apabila Harussani yang cukup tertekan dan terdesak akhirnya mengaku bahawa perjumpaan dengan pemimpin Pas ( Dato Hassan Ali) tidak menyentuh langsung isu kerajaan perpaduan Pas- Umno. Tidak ada perbincangan politik, hanya isu perpaduan orang Melayu.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,".

Ternyata Harussani telah merendahkan martabat dan jawatan mufti yang disandangnya. Kenyataanya amat malang dan memalukan khasnya kepada rakyat Perak dan umat Islam di Malaysia ini amnya.

Perbuataan menipu dan bercakap bohong amat ditegah dalam Islam, lebih-lebih lagi seorang yang bergelar mufti. Maka amat wajar Harussani memohon maaf secara terbuka serta secara lebih terhormat meletak jawatan sebagai mufti daripada berterusan memburukkan imej Islam di mata umum.

Sumber: Angkasanuri.blogspot

Tiada ulasan: