Selasa, 13 Julai 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


SI SEMBAB DAN UMNO-YAHUDI ORANG GILA TALAK....MAU CINA BUTA DENGAN PAS....!!!!

Posted: 13 Jul 2010 09:21 AM PDT

Umno sedia berbincang dengan PAS untuk kerjasama bersama

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada kerjasama akan terjalin dalam usaha memperjuangkan perpaduan Melayu.

Usaha untuk menjalin kerjasama antara Umno dan Pas bukanlah suata agenda yang baru kerana cadangan itu pernah dikemukakan tetapi hanya belum terlaksana, kata Muhyiddin. Kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu terpulang kepada PAS sama ada parti itu bersetuju ataupun tidak.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam berkata hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempraktikkan dasar Islam boleh menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu dan bekerjasama.

Muhyiddin menegaskan bahawa parti tetap akan menjaga kepentingan semua kaum sekiranya kerjasama antara Umno dan PAS menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, beliau berkata masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang kerana kerjasama itu hanya akan mengukuhkan negara dan tidak akan membawa sebarang masalah.


penyapu sial


NANTI KELUAR BERITA KATA PAS YANG SEDIA BERBINCANG DENGAN PARTI "TONG SAMPAH" INI.. INI PARTI "TONG SAMPAH" MANA ADA SEDIA MAHU BERBINCANG SAMA PAS KALAU MEREKA MASIH MENANG BESAR DALAM PRU-12 DULU.

KENA HATI-HATI DENGAN PERMAINAN POLITIK PARTI "TONG SAMPAH" INI.

BADI KENCING TIKUS MENULAR DALAM UMNO KERANA PITIH TAK MASYUKKKK....!!!!

Posted: 13 Jul 2010 09:17 AM PDT

Jangkitan kencing tikus merebak dari Kedah ke Pulau Pinang. Tada...

Firdaus Nafi Sertai Perwakilan Yang Timbulkan Kekecohan

SUNGAI PETANI: Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria semalam menjelaskan bahawa beliau bertindak turun dari pentas adalah untuk meredakan kekecohan agar mesyuarat perwakilan bahagian itu semalam kembali tenang.

17 Cawangan Umno Bahagian Jelutong Desak Zahid Selesaikan Krisis Dalaman

PULAU PINANG: Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan Umno dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi oleh Umno bahagian sejak tiga tahun lalu.

Kecoh sebelanga UMNO-YAHUDI....Mat Taik didesak untuk lepaskan jawatan sebagai ketua bahagian

Posted: 13 Jul 2010 09:12 AM PDT

Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawabnya didesak untuk melepaskan jawatannya dengan segera.

Veteran UMNO, Abu Samah Mahat berkata pemimpin yang diamanahkan untuk mengetuai parti perlu memastikan Umno bahagian terbabit merealisasikan semua objektif dan fungsi yang ditetapkan.

Oleh itu, pemimpin yang gagal menunjukkan komitmen haruslah melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada calon lain untuk berbakti kepada rakyat dan negara. Beliau berkata demikian setelah UMNO Bahagian Kelana Jaya, Atan Wahab menggesa Muhammad untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua bahagian kerana gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja-kerja parti.




penyapu sial


Kepala Bana punya UMNO sekarang baru tau si Taik tu tak melaksanakan tanggungjawabnya. Memang betul pak menteri2 UMNO ni lebih bodoh daripada rakyat 1 Malaysia.

Ha ha dah paham dah!!! siapa di belakang sana tu......... K Toyol rasa tergugat kedudukannya, guna orang lain utk menjatuhkan Mat Taik. Memang dah elok dah, Taik lawan Toyol......

SEKARANG PARTI "TONG SAMPAH" SEMAKIN DESAK MENDESAK SESAMA MEREKA. KALAU KAT TV1,TV2,TV3 MANA ADA KELUAR CERITA BEGINI.

Wang Ehsan mula ditaburkan di Kelantan oleh Parti 40 Penyamun

Posted: 13 Jul 2010 03:32 AM PDT

Wang rompakan royalti minyak negeri kelantan oleh UMNO/BARISAN NASIONAL dijangka akan mulai diagihkan di negeri kelantan menjelang ramadhan ini.Pelajar sekolah rendah/menengah turut menerima wang ehsan (sebenarnya memang wang royalti minyak wajib diterima oleh semua rakyat kelantan)

bak umpama, penyamun sedekahkan harta samun mereka kepada mangsa samun.....

Agak mengejutkan, penulis dapati ada mereka yang memiliki kereta mewah toyota harrier pun turut tersenarai untuk mendapat wang ehsan.

Zalimnya UMNO/BARISAN NASIONAL kepada rakyat Kelantan.

penulis pun nak jugak wang ehsan......wakahakahakhaka



warta365.

wa ka ka ka...perompak yang menuduh orang lain jadi perompak....

Posted: 13 Jul 2010 03:25 AM PDT

MB  selangor  Bidas Dakwaan Pasir Dengkil Dilombong Secara Haram

Menteri Besar Selangor membidas dakwaan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan Dr Khir Toyo itu yang dibantu oleh laporan akhbar The Star dan Utusan Malaysia adalah tidak berasas kerana operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor, Kuala Semesta Sdn Bhd, yang diberi permit oleh Pejabat Daerah Kuala Langat Januari lalu.

KSSB kemudiannya melantik syarikat Cheong Weng Trading Sdn Bhd untuk melaksakan operasi perlombongan juga pada bulan yang sama.

"Juga saya ingin maklumkan bahawa kawasan lombong itu bukan di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan mereka. Ia di Kampung Olak Lempit," kata Khalid dan menambah kawasan perlombongan itu hanya melibatkan 120 ekar tanah, dan bukan 120 hektar seperti yang dilaporkan.

"Operasi fasa pertama melibatkan 60 ekar, manakala fasa kedua akan bermula apabila kawasan yang dikenal pasti untuk perlombongan telah sedia," kata Khalid.

Tan Sri Khalid menjelaskan kelulusan untuk melombong juga diperoleh dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Perparitan, Jabatan Galian dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor.

"Firma perunding Enviro Enhance Sdn Bhd bertanggungjawab untuk merangka dan menyerahkan laporan bulanan operasi perlombongan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Khalid menolak dakwaan Khir Toyo yang kononnya 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu. Beliau berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

"Sejak mula operasi pada Januari, syarikat berkenaan telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta. Mustahil kalau kata 10 juta tan dalam masa dua minggu kerana itu memerlukan 500,000 lori untuk mengalihkan pasir sebegitu banyak," jelas Khalid.

Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan perlombongan haram di Selangor, dan mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah itu.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.



sumber...gb

ha ha ha...tak kan 2 ekor kambing hitam najib sajer sajer nak bunuh altantuya...???? hanya orang berotak babi fikir bukan najib dan rosmah terlibat dalam pembunuhan beliau....!!!!

Posted: 13 Jul 2010 02:57 AM PDT

Siapa bunuh Altantuya

Roh model dan penterjemah Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu nampaknya enggan berdiam diri.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilibatkan secara tidak langsung ke dalam skandal politik yang keji apabila dua pengawal peribadinya semasa berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dijatuhkan hukuman mati tahun lalu atas kesalahan membunuh seorang wanita muda di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2006.

Tetapi melihatkan kepada peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu lalu telah menimbulkan persoalan apa kaitan pembunuhan tersebut dengan pembelian dua kapal selam diesel Perancis jenis Scorpene bernilai USD1.2 bilion semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Rakan dan penasihat isu pertahanan kepada Najib, Abdul Razak Baginda, yang mana syarikat milikan isterinya telah dibayar satu jumlah USD150 juta untuk kontrak pembelian kapal selam tersebut telah menimbulkan satu lagi isu cinta terlarang dengan Altantuya yang telah berakhir dengan tragis di mana Altantuya telah diculik dan dibunuh.

Semua usaha telah dilakukan bagi memastikan nama Najib tidak ditimbulkan dalam perbicaraan dua pengawal peribadi yang berlanjutan selama dua bulan.

Dalam satu tindakan yang amat menghairankan pakar perundangan dan hakim pada peringkat awal perbicaraan telah mengugurkan dakwaan ke atas Abdul Razak.

Abdul Razak kemudiannya telah melarikan diri ke Britain dan menetap di sana sehingga kini.

Wujudnya pengurusan drama perbicaraan di balik tabir oleh pegawai tinggi mahkamah di Malaysia telah meyakinkan kumpulan hak asasi manusia bahawa sia-sia sahaja usaha untuk menyelesaikan kes Altantuya di Kuala Lumpur.

Gerakan hak asasi manusia Malaysia, Suaram, telah bertindak untuk memulakan siasatan judisial di Perancis di mana telah ada beberapa siri penyiasatan yang sedang berlangsung terhadap syarikat milik kerajaan yang dikatakan sanggup membayar komisyen tinggi dan insentif lain semata-mata untuk mendapatkan kontrak pembelian senjata.

Sehubungan itu, pejabat pendakwaraya Perancis telah memulakan siasatan bermula dengan pembayaran USD150 juta kepada sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd yang ditubuhkan tidak lama sebelum Najib menandatangani kontrak pembelian dua kapal selam Scorpene dengan syarikat milikan kerajaan Perancis, DCN.

Perimekar yang kononnya dilantik untuk memberikan perkhidmatan "penyelarasan dan sokongan" bagi kontrak tersebut tidak dapat memberikan apa-apa bukti menyokong bahawa syarikat tersebut mempunyai kemampuan untuk tugas-tugas tersebut ataupun berpengalaman dalam industri itu.

Perimekar merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat bernama KS Ombak Laut Sdn Bhd di mana pemegang utama saham adalah Mazlinda Makhzan, seorang peguam dan juga isteri kepada Abdul Razak, rakan dan penasihat Najib.

Altantuya yang berusia 28 tahun semasa dibunuh, telah mempelajari bahasa Perancis ketika menjadi model di Paris dan terdapat juga bukti yang menunjukkan Altantuya telah menjadi penterjemah untuk kekasihnya, Abdul Razak dan membantu beliau berunding dengan DCN bagi pihak Najib dan kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia berkeras menyatakan tiada apa-apa kesalahan telah berlaku, sebagai respon kepada tindakan pejabat pendakwaraya Perancis yang menyiasat DCN dan Armanis iaitu anak syarikat DCN yang bertanggungjawab membina kapal selam.

Jurucakap Najib baru-baru ini menyatakan bahawa pihak pendakwaraya Perancis mempunyai hak untuk menyiasat, "tetapi pada pandangan kita, tiada kes untuk dijawab."

Dia juga menambah bahawa perjanjian tersebut bebas sepenuhnya daripada unsur rasuah.

Sebab utama mengapa Altantuya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib tidak pula diselesaikan walaupun dengan perbicaraan yang begitu panjang yang mengemukakan 45 saksi.

Dalam beberapa peristiwa berkait, Altantuya yang ditinggalkan kekasihnya Abdul Razak dikatakan telah membuat bising bersama rakannya di luar rumah beliau.

Abdul Razak kemudiannya telah berjumpa ketua kakitangan Najib, Musa Safri dan meminta bantuan Musa menjauhkan Altantuya daripada rumahnya.

Ekoran itu dua anggota polis dan juga pengawal peribadi, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menculik Altantuya semasa membuat bising di luar rumah Abdul Razak lalu membawanya ke sebuah hutan di luar ibu negara dan menembaknya.

Kemudiannya mereka telah menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk meletupkan mayat dalam usaha nyata untuk menghilangkan apa-apa tanda pengenalan, dan tindakan ini sudah tentu menimbulkan spekulasi bahawa Altantuya hamil.

Tetapi dalam surat yang ditulis oleh Altantuya dan ditemui selepas kematiannya, yang mana tidak pernah dibawa ke mahkamah sebagai bukti, jelas menunjukkan Altantuya telah mengugut Abdul Razak meminta USD500,000 untuk mendiamkan diri daripada mendedahkan perincian berkenaan USD150 juta yang dibayar kepada syarikat isterinya, Perimekar.

Ada juga yang mencadangkan bahawa Altantuya berkemungkinan mengetahui lebih banyak lagi butiran berkenaan perjanjian pembelian senjata oleh Najib semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2002 hingga 2008.

Perjanjian ini juga meliputi pembelian pesawat jet pejuang supersonik Sukhoi dari Rusia dan beberapa buah kapal laut pertahanan persisiran pantai.

Seperti mana organisasi hak asasi manusia Malaysia, ibubapa Altantuya juga menyatakan tiada keadilan nyata dapat diperoleh atas kematian anak mereka.

Walaupun dengan keadaan perbicaraan yang seperti drama terancang, ibubapa Altantuya telah cuba memfailkan tuntutan sivil menuntut pampasan ke atas kematiannya daripada Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut.

Mahkamah Tinggi Malaysia pula anehnya telah meminta deposit jaminan sebanyak USD20,000 untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan dan jika diterima, untuk diteruskan ke Mahkamah Persekutuan.

Keluarga Altantuya pula bingung dengan keputusan mahkamah dan telah menyatakan bahawa keluarga Altantuya tidak mampu membayar jumlah setinggi itu.

Minggu lalu, Kerajaan Mongolia mengumumkan akan membayar jaminan yang diminta oleh mahkamah Malaysia agar kes dapat didengar, meskipun pada saat ini nampaknya roh Altantuya akan mendapat keadilan di Perancis lebih awal daripada Kuala Lumpur


Jonathan Manthorpe
The Vancouver Sun



penyapu sial


jawapan aku senang aje...kalau dah musa safri pegawai pengiring bos kepada azilah dan sirul ,najib dan rosmah juga tidak di panggil untuk beri keterangan di mahkamah...

.aku menganggap memang sah 100 % najib dan rosmah adalah mastermind pembunuhan altantuya kerana tamak komisen kapal selam besi buruk scorpene

dasar anak haram.....kelentong najib sayangkan vincent tan lebih dari keseluruhan rakyat....

Posted: 12 Jul 2010 04:11 PM PDT

Judi Sukan Jadi Balik - Najib

Saya dah agak dah. Keputusan MEMBATAL kebenaran Judi Sukan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lepas semata-mata mahu mengagalkan demonstrasi besar-besaran terhadap keputusan Najib membenarkan Judi Sukan kepada Ascot Sports/Vinsetan.

Apabila dilihat demonstrasi itu tidak jadi, maka Najib sekali lagi mengubah haluan dan bercadang memberi semula kebenaran kepada Ascot Sports/Vinsetan. Memang dasar UMNO ni kuat menipu. Dari sebelum Merdeka sampai sekarang, orang Melayu terus menerus ditipu UMNO.

Judi sukan dibenarkan semula?
Aidila Razak,Jul 7, 10, 3:00pm


Adakah judi sukan akan dibenarkan di negara ini? Persoalan itu timbul lagi apabila jawapan daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai andaian.

Menjawap soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Najib berkata kerajaan masih belum memberikan sebarang lesen bagi perkhidmatan pertaruhan yang berkaitan dengan Piala Dunia Fifa 2010.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu," kata Najib.

"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika lesen pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka."

Syarat dan peraturan pemberian lesen itu juga dinyatakan dalam jawapan itu berserta dengan justifikasinya - bagi mengawal dan membanteras kegiatan judi haram di negara ini.

Bulan lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan judi sukan diteruskan berikutan bantahan meluas daripada pelbagai kalangan rakyat. Ia diumumkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno.

Mahfuz yang keliru dengan jawapan yang diberikan kemudian menyoal "jadi, akhirnya, kerajaan akan membenarkan judi sukan untuk kejohanan atau liga lain seperti Liga Perdana Inggeris?"

"Jawapan itu bercanggah dengan apa (Najib) umumkan sebelum ini. Sekarang, beliau perlu memberikan penjelasan lanjut."

Menurut Mahfuz keputusan itu juga meletakan status judi sukan kini tergantung kerana sepatutnya kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata Najib perlu mengaku jika beliau membuat kesilapan dan tidak mempersalahkan orang lain seperti yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini.

Nazri menyalahkan seorang pegawainya berhubung sumber tidak tepat mengenai rancangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.

"Kita tidak sepatutnya menyalahkan kepada pegawai kerajaan semata-mata kerana jawapan bertulis sepatutnya diperiksa terlebih dahulu oleh menteri berkenaan," kata Mahfuz di lobi parlimen.



tulang besi

Cara-cara Ektradisi Najib ke Perancis

Posted: 12 Jul 2010 04:08 PM PDT



KALAU Najib disabit bersalah, bolehkan Najib dipenjara di Perancis?? Akhbar melaporkan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam akan bertemu dengan Polis Perancis jam 2 petang waktu Paris untuk memberi keterangan berhubung pembelian Scorpene dan skandal serta rasuah yang membabitkan idola No.1 UMNO iaitu Najib.

Ini berikutan arahan Mahkamah Perancis. Artikel ini menganalisa kaedah-kaedah mengektradisi Najib c4 ke Perancis sekiranya disabitkan bersalah dalam isu rasuah tersebut, kui kui.

Mahkamah Perancis telah mengarahkan skandal rasuah kapal selam ini disiasat berikutan permohonan Suaram. Bala turut memberi persetujuan untuk bekerjasama. Sekiranya dahulu di Malaysia, Bala boleh secara 'tiba-tiba' menarik balik Perakuan Bersumpahnya yang dibuat ke atas Najib dalam masa 24 jam, keadaan kini tidak semudah dahulu kerana Bala bukan lagi di Malaysia dan kuasa Najib kini terbatas.

Pihak pendakwa Perancis telah mengarahkan syarikat terbabit yang mempunyai rekod buruk dalam merasuah ahli politik disiasat untuk mengetahui siapa yang memperoleh rasuah aka komisyen dalam skandal kapal selam tersebut.

Bos No.1 UMNo yang menjadi pujaan hati ahli UMNO terpalit dengan kes ini apabila Altntuya mati dibunuh oleh dua orang bekas pengawalnya, dipercayai berikutan skandal kapal selam ini. Pembelian kapal selam termasuklah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dikaitkan denga Altanuya kerana model Monggolia yang fasih pelbagai bahasa ini dipercayai menjadi jurubahasa kepada urusan pembelian tersebut tetapi tidak dibayar seperti yang dipersetujui sebaliknya dibom.

Sekiranya mahkamah Perancis mendapati sememangnya Najib terlibat, bolehkah Najib diektradisi?

terlebih dahulu, apa dia ektradisi tu? Ektradisi tu ialah satu proses undang-undang di mana satu negara menyerahkan sesorang penjenayah atau suspek jenayah kepada negara lain.

Setiap negara mempunyai kedaulatannya sendiri oleh itu tidak perlu untuk sesebuah negara menyerahkan rakyatnya kepada negara lain. Melainkan ada perjanjian ektradisi antara Malaysia dan Perancis, Malaysia tidak perlu menyerahkan Najib kepada Perancis sekalipun Najib disabitkan terbabit dalam kes rasuah kapal selam ataupun dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

Sekiranya Najib dijatuhkan hukuman mati, proses ektradisi akan menjadi lebih sukar kerana Artikel 3 Konvensyen Eropah berhubung Hak Asasi Kemanusiaan melarang ektradisi sekiranya ia membawa kepada hukuman mati.

Seterusnya, Najib juga seorang PM justeru beliau mempunyai immuniti. Pendek kata, kalaupun Najib pergi ke Monggolia lalu menembak mati seorang Model Monggolia, Najib masih kebal berikutan imunitinya. Ini hanya contoh sahaja, contohhh!

Bagaimana pula sekiranya UMNO dan BN kalah pilihanraya? Adakah Najib masih boleh diektradisi?

Senang cerita, dari segi undang-undang, susah. Kalaupun mahkamah Malaysia sendiri mengesahkan bahawa Najib terlibat dengan pelbagai skandal, dan dibuktikan, Najib masih boleh berusaha mendapatkan pengampunan.

Meskipun begitu, terlepas dari hukuman dunia tak bermakna terlepas dari hukuman di akhirat. Dan sekiranya terlepas dari hukuman dunia tetapi hidup terhina seperti Mahathir, sehinggakan mata pun disembur, apa gunanya?

dan kita jangan pandang rendah strategi Najib dan UMNO yang dibantu oleh syarikat Zionis APCO.

Semoga Allah memberi hidayah dan pengampunan kepada mereka semua. Wassalam



dewa

khir toyol takut banyak lubang di selangor kambus dia dan istana balinya

Posted: 12 Jul 2010 04:05 PM PDT




Ketua Pembangkang Selangor , yb dr khir toyo bersunggut hari ini kenapa banyak sangat lubang yang dalam – dalam digali di Selangor ? Tak tau lah apakah justifikasinya MB Selangor kini ?

Mungkin beliau mempunyai serampang dua mata , disamping untuk mendapatkan keuntungan dari industrI pasir yang diambil , dan yang lebih penting barangkali untuk dijadikan sebagai kubur besar untuk meng'kambus'kan semua pemimpin – pemimpin UMNO berserta anak – beranak dan harta benda yang dia orang rompak selama ini kot , macam kubur – kubur besar yang wujud di Bosnia-Herzegovina di zaman pencerobohan tentera Serbia di Srebrenica ?

Barangkali dia risau kerana beliau diantara yang paling banyak rembat harta , projek dan komisyen di Selangor. Yb sdr khir tidak perlu lah bimbang !!! . Tapi kalau beliau risau kawan - kawan tak tau kat mana letak kubur besar untuknya bersama - sama hartanya , elok kalau satu lagi lubang besar digali berhampiran dengan istana beliau yang berharga RM24 juta.

Sensitif semacam saja dia ni , tak kan MB Selangor sekarang walaupun rupanya seiras dan seakan - akan , malah macam serupa dengan Radovan Karadzic mempunyai niat untuk menghapuskan etnik Khir Toyo !!!

Baca selanjutnya ,,,,,,,,,,,, Selangor bakal jadi negeri berlubang: Khir Toyo


2010/07/11SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor digesa menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir di tanah miliknya kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Selangor bakal menjadi "negeri berlubang" sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera. "Saya dapat tahu ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. "Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian. Malah, untuk menimbus kembali lombong pasir itu memerlukan kos lebih tinggi daripada aktiviti mengorek pasir," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) hanya membenarkan aktiviti perlombongan pasir di tanah persendirian selain perlu mendapatkan kelulusan daripada 12 jabatan berkaitan bagi tujuan melakukan aktiviti itu.

Sehubungan itu, beliau mahu anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam perniagaan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditutup operasinya dan kuasa pengendalian galian dan mineral termasuk pasir di Selangor dikembalikan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, ini kerana KSSB gagal meningkatkan pendapatan negeri dalam perlombongan pasir.
Sementara itu, tinjauan ke satu kawasan lombong di Kampung Bukit Changgang, Dengkil mendapati 20 hektar daripada kawasan lombong seluas 120 hektar itu sudah dikorek sedalam kira-kira 26.6 meter, hanya dalam tempoh dua minggu.

Lombong itu terletak hanya kira-kira 16.6 meter dari kawasan rekreasi Paya Indah Wetlands.

Seorang penduduk kampung itu, Bahaman Ahmad Jiman, 39, berkata penduduk menyedari aktiviti perlombongan di situ sejak dua minggu lalu.

Katanya, bilangan lori keluar masuk dari kawasan itu mencecah lebih 20 setiap hari


rujukan


ulitmayang

Motif Najib serah tanah kepada Singapura di curigai

Posted: 12 Jul 2010 03:54 PM PDT

Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dicurigai rakyat selagi beliau sendiri enggan menjelaskan tujuan sebenar tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar diserahkan kepada kerajaan Singapura.

Selagi Najib tidak menjelaskan mengapa tanah itu diserahkan kepada Singapura, selagi itu rakyat terus sangsi dengan kabinetnya.

Tindakan Najib yang seakan menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya kaum Melayu sendiri.

Sewajarnya kita   menggandakan usaha menghebahkan kepada semua  rakyat  agar  dapat t mendedahkan kegiatan Najib yang melampau  kerana  menggalakkan campur tangan Singapura dalam perlaburan di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) kebelakangan ini kepada rakyat.

"Najib minta kita sebagai  rakyat bersikap terbuka dalam isu WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) ini, sedangkan motif beliau berbaik dengan Singapura tidak pula didedahkan kepada kita dan rakyat.

Sehubungan itu, rakyat wajar mempersoal tindakan Najib memelihara kepentingan Singapura di wilayah komersial itu.

Lihat di WPI, apakah keuntungan yang rakyat dapat apabila tanah ini dibuka untuk pihak luar.

Berapa banyak premis di WPI dimilik oleh rakyat dan berapa banyak premis di WPI dinikmati oleh pihak luar

Dari itu  kita  mengajak rakyat semua mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan kembali bersatu mempertahankan kedaulatan negara dari dikhianati oleh pemimpin UMNO-BN yang hanya mementingkan diri semata-mata.

Tidak ada jalan lain, kecuali rakyat tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, sama-sama kita beri ingatan kepada pemimpin-pemimpin ini dengan  rakyat melakukan perubahan menggunakan kuasa mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Najib, petang semalam, dilaporkan meminta rakyat supaya bersikap terbuka dalam menilai tindakan kerajaan terhadap Singapura.

Jika kita mahu melihat Iskandar Malaysia dan Johor maju, kita mesti bersikap terbuka terhadap semua pelaburan," ujar beliau seperti dipetik dari Bernama.

Pelaburan di wilayah komersial itu seharusnya mementingkan keuntungan, sama ada hasil pelaburan Amerika Syarikat mahupun Singapura sendiri.

Apa yang berbeza di antara pelaburan Singapura dan Amerika Syarikat, tiada bezanya, asalkan menguntungkan," jelas beliau ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai, Johor Bahru.

Manakala, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas mendakwa tindakan Najib menyerahkan tanah Tanjong Pagar kepada Singapura adalah tidak sah kerana isu itu tidak pernah dibawa ke Parlimen serta diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan: