PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
- Pembelian Kapal Selam: Bala diPanggil Polis Perancis
- Menggigit, tergigit dan digigit - Zulkifle Nordin
- NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) betul ke ???
- Kemungkinan : Perkara penting untuk PR ambil tahu dalam pilihanraya akan datang
| Pembelian Kapal Selam: Bala diPanggil Polis Perancis Posted: 10 Jul 2010 09:26 PM PDT Sumber MalaysianReview Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama. Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis. Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini. Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan. Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika. Siasatan bermula Mac 2009 Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009. Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.
Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar. Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS. Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.
Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju. Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak. Latar belakang: Bala dedah ditawar RM5 juta *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal. Pembelian kapal selam:Bala dipanggil Polis Perancis |
| Menggigit, tergigit dan digigit - Zulkifle Nordin Posted: 10 Jul 2010 10:12 AM PDT Oleh YB Khalid Samad Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen 'bebas' menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan 'strategi' sebegini dan mempersenda 'kepakaran' beliau sebagai seorang ahli strategi.Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut. Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut. Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, "kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!" Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas. Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya. Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam. Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini. Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. "Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI", serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa. Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, "Once a liar, always a liar". Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan 'clinical case'. Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
|
| NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) betul ke ??? Posted: 10 Jul 2010 09:29 AM PDT " Isu FELDA belum lagi reda. Akhbar Suara Keadilan tidak diberi kebenaran menyambung pengeluarannya gara-gara rencana "FELDA Bankrap". Anehnya, cabaran ANAK untuk berdebat dengan Ahmad Maslan tidak disambut. Mereka meminta supaya diadakan majlis dialog sahaja. Bahana perdebatan Anwar-Ahmad Saberi Cheek dan Lim Guan Eng-Koh Soo Koon masih segar dalam ingatan mereka. Pemimpin UMNO-BN tidak berupaya menepis hujah berserta bukti yang dikemukakan oleh lawan mereka. Sehubungan itu, rakyat tahulah kedudukan sebenar isu yang diperdebatkan itu. Sudahlah begitu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berlainan atas topik yang sama juga berbeza-beza. Ahmad Maslan cakap lain. Najib cakap lain. Yang terpinga-pinga ialah peneroka dan rakyat melihat putar belit yang disengajakan itu. Khabarnya Najib akan bagi duit raya kepada peneroka. Taktik ini sebenarnya sudah selalu sangat digunakan oleh UMNO-BN untuk menutup kecurangan dan memenangi kembali sokongan rakyat. Pemikiran kuno ini mensahihkan kebankrapan idea UMNO-BN. Rakyat bukan macam dulu lagi. Mereka sudah cerdik. Tak mainlah dengan kepura-puraan itu. Tak mainlah dengan telunjuk lurus kelingking berkait itu. Isu pembelian kapal selam pun begitu juga. Kerajaan Perancis sudah mula membuat siasatan tentang kewujudan pemberian rasuah melalui komisyen juta-juta. Menteri Pertahanan Malaysia yang bergelar doktor mengeluarkan kenyataan dangkal apabila menyatakan bahawa SPRM tidak perlu menyiasat kes itu kerana semua prosedur telah dipatuhi. Baginya apa-apa saja yang dibuat oleh kerajaan semuanya betul. Tutup sebelah mata untuk apa-apa yang orang lain kata. Begitu juga dengan kenyataan Wain dalam bukunya mengenai penyelewengan berbilion ringgit yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. SPRM kata tiada kes. Jika begitu halnya, Wain telah berbohong. Mengapa dia tidak disaman kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu? Satu dunia baca buku yang didakwa berunsur fitnah itu. Isu jawapan bertulis yang berbeza-beza kepada soalan yang sama di parlimen juga menjatuhkan kredibiliti dan integriti menteri dan timbalan menteri UMNO-BN. Hal ini tidak akan berlaku jika sikap flip-flop disingkirkan. Keputusan yang kabur dan tidak konsisten telah menggelabahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Sikap sambil lewa sebegini menunjukkan kompetensi menteri sangat rendah. Ke mana perginya KPI yang dilaung-laungkan itu? Buang dalam tong sampah sahajalah. Isu terbaru yang ditimbulkan ialah PETRONAS menjadi sebuah syarikat yang tidak berdaya saing dalam bidang cari gali untuk mendapatkan telaga minyak yang baru jika dibandingakan dengan Shell, Exxon-Mobil, dan sebagainya. Ketidakmampuan ini akan mendatangkan masalah besar kepada ekonomi negara yang terus bergantung kepada perolehan PETRONAS. Senang cerita, pendapatan PETRONAS merudum, ekonomi Malaysia turut merudum. Ketika masalah ini tidak mampu diselesaikan, sumber lain pendapatan negara gagal dijana. Jawabnya bertambah teruklah negara ini nantinya. Bila bercakap tentang ekonomi, banyak pula telahan yang diberikan sehingga rakyat keliru yang mana satu hendak dipegang. Dulu Najib kata ekonomi berkembang. Hari ini dia kata ada masalah. Datang Nur Mohamed pula, oh kita berada di landasan yang betul, ekonomi tetap berkembang sebanyak 6% berdasarkan pencapaian China dan beberapa negara lain. Semua kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Dr. M yang baru balik dari England. Dia kata ada tanda-tanda kemelesetan di Eropah. Oleh sebab itu, ada harapan Malaysia akan menghadapi kemelesetan berganda. Apa ni? Dia juga kata Wawasan 2020 akan gagal jika beberapa pengubahsuaian yang positif gagal dilaksanakan. Sindir ke balun orang ni? Kecelaruan demi kecelaruan sedang memerangkap pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Kesemuanya menyerlahkan situasi tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti dalam kalangan mereka. Oleh sebab itu, ada yang mentafsirkan NKRA sebagai Najib Kerja Rosmah Arah. Betul ke? |
| Kemungkinan : Perkara penting untuk PR ambil tahu dalam pilihanraya akan datang Posted: 10 Jul 2010 08:53 AM PDT ![]() Salam sejahtera kepada reformis laman web ini. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya yang ke 14 pasti akan tiba pada masanya. Kepada semua pejuang-pejuang PR perlu diingat bahawa Barisan Nasional akan mencari seribu satu helah atau penipuan untuk memenangi pilihan raya tersebut. Oleh yang demikian, semua pihak PR perlu bersedia dan mengambil berat tentang strategi yang akan dilakukan oleh mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang akan mungkin akan dilakukan oleh pihak UMNO dan rakan-rakan. Perkara pertama: Mereka akan mencari jalan untuk menyatakan bahawa Dato Seri Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari. Ini kerana, bagi mereka Anwar adalah master mind dalam perjuangan PR. Oleh yang demikian, kepala perlu dihapuskan dahulu sebelum yang lain tidak berfungsi. Memang tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar adalah simbol perpaduan diantara PAS, KeAdILan, dan DAP. Sekiranya Anwar tiada, maka perjuangan PR akan sedikit terjejas terutama hubungan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, bagi pihak PR, mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi melindungi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim. Perkara Kedua: Mereka akan melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP. Setaip hari mereka akan bermain provokasi untuk melaga-lagakan kedua-dua parti tersebut. Isu hudud adalah senjata utama mereka untuk melaga-lagakan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, janganlah mengambil serius sekiranya ada anasir anasir jahat untuk melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP. Perkara Ketiga: Mulai sekarang, gerak kerja pilihan raya perlulah berjalan sekarang. Ini kerana, kita bukan lah parti yang menyogok orang dengan rasuah untuk menyokong kita. Pada UMNO, isu ini tidak menjadi masalah kerana mereka boleh menyogok wang last minute agar menukarkan hati manusia bagi mengundi mereka. Perkara Keempat: SPRM akan membuat perubahan dari segi kawasan permilihan bagi.Ini kerana, ramai orang telah pengundi-pengundi akan berada di luar dari kawasan mereka. Sebagai contoh seperti di Hulu Selangor, berapa ramai pengundi-pengundi yang sebelum ini memamg mengundi di Hulu Selangor tiba-tiba dialihkan ke kawasan lain.Perkara ini amat merugikan pihak Pakatan Rakyat kerana kita kilangan undi yang berharga. Perkara Kelima: Peningkatan undi pos di setiap kawasan 50-50. Maknanya bagi kawasan yang peluang PR dengan BN seimbang, maka SPRM akan menambah bilangan pengundi pos di kawasan mereka. Semua orang sedia maklum undi pos adalah talian hayat BN. Sekiranya kita tidak bertegas dalam isu undi pos ini, maka kita boleh kehilangan kerusi-kerusi yang penting pada masa pilihanraya yang akan datang. Perkara Keenam: Penambahan kerusi parlimen untuk negeri Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak dinafikan akan berlaku. Sekiranya berlaku maka BN ada kelebihan dimana Sabah dgn Sarawak masih banyak kawasan yang kita masih tembusi. Kita hanya tembusi kawasan bandar sahaja.Tetapi bagi di luar bandar kita masih lagi belum dapat menembusinya. Perkara Ketujuh: Pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi semasa pilihanraya. PAS mempunyai unit amal yang amat hebat dalam memantau pergerakkan pengundi-pengundi hantu ini. Oleh yang demikian, KeADILan dan DAP harus mempelajari teknik unit amal untuk menambahkan kekuatan kita dalam pilihanraya yang akan datang. Kita tidak boleh mengharapkan unit amal dari PAS sahaja untuk membantu kerana banyak kawasan yang perlu dipantau oleh mereka. Sekiranya kita mempunyai banyak kakitangan, maka lebih mudah untuk kita memantau pengundi hantu ini |
| You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.
Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.
Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).
Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen 'bebas' menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan 'strategi' sebegini dan mempersenda 'kepakaran' beliau sebagai seorang ahli strategi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan