WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!
- EZAM, NOH BAKAL MEROBEK KISAH RAKUS KHIR TOYO
- JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI
- JIKA UMNO MASIH `MENGADA-ADA', KAMI AKAN KELUAR - PEMUDA MCA
| SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !! Posted: 24 Jul 2010 07:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti. Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan. Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah. Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya./wfauzdin.blogspot.com |
| EZAM, NOH BAKAL MEROBEK KISAH RAKUS KHIR TOYO Posted: 24 Jul 2010 05:00 AM PDT Noh, Ezam Gerakkan Kempen Rampas Selangor Umno Selangor memulakan kempen untuk merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan aman di Shah Alam malam semalam. Hanya 200 orang menghadiri ceramah bagi mendengar ucapan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan penyimpan kotak-kotak rahsia, Senator Ezam Mohd Noor. Ceramah malam semalam bertujungan untuk menghebohkan dakwaan berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor. Noh Omar mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang. Noh Omar juga mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Selangor menyanggah dakwaan-dakwaan Noh Omar dan berkata permit perlombongan hanya boleh diperoleh melalui tender terbuka, seraya membawa kepada pulangan royalti yang jauh lebih memberangsangkan. Keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat. Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta. Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak./TVSelangor |
| JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI Posted: 24 Jul 2010 03:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS HAMPIR 250,000 yang hadir, oopss...silap, 250 orang yang hadir di dalam kempen Selamatkan Selangor anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam tadi. Begitulah sambutan hebat rakyat Selangor di dalam siri pertama jelajah raja sesumpah Senatak Ezam. Apa intipati ceramah juak-juak yang mahu merampas Selangor ini? Sila klik sini. Seperti biasa nama DS Anwar tidak terlepas dari mulut raja sesumpah Ezam. DS Anwar tali barut Yahudi, malahan Senatak Ezam ini mengaku kununnya dapat layanan istimewa dari puak Yahudi suatu ketika dahulu. Ini bermaksud raja sesumpah dahulu pun `taik' Yahudi juga, patut pun sokong teramat sangat dengan APCO. Hujahnya Apco yang kasi makan rakyat Malaysia ini. Di dalam keadaan Washington Post menulis betapa DS Anwar adalah anti Zionis Israel, raja sesumpah pula menyebut DS Anwar ejen Yahudi. Saling bercanggah, mana satu yang betul? Akhbar terkemuka di Amerika pun tidak mempercayai DS Anwar ejen Yahudi, raja sesumpah pula kata sebaliknya. Sudah dasar sesumpah, begitulah. Maka, ucapan DS Anwar semasa berada di dalam Umno dahulu dimainkan semula kerana sudah kehabisan modal. Jika boleh, raja sesumpah pun akan turut memainkan ucapan Khalifah Saidina Umar atau Sayyidina Hamzah sewaktu mereka belum memeluk Islam. Beliau tidak mainkan kah ucapan beliau yang menyebut `tunjukkan pada saya mereka yang masuk Umno itu ikhlas?" Jika beliau lupa, dalam blog saya ini sentiasa ada klip video ucapannya itu. Sila lihat. Seperti biasa juga, raja sesumpah pun `menjual' nama Allah. `Demi Allah' katanya, beliau tidak dapat duit satu sen pun apabila keluar dari PKR. Mengapa terasa? Kita pun tahu, beliau diangkat jadi Senatak melalui pintu belakang ini adalah kerana apa. Biarkan beliau dengan sesumpahnya. Kempen Selamatkan Selangor hanya dipenuhi dengan cerita basi oleh raja sesumpah. Beliau tidak sebut pun pasal Khir Toyo sewaktu doktor gigi ini menjadi MB Selangor. Pada hal sewaktu di dalam PKR, kesemua hal Khir Toyo ini di dalam poket beliau. Poket sudah bocorkah? Biasalah bila sudah berada di dalam `tong najis' yang sama. Pakat-pakat sama bau cukuplah. Modal lain, permainkan tutur kata MB Selangor yang dikatakan gagap itu. Biarkan saja. Gagap-gagap Tan Sri Khalid pun, beliau menjadi MB Selangor yang dipilih rakyat. Pemimpin Umno yang tidak dipilih itu tidak gagap tapi rasuah. Gagap dengan kaki rasuah, mana lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat? Faktanya ada, SPRM sudah bersihkan nama Tan Sri Khalid di dalam banyak isu tuduhan rasuah ke atasnya. Khir Toyo sudah bersihkan? Tiba-tiba raja sesumpah tuduh pula Malaysiakini adalah ejen DS Anwar. Berapa banyak ejen DS Anwar daaa. Luar negeri, dalam negeri dan silap-silap raja sesumpah akan cakap Malaikat dalam kubur itu nanti juga adalah ejen DS Anwar. Lucu sungguh mamat kotak ni. Saya cadangkan pula, oleh kerana raja sesumpah seronok mendengar kisah-kisah lampau DS Anwar, kita hidangkan pula kisah-kisah lampau sewaktu raja sesumpah memaki hamun Umno, Najib dan banyak lagi beserta dengan pengakuannya tidak akan masuk Umno itu. Klip video pengakuan raja sesumpah tidak akan masuk Umno ada juga saya letakkan pada blog saya. Nampaknya, pusingan pertama kempen juak-juak yang menyokong Apco ini ibarat mesyuarat cawangan Umno sahaja dari segi sambutan yang hadir. Tandanya apa? Tandanya rakyat Selangor tidak sebodoh mereka untuk membandingkan mana yang lebih baik mentadbir Selangor. Umno sudah menjual, PR kena beli juga. Kita layan saja persembahan badut Umno Selangor ini sebagai penglipur lara rakyat Selangor. Apa macam? /wfauzdin.blogspot.com |
| JIKA UMNO MASIH `MENGADA-ADA', KAMI AKAN KELUAR - PEMUDA MCA Posted: 24 Jul 2010 12:00 AM PDT Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah. Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh." Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia. "Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian." "Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya." "Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India." "Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?" *Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina./MerdekaReview |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan