Muslimeen United |
- Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin
- Bila cikgu dan cikgi dah boleh berpolitik
- LAKONAN ATAU BETUL-BETUL??
- Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat
- Kerajaan Selangor Perlu Rampas SYABAS
- PANAS MEMBARA ! TUN LING LIONG SIK DI DAKWA
- Prof Aziz: Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-BN
- Ali Rustam Dah Lantik Pengerusi Nak Tubuh Sekolah Mengandung
- Presiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’
- Anggap BN melampau: Rakyat teraniaya dengan kenaikan harga barang!
- Azizan dan Saiful...sama saja....
- Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib.
| Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin Posted: 29 Jul 2010 10:11 AM PDT
PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin iniPAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara. Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah. "Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti," katanya. Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh. "Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut. "Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka. "Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan," katanya. Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia. "Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan," kata Mahfuz. -TMI |
| Bila cikgu dan cikgi dah boleh berpolitik Posted: 29 Jul 2010 10:09 AM PDT ![]() Pagi sampai pukol 2pm cikgu Cikgi main dengan anak Murid !. Petang Cikgu Cikgi main direct selling !. Malam Cikgu Cikgi main ceramah !. Tengah malam Cikgu main dengan Cikgi, Cikgi main dengan Cikgu !. Setengah2 malam Cikgu Cikgi main mesyuarat !. Kadang2 Cikgu Cikgi ponteng mengajar main sambut VIP !. Kadang2 juga Cikgu Cikgi main gaduh sama Cikgu Cikgi berlainan Parti !. Kadang2 Cikgu Cikgi tak cukup main tidor !. Cikgu Cikgi juga selalu main tidor dalam kelas !. Tidak mustahil juga Cikgu Cikgi akan main gaduh dengan PIBG !. Kalau hari2 Cikgu Cikgi main politik, anak murid main k**** c**** Cikgu Cikgi !. Sebab semua anak murid sudah main sawan babi !. Cikgu Cikgi kena hari2 main politik !. Kalau Cikgu Cikgi ada main jawatan dalam parti, sekolah akan jadi gila babi !. Esok hari anak murid pun main ponteng kelas juga !. Supaya senang gerombolan main tipu melayu !. Hari2 gerombolan main langgar tembok !. Kerana ramai melayu main lari dari gerombolan !. Gerombolan nampak hanya bolih main dengan Cikgu Cikgi dan main dengan melayu Felda jah !. Kalau main2 gerombolan kong pada PRU13 nanti !. Aku tambah : Talian hayat Parti Yahudi Melayu :- 1.Babi 2.Arak 3.Racist 4.Perkosa - Brahim Ali & Mamak kutty. 5.Kuasa Istana 6.Lembu-lembu di Felda/Felcra 7.Cikgu-Cikgi Kemaruk DG 8.Staff gomen Kemaruk Pangkat/Fulus Cikgu-Cikgi sibuk main pulitik sampai anak murid darjah 6 syok berdating jam 3 pagi di sebuah sekolah kebangsaan berasrama dekat kampung awang adek.1Malaysia Cikgu-Cikgi sibuk main pulitik sampai seks bebas dan amalan mengandong adalah perkara biasa di sekolah-sekolah rendah/menengah dekat kampung awang adek.1Malaysia Cikgu-Cikgi cepat naik pangkat, jadi pencacai/penjilat parti yahudi :-umno-barisan nasional-apco |
| Posted: 29 Jul 2010 09:46 AM PDT |
| Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat Posted: 29 Jul 2010 09:30 AM PDT
|
| Kerajaan Selangor Perlu Rampas SYABAS Posted: 29 Jul 2010 02:35 AM PDT
Syabas mahu saman Selangor berhubung isu airSyarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air. Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion. "Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi. Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri. "Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot," katanya. Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata. Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya. "Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula. "Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna," katanya. Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal. "Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak. "Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air," katanya. Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi. "Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi," katanya. — Bernama Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah. Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara. Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR. Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya. -GB |
| PANAS MEMBARA ! TUN LING LIONG SIK DI DAKWA Posted: 29 Jul 2010 02:32 AM PDT |
| Prof Aziz: Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-BN Posted: 28 Jul 2010 10:30 PM PDT
Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah "terdesak Umno-BN" yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari. Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik. "Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat," kata Aziz (gambar) ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini. "Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa," katanya Aziz lagi. Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam. Mengulas lanjut mengenai aspek keberkecualian, Aziz tidak menolak kemungkinan elemen salah guna kuasa dengan memihak kepada parti-parti politik tertentu akan wujud dalam jangka panjang jika langkah baru ini dilaksanakan. "Kini pun masalah ini sudah wujud, misalnya di universiti-universiti awam yang mengguna pakai AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), sangat jelas kewujudan salah guna kuasa di mana naib-naib canselor boleh menentukan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam politik atau tidak. "Jangan beritahu saya yang naib canselor tidak boleh menentukan sama ada permohonan seseorang untuk menyertai aktif dalam PKR, PAS diluluskan atau tidak, sudah pasti Umno," kata beliau dengan menambah, persekitaran politik semasa jauh berbeza ketika negara merdeka. |
| Ali Rustam Dah Lantik Pengerusi Nak Tubuh Sekolah Mengandung Posted: 28 Jul 2010 10:27 PM PDT Ali Rustam memang keras kepala. Taksub pada fahaman sekular. Kan bagus kalau ketegasan nak buat sekolah mengandung ni..setegas nak buat hukum islam di Melaka. Kembalikan balik Hukum Kanun Melaka..ini tak, masih je nak buat sekolah mengandung. Sampaikan dah lantik Pengerusi untuk tubuhkannya. Nanti sapa-sapa nak beli anak, pergilah ke sekolah tu. Untung-untung dapat free.. Sekolah pelajar hamil diteruskan MELAKA 28 Julai - Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta. Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya. ''Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini. ''Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan. Tambah Mohd. Ali, sekiranya sekolah pelajar hamil itu berjaya ditubuhkan, ia diharap mampu membantu golongan terbabit mengharungi kehidupan sepanjang tempoh mengandung. ''Tiada salahnya jika sekolah ini diwujudkan kerana ia bertujuan baik dan digalakkan oleh semua agama termasuk Islam, apatah lagi cadangan itu turut dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),'' katanya, |
| Presiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’ Posted: 28 Jul 2010 10:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno. "Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja. "Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau," kata Hadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu. "PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja. "Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa. "Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS. "Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani. "Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam. Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. The Malaysian Insider |
| Anggap BN melampau: Rakyat teraniaya dengan kenaikan harga barang! Posted: 28 Jul 2010 06:09 PM PDT KOTA BHARU: Kenaikan harga barang keperluan utama rakyat baru-baru ini sudah pasti membebankan rakyat pelbagai peringkat khususnya yang berpendapatan rendah. Akibat harga gas dan petrol meningkat disamping harga gula yang pada asalnya RM1.65 kepada RM1.85, ianya telah menjadi satu bebanan buat mereka. Seorang pemandu teksi, Mamat Dollah, 55, ketika ditemui memberitahu dakwaan kerajaan berhubung kenaikan harga barangan keperluan terbabit hanya untuk penyelarasan harga merupakan sesuatu yang melucukan. Beliau juga turut mendakwa Perdana Menteri, bukan sahaja menipu rakyat dengan kenyataan tersebut, sebaliknya melindungi kegagalannya sebagai pentadbir negara. "Pemimpin negara sekarang semakin teruk, tidak pandai mengurus ekonomi negara hingga barang keperluan semakin naik. Penyelarasan harga hanya helah kerajaan untuk menutupi kelemahannya yang gagal mentadbir ekonomi negara," ujarnya. Samsiah Taharin, 49, berkata kerajaan tidak seharusnya menghalang peniaga kedai minuman menaikkan harga jualan mereka. Katanya, kos yang bertambah akibat kenaikan harga barang terpaksa ditanggung sendiri oleh peniaga dan bukannya kerajaan. Beliau yang menjual minuman di kedai Berek 12, dekat sini memberitahu, mahu atau tidak harga air terpaksa dinaikkan. Tambahnya, apa lagi gula yang dibeli bukan berharga RM1.85 sekilogram, sebaliknya RM2.00, malah ada sampai RM2.10 sekilogram. Katanya lagi, walaupun hanya harga gula, gas dan minyak diumumkan kerajaan, namun harga minuman lain seperti nescafe, milo dan sebagainya turut meningkat berbanding biasa. Samsiah yang tinggal di Kampung Khatib Ali, di sini bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana pelanggannya memahami kenapa harga air meningkat berbanding biasa. Ramlah Sulaiman, 43, turut mendakwa kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini amat membebankan beliau serta masyarakat kampung. Katanya, beliau semakin tertekan kini apa lagi sumber kewangan untuk keluarga terpaksa dicarinya seorang diri bagi menyara keluarga, memandangkan suaminya perlu berehat kerana baru menjalani pembedahan mata. "Kenaikan harga barang kali ini begitu teruk sekali sehinggakan ada suri rumah dekat rumah saya terpaksa bekerja semula untuk menambah rezeki. Jika tidak sumber kewangan yang diperolehi tidak mampu menampung keperluan keluarga dengan harga yang semakin meningkat ini," ujarnya lagi. Setiausaha Yayasan Amal Kelantan, Abdul Hamid Seman, ketika ditemui memberitahu kerajaan kurang cermat dalam menangani isu harga barangan sehingga mengambil keputusan menaikkan harganya. Jelasnya, mungkin kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen begitu kecil bagi kerajaan, namun pada rakyat ianya sudah membebankan kerana semua barangan keperluan harian turut meningkat. "Tidak keterlaluan saya katakan mungkin kerajaan menaikkan harga barang sekarang sebagai taktik terbaru. Bila nak dekat pilihan raya nanti, dia akan turunkan mana-mana harga yang dikira boleh mencairkan hati rakyat, siapa tahu?" ujarnya. Siti Mastura Mohd Latif, 22, memberitahu harga keperluan harian naik dua hingga tiga kali setahun, sedangkan gaji bulanan belum tentu naik dalam tempoh setahun. Beliau yang bekerja disebuah syarikat swasta di Kota Bharu berkata, bagi golongan remaja serta tinggal bersama keluarga, ianya tidak menjadi masaalah. "Bagaimana pula pasangan yang baru berumah tangga, tinggal pula di rumah sewa, apa lagi dengan pendapatan yang kecil?" soalnya. Jelasnya, golongan berpendapatan rendah perlu diutamakan kerana mereka tidak mendapat kenaikan gaji setiap tahun, hanya berdasarkan hasil yang dikeluarkan semata-mata. |
| Azizan dan Saiful...sama saja.... Posted: 28 Jul 2010 05:53 PM PDT Cuba kita imbau tatapan video di bawah ketika wartawan asing cuba menemuramah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak berani berdepan dengan media. Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999. Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah. Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini. "..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...." ![]() Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah haram jadah senatak Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT. Mungkin Ezam pernah kena liwat dengan Anwar agaknya..he..he..sebab itu dia tahu Anwar memang seorang peliwat.. Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru..InsyaAllah...Takbir.. Amizudin Ahmat (Din Binjai) |
| Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib. Posted: 28 Jul 2010 05:50 PM PDT
|
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


- Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia





Saya ditanya oleh pihak media mengapalah Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment, FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bajet 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan