PENYAPU SIAL |
- Melayu Mana Yang Mampu Beli Rumah RM1-2 juta?
- SYABAS TROJAN UMNO - BN....KERAJAN SELANGOR PATUT RAMPAS ATAU ROMBAK SEMULA STRUKTURNYA
- UMNO GUNAKAN PERPADUAN UNTUK HANCURKAN PAS
| Melayu Mana Yang Mampu Beli Rumah RM1-2 juta? Posted: 29 Jul 2010 06:00 AM PDT ![]() Sebuk betul UMNO memainkan isu kenyataan Tony Pua yang mahu diskaun bumiputra untuk rumah berharga RM1-2 juta ke atas ditarik balik. Berapa ramai Melayu yang mampu beli rumah RM1-2 juta. Di kalangan Melayu, yang kaya hanya UMNOPUTRA dan kroni2. Kalau diskaun diizinkan, maka diskaun itu hanya dinikmati oleh krnoi2 UMNO dan UMNOPUTRA. Hakikatnya, UMNO telah berjaya mengkayakan hanya segelintir orang MElayu dan 98% orang Melayu yang lain hidup dalam kehidupan yang semakin sempit. YAng boleh kaya hanya kroni2 UMNO, UMNOPUTRA dan anak beranak mereka. Selagi UMNO terus memerintah, jangan haraplah orang2 biasa macam kita nak jadi kaya dan mampu beli rumah RM1-2 juta. Saya pun tak heran Khir Toyo marah dengan cadangan Tony Pua. Beliau adalah antara yang akan menanggung kerugian sekiranya diskaun ini ditarik. Bayangkan bagaimana beliau handeak menambah bilangan banglo RM24 juta seperti yang beliau punyai sekarang. |
| SYABAS TROJAN UMNO - BN....KERAJAN SELANGOR PATUT RAMPAS ATAU ROMBAK SEMULA STRUKTURNYA Posted: 29 Jul 2010 05:58 AM PDT Syabas mahu saman Selangor berhubung isu air ![]() Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air. Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion. "Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi. Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri. "Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot," katanya. Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata. Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya. "Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula. "Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna," katanya. Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal. "Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak. "Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air," katanya. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah. Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara. Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR. |
| UMNO GUNAKAN PERPADUAN UNTUK HANCURKAN PAS Posted: 29 Jul 2010 05:50 AM PDT "Sampai tahun 77, mereka [UMNO] menggunakan kesempatan krisis PAS di kelantan untuk membunuh dan menghancurkan PAS di kelantan. Menyingkir PAS dari Barisan nasional. Pada jangkaan mereka, PAS akan mati apabila keluar dari barisan nasional". "Dr Mahathir [UMNO] tidak pentingkan perpaduan. Kalau dia pentingkan perpaduan, dalam krisis kelantan, kenapa dia tidak berunding dengan Dato' Asri pada waktu itu. Kenapa dia tidak mahu adakan perundingan dengan pimpinan PAS. tetapi dia pergi berunding dengan kumpulan haram di kota bharu. Dia bukan orang yang membela perpaduan. Tetapi dia gunakan kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dan kedudukan UMNO semata-mata" – Ucapan Allahyarham Ustaz Fadzhil Noor dalam tragedy Sauk. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan