Kopitiam Bang Nan |
- PRU13: JOHOR BAKAL TUMBANG...
- KEGIATAN HUJUNG MINGGU DI SEKITAR TAMAN BUKIT INDAH DAN TAMAN KOSAS....
- Yang mana satu?????
| Posted: 31 Jul 2010 04:00 PM PDT ![]() Ceramah DS Anwar Ibrahim diserang oleh FRU malam tadi. Diberitakan 8 orang penyokong telah ditangkap termasuk 2 orang wanita. Diberitakan lebih 4,000 orang penduduk Rengit telah datang untuk mendengar ucapan DSAI dan sebahagiannya dipukul kerana enggan bersurai. Bukankah ini tanda-tanda kejatuhan BN sudah semakin jelas di Johor, negeri asal Umno? Warga KL dan Selangor sudah membuktikannya. Sumber: Tukar Tiub dan http://twitter.com/anwaribrahim.. |
| KEGIATAN HUJUNG MINGGU DI SEKITAR TAMAN BUKIT INDAH DAN TAMAN KOSAS.... Posted: 31 Jul 2010 04:25 AM PDT Sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang dijangkakan jatuh pada 11hb. Ogos akan datang, masijid-masjid dan surau di sekitar Taman Bukit Indah dan Taman Kosas akan menganjurkan berbagai program. Pada hari esok (1hb. Ogos, 2010) @ Ahad aktiviti2 berikut Insya'Allah akan dijalankan: 1. MASJID BUKIT INDAH Program gotong royong untuk membersihkan masjid dan sekitarnya akan dimulakan seawal 8.00 pagi. Semua kariah masjid dialu-alukan untuk turut serta. Koordinator program ini ialah Tuan Hj. Ghazali Mohd. Nor yang juga Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan MBI. Pihak JKP Zon 11 (MPAJ) telah bersetuju untuk menyediakan RORO dan pekerja untuk sama-sama melaksanakan program tersebut. Ahli kariah diminta untuk membawa peralatan masing-masing. Jamuan ringan akan disediakan. 2. MASJID TAMAN KOSAS (MASJID BARU) Masjid ini akan menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk DI AMBANG RAMADAN. Majlis dijadualkan berlangsung selepas solat maghrib dan ahli panelnya ialah: 1. Ust. Dr. Roslan Mohamad2. Ust. Haryanto Rizal 3. Ust. Raihan Aziz (Moderator) JAMUAN RAKYAT akan diadakan selepas program forum tersebut di mana khabarnya seekor lembu bakal tumbang esok. Nazir Masjid, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa menjemput muslimin dan muslimat semua untuk hadir. 3. SURAU AT-TARBIYYAH (FASA 1) Tuan Syed Salim Syed Abu Bakar, pengerusi surau ini menjemput semua anak kariah surau untuk sama-sama datang membersihkan Surau At-Tarbiyyah. Selepas membersihkan Masjid Bukit Indah, ada baiknya ramai-ramai kita ke At-Tarbiyyah untuk membantu Tuan Syed dan pasukannya.(Gambar di sebelah ni hanyalah sekodor hiasan - seronok sembahyang di At-Tarbiyyah...lena dalam aircon) |
| Posted: 31 Jul 2010 03:39 AM PDT Blog ini melancarkan 2 pollnya yang terbaru. Kedua2nya ada kaitan dengan kepimpinan. 1 di peringkat negeri dan satu lagi di peringkat nasional. Di peringkat negeri, ia lebih kepada kepimpinan PAS. PAS mempunyai expectation yang tinggi dalam PRU13 akan datang. Cita2 parti adalah untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi. Sekiranya ini tercapai, kemungkinan besar PAS akan menjadi parti majoriti di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Namun di peringkat bawah masih tidak jelas siapakah yang ahli parti atau pengundi mahukan untuk menerajui Kerajaan Selangor dari kalangan pemimpin PAS negeri. Sama-samalah kita lihat siapakah dari nama-nama yang dibariskan menjadi pilihan anda? Sementara itu di peringkat nasional pula, CSL (Chua Soi Lek) cuba mengugut rakyat (kaum cina terutamanya) bahawa sekiranya PR mendapat kerusi majoriti di parlimen, tidak tentu DSAI yang bakal menjadi PM. "Mungkin PM di kalangan pemimpin PAS!" Katanya.... Jika benar sekalipun cakap2 CSL tu (bagi sedikit benefit of doubt) ... siapa agaknya di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang benar2 menjadi pilihan anda? Marilah kita mengundi... |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan