Selasa, 13 Julai 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?

Posted: 13 Jul 2010 09:00 AM PDT

Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri. Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, 'Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?'

Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang beberapa tahun yang lalu, agak mustahil Malaysia dapat beraksi di pentas Piala Dunia. Senarai ranking mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meletakkan Malaysia di tangga 146, setaraf dengan 'gergasi' bolasepak yang lain seperti Turkmenistan, Burundi dan Madagascar.

Walhal, kurang 30 tahun yang lalu pasukan bolasepak kebangsaan duduk setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan yang sudah berturut kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Saya sempat menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Jepun sebanyak dua kali di Stadium Merdeka pada tahun 1980-an. Pertamanya di peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka 1986: Malaysia menang 2-1 dalam masa tambahan. Perlawanan kedua ialah di pusingan kelayakan Piala Asia 1988: Malaysia tewas 0-1.

Sekarang, sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jepun ataupun tewas tipis di tangan mereka, pasti dianggap kejayaan yang sangat besar. Walaupun tewas 0-1 pada tahun 1988, hakikatnya Malaysia pada perlawanan tersebut menguasai pasukan Jepun sepanjang tempoh perlawanan. Kekalahan tipis ketika itu dianggap cukup mendukacitakan.

Kemerosotan pasukan bolasepak kebangsaan boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Yang pasti, kemerosotan ini banyak mencerminkan beberapa perkara 'pelik' yang berlaku di dalam negara.

Pertama, jika dilihat pada barisan pemain kebangsaan sekarang, sudah tidak ada lagi pemain berbangsa Cina yang menyarung jersi kebangsaan. Malah, hanya S. Kunalan, pemain dari Negeri Sembilan yang merupakan pemain bukan Melayu tunggal yang sering turun dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Sudah pasti kemerosotan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan bukan kerana tiadanya pemain berbangsa Cina. Cuma, apa yang berlaku ialah menularnya polarasi kaum dalam arena sukan negara.

Bolasepak kini boleh dianggap sukan untuk kaum Melayu sahaja, manakala kaum Cina lebih tertumpu pada acara sukan lain seperti bola keranjang dan bola tampar . Dalam bersukan pun sudah kurang integrasi antara kaum! Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan?

Saya percaya kepelbagaian kaum dalam sebuah pasukan bolasepak ada manfaatnya. Lihat saja pada pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Dalam kesebelasan utama pasukannya yang membenam England dan Argentina, ada permain yang berbangsa Turki, ada yang berasal dari Ghana dan Tunisia, dan di bangku simpanan ada pemain-pemain yang berasal dari Sepanyol dan Brazil.

Pemain-pemain ini membawa pembaharuan dalam corak permainan pasukan Jerman. Jika sebelum ini mereka dianggap hanya bergantung kepada disiplin dan organisasi permainan yang tinggi, pasukan Jerman kali ini dilihat mempamerkan aksi menyerang yang baik dan kreatif.

Jangan dipolitikkan sukan

Pasukan kebangsaan Malaysia dahulunya punya kelebihan ini.

Pemain-pemain Melayu dan India lebih exspresif mempamerkan skil permainan manakala pemain-pemain berbangsa Cina dan Sikh punya daya tumpuan dan disiplin yang tinggi. Maka, tidak hairan jika dilihat pada senarai pemain kebangsaan pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, tembok pertahanan negara dibarisi pemain-pemain seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lee Kin Hong dan Serbegeth Singh; dan tonggak serangan digalas pemain seperti Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan.

Budaya yang berbeza membawa gaya permainan yang berbeza, dan ini membawa manfaat bila diadun dengan sempurna.

Seperkara lagi yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat. Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan. Selain daripada itu, penglibatan mereka sebenarnya tidak perlu.

Saya tidak faham misalnya mengapa jawatan presiden persatuan-persatuan bolasepak negeri sering dipegang menteri-menteri besar. Tidak cukupkah kerja di pejabat menteri besar sehingga perlu mencari kerja tambahan mengurus persatuan bolasepak? Mengapa tidak dibiarkan sahaja pentadbir profesional mentadbir dan membuat keputusan?

Saya percaya ramai menganggap penglibatan ahli-ahli politik ini tidak lebih daripada usaha mencari publisiti murahan.

Kita tidak mahu ahli-ahli politik masuk campur kerana tidak mahu 'penyakit politik' meresap dalam bolasepak. 'Penyakit' yang paling ketara ialah kurangnya fokus pada rancangan jangka panjang. Banyak dana dan tenaga lebih tertumpu pada kejayaan serta merta. Siapa di kalangan ahli-ahli politik yang mahu membuang masa merancang pelan jangka panjang seperti 'Malaysia ke Piala Dunia 2018'? Tahun 2018 itu sangat jauh dan jangka hayat politik mereka mungkin tamat sebelum itu.

Sekiranya perancangan rapi dibuat, saya percaya pasukan bolasepak kebangsaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saiz dan tubuh pemain yang kecil tidak lagi boleh dijadikan alasan. Pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan ia bukanlah penghalang untuk mengecap kejayaan. Kejayaan pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA tahun lalu perlu dijadikan asas kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Bersorak untuk pasukan Brazil, Sepanyol dan Argentina dalam pertandingan Piala Dunia banyak membawa kepuasan. Namun, bagi setiap peminat bolasepak di tanahair, tidak ada yang lebih memuaskan dan membanggakan daripada bersorak untuk pasukan Malaysia dan mendengar lagu Negaraku berkumandang di stadium. Bilalah agaknya impian ini boleh menjadi kenyataan?

sumber


KOMEN-KOMEN PEMBACA


Loh - Tiada Liga yang berkualiti |2010-07-09
Liga kita tidak diuruskan dengan baik. Ianya sepatutnya diuruskan seperti satu syarikat dan bukannya seperti satu organisasi kerajaan. Kejayaan, kestabilan dan pengurusan harus diutamakan dan bukannya agenda-agenda lain.

Masalah masalah seperti tiada dana dan tiada duit untuk membayar gaji pemain sering kedengaran. Dalam hal itu, macam mana nak menarik lebih banyak bakat untuk menceburi sukan ini?

Kalau kualiti kelab sudah merosot, sudah tentu kualiti pasukan negara.

Ramesh Laxman - Piala Dunia Bola Sepak |2010-07-09
Semua nya diletak di tangga Majlis Sukan Negara. Badan in telah membunuh semua badan sukan denan dasar dan politik nya. Saya harap MSC boleh mejawab soalan yag ditanya.

Negara Boleh - Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia |2010-07-09
memandangkan pemain-pemain pasukan bola sepak nasional adalah dari kaum Melayu bumiputra maka FAM harus menuntut ke FIFA untuk memberi hak istimewa seperti NEP. FIFA harus membesarkan pintu gol pasukan lawan sebanyak 30%. Pasukan nasional harus mempunyai lebih 30% pemain berbanding pasukan lawan. Pasukan nasional harus diberi handicap gol 3-0 pada permulaan permainan. Ini agak adil untuk memberi peluang kepada pasukan nasional yang lemah.

Peminat Bola Sepak |2010-07-09
Point 1 : Polarasi kaum

Saya rasakan kurang adil jika kita jatuhkan hukuman polarasi kaum kepada kualiti bolasepak kita. Hakikatnya, memang itu sahajalah yg kita ada. Saya berpendapat jika ada kaum bukan melayu yg mahu bermain pun, tak akan berubah kualitinya. Germany memilih Khedira, Ozil dan Klose bukanlah kerana mahukan integrasi kaum, tetapi kerana itulah yg terbaik mereka ada. Saya yakin bahawa jikalau 23 pemain terbaik German adalah yang memang dilahirkan di German, mereka itulah yg akan dipilih.

Sepanyol pernah mencuba kaedah yg lebih kurang serupa pada piala dunia 1984 dengan seberapa boleh menyenaraikan pemain-pemain dari kesemua regional, contohnya Basque, Catalonia, Madrid, Valencia dan Andalusia. Ternyata, ia langsung tidak menjadi, dan persembahan Sepanyol pada piala dunia itu adalah tersangat mengecewakan.

Kesemuanya adalah bergantung sepenuhnya kepada perkembangan pemain-pemain kita. Kita selalu melihat kepada bolasepk Inggeris. Corak latihan, akademi bolasepak, kesemuanya adalah merujuk kepada pasukan-pasukan dari Inggeris, padahal, sebenarnya England tidak langsung menyerlah di peringkat antarabangsa. Corak permainan Inggeris yg pantas, laju dan fizikal sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan fizikal kita yg sekarang lebih kecil dari Jepun. Bagaimana jika kita menitik beratkan kepada skil teknikal individu? Cara memegang bola, 'close-control', 'dribbling', 'possession', semua ini kurang ada pada bolasepak Inggeris. Kalau kita melihat kepada pemain-pemain dunia yg mempunyai skil seperti yg saya sebut di atas, kesemuanya bertubuh kecil! (Messi, Xavi, Pedro, Iniesta) Jika kita boleh menitik beratkan aspek ini pada permainan kita, tak mustahil kita boleh mempunyai Messi kita sendiri.

Point 2 : Politik
Saya setuju 100%. Tahukah kita bahawa bolasepak Jepun boleh berada di tempat mereka sekarang dengan pelan 20 tahun mereka yg bermula pertengahan 80-an? Dan kita dapat menyaksikan sekarang mereka boleh bersaing di pentas dunia. Dimana pelan kita? Sedangkan format liga malaysia pun seringkali ditukar 1-2 tahun sekali, apatah pula dengan 'blueprint'?
alkisah - membudayakan bolasepak |2010-07-09
Dulu..20 tahun yang lalu, saya masih ingat masa tu hampir setiap kampung memiliki 'padang' sendiri walaupun hanya diatas bekas tempat orang menanm sayur. Di padang2 yang lebih formal pula terutamanya padang sekolah dijadikan tempat perlawanan untuk kejohanan-kejohanan yang lebih besar. Semua orang akan berkerumun menyaksikan perlawanan tersebut walaupun hanya melibatkan perlawanan daerah atau kampung saja. Saya masih ingat walaupun perlawanan antara daerah, untuk masuk melihat dikenakan 'tiket' berharag RM0.10 hingga RM0.50, betapa meriahnya bolasepak waktu itu.

Kini..tiada lagi budaya sebegitu, padang-padang sekolah didirikan banguna sekolah, pelajar ditekankan kepada kualiti pelajaran saja, bolasepak dipinggirkan serta tidak perlu lagi. Ketiadaan bakat-bakat baru yang meminanti bola dari kecil lagi memustahilkan dapat melahirkan pemain-pemain yang betul2 cintakan permainan ini. ketandusan bakat dari bawah mengakibatkan kesukaran untuk melahirkan pemain berjiwa negara atau negeri. Yang lahir kini bukan bakat sebenar tetapi pemain yang diasuh untuk bermain kerana wang dan kesenangan hidup.

Campur tangan politik juga membunuh segalanya. Perancis di beri amaran oleh FIFA hanya kerana gara-gara coach mereka di panggil diparlimen. orang politik tumpukan sj pada mslh negara.

anak_perelih |2010-07-10
pekara yang sama berlaku kepada India....
http://soccernet.espn.go.com/world-cup/c olumns/story?id=806811&cc=4716&ver=global

jason - say no to racist. |2010-07-10
Saya mmg 100% setuju cadangan kamu. Bubarkan pentadbiran racist utk masa depan sukan malaysia." Say No To Racist "

Mohd Arshad - http://mybloghub.my/ |2010-07-10
Hendak tahu kenapa pasukan bola kita lemah...ada perkaitan dengan apa yang saudara tulis di awal rencana saudara itu. Pasukan bola sepak kita bukan pasukan Malaysia lagi tetapi adalah pasukan Melayu semata-mata. Kalau kita tidak ada pemain cina pun tidak apa..tetapi mengapa hanya ada 1 orang pemain India? Kerahmatan lahir di Malaysia ialah kita akan berjiran dan hidup dalam komuniti pelbagai kaum...saya anak Melayu tetapi membesar dalam persekitaran pelbagai kaum.... saya melihat rakan-rakan saya bermain bolasepak dan saya ikut mereka main....saya lihat anak-anak India bermain bola di estet dari pagi hingga ke petang...dalam panas...mereka sudah biasa dan boleh bertahan..main berjam-jam...bayangkan tahap skil yang mereka ada....tidak terperanjat jika bakat pemian Brazil itu ada di kalangan anak-anak muda di estet kalau dicungkil dengan baik....tapi apa yang berlaku...bila kala ada pemilihan untuk apa-apa pertandingan atau peluang untuk mewakili daerah masing-masing umpamanya....anak-anak India akan hanya pergi latihan 1 hari sahaja...hari berikutnya mereka tidak mahu....kerana apa? kerana hari pertama mereka ikut latihan itu mereka sudah rasa diskriminasi oleh jurulatih dan pengurus Melayu yang ada.....memang benar...saya berani cakap skil bolasepak yang terbaik adalah di kalangan anak-anak India tetapi yang berrmain dalam pasukan Kebangsaan semua anak-anak Melayu....dari awal lagi jurulatih dengan pengurus dan pegawai yang berkenaan semuanya Melayu...mereka hanya fikir Melayu dan rasa cuma Melayu tahu main bola di negara ini...anak-anak India yang berbakat dikesampingkan begitu sahaja....bakat-bakat yang terbaik hilang umpama air yang mengalir...apa salahnya kalau mereka itu diberikan peluang...apa salahnya kalau anak-anak India memang berbakat diambil menyarung jersi negara? Kalau daripada 11 pemain 8 itu anak India pun apa salahnya kalau mereka memang layak....ini semacam ada kemestian sejak beberapa tahun ini bahawa pasukan bolasepak negara mesti pasukan yang dipenuhi Melayu....berilah peluang yang sama adil kepada anak-anak India yang berbakat itu sejak dari awal....dan kepada anak-anak Cina walaupun tidak ramai di kalangan mereka yang berminat main bola.

Selagi mana pasukan kita berorientasikan Melayu semata-mata, sedangkan bakat tak hebat mana pun jika banding dengan pemain-pemain dari kalangan anak India, selagi itu pasukan kita akan terus corot.

Saya berani cakap skil pemain Melayu secara umum jauh rendah berbanding pemain India, tetapi mahukan jurulatih Melayu menerima hakikat itu?

Dahulu ketika saya membesar di Kuala Selangor, akan diadakan liga peringkat daerah hampir saban tahun dan saya tidak pernah sekali pun lihat pasukan majoriti Melayu menang, memang tidak ada kualiti skill jika dibandingkan dengan pasukan anak-anak India estet yang memiliki ketahanan dan skill yang begitu tinggi sekali. Namun bila datang pemilihan peringkat daerah, adalah seorang anak India yang akan dipilih sebagai buat syarat....sebagai anak Melayu yang berfikiran terbuka, saya jijik dengan apa yang saya lihat itu.

Kita bercerita untuk membangunkan bola sepak....tetapi kita hanya memilih satu kaum untuk mewakili kita. Saya tidak mencadangkan kita wujudkan pasukan kebangsaan sepeuhnya diwakili anak-anak India...tetapi kalau mereka lebih berbakat, wujudkan peluang yang sama rata untuk mereka ke tengah....untuk mereka mewakili negara ini.

Gamma Ray |2010-07-10
Saudara Mohd Arshad,

Saya merasa bangga dengan tahap pemikiran kamu yang sungguh matang. Apa yang saudara tulis adalah benar. Kalaulah para pegawai yang bertanggung jawab berfikir seperti saudara, sudah pasti Malaysia akan kembali ke zaman keagungan 70an. Saya berharap benar ia akan berlaku dalam hidup saya ini.
sara - DAHULUKAN NEGARA - KUALITI - JAUHKAN POLITIK |2010-07-10
Pertama sekali saya cukup terharu dengan tajuk perbincangan ini. Rindu amat sekali untuk melihat PASUKAN MALAYSIA kita beraksi dalam piala dunia. Seperti kata saudara, kombinasi 3 warna kulit sudah tiada lagi. Kenapa orang cina dan india tidak mahu beraksi untuk tanahair kita ? Padahal banyak budak-budak cina dan india boleh dilihat bermain bola di padang dan juga amat berminat untuk menyaksikan perlawanan piala dunia ini. Lihat sahaja restoran dan kedai kopi. Penuh sampai pagi. Adakah mereka menjauhi sukan ini atau dijauhkan daripada sukan ini. Cuba kita bandingkan perkembangan ini dengan sistem pendidikan kini. Pelajar yang mencapai straight A's (Pelajar berkualiti untuk masa depan kemajuan negara) disisihkan dan pelajar yang kurang tahap pencapaian - saya maksudkan semua bangsa (low kualiti) dipilih. Kualiti amat penting untuk menjayakan dan mengharumkan negara. Bagi saya SIKAP PIHAK TERTENTU HARUS BERUBAH. JIKA CINTAKAN NEGARA - DAHULUKANLAH YANG BERKUALITI DAN FIKIRKAN CARA YANG AMAT BERKESAN UNTUK KUALITIKAN YANG KURANG KUALITI ITU. TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA PIMPINAN POLITIK SELAMA INI JELAS GAGAL DALAM HAL INI. Contoh kelemahan sukan bolasepak negara harus dijadikan iktibar dan jangan hancurkan pendidikan pula. Bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak kita, kita perlu cari pemain dari semua pelusuk negara kita, kampung, estet, ladang, bandar. BENTUK 5 SET PASUKAN NEGARA bukan hanya 1. Gunakan semua bekas pemain untuk melatih mereka. Asah bakat untuk setiap posisi pemain. Paling penting jangan "HERO"kan seseorang pemain tertentu. Disiplin pemain, dan kecergasan pemain amat penting. Main lebih kurang tapi rambut bertocang tocang nak tarik peminat bukan tanda untuk mengharumkan nama negara. Tengok pemain jepun dan korea. stamina mereka, kecergasan mereka sama dari mula hingga akhir. Ahli politik cukuplah sekadar bantuan kewangan. Bagilah peluang kepada seseorang yang benar-benar mempunyai masa dan kedegilan untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat.
Sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan negara kita.

Bebola - Strategi |2010-07-10
Tulisan pengarang dan komen-komen dilaman ini cukup menjelaskan sebab kemunduran sukan bolasepak negara. Bagi saya, negara kita kurang minat dalam bidang sukan dan untuk membinanya semula agar masuk piala dunia kita tidak perlu 20 tahun. Kita hanya perlu 5 tahun dan ianya perlu dimulakan sekarang. Daripada presiden sampai tukang urut perlulah anak Malaysia dan jawatan sepenuh masa. Semuanya perlu ditapis kelayakan dan mempunyai dedikasi dalam membina satu pasukan berjaya. Rangka satu pelan jangka 5 tahun, dalam 5 tahun ini buat kajian teknik dlm permainan, skil, fizikal & mental. Buat pemilihan & seterusnya mulakan latihan. Belajar kaedah Jerman bagaimana mereka layak ke pusingan akhir setiap pertandingan tanpa gagal. Belajar kaedah Korea/Jepun apa formula mereka. 5 tahun kita tak perlu menang piala dapat masuk pusingan akhir pun sudah cukup bagus untuk generasi sekarang. Adalah menjadi tugas generasi akan datang untuk meneruskan plan pembangunan sukan bola sepak negara untuk pencapaian lebih tinggi di peringkat akhir. Sekian

chow chee keong |2010-07-10
secara ringkas kalau Jepun/Korea boleh main kat tahap world cup,why Malaysia tak boleh??? makan nasi jugak... bakat,padang,stadium,kewangan etc... semua ada.. makna nya orang yang ada power tak kisah nak maju kan sukan negara, janji shiok sendiri cukup lah.. gitu kah Pak???

chan kam nam - Mimpi Indah jika Malaysia layak |2010-07-12
Melayak je Piala Dunia adalah mimpi semua rakyat Malaysia tak kira bangsa atau agama.

Untuk Malaysia tidak layak ke Piala Dunia bukan satu pekara yang pelik atau memalukan bile negara yang lebih kuat dalam bola sepak pun tidak layak seperti Thailand, Indonesia, Iran, Arab Saudi, dll.

Tetapi apa yang agak memalukan adalah taraf mutu bola sepak di Malaysia dan pengurusan bola sepak dan juga polisi yang kerap berubah, satu hari, pemain import di larang, lain hari pemain import dibenar balik untuk bermain.

Apa yang lagi memalukan dan dijadikan bahan jenaka adalah, cadangan untuk squad Negara yang "full time" dan sekarang bermain di liga kelas Ketiga di Europa.

Tak pernah ada Squad Negara "full time" di Negara lain. Lihat sahaja pasukan di Piala Dunia, permain mereka bermain untuk "Klub Antarabangsa" di merata Dunia.

Saya pasti Squad "Full Time" kita akan kalah teruk jika bermain di arena antarabangsa.

Mengapa Dr M mendesak supaya dibina Jambatan Bengkok?

Posted: 13 Jul 2010 08:30 AM PDT

Ringkasan ucapan menjunjung kasih ke atas titah DYMM Sultan Johor sempena perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Negeri Johor ke-12 oleh YB Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai merangkap ketua pembangkang pada 6 Julai 2010.

Masalah pembinaan modal insan

Pembinaan modal insan tanpa mengira aliran [persekolahan] adalah amat mustahak bagi pembangunan negara. Oleh itu, Kementerian Pelajaran sepatutnya lebih prihatin kepada pembangunan sekolah tanpa mengira aliran.

Blok B, SJKC Kuo Kuang (1) telah disahkan tidak selamat diduduki dan perlu diperbaiki. Kerja pembaikian dijangka menelan perbelanjaan RM800,000 malahan angin rebut yang kencang pada 13 Jun lalu juga telah merosakkan sebahagian bangunan di SJKC Kuo Kuang (1) dan Kuo Kuang (2) yang memerlukan RM100,000 untuk membaikinya.

Setakat ini, Kementerian Pelajaran belum memberikan sebarang peruntukan kepada kedua-dua sekolah ini untuk membaiki kerosakan bangunan mereka.
Di samping itu, saya juga diberikan mandat oleh sesetengah noja masjid bukan kerajaan untuk merayu kepada kerajaan negeri supaya dinaikkan elaun mereka daripada RM1 sehari kepada RM10 sehari sebab kebanyakan mereka terdiri daripada para pesara yang memerlukan pendapatan sambilan untuk menampung perbelanjaan seharian.

PoA di antara Malaysia-Singapura

Kerajaan persekutuan telah bersetuju mengembalikan tanah KTMB di Singapura kepada kerajaan Singapura dan memindahkan stesyen keretapi di Tanjung Pagar ke Woodlands.

Memandangkan tanah KTMB di Singapura dianggap sebagai "tanah milik di Singapura" di bawah pentadbiran agensi kerajaan Malaysia iaitu KTMB, kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambong sewajarnya dijadikan salah satu agenda dalam pakej perjanjian baru untuk mengelakkan kontroversi seumpama Pulau Batu Putih berulang.

Jika tanah KTMB boleh dipulangkan kepada Singapura, keadaannya sama dengan Pulau Pisang dan Pulau Merambong di mana Singapura dibenarkan untuk menguruskan rumah api di sebahagian wilayah negeri Johor.

Ekspot pasir ke Singapura

Pada pandangan saya, ekspot pasir ke Singapura tidak boleh disamakan dengan [isu] kedaulatan wilayah negara termasuk Pulau Pisang dan Pulau Merambong.

Oleh itu, saya bersetuju jika lesen ekspot pasir diluluskan secara terbuka supaya royalti dan cukai dapat dikutip untuk memperkukuhkan status kewangan kerajaan negeri. Jika bekas Perdana Menteri boleh menyokong kelulusan lesen judi sukan, apakah sebab dan logiknya beliau menentang lesen ekspot pasir?

Mungkin bekas Perdana Menteri terasa sedih sebab anak buahnya telah ditolak lesen judi sukan, lantaran itu beliau mendesak kerajaan supaya memulihkan projek Jambatan Bengkok untuk menggantikan Tambak Johor.

Berikutan pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok, kerajaan telah membayar pampasan RM292.5 juta kepada syarikat kontraktor yang dilantik, iaitu Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB).

Oleh itu, walaupun jambatan baru yang tegak boleh dipertimbangkan tetapi tender projek berkenaan mesti dibuka kepada kontraktor-kontraktor berpotensi.

Saya ingin mengingatkan dewan yang mulia ini bahawa di ibukota Korea Selatan Seoul terdapat 26 batang jambatan besar yang merentasi Sungai Han. Kerajaan Korea tidak mengutip satu sen tol pun daripada pengguna- pengguna jambatan. Oleh itu, jambatan baru Selat Tebrau perlu dikecualikan tol memandangkan Tambak Johor tidak juga dikenakan tol tatkala ianya mula-mula siap dibina pada zaman penjajahan British dulu.

Walaupun tol di Linkedua dikurangkan 30%, kadar pemotongan tol ini mungkin tidak memadai untuk menarik para pengguna. Jika penggunaan Linkedua masih [tidak cukup menguntungkan] selepas pemotongan tol, maka kerajaan dijangka terpaksa membayar pampasan RM30 juta setahun kepada syarikat Linkedua.

Pada keseluruhannya, pembinaan jambatan baru Selat Tebrau, Linkedua atau Jambatan ketiga mesti [mengambil kira] defisit kerajaan yang semakin mencecah langit serta dipastikan ianya bermanfaat kepada rakyat.

Yayasan Pelajaran Johor

Salah satu badan berkanun yang mustahak adalah Yayasan Pelajaran Johor yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara berkenaan kelemahan pengurusannya, khasnya dalam dokumentasi akaun. Baki pemiutang Yayasan pada 31 Disember 2007 YPJ berjumlah RM7.49 juta tetapi sejumlah RM5.22 juta (atau 70%) daripada jumlah tersebut tidak dapat disahkan kerana kekurangan dokumen sokongan dan status kewujudannya tidak dapat ditentukan.

Ini membayangkan kekurangan akauntabiliti pihak pengurusan YPJ. Sebagai badan berkanun yang mustahak dalam usaha membina modal insan di negeri Johor, jika kelemahan pengurusan YPJ terus dibiarkan berlarutan, pengurusan yang kurang akauntabel dan competent [cekap] akan menjejaskan masa depan pelajar-pelajar negeri Johor yang berpotensi.

Masalah catuan bekalan air di Muar, Yong Peng, Kluang dan Batu Pahat

Di antara bulan Februari dan bulan Mei, catuan bekalan air di daerah Batu Pahat, Yong Peng, Kluang dan Muar telah dinyatakan berpunca dari kekurangan hujan dan paras air [rendah] di Empangan Bekok, Machap dan Semborong.

Saya sendiri telah melakukan tinjauan dan ujian air di Empangan Bekok, Sungai Bekok, Bandar Yong Peng dan Batu Pahat. Ujian sampel air di Empangan Bekok telah menunjukkan kiraan bakteria Coliform dan ammonia yang tinggi dan ini bermakna sumber air Empangan Bekok tercemar oleh najis binatang atau manusia, dan baja kimia selaras dengan aktiviti penternakan dan pertanian haram di dalam kawasan Emapangan Bekok.

Pajakan untuk pertanian di kawasan Empangan Bekok, Machap dan Semborong telah tamat pada tahun 2006. Kawasan Empangan Bekok seluas 35,400 hektar tetapi hanya dikawal oleh seorang pengawal sahaja setiap masa. Dan aktiviti pertanian dan penternakan haram berleluasa sehingga membabitkan pulau-pulau di tengah takungan air empangan-empangan. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sewajarnya mewartakan kawasan berkenaan sebagai kawasan tadahan air serta segera mengharamkan sebarang aktiviti pertanian dan penternakan di kawasan empangan.

Sampel-sampel air paip Batu Pahat didapati keruh dan [mempunyai] paras magnesium, besi and fluorida yang tinggi. Paras magnesium setinggi 20-23 mg/L iaitu 4 kali ganda tingginya dari piawaian negara maju yang ditetapkan tidak lebih dari 5mg/L; walaupun saya dimaklumkan SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) menggunakan piawaian magnesium yang lebih tinggi pada paras 150 mg/L.

Menurut World Health Organization, piawaian magnesium itu berbeza dari setempat ke setempat berdasarkan toleransi penduduk setempat. Para penduduk yang mengadu tentang kejadian sakit perut ekoran catuan air adalah selaras dengan [simptom-simptom penyakit yang timbul berpunca daripada] paras magnesium yang tidak boleh ditoleransi.

Malangnya kualiti air paip di Kampung Baru Bekoh, Tangkak juga menunjukkan kekeruhan dan kiraan bakteria Coliform yang setinggi 30. Ini bermakna sampel air paip itu dicemari oleh najis binatang atau manusia. Sewajarnya dikenalpasti sumber pencemaran itu dan diambil tindakan untuk menangani masalah dengan secepat mungkin.

Sumber-sumber air dan kawasan tadahan air mesti dilindungi, khususnya hutan simpanan kekal selain daripada usaha menegah aktiviti partanian dan penternakan dalam kawasan tadahan air. Air terjun dan empangan-empangan air kekeringan disebabkan kegiatan membalak di kawasan hulu sungai, termasuk Projek Ladang Getah.

Ucapan Dr Boo Cheng Hau telah disunting serta diringkaskan oleh CPI dengan izin. Teks penuh ucapan beliau boleh dibaca di blognya yang berjudul 'Say what you like'.


sumber

Melayu : Marilah Bersatu dengan Tali Allah

Posted: 13 Jul 2010 08:00 AM PDT

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/melayu-marilah-bersatu-dengan-tali.html

Reaksi Anwar Di Mekkah Berkaitan Isu Fitnah CIA

Posted: 13 Jul 2010 07:18 AM PDT

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

ANWAR IBRAHIM

Kesian Pemimpin UMNO. Memang Bodoh La. Mat Saleh Cakap Semua Caya

Posted: 13 Jul 2010 06:00 AM PDT

CNN kata Anwar tak bayar untuk muncul dalam programnya

KUALA LUMPUR, 13 Jul – CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program 'Connect the World'
adalah rekaan semata-matanya.

Jurucakap CNN hari ini melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.
Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini.

Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian yang baik dengan media. – BERNAMA

Sah Umno Selangor berpecah!

Posted: 13 Jul 2010 05:17 AM PDT



Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Begitulah pepatah Melayu. Perpecahan di dalam Umno Selangor tidak dapat lagi disembunyikan walau apa yang dilakukan.

Mula-mula heboh Adun Seri Serdang, Satim Diman, akan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau juga adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor. Menurut laporan, di dalam satu mesyuarat perhubungan Satim, Bendahari Perhubungan dan seorang lagi pimpinan tertinggi perhubungan telah tidak hadir. Perkara ini telah membuat khabar angin bertiup kencang.

Sekarang naik pula kain rentang oleh Pemuda Umno Selangor yang menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak. Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Selangor. Pimpinan Umno Selangor terlalu hampas sehingga Najib terpaksa melantik dirinya sendiri.

Pokoknya, adakah ini bermakna ada ahli-ahli Umno di Selangor yang tidak menyokong Najib? Kumpulan siapa pula tu? Kumpulan Satim? Kumpulan Shukor? Kumpulan Subhan?

Mungkin Timbalan Ketua Perhubungan, Noh Omar, lebih mengetahui. Noh juga yang menulis di dalam blognya, "Hati-hati dengan musang berbulu ayam".

Jelas sekali jika digali semua pasir di Selangor sekalipun, masalah Umno Selangor tidak akan dapat dikambus.

http://iskandar56100.blogspot.com/2010/07/sah-umno-selangor-berpecah.html

German Malaysian Institute (GMI) Pun Dah Kering Fulus

Posted: 13 Jul 2010 04:45 AM PDT

Oleh GuaBebas

"Hari ini aku mendapat panggilan dari seorang rakan yang bertugas di German Malaysian Institute (GMI) Bangi menceritakan betapa GMI sekarang ni kekeringan fulus dan terpaksa menekan pelajar untuk mengisi kantong mereka.

GMI merupakan sebuah institut hak milik MARA dan kebanyakkan pelajar yang mengikuti kursus diploma dan German A-Level Preparation Program (GAPP) merupakan pelajar tajaan MARA. Tetapi terdapat juga para pelajar yang ditaja oleh FAMA (FAther & Mama).

Mengikut rakan ini, pihak MARA menanggung keseluruhan kos pengajian pelajar GAPP sebanyak +-RM50,000 bagi jangkamasa 20 bulan. Setiap bulan, pelajar akan dibayar RM410.00 untuk kos sara hidup yang mana wang tersebut digunakan bagi membeli buku-buku rujukan yang mencecah ratusan ringgit.

Bagi pelajar yang keluarganya berkemampuan, tambahan duit poket diberikan untuk kegunaan mereka tetapi bagi yang kurang berkemampuan, RM410.00 itulah segalanya.

Hari ini, GMI sekali lagi mencipta sejarah dengan mengenakan denda kepada para pelajar yang lewat membayar yuran pendaftaran. Para pelajar GAPP yang lewat membayar yuran untuk semester baru pada hari ini didenda RM20.00 seorang walaupun kelewatan hanya sehari.

Bayangkan nilai RM20.00 bagi seorang pelajar yang bergantung 100% diatas wang sara diri tersebut.

Pihka GMI sebelum ini gagal menyediakan pensyarah matapelajaran kimia selama hampir 3 bulan tetapi walaupun aduan dibuat oleh pihak pelajar, GMI memberikan jawapan jawatan tersebut telah diiklankan tetapi tidak mendapat sambutan. Bagi pelajar yang keluarganya mampu, mereka telah memilih untuk berkongsi dan membayar RM300 seorang bagi membiayai tenaga pengajar luar atau dalam ertikata guru tuisyen bagi memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut kerana peperiksaaan pada bulan 10 nanti akan menentukan kelayakkan mereka untuk menyambung pelajaran ke German yang menjadi impian setiap pelajar GAPP di GMI. Tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang mampu untuk membiayai tuisyen tersebut.

Tiada pemotongan kos diberikan kepada pihak pelajar sewaktu ketiadaan Pensyarah tersebut tetapi kelewatan membayar yuran selama sehari dikenakan denda RM20.00. Apakah kewajaran pihak GMI melakukan tindakan tersebut?

Adakah tindakan tersebut direstui oleh pihak MARA? Atau MARA pun sudah mula kekeringan kantungnya. Sebagai seorang kakitangan GMI, rakan saya itu merasa sangat sedih melihat tindakan pihak pengurusan GMI kerana sebilangan besar para pelajar di GMI adalah pelajar berketurunan MELAYU dan sebahagian besar kakitangan GMI juga berketurunan MELAYU.

Inilah yang dikatakan MELAYU makan MELAYU....

Kalau tindakan ini tidak mendapat restu dari pihak MARA....Sila ambil tindakan segera...............

Saya akan mengikuti perkembangan seterusnya dari rakan saya nanti tentang GMI milik MARA ini..

Dr Mahathir yang Sebenar: Kawan baik Yahudi dan Antek AS

Posted: 13 Jul 2010 04:30 AM PDT

Dari Just Gan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika penasihat Parti Rakyat Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim setia kepada kumpulan-kumpulan Yahudi, dia tidak akan setia kepada negaranya sendiri" (Bernama,. 12 Julai 2010).

Jika logik ini digunapakai, maka bekas PM Dr Mahathir meludah ke langit terkena muka sendiri, kerana sejarah menunjukkan Dr Mahathir yang sebenarnya tidak setia kepada Malaysia.Mahathir telah terlibat Salmon Smith Barney (sebuah syarikat Yahudi) sebagai penasihat kewangan selama krisis mata wang. Dia juga terlibat Goldman Sach (firma lain Yahudi) untuk tugas-tugas lain. Putera Mahathir, Mirzan, bekerja untuk Salomon Brothers (sebuah syarikat Yahudi). Mahathir berdamai dengan George Soros, seorang Yahudi yang pernah dihinanya, tetapi ketika Soros melawat Malaysia beberapa tahun yang lalu Mahathir secara terbuka menyatakan (untuk alasan yang masih misteri ) bahawa Soros tidak bertanggung jawab atas krisis kewangan Malaysia.Abramoff, seorang Yahudi, menetapkan pertemuan antara Mahathir dan George Bush selepas kerajaan Mahathir membayar USD 1.2 Juta ke Heritage Foundation yang dikendalikan oleh Abramoff. Ini hanya beberapa dari kerjasama Mahathir-Yahudi.

Jadi, siapa yang teman baik orang Yahudi '? Mahathir atau Anwar? Mungkin Dr Mahathir sekali lagi menderita dari (dengan) nya penyimpangan mental yang dia alami selama kes VK Lingam ketika dia terlalu mudah lupa (atau buat-buat lupa?) butiran asas dan tidak hairan jika Dr Mahathir telah lupa kerjasama dan hubungannya dengan syarikat Yahudi dan individu.

Mahathir juga sering disebut Anwar sebagai antek AS, dan akhir-akhir ini Rais Yatim, pembodek Mahathir, telah memfitnah Anwar sebagai agen CIA atas artikel sampah Utusan yang mengambil blog seorang penulis yang tidak boleh dipercayai kesahihannya (lihat rencana John Mallot's: Rais Yatim perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim) Ya, beberapa orang terkemuka dari AS berbicara untuk diri Anwar selama Sodomi I dan berbicara kembali setelah Sodomi II.

Anwar tidak meletup di AS seperti munafik tertentu menderita diare akut oral. Apakah yang membuat Anwar budak suruhan AS atau agen CIA? Soalan terkini RPK, Siapa agen AS? Anwar atau Najib?, menunjukkan kepada orang lain sebagai agen CIA – Mahathir.Hal ini Mahathir yang merupakan antek dan tali barut AS, si pencuri yang sebenarnya yang berteriak "pencuri, pencuri, pencuri, …" untuk mengalihkan perhatian dari dirinya sendiri. Dalam sambutannya kepada Heritage Foundation pada 3, Mei 2002 Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak, memberi butiran lengkap tentang tatacara rahsia Malaysia dengan Amerika Syarikat dalam hal pertahanan (lihat http://www.heritage.org/Research/Lecture/US -Malaysia-Pertahanan-Kerjasama). Ini juga telah disebutkan oleh Barry Wain dalam bukunya, yang Maverick Malaysia.

Melihat apa yang terjadi antara AS dan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan masalah-masalah ekonomi, selama pemerintahan Mahathir, tidak salah jika disimpulkan bahawa Mahathir mengikat Malaysia sebagai negara pengikut AS, sebuah negara yang bergantung pada AS untuk kemajuan juga sebagai kelangsungan hidup.

Malaysia di bawah Mahathir mempunyai sokongan US sokongan dalam pertahanan di Asia Tenggara. Ekonomi Malaysia juga paling bergantung pada AS, AS muncul sebagai nombor 1 pasaran eksport dan pelabur untuk Malaysia.Adakah perhambaan akrab antara dua negara yang paling kritis mungkin jika hubungan antara Malaysia dan AS bermusuhan seperti yang digembar-gemburkan oleh Mahathir?

Bolehkah satu bangsa (Malaysia) bersikap musuh ketat terhadap bangsa lain (AS) tetapi pada masa yang sama Malaysia bergantung pada AS untuk kelangsungan hidup ekonomi dan keselamatan? Hanya orang bodoh dan munafik akan percaya dan mempertahankan logik dangkal ini.Mahathir membodohi Malaysia dengan bertindak dan berpura-pura bahawa dia anti-AS, tetapi selama ini sebagai tali barut dan antek dari Amerika Syarikat.

Sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa Mahathir berani dan kasar terhadap Amerika Syarikat. Banyak negara-negara dunia ketiga dan negara-negara Islam juga terpukau dengan lakonan jijik Mahathir dan menyatakan dia sebagai juru bicara dunia ketiga dan negara-negara Islam.

Mereka tidak tahu bahawa Mahathir dibenarkan untuk membuat semua laporan anti-AS sebagai taktik menipu umat Islam bahawa dia sebenarnya tali barut AS.Martin Jalleh menulis dalam MT pada bulan Januari 2010 bahawa Dr Mahathir adalah "Kejadian dari AS" tetapi hanya segelintir rakyat yang membaca dan menghadam isi sebenar rencana ini. Hujah artikel beliau mengekpos Mahathir yang sebenarnya: seorang munafik yang tidak segan untuk melakukan apa-apa untuk memenuhi keserakahan yang tak dapat diukur kekuasaan, kekayaan dan kemasyhuran.Bolehkah Mahathir membuat amaran dan ucapan kaustik tentang AS tanpa apa-apa tindakan seperti yang dikenakan keatas Iran, Myanmar, Zimbabwe oleh AS kecuali CIA telah memungkinkan dia untuk melakukannya? Seperti Mahathir berpendapat, jika AS dapat menghasilkan Avatar, mereka boleh merancang serangan 9 / 11 Twin Tower sebagai serangan pengganas. Jadi, apa yang begitu sukar bagi CIA untuk menangani Mahathir, kecuali Mahathir adalah orang mereka yang melakukan arahan mereka?

Gila Beb Kalau Pemimpin UMNO Nak Letak Jawatan Senang-senang

Posted: 13 Jul 2010 04:00 AM PDT

'Saya tak akan letak jawatan'

SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya tidak akan meletak jawatan kerana baginya, isu untuk meletak jawatan tidak timbul sama sekali meskipun beberapa perwakilan termasuk Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian mendesak beliau berbuat demikian pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan, kelmarin.

Ali berkata, tidak ada sebab baginya untuk melepaskan jawatan semata-mata bagi memenuhi kehendak pihak yang kecewa setelah kalah dalam pemilihan bahagian pada 2008 sedangkan jawatan itu dipegangnya secara sah setelah mendapat mandat daripada perwakilan dan ahli UMNO.

"Mengapa pula saya nak letak jawatan? Saya dapat mandat ahli dan akan pegang sehingga habis penggal. Pada mesyuarat semalam (kelmarin) pun tidak ada undi tak percaya, mereka hanya buat kecoh semasa perasmian saja. Itu tak termasuk dalam perlembagaan dan kedudukan saya tidak terjejas," katanya.

Ali berkata, beliau mendapat sokongan 350 daripada 400 perwakilan yang hadir mesyuarat kelmarin.

"Selepas itu, mesyuarat berjalan sempurna dengan disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) hingga petang hari (kelmarin). Bagaimanapun, UMNO Bahagian Sungai Petani menyerahkan kepada MT untuk mengambil tindakan ke atas tingkah laku pihak terlibat yang memalukan UMNO dan melanggar perlembagaan dan etika parti," katanya.

Ali mengulas kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian mesyuarat berkenaan apabila beberapa perwakilan termasuk Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian menghalang beliau daripada berucap. Berlaku adegan tuding menuding sehingga majlis itu terpaksa diteruskan dengan ucapan perasmi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa ucapan Ali selaku Ketua UMNO Bahagian.

"Kekecohan itu bagaimanapun tidak mengganggu gugat keutuhan UMNO Bahagian Sungai Petani kerana yang terlibat hanya beberapa orang," katanya.

Ditanya desas desus persengketaannya dengan beberapa pihak termasuk Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali menjelaskan bahawa tiada sebarang perselisihan bantara mereka dan mengikut perlembagaan, pergerakan itu merupakan sayap parti dan seharusnya memberi sokongan padu kepada bahagian.

Mengenai desakan untuk beliau meletak jawatan, Ali berkata, tiada apa-apa desakan diterimanya malah majoriti perwakilan memberikan sokongan terhadap kepimpinannya.

"Saya adalah ketua bahagian yang dipilih oleh ahli dan perwakilan. Saya tetap akan menyandang jawatan ini dan tidak ada pihak yang boleh merampas jawatan ini daripada saya.

"Mengikut perlembagaan, tidak ada undi tidak percaya berlaku semalam, maka tidak ada isu (desakan meletak jawatan)," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang hadir sebagai pemantau pada mesyuarat itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, memberitahu Sinar Harian, pihaknya akan menghantar laporan sebagaimana perlu kepada MT parti.

Bagaimanapun katanya, mesyuarat itu berjalan lancar selepas perwakilan mendengar ucapan perasmian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

"Saya anggap ini perkara biasa ahli peringkat akar umbi meluahkan pendapat dan rasa tidak puas hati hingga menyebabkan berlakunya kekecohan.

"Namun selepas mendengar ucapan Jamil Khir, semua perwakilan kembali tenang dan bermesyuarat dengan lancar hingga ke petang. Ini menunjukkan ahli akar umbi bersikap matang," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Azeez berkata, keluhan sebilangan daripada mereka akan dibawa ke peringkat MT untuk tindakan lanjut.

Racism and tribalism — Raja Ratnam

Posted: 13 Jul 2010 03:00 AM PDT

JULY 13 — A newly-arrived lad of 19, very light-brown in colour and expensively clothed, is walking through a posh arcade in the fashionable part of an Australian city. The normal sounds of a busy street on a Saturday morning are suddenly interrupted by a shout. It is repeated twice. The people walking through the arcade stop to watch.

A well-padded middle-aged woman, clad in the then-ubiquitous gabardine overcoat and carrying a string-bag containing her shopping, is shouting "Why don't you go back home, you black bastard?"

The Asian too stops, when he realises that the shouting is in his direction. He looks behind him and sees that he is the target; but he is mystified. As he shrugs and walks away, the young student wonders: What right does this woman have to behave like that? What kind of people are these?

In British Malaya, where he was born and well educated, this youth had not noted any antipathy between the diverse ethnic communities there. Immigrants from China, India, and the islands surrounding Malaya, and the host people, the Malays, co-existed, with mutual tolerance. The British rulers were the only ones to display any ethnic superiority; but few of the local people were directly affected by that. The so-called natives did not emphasise the obvious differences in religion, cultural practices, and language. Indeed, ethnic cuisines and clothing styles began to be borrowed, and the people gradually began to merge into a nation.

Over the years, the overt racism in Australia became reduced. Habituation, acceptable behaviour, and a shared respect for British institutions, such as justice, law and order, as well as the English language, all played a part. Most importantly, the Australian working man, who walked and stood tall in a relatively class-less nation, was willing — in spite of an obvious sense of white-Christian colonial-superiority — to treat the Asian students (almost all from British-held territories) as he personally found them.

Also of great relevance was something not seemingly sensed by the host people. Indians and Chinese, no matter how poor their families, are proud of their respective heritage. As one Chinese student read to his classroom in Australia, his people had been civilised for more than 5,000 years, "long before the white man came down from the trees." He was not intolerant; only confidently proud.

The odd retaliatory retort also helped to contain the yobbos. When a couple of the latter made loud derogatory remarks about "the blacks" being allowed into the bar (and that was because the Australian Aborigine was then not allowed to enter a hotel or bar), the well-dressed young Asians at the bar quietly walked out. As they left, one called back "Haven't you got a mother either?"

By the mid-1960s the White Australia Policy was being quietly eased. By the mid-1970s immigration entry was officially non-discriminatory; yet it was not until the end of the 1980s that the darker Asians were accepted in comparable numbers. By the mid-1990s racism had re-surfaced, with some virulence; the trigger was a claim by a new politician that there were too many Asians in the country. An academic pointed out that this was an attempt to protect white-space. That black-space had been invaded successfully two centuries earlier was not mentioned in the debate. The young Asian of 1949 was again publicly abused because of his skin colour — in 1995!

By then, angry young Aborigines were defiantly shouting, in public parks "This is our land. Piss off." By then, the education dollar and a quaint people-grabbing immigration policy led to vast numbers of Indians and Chinese being seen to fill the streets of the capital cities. This upset many Anglo-Australians, especially the elderly.

Then criminality surfaced. Young Indians were attacked, one killed. Not racist, claimed the police. Were other Asians — the Chinese, Vietnamese, Koreans and Lebanese — attacked? Is the Indian too similar in appearance to the clearly-despised Aborigine? Or, is his fluency with the English language an affront? Is he taking jobs from unskilled white people? Or, was there some copy-cat behaviour?

Ethnic turf-wars involving macho Asian youth became reported in the press. Some immigrant Muslim leaders now want Australia's institutions to be changed to suit them; apparently they miss the syariah law they never had. Young Muslim women proudly display their superior culture by wearing the hijab, or even the burqa in public. The turf-wars are transient; when the testosterone levels drop off!

The arrogance of the few Muslim people who choose to be divergent will probably remain; whereas the efforts by some ethnic Europeans a few decades ago to have English denied as the national language or to use the then multiculturalism policy to emphasise cultural difference (and implied cultural superiority?) did fade away. The rest of the population rejects this cultural posturing by new arrivals seeking a better life.

Following the invasion of Australia, the various white tribes of Britain and some representatives of continental European tribes blended together to form the Anglo-Australian. The post-war immigrants from Europe also blended in to create a cosmopolitan Australia. Coloured immigrants from all over the world are now integrating to become a revised Australian people. Many marriages ignore ethnic or tribal boundaries. In three generations, any imported cultural differences could normally be expected to fade away, through societal commingling and shared education in schools.

However, racism, that is, discrimination against a fellow resident or citizen on the basis of skin colour (a practice initiated by white colonisers in their rampage over technologically inferior coloured people) will continue. People tend to protect and promote (whether in employment or in politics) those who are like them. Is this not so in the US, the first of the immigrant-created nations of the West? Tribalism, based on ethnicity or country of origin, will also continue as a basis for preference for one's own. Does this also not apply in the Western world?

While discrimination is a human attribute, Australia is gradually becoming racially tolerant. The indigene may not concur. A significant deep-sea current driving this tolerance is that fabled "fair-go" Anglo-Celt ethos of yore. This reflects an urge for equitable treatment which began in a nation of mainly convict men; it was subsequently extended to include the women. It is now available to the new arrivals, even to those who want the freedom of a tolerant and equitable secular home, but prefer to exercise that freedom within the tents of their alienating cultures. That is not racism, but the worst of tribalism.

In the long run, a desirable unity of belonging, evolving from a diversity of origins and beliefs, can come only from achieving one integrated people from many.

* Raja Ratnam is the author of The Dance of Destiny.

1 Malaysia menuju kehancuran?

Posted: 13 Jul 2010 02:00 AM PDT

1 Malaysia menuju kehancuran?
July 12, 2010

12 JULAI — Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan bahaya.

Partinya sendiri, United Malay National Organisation (Umno) tidak dilihat begitu bersama konsep yang bercita-cita untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercakap senada dengannya dan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan konsep 1 Malaysia. Begitu juga pimpinan-pimpinan Umno yang lain secara keseluruhannya.

Hanya ada dua orang yang dilihat bersama dengan gagasan Najib ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Akan tetapi seperti yang diketahui umum, kedua-dua pimpinan Umno ini tidak begitu popular didalam parti mereka.

Nazri Aziz hilang populariti dikalangan "pembesar-pembesar" Umno oleh kerana keberaniannya berlainan pendapat dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Dr Mahathir seperti yang diketahui umum masih mempunyai pengaruh yang kuat di dalam Umno walaupun tidak memimpin parti tersebut semenjak 2003.

Semenjak di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nazri telah bertindak sebagai panglima kepada perdana menteri sehingga lantang mengkritik Dr Mahathir.

Setelah Najib menjadi perdana menteri, Nazri sekali lagi bertegang urat dengan Dr Mahathir sehingga pernah melabelkan perdana menteri keempat itu sebagai "Bapa Politik Perkauman".

Ahli parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno tidak begitu popular dikalangan sayap yang dipimpinnya dan parti Umno secara keseluruhannya. Beliau juga tidak disukai oleh Dr Mahathir yang secara terbuka mengkritiknya.

Dizaman pemerintahan Abdullah, Khairy dikatakan begitu berkuasa dan begitu berpengaruh didalam pembuatan keputusan yang dilakukan oleh perdana menteri pada ketika itu. Ini telah menyebabkan kebencian timbul kepadanya dikalangan pimpinan dan ahli Umno.

Hanya Nazri dan Khairy sahajalah yang jelas dilihat menyokong gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib. Selebihnya, tidak dilihat begitu bersungguh dalam menjayakan gagasan yang dibawa oleh perdana menteri.

Pengaruh Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) lahir selepas Tsunami politik 8 Mac 2008. Perkasa diasaskan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. Secara ringkasnya, objektif Perkasa adalah untuk melindungi hak-hak orang Melayu daripada orang-orang bukan Melayu.

Perkasa mendakwa kek ekonomi tidak dibahagikan dengan sama rata. Menurut mereka lagi, orang-orang Melayulah yang paling tertindas dalam pembahagian kek ekonomi ini.

Ibrahim yang bertanding diatas tiket PAS dalam PRU 12, mengisytiharkan diri sebagai ahli parlimen bebas dan mula menggerakkan Perkasa. Perkasa mendapat sokongan dan naungan daripada Dr Mahathir.

Pimpinan-pimpinan tertinggi Umno termasuk ahli kabinet Najib menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perkasa. Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Noh Omar, Awang Adek dan Fuad Zarkashi adalah diantaranya.

Perlahan-lahan Perkasa membina nama dalam arena politik negara. Pertubuhan ini bergerak keseluruh negara dan turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli Umno di akar umbi.

Perkasa mula menjadi popular dikalangan orang-orang Melayu yang merasakan bahawa Umno tidak begitu berani memperjuangkan nasib mereka. Walaupun Perkasa adalah sebuah NGO, oleh kerana ianya digerakkan oleh orang-orang politik, organisasi tersebut mula berkembang mengikut "gaya" parti politik.

Tidak mustahil juga jika satu hari nanti Perkasa akan menjadi parti politik.

Perkasa membuka jaringan disetiap negeri. Selain itu, Perkasa turut mempunyai sayap Pemuda (Wira), Wanita dan Serikandi mirip kepada parti-parti politik.

Semenjak ditubuhkan, Perkasa secara lantang menyuarakan pandangan mereka. Selain daripada bersilat lidah dan bertengkar dengan Pakatan Rakyat (PR), Perkasa turut bertembung dengan pimpinan BN.

Baru-baru ini pengerusi Perkasa bertikam lidah dengan Wee Ka Siong dalam isu biasiswa. Kemudian pertengkaran itu berpindah kepada Khairy Jamaluddin yang membela Ketua Pemuda MCA itu.

Pengaruh Perkasa menjadi kuat sehinggakan pertubuhan tersebut seringkali dibincangkan di media baik bagi yang menyokong mahupun yang menentangnya.

Persatuan ala Perkasa oleh MCA

Sebelum ini, penentangan terhadap 1 Malaysia hanya terlihat daripada pimpinan Umno yang mempergunakan Perkasa. Kini ianya turut merebak ke parti komponen kedua terbesar BN iaitu Malaysian Chinese Association (MCA).

Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai mencadangkan agar sebuah NGO ala Perkasa ditubuhkan oleh kaum Cina. Ini merupakan langkah untuk menghadapi Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali.

Donald mencadangkan agar kumpulan yang bakal ditubuhkan tersebut diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH). Menurut beliau tuntutan-tuntutan untuk kepentingan kaum Cina boleh disuarakan secara lantang oleh NGO yang bakal ditubuhkan tersebut.

Donald Lim menggesa agar masyarakat Cina tidak perlu risau dengan Perkasa oleh kerana mereka juga boleh menubuhkan kumpulan seumpama itu.

Jika cadangan Donald Lim menjadi kenyataan, Malaysia akan mempunyai sebuah lagi Perkasa kali ini untuk masyarakat Cina.

Sebelum tsunami Mac 8, kaum India mempunyai Hindu Rights Action Force (Hindraf). Hindraf dikatakan menjadi salah satu faktor undi masyarakat India beralih kepada pakatan pembangkang.

Pada ketika itu pengaruh Hindraf menjadi begitu kuat sehinggakan perdana menteri sendiri menyokong kemasukkan parti Makkal Sakti yang merupakan pecahan kepada Hindraf kedalam BN.

Kemana masa depan Malaysia?

Malaysia kini berada diambang bahaya. Setelah sekian lama dipimpin oleh parti-parti yang berasaskan kaum, kini kumpulan-kumpulan pelampau kaum lahir satu persatu.

Masing-masing sibuk untuk memperjuangkan nasib kaum mereka sendiri.

Mahu tak mahu, pemerintah terpaksa memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan ini. Malaysia akhirnya gagal menjadi sebuah negara yang menyatukan penduduk pelbagai kaum dan agama. Ini berlaku pada ketika Malaysia telah lama merdeka.

Najib Razak gagal untuk memperkuatkan jenama 1 Malaysia dikalangan partinya dan parti komponen BN. Tidak mustahil 1 Malaysia akan menerima nasib yang sama dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah Badawi satu ketika dahulu.

Islam Hadhari hilang sebaik sahaja Abdullah turun dari takhta. Ini juga yang bakal terjadi kepada 1 Malaysia. Yang rugi adalah rakyat Malaysia. Setelah sekian lama, kita masih lagi tidak dapat bersatu di bawah payung Malaysia.

Amin Iskandar adalah Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam program pendidikan pengundi dan pemantauan pilihanraya. Beliau juga adalah pemilik blog http://aminiskandar.com

Tindakan Bodoh KDN Tubuh Jawatankuasa Pantau Berita Palsu

Posted: 13 Jul 2010 01:30 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 13 Julai - Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan jawatankuasa pemantauan berita palsu atas alasan untuk menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bukan membawa kebaikan kepada negara malah sebaliknya akan mencemarkan nama Malaysia dalam arus kebebasan media antarabangsa.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memberitahu Suara Keadilan tindakan KDN itu menunjukkan kebodohan di dalam pentadbiran negara ini dalam kerangka amalan sistem demokrasi.

"Kita melihat negara luar seperti Afrika mahupun negara komunis walaupun pemerintahan mereka teruk tetapi mereka mengamalkan kebebasan media.

"Apa yang berlaku di negara ini sebaliknya, kita bercakap tentang dasar demokrasi tetapi sikap sebenar pentadbiran negara ini lebih teruk dari apa yang berlaku di negara luar. Tindakan KDN hendak menubuhkan jawatankuasa memantau berita palsu itu adalah sikap yang bodoh serta menjatuhkan imej negara ini, kenapa mereka tidak membuat perbandingan dengan negara luar terhadap amalan kebebasan media.

"Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang menubuhkan jawatankuasa sedemikian tetapi sikap angkuh pemimpin Umno-Barisan Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara kuku besi yang menyekat rakyat bersuara serta menghalang daripada mendengar apa juga maklumat yang betul.

"Kerajaan sepatutnya memantau media arus perdana milik mereka yang jelas kita tahu melakukan pembohongan mahupun fitnah setiap terbitan akhbar terbabit. Kita melihat apa yang Utusan Malaysia siarkan kenapa tiada tindakan, bila media alternatif mengeluarkan kenyataan yang benar dalam mencari penyelesaian terus diambil tindakan.

"Kerajaan sebenarnya tidak bersikap adil dalam pentadbiran mereka, sikap amalan berat sebelah serta penubuhan jawatankuasa tersebut mencerminkan lagi bahawa negara ini berada dalam era zaman pemerintahan yang kejam serta zalim," tegas Azan.

Azan juga berkata slogan 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi laungan Pakatan Rakyat amat bertepatan dan sesuai kerana rakyat perlu menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan

Umno-BN yang mengamalkan budaya kejam, zalim dan menindas.

"Slogan yang kita laungkan itu amat bertepatan sekali, kita perlu selamatkan Malaysia daripada golongan yang zalim lagi kejam. Rakyat perlu membuat keputusan dari sekarang bukan hanya menjadi pemantau. Sebelum ini kita ingin menyelamatkan Malaysia daripada teruk merundum dalam ekonomi dunia tetapi sekarang kita perlu selamat negara ini daripada kerajaan yang zalim.

"Saya melihat amalan media arus perdana lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan media alternatif, lemparan fitnah mereka secara terbuka dengan menyelewengkan fakta serta bersikap mengampu tetapi kita kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sentiasa membela mereka.

"Sikap pembohongan media arus perdana itulah \menyebabkan media tersebut tidak lagi menjadi rujukan kepada pembaca dan kenyataan ini diakui oleh barisan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka mengatakan internet dan media alternatif menjadi rujukan utama kepada pembaca di negara ini mahupun yang berada di luar negara.

"Saya yakin atas dasar inilah tekanan diberikan ke atas media alternatif, kerajaan takut dengan penerimaan rakyat terhadap laporan media alternatif. Selain itu tindakan menggantung permit penerbitan akhbar rasmi parti Pakatan Rakyat merupakan langkah kerajaan cuba memperbodohkan rakyat serta memutar belitkan fakta agar rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan itu," kata beliau lagi.

Tambah beliau jika kerajaan sekarang berada dalam ketakutan mereka perlu mengadakan pilihan raya sekarang.

Ini kerana beliau pasti ada sedikit sokongan yang akan di perolehi oleh umno-BN tetapi jika kerajaan takut dan berdegil untuk tidak melakukan pilihan raya rakyat akan menolak sepenuhnya pentadbiran mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu jawatankuasa pemantau itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berfungsi sebagai adalah urusetia.

Beliau mengganggap penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk mengelak rakyat terus tertipu dengan berita palsu.

Muhammad Husayn Fadlallah dan kebangkitan Syiah

Posted: 13 Jul 2010 01:15 AM PDT

Oleh Haris Zalkapli

1. Syiah Iran, Syiah global
Vali Nasr, seorang felo di Majlis bagi Hubungan Luar (CFR) di Amerika Syarikat dalam bukunya tentang apa yang disifatkan "kebangkitan Syiah" memberi fokus utama kepada Iran, dengan satu bab bertajuk The Rise of Iran.

Dalam banyak perkembangan, melibatkan pengikut Syiah di banyak negara termasuk Lubnan, Yaman, Bahrain dan negara-negara Asia Tenggara, Iran menjadi negara sentral melibatkan Syiah.


Doktrin Wilayah al-Faqih menjadikannya negara pemimpin, dengan dijadikan panduan oleh kumpulan seperti Hizbullah di Lubnan.

Walau bagaimanapun, seperti yang ditunjukkan oleh Sayyid Muhammad Husayn Fadlallah yang meninggal dunia pada 4 Julai lalu, pluralisme dalam pemikiran Syiah menjadikan negara seperti Iraq dan tokoh-tokoh bukan Iran juga penting dan memberi kesan besar kepada dunia Syiah.

Juan Cole, pengkaji sejarah Universiti Michigan yang banyak mengulas isu-isu melibatkan Syiah dan dunia Islam dalam tulisannya di blog bertajuk Fadlallah's Life and the Shiite Wave menyebut, "Kehidupan (Fadlallah) memberikan contoh kebangkitan dan peningkatan pengaruh global Islam Syiah."

Perkembangan ini menimbulkan isu berhubung peranan kepimpinan Syiah Iran dan Syiah dengan pemikiran yang berbeza (tetapi juga daripada aliran 12 Imam yang menguasai Iran), dengan tokoh-tokohnya tersendiri.

2. Muhammad Husayn Fadlallah dan gerakan Islam Lubnan

Sayyid Muhammad Husayn Fadlallah, alim terkemuka di Lubnan meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 4 Julai lalu, setelah berperanan penting dalam mempengaruhi politik negaranya, terutama melibatkan masyarakat Syiah yang terpinggir sejak sekian lama.

Pemimpin ini ialah antara ulama yang menganjurkan perjuangan politik berlandaskan Islam di Lubnan, berbeza dengan gerakan Amal yang sekular, dan pada masa sama mempunyai pandangan pragmatik dalam politik.

Fadlallah mempunyai sumbangan besar dalam pertumbuhan politik gerakan Islam di Lubnan, yang hasilnya dapat dilihat pada hari ini. Pemimpin masyarakat ini menjadi antara penggerak pergerakan masyarakat Syiah di selatan Lubnan yang kemudian melahirkan Amal dan Hizbullah.

Fadlallah bersama-sama dengan tokoh agama Lubnan yang terkemuka ketika itu, Musa al-Sadr dalam memimpin gerakan politik baharu Muslim Syiah Lubnan setelah lama tidak mendapat perwakilan sewajarnya dan dikuasai ketua-ketua tradisional dikenali sebagai zu'ama.

Dominasi zu'ama ini disaingi oleh Amal yang ditubuhkan pada 1975 dan kemudian gerakan Islam Hizbullah yang mengikuti haluan yang ditunjukkan oleh Fadlallah.

Selepas perang saudara pada 1975, masyarakat Syiah Lubnan semakin merasakan keperluan untuk satu pergerakan politik yang lebih berkesan.

Setelah perjuangan Amal yang sekular semakin tidak popular, muncul Amal Islami yang merupakan pecahan daripada Amal dan kemudian Hizbullah pada awal 1980-an (tetapi hanya kelihatan sebagai satu kumpulan yang kohesif pada tahun-tahun 1990-an).

Ekoran hilangnya Musa al-Sadr pada 1978, Fadlallah menjadi tokoh agama paling berpengaruh di Lubnan, menjadikan beliau pemimpin agama yang memimpin masyarakat Syiah Lubnan ketika revolusi di Iran pada 1979.

Revolusi Islam Iran pada 1979 kemudian dirasai kesannya di Lubnan, mengukuhkan lagi kesatuan dan gerakan politik Islam masyarakat Muslim Syiah Lubnan.

Ramai pengasas Hizbullah mendapat pendidikan daripada Fadlallah, menjelaskan pengaruh beliau terhadap gerakan ini, walaupun hubungan kedua-dua tokoh agama ini dengan Hizbullah mengalami turun naik disebabkan beberapa isu.

Tetapi berbeza dengan Hizbullah, Fadlallah tidak menerima doktrin Wilayah al-Faqih yang dibawa Khomeini, walaupun menyokong Revolusi Islam Iran pada 1979.

Beliau sering dirujuk media Barat sebagai "pemimpin spiritual" Hizbullah, walaupun hakikatnya beliau bukanlah marja al-taqlid (rujukan yang perlu diikuti oleh individu Syiah dalam hal ehwal fiqh) yang paling popular dalam kalangan masyarakat Syiah Lubnan.

Fadlallah juga tidak menjawat sebarang jawatan dalam Hizbullah atau terlibat dalam operasi pertubuhan itu.

Hizbullah merujuk kepada Ali Khamenei di Iran, selari dengan kepatuhannya kepada doktrin Wilayah al-Faqih, walaupun individu dalam kumpulan itu bebas untuk memilih marja masing-masing.

Vali Nasr, profesor hubungan antarabangsa di Universiti Tufts di Amerika Syarikat dalam bukunya The Shia Revival: How Conflicts within Islam Will Shape the Future menulis Fadlallah menjadi rujukan penting Hizbullah pada tahun 1980-an, tetapi mula memilih haluan intelektual lain selepas itu.

Menurut Augustus Richard Norton dalam bukunya Hezbollah: A Short History, Ali Sistani dari Iraq ialah marja paling popular dalam kalangan masyarakat Syiah Lubnan, diikuti oleh Fadlallah, yang lahir dan mendapat pendidikan di Iraq. Fadlallah pernah memperakukan Sistani sebagai marja, sebelum beliau sendiri menduduki kedudukan itu.

Malah, satu perkara penting dalam asas intelektual melibatkan pengasas-pengasas Hizbullah melibatkan pembelajaran agama di Najaf, Iraq di bawah tokoh seperti Khomeini.

Juan Cole, profesor sejarah di Universiti Michigan dan penulis buku Sacred Space and Holy War: The Politics, Culture and History of Shi'ite Islam berpendapat mereka yang mengikuti Fadlallah akan memilih Sistani sebagai marja.

Walaupun tidak terlibat dalam organisasi Hizbullah, penglibatan gerakan Islam itu dalam politik pilihan raya – kali pertama pada 1992 – yang sebelum itu ditentang sebagai tidak adil dan korup juga menyaksikan sumbangan intelektual Fadlallah.

Fadlallah berpandangan perubahan secara revolusi tidak dapat dilaksanakan di Lubnan yang majmuk, dan menganjurkan penglibatan dalam pilihan raya.

Menurutnya, gerakan Islam perlu terlibat dalam proses politik dan tidak hanya berada di luar sistem.

Walau bagaimanapun, beberapa pendirian beliau berhubung wanita dan syariah tidak selari dengan sebahagian besar pandangan agamawan lain, satu faktor yang menjarakkan beliau dengan Hizbullah dan Iran.

Fadlallah mempunyai pandangan yang konsisten berhubung Israel, penyatuan Syiah-Sunnah dan mengkritik dasar luar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai tidak memenuhi harapan pada awal perlantikannya. Beliau juga dilaporkan sebagai tokoh agama Islam terawal mengutuk serangan 11 September, 2001 di AS.

Muhammad Husayn Fadlallah telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan politik bukan sahaja melibatkan masyarakat Muslim negara Lubnan, tetapi juga memberi kesan kepada pemikiran dalam dunia Syiah, kesan yang terus dapat dilihat hingga kini. –

Musa Gaji Tinggi Tapi Gagal Tangani Masalah Jenayah Semakin Serius

Posted: 13 Jul 2010 01:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 13 Julai - Pendapatan bulanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dianggarkan mencecah lebih RM25 ribu sebulan tidak layak beliau terima memandangkan kadar jenayah masih ditahap yang merisaukan dan usaha pembasmian jenayah dilihat gagal di bawah pengawasan beliau.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa kadar jenayah telah turun sebanyak lima belas peratus, tetapi rakyat menganggap ia sebagai kenyataan untuk mententeramkan hati bukan satu realiti yang nyata.

Rakyat dinegara ini masih lagi merasakan kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan ancaman jenayah walaupun mereka berada di dalam kediaman sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika dihubungi memberitahu sebenarnya sudah lama Pakatan Rakyat mendesak Musa meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana terlalu banyak kes jenayah di negara ini beliau gagal selesaikan.

"Dari dulu lagi kita mendesak Musa melepaskan jawatannya apatah lagi dengan isu jenayah yang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain itu kejadian di tembak sesuka hati oleh pihak polis merupakan satu kegagalan besar di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), seperti dalam kes kematian remaja Aminurasyid yang disebabkan tindakan polis menembak secara melulu.

"Kita tahu tanggungjawab Ketua Polis Negara sangat besar tetapi beliau gagal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dalam memastikan isu jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan.

"Berkenaan dengan isu pendapatan bulanan anggota polis, kerajaan tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada pendapatan Ketua Polis Negara sahaja tetapi ia perlu peka kepada anggota biasa juga kerana pendapatan yang kurang akan mengundang gejala rasuah anggota polis. Yang bekerja kuat adalah mereka berada di bawah bukannya yang duduk di atas seperti Musa," jelas Nurul Izzah.

Pendapat yang sama turut di utarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard yang mengatakan pemberian gaji yang tinggi kepada Ketua Polis Negara itu adalah untuk mengelakkan berlakunya jenayah rasuah dan sepadan dengan tanggungjawab untuk membasmi jenayah tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Musa gagal memastikan jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan, hinggakan rakyat sekarang sentiasa berasa keselamatan mereka tidak terjamin. Mengenai laporan polis yang dilakukan terhadap pemimpin atasan Umno mahupun kerajaan, kita patut tahu sebab sebenar kenapa Musa gagal untuk mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

"Pemilihan Ketua Polis Negara ini dipersetujui Perdana Menteri dan diperkenankan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, apabila situasi ini berlaku maka secara asasnya jika lantikan dilakukan oleh Perdana Menteri bagaimana Ketua Polis itu hendak mengambil tindakan ke atas ketuanya jika ada laporan di buat terhadap ketuanya.

"Untuk mengelakkan sikap melindungi individu tertentu berlaku, saya ingin menegaskan pemilihan Ketua Polis Negara ini perlu dilakukan oleh kuasa rakyat dan pencalonan hendaklah melalui parlimen. Apabila sistem sebegini digunakan maka Ketua Polis Negara menjadi hak milik rakyat dan kepada sesiapa laporan itu dibuat maka ia boleh bertindak terus tanpa memikirkan pangkat mahupun kedudukan seseorang," tegas CheGuBard.

Tambah beliau walaupun Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara ini mengamalkan sistem pentadbiran yang baik tetapi dasar yang diamalkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebenarnya menunjukkan sistem negara belum lagi matang.

CheGuBard juga melabelkan pentadbiran PDRM di bawah Musa sebagai yang paling teruk jika dibandingkan dengan Ketua Polis Negara sebelum ini.

Mengikut satu laporan media gaji bulanan Ketua Polis Negara di bawah gred Gaji SSM VUYY3 adalah RM13,849.67, elaun rumah RM2,500, elaun keraian RM5,100 serta imbuhan tetap jawatan RM3,000.

Selain itu juga terdapat elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun berkaitan.

Pemikiran Perkasa dan MCA Macam Kanak-kanak Tadika

Posted: 13 Jul 2010 12:30 AM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 13 Julai - Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chow menyeru Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai supaya meletak jawatan dalam parti selepas mencadangkan penubuhan Perkasa versi Cina bagi menangani serangan perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pang Chow berkata adalah tidak masuk akal cadangan Naib Presiden MCA itu kerana apabila Perkasa membuat berbagai permintaan, MCA melawan balik dengan menubuhkan pertubuhan yang serupa.

"Saya rasa pemikiran mereka sama taraf dengan pemikiran kanak-kanak yang belajar di Taman Asuhan Kanak-Kanak.

"MCA tidak akan berjaya mewujudkan suasana yang harmoni jika ia mahu berlawan dengan Perkasa tajaan pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali.

"MCA sepatutnya berlawan dengan Umno dan bukannya Perkasa kerana parti itu lebih banyak melakukan 'dosa' di negara ini," kata Pang Chow kepada Suara Keadilan.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya berhubung konsep 1Malaysia yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata itu hanya retorik politik semata-mata kerana apa yang berlaku sekarang adalah jenayah, rasuah dan fitnah yang berleluasa.

"Ini cuma mainan politik Umno dan Najib telah memutar belitkan konsep 1Malaysia yang nampaknya tidak seperti yang diumumkan.

"Saya menyeru rakyat Malaysia supaya memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana selagi Pakatan Rakyat tidak dihantar ke Putrajaya, kita tidak akan dapat melihat pembaharuan di dalam Kerajaan Pusat," tegasnya lagi.

Sebelum itu, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan itu membuat cadangan yang membayangkan agar kumpulan Perkasa versi Cina itu diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 2008.

Pada PRU, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi.

Ahli UMNO sendiri rosakkan parti

Posted: 13 Jul 2010 12:15 AM PDT

BUKIT JALIL - UMNO tidak pernah rosak, tetapi ahli yang rosak itulah yang cuba merosakkan UMNO.

Setiusaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ahli yang berkepentingan peribadi dan mempunyai niat tidak baik sebenarnya yang rosak, bukan UMNO.

"Datuk nenek moyang kita yang menubuhkan UMNO menggariskan misi dan visi perjuangan parti.

"Misi dan visi itu akan kekal relevan sampai bila-bila. Ini bermakna UMNO adalah relevan untuk selamanya," katanya ketika berucap pada Persidangan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, kelmarin.

Menurut beliau, UMNO lemah bukan kerana pembangkang kuat, tetapi ada antara ahli sendiri yang menjadi duri dalam daging.

Beliau kecewa kerana ada Bahagian yang berpecah kerana ahli mementingkan diri sendiri.

Sementara itu, beliau berkata, itu antara sebab kenapa Wilayah Persekutuan 'bungkus' pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Beliau berkata, Bandar Tun Razak kawasan dan nama yang indah kerana majoritinya Melayu.

Namanya sempena Perdana Menteri (PM) kedua dan ayahanda PM kini.

Persidangan dihadiri 224 perwakilan di Bukit Jalil Golf Resort itu didakwa menyaksikan segelintir ahli cuba memulaukannya bagi tujuan tertentu.

Menurut Tengku Adnan, tindakan itu sangat tidak patut wujud dalam Bahagian UMNO kerana boleh menjejaskan nama baiknya.

"Individu berkepentingan ini sepatutnya tahu perjuangan UMNO sebenar bukannya mengharapkan untuk kepuasan mereka.

"Saya bukan saja untuk merasmikan persidangan, tetapi melihat sendiri keadaan yang berlaku dan mengingatkan perwakilan supaya tahu perjuangan sebenar," katanya mengulas mengenai pergolakan yang berlaku di Bahagian ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Saharudin Zainal Abidin berkata, beliau mahu bekerjasama dengan semua pihak untuk kepentingan rakyat di sini.

"Hentikan perselisihan faham, mari kita bekerja bersama membela nasib bangsa dan agama.

"Kita perlu berjuang mengembalikan kerusi di parlimen ini," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap perwakilan bergerak lebih proaktif bagi meningkatkan peratusan pengundi Melayu kepada 55 peratus pada PRU-13.

Persidangan itu juga menyaksikan pertandingan pemilihan perwakilan tujuh (G7) seramai 17 calon tiga daripadanya menarik diri dan dua calon tidak hadir.


nama jer UMNO, Semua ROSAK

Najib Yang Sudah Hilang Tuah Kini Teramat Bimbang

Posted: 13 Jul 2010 12:00 AM PDT

Oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi.

Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.

Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau.

Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman.

Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?

Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka.

Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.

Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.

Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati.

Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan

Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK.

Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.

Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah?

Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya.

Kementerian Pertahanan Disaran Guna Kepakaran Tempatan Membina Frigat Baru

Posted: 12 Jul 2010 11:30 PM PDT

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 13 Julai - Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh meminta Kementerian Pertahanan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebabkan timbul keraguan terhadap pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Kementerian Pertahanan berhubung pendirian kerajaan terhadap pelaksanaan projek Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) atau frigat " FFG 112" yang dicadangkan oleh syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Dalam jawapan di parlimen 8 Jun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerajaan tidak pernah menerima sebarang cadangan projek frigat dari syarikat berkenaan dan menyenaraikannya dalam perolehan Rancangan Malaysia Ke-10.

Bagaimanapun, Gwo-Burne mempersoalkan jawapan tersebut memandangkan setakat ini negara hanya memiliki dua kapal frigat yang tidak lagi berfungsi dengan baik.

"Walaupun TLDM mempunyai dua buah Kasturi-class corvette dan empat Laksamana-class corvette, tapi kapal-kapal tersebut tidak setimpaldengan frigat sebenar.

"Lagipun, dua Kasturi corvette yang dinyatakan itu telah mencecah umur matang dan tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya. Kasturi corvette kini sedang di dalam projek 'Ship Life Extension Programme' dan tidak dapat beroperasi dalam jangka masa beberapa tahun ini.

"Oleh itu, saya berharap agar pihak Kementerian Pertahanan lebih berhati-hati dan bertindak tegas dengan sebarang kenyataan yang melibatkan kementerian terutama sekali dalam pembelian peralatan perang," kata Gwo-Burne.

Katanya, pada 2006, kerajaan telah memberi surat niat (letter of intent) kepada British BAE System untuk membina dua kapal frigat baru bernilai RM5 bilion.

Bagaimanapun oleh kerana kekangan ekonomi negara, projek itu telah ditunda dan surat niat itu juga sudah luput.

Menurut Gwo-Burne lagi, sekiranya benar frigat perlu dibina, adalah lebih baik kerajaan menerima kepakaran daripada syarikat tempatan berbanding membeli dari luar negara.

Beliau berkata, kebimbangan yang timbul mengenai perkara itu ialah keperluan membina frigat baru memandangkan frigat sedia ada dikatakan tidak lagi berfungsi dengan baik.

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya Kementerian Pertahanan melantik syarikat luar negara bagi membina frigat berkenaan kelak yang akan meningkatkan lagi kos seperti mana kontroversi yang timbul berhubung pembelian peralatan ketenteraan seperti kapal selam, jet pejuang dan sebagainya.

Katanya, Kementerian Pertahanan juga tidak menafikan keperluan untuk mendapatkan kapal baru tetapi hanya menyatakan frigat yang sedia ada boleh ditingkatkan dan berkeupayaan menyamai frigat untuk menangani peperangan 3 dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah permukaan.

Roh Model Mongolia Terus Menghantui Najib

Posted: 12 Jul 2010 11:00 PM PDT

Oleh Jonathan Manthorpe

The Vancouver Sun

Roh model dan penterjemah Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu nampaknya enggan berdiam diri.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilibatkan secara tidak langsung ke dalam skandal politik yang keji apabila dua pengawal peribadinya semasa berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dijatuhkan hukuman mati tahun lalu atas kesalahan membunuh seorang wanita muda di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2006.

Tetapi melihatkan kepada peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu lalu telah menimbulkan persoalan apa kaitan pembunuhan tersebut dengan pembelian dua kapal selam diesel Perancis jenis Scorpene bernilai USD1.2 bilion semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Rakan dan penasihat isu pertahanan kepada Najib, Abdul Razak Baginda, yang mana syarikat milikan isterinya telah dibayar satu jumlah USD150 juta untuk kontrak pembelian kapal selam tersebut telah menimbulkan satu lagi isu cinta terlarang dengan Altantuya yang telah berakhir dengan tragis di mana Altantuya telah diculik dan dibunuh.

Semua usaha telah dilakukan bagi memastikan nama Najib tidak ditimbulkan dalam perbicaraan dua pengawal peribadi yang berlanjutan selama dua bulan.

Dalam satu tindakan yang amat menghairankan pakar perundangan dan hakim pada peringkat awal perbicaraan telah mengugurkan dakwaan ke atas Abdul Razak.

Abdul Razak kemudiannya telah melarikan diri ke Britain dan menetap di sana sehingga kini.

Wujudnya pengurusan drama perbicaraan di balik tabir oleh pegawai tinggi mahkamah di Malaysia telah meyakinkan kumpulan hak asasi manusia bahawa sia-sia sahaja usaha untuk menyelesaikan kes Altantuya di Kuala Lumpur.

Gerakan hak asasi manusia Malaysia, Suaram, telah bertindak untuk memulakan siasatan judisial di Perancis di mana telah ada beberapa siri penyiasatan yang sedang berlangsung terhadap syarikat milik kerajaan yang dikatakan sanggup membayar komisyen tinggi dan insentif lain semata-mata untuk mendapatkan kontrak pembelian senjata.

Sehubungan itu, pejabat pendakwaraya Perancis telah memulakan siasatan bermula dengan pembayaran USD150 juta kepada sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd yang ditubuhkan tidak lama sebelum Najib menandatangani kontrak pembelian dua kapal selam Scorpene dengan syarikat milikan kerajaan Perancis, DCN.

Perimekar yang kononnya dilantik untuk memberikan perkhidmatan "penyelarasan dan sokongan" bagi kontrak tersebut tidak dapat memberikan apa-apa bukti menyokong bahawa syarikat tersebut mempunyai kemampuan untuk tugas-tugas tersebut ataupun berpengalaman dalam industri itu.

Perimekar merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat bernama KS Ombak Laut Sdn Bhd di mana pemegang utama saham adalah Mazlinda Makhzan, seorang peguam dan juga isteri kepada Abdul Razak, rakan dan penasihat Najib.

Altantuya yang berusia 28 tahun semasa dibunuh, telah mempelajari bahasa Perancis ketika menjadi model di Paris dan terdapat juga bukti yang menunjukkan Altantuya telah menjadi penterjemah untuk kekasihnya, Abdul Razak dan membantu beliau berunding dengan DCN bagi pihak Najib dan kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia berkeras menyatakan tiada apa-apa kesalahan telah berlaku, sebagai respon kepada tindakan pejabat pendakwaraya Perancis yang menyiasat DCN dan Armanis iaitu anak syarikat DCN yang bertanggungjawab membina kapal selam.

Jurucakap Najib baru-baru ini menyatakan bahawa pihak pendakwaraya Perancis mempunyai hak untuk menyiasat, "tetapi pada pandangan kita, tiada kes untuk dijawab."

Dia juga menambah bahawa perjanjian tersebut bebas sepenuhnya daripada unsur rasuah.

Sebab utama mengapa Altantuya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib tidak pula diselesaikan walaupun dengan perbicaraan yang begitu panjang yang mengemukakan 45 saksi.

Dalam beberapa peristiwa berkait, Altantuya yang ditinggalkan kekasihnya Abdul Razak dikatakan telah membuat bising bersama rakannya di luar rumah beliau.

Abdul Razak kemudiannya telah berjumpa ketua kakitangan Najib, Musa Safri dan meminta bantuan Musa menjauhkan Altantuya daripada rumahnya.

Ekoran itu dua anggota polis dan juga pengawal peribadi, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menculik Altantuya semasa membuat bising di luar rumah Abdul Razak lalu membawanya ke sebuah hutan di luar ibu negara dan menembaknya.

Kemudiannya mereka telah menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk meletupkan mayat dalam usaha nyata untuk menghilangkan apa-apa tanda pengenalan, dan tindakan ini sudah tentu menimbulkan spekulasi bahawa Altantuya hamil.

Tetapi dalam surat yang ditulis oleh Altantuya dan ditemui selepas kematiannya, yang mana tidak pernah dibawa ke mahkamah sebagai bukti, jelas menunjukkan Altantuya telah mengugut Abdul Razak meminta USD500,000 untuk mendiamkan diri daripada mendedahkan perincian berkenaan USD150 juta yang dibayar kepada syarikat isterinya, Perimekar.

Ada juga yang mencadangkan bahawa Altantuya berkemungkinan mengetahui lebih banyak lagi butiran berkenaan perjanjian pembelian senjata oleh Najib semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2002 hingga 2008.

Perjanjian ini juga meliputi pembelian pesawat jet pejuang supersonik Sukhoi dari Rusia dan beberapa buah kapal laut pertahanan persisiran pantai.

Seperti mana organisasi hak asasi manusia Malaysia, ibubapa Altantuya juga menyatakan tiada keadilan nyata dapat diperoleh atas kematian anak mereka.

Walaupun dengan keadaan perbicaraan yang seperti drama terancang, ibubapa Altantuya telah cuba memfailkan tuntutan sivil menuntut pampasan ke atas kematiannya daripada Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut.

Mahkamah Tinggi Malaysia pula anehnya telah meminta deposit jaminan sebanyak USD20,000 untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan dan jika diterima, untuk diteruskan ke Mahkamah Persekutuan.

Keluarga Altantuya pula bingung dengan keputusan mahkamah dan telah menyatakan bahawa keluarga Altantuya tidak mampu membayar jumlah setinggi itu.

Minggu lalu, Kerajaan Mongolia mengumumkan akan membayar jaminan yang diminta oleh mahkamah Malaysia agar kes dapat didengar, meskipun pada saat ini nampaknya roh Altantuya akan mendapat keadilan di Perancis lebih awal daripada Kuala Lumpur.

Nazri Aziz: PERKASA Tidak Selari Dengan 1Malaysia Najib

Posted: 12 Jul 2010 10:45 PM PDT

'Get rid of Perkasa,' says Nazri

By Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, July 13 — The Barisan Nasional issued a clear signal today of its disassociation from Perkasa when Datuk Seri Nazri Aziz declared that the Umno did not support or recognise the Malay rights group.

The minister in the prime minister's department said Umno was against any form of racism and that Perkasa's ideals did not fit the Najib administration's focus on plurality and unity.

"We should get rid of Perkasa. Why do I say that? Because Perkasa is not in line with Datuk Seri Najib (Razak's) 1 Malaysia concept," Nazri told The Malaysian Insider.

"We (are) against any form of racism and Perkasa certainly doesn't belong or [is] supported by Umno," said Nazri.

Pengerusi PAC Selangor Dari BN Bukti Pakatan Rakyat Amal Budaya Politik Adil, Telus

Posted: 12 Jul 2010 10:30 PM PDT


Oleh Norasikin Samsi


SHAH ALAM 13 Julai - Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan bidaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengam semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.

Malah Pakatan Rakyat Selangor menunjukan contoh dan jalan kepada Umno-Barisan Nasional bagaimana sesebuah kerajaan itu harus bersikap adil, telus dan terbuka serta tidak kejam dan berlaku zalim kepada pembangkang

Semalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor melakar sejarah apabila biat pertama kali dalam sejarah politik negeri itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung daripada BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias menerajui jawatankuasa penting itu.

Pelantikan Mohd Shamsudin dibuat setelah ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengosongkan jawatan yang disandang beliau sejak 2008.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim berkata pemilihan Mohd Shamsudin merupakan pilihan yang tepat kerana beliau memenuhi kriteria pelantikan termasuk pengalaman dalam bidang berkaitan.

"Ini sekali lagi menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu kerajaan yang terbuka kerana sudi melantik ahli pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa PAC.

"Ini tidak pernah berlaku dan sekiranya kerajaan nak tutup isu pasir dan berbagai isu yang di bawa BN, maka tidak perlu kita melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudi mencatat sejarah di negara ini dan juga sejarah untuk badan perundangan di Malaysia malah di Parlimen sendiri pun belum sampai ke tahap itu," kata Chang Khim

Beliau juga berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan semua pihak termasuk pihak pembangkang.

"Kita bukan lantik orang luar tetapi kita lantik daripada kalangan ahli jawatankuasa PAC yang sedia ada, cuma pengerusi yang sedia ada YB Lee Kim Sin mengosongkan kerusi untuk diberikan dan diserahkan kepada Datuk Shamsudin yang memang sudah dilantik sebagai ahli PAC.

"Saya juga percaya latarbelakang beliau yang merupakan ADUN untuk penggal kedua dan juga bekas pegawai daerah serta pengalaman dalam bidang audit, itulah kriteria yang diambil kira dan beliau calon yang memang layak dan mempunyai pengalaman dan kelayakan yang lebih baik," kata beliau.

Bercakap pada Suara Keadilan di lobi Dewan Annex Kim Sin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Lee berkata pengosongan itu dibuat setelah mengambil kira sistem yang digunakapakai di parlimen Komanwel yang mana pelaksanaan sistem itu dibuat secara adil dan telus tanpa mengira parti yang memerintah.

"PAC Selangor telahpun menyiasat laporan audit kerajaan terdahulu (BN) dan sekarang kita akan memulakan siasatan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu kerajaan yang mentadbir negeri sekarang.

"Jadi adalah lebih baik penyiasatan itu diketuai oleh ahli daripada pembangkang sendiri bagi memastikan sistem yang digunakan adalah telus dan adil kepada semua pihak juga menggunakan dasar sama rata," kata Kim Sin.

Bahaya kaki ampu di sekeliling Presiden MIC — Paul Mutusamy

Posted: 12 Jul 2010 10:15 PM PDT

13 JULAI — Perhimpinunan Agung MIC Ke-64 yang "menumpang" di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu dan Ahad lalu tidaklah menarik untuk dibincangkan. Tiada apa tindakan dan resolusi yang memberangsangkan.

Balik-balik cerita tentang kepimpinan MIC yang banyak jasa. Mereka tidak banyak berbincang kaedah untuk menarik pengundi India menyokong MIC dan Barisan Nasional (BN).

Ingatlah pesanan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak supaya MIC segera melakukan perubahan bagi mengelakkan ia ditolak sepenuhnya oleh komuniti India dan akhirnya musnah dalam sistem politik negara.

Gesaan itu perlu diberi perhatian serius kerana masalah dalaman MIC sehingga kini masih wujud dan boleh merosakkan masa depan parti itu.

Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah memastikan MIC kembali menjadi parti pembela rakyat dan bukannya sebagai medan untuk melebarkan pengaruh atau kuasa politik bagi pihak-pihak tertentu. Tetapi apa yang banyak dibahaskan oleh perwakilan lebih kepada unsur mengampu.

Ada pula perwakilan MIC yang kaki ampu meminta presidennya supaya memegang jawatan tertinggi parti itu untuk 100 tahun lagi.

Kalau hendak mengampu biarlah berdasarkan realiti. Kalau dikatakan pemimpin MIC itu mempunyai kredibiliti tinggi, masakan undi masyarakat India sudah beralih arah kepada pemimpin India dari parti pembangkang seperti DAP dan PKR.

Hal ini masih belum banyak berubah. Kalau sokongan masyarakat India kepada BN dikatakan sudah kembali, itu pun bukan dengan usaha pemimpin MIC sebaliknya atas daya usaha Perdana Menteri sendiri dan pemimpin Barisan Nasional yang lain.

Jadi janganlah pemimpin-peminpin MIC cepat membuat rumusan tentang kejayaan mereka.

Saya bimbang, golongan kaki ampu yang berada di sekeliling Datuk Seri S. Samy Vellu boleh memudaratkan Presiden MIC itu sendiri.

Dua bulan lalu, Samy Vellu mengumumkan pelan perletakan jawatannya yang mungkin berlangsung pada akhir tahun depan. Tetapi cadangan itu mendapat bantahan daripada ahli-ahli MIC dan pelbagai pihak.

Malah melalui komen-komen mengampu di Perhimpunan Agung MIC itu dibimbangi Presiden MIC yang sudah 31 tahun memimpin MIC akan berubah fikiran.

Kalau Samy Vellu membatalkan janjinya sendiri, bermakna MIC tak akan ke mana-mana. Bukan Samy Vellu tidak bagus, tetapi jika terlalu lama dalam tampuk pimpinan, maka barisan pelapis pun jadi tua dan tiada idea untuk kemajuan kaum India.

Kalau hanya perwakilan mempunyai kuasa memastikan presiden meletakkan jawatan, maka biarkanlah MIC dengan haluannya. Masyarakat India akan melihat orang MIC memang tidak boleh ditegur dan dinasihat. Mereka fikir dengan kuasa yang ada sebagai perwakilan MIC boleh menentukan siapa yang mempunyai kuasa di negara ini. Dan tiada sesiapa berhak menggesa presiden partinya meletakkan jawatan.

Jika demikian, biarkanlah Samy Vellu dan penyokongnya. Jangan sesiapa pun memaksa beliau berhenti. Tidak perlulah MIC sibuk-sibuk menilai diri.

Sebagai rakyat Malaysia berketurunan India, saya malu apabila orang MIC suka menyalahkan orang lain atas kelemahan parti mereka.

Kenapa menyalahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai punca utama masalah antara kaum di negara ini.

Perkasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dianggap melampau sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat India dan Cina di negara ini kerana mereka mahu pertahankan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada saya kalau pemimpin MIC bijak dalam menjalin kerjasama dengan Perkasa atau NGO Melayu yang lain, tidak timbul perbalahan di kalangan masyarakat Malaysia.

Begitu juga kenapa perwakilan MIC tiba-tiba mengutuk akhbar Utusan Malaysia dengan mendakwa menjadi pencetus masalah masyarakat India di negara ini. Masalah kaum India berpunca daripada mereka sendiri yang mungkin diabaikan oleh pemimpin MIC juga.

Hakikatnya perwakilan MIC terlalu emosional. Mereka bagaikan tidak tahu menari tapi mahu menyalahkan lantai yang tidak rata.

Belajarlah daripada kejatuhan Parti Kongres India, yang kemudian bangkit untuk menarik minat rakyat semula. MIC boleh melakukan kebangkitan dengan syarat berani berubah dan melaksanakan perubahan.

Ada beberapa bulan lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, mungkin MIC dapat menunjukkan sesuatu dan bukan sekadar slogan dan retorik semata-mata. — Utusan Malaysia

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Posted: 12 Jul 2010 10:00 PM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib


SHAH ALAM 13 Julai - Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar


adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan,


secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur


dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.

Laporan Media Mengenai Isu Perlombongan Haram Di Kuala Langar Salah Fakta

Posted: 12 Jul 2010 09:29 PM PDT

SHAH ALAM 13 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengatakan syarikat itu pasti gambar tersebut diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat dan bukannya di Bukit Canggang seperti dilaporkan media.

"Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

"Kelulusan daripada jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands,"jelas Abdul Khalid dalam kenyataan beliau hari ini.

Menurutnya, syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar.

Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG, kata Abdul Khalid lagi.

"Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

"Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

"Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya RM10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar," jelas Menteri Besar.

Kata Abdul Khalid, adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir.

"Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian. Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kebangkitan rakyat pendalaman di Sarawak

Posted: 12 Jul 2010 09:15 PM PDT


Oleh Pushparani Thilaganathan


KUCHING: Marah dengan ego pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), satu rangkaian para petani yang baru ditubuhkan bersiap sedia untuk merebut undi dan sokongan daripada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Kejayaan selama tiga tahun Projek Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) telah merangsang serangkaian para petani dengan beranimengisytiharkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

Projek ini melibatkan penanaman "Jatropha Curcas" (pokok minyak) yang menyaksikan beribu-ribu rakyat Sarawak memperolehi pendapatan yang secukupnya.

"Kami telah bekerjasama dengan para penduduk di pendalaman sejak 2008. Kami telah membuktikan pendapatan yang mencukupi melalui program perkongsian tanaman," kata Mohamad Noh Bakeri, setiausaha jawatankuasa protem Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) kepada FMT.

Beliau berkata, "kami kini mempunyai rangkaian seramai 1 juta ahli. Ramai yang memperolehi pendapatan yang cukup, di antara RM400 dan RM500 sebulan.

"Pencapaian ini merupakan sesuatu yang BN tidak dapat lakukan…..malahan Pakatan Rakyat pun tidak dapat mencapainya," kata beliau.

Sambil membidas Taib, Mohamad Noh berkata, konsep "tanaman berkongsi" telah membantu mengeluarkan penduduk Bumiputera di pendalaman dari putaran kemiskinan, di mana Taib mendakwa mereka bergantung kepada BN.

Taib, yang nilai kekayaannya mencecah RM4 bilion memeranjatkan negara apabila beliau mengakui rakyat Bumiputera Sarawak terdiri daripada golongan miskin.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan apabila beliau berkata, "rakyat Bumiputera Sarawak tahu mereka miskin dan hidup dalam kesusahan dan dengan rendah diri mengakui bahawa mereka masih bergantung kepada kerajaan (BN) yang memerintah untuk memperbaiki nasib mereka.

Bagi menambah kepedihan ini, disusuli dengan kenyataan Menteri Pembangunan Tanah Negeri James Masing yang dengan penuh yakin mengisytiharkan bahawa para pengundi di pendalaman adalah "simpanan tetap BN dan tidak sekali-kali mengundi pembangkang."

Mengenai hal ini, Mohamad Noh menyindir dengan berkata, "sekarang ini bukan lagi simpanan tetap BN…..situasi telah berubah."

Kejayaan dan harapan

Menyusuri laman web projek baru-baru ini, FMT memetik komen seorang pembaca, Magdalene. Beliau menulis, "saya telah membuat sedikit kajian berhubung latar belakang PERS….. sukar untuk dipercayai mereka sebenarnya telah membantu orang-orang miskin di Sarawak sejak dua tahun lalu untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka.

"Saudara saya sendiri menanam pokok Jatropha di Miri dan sekarang beliau memperolehi pendapatan paling kurang RM500 sebulan untuk dua ekar dalam tempuh kurang lapan bulan sahaja. Jika mereka meneruskan kerja yang murni ini, saya tidak hairan ia memberi harapan yang tinggi kepada rakyat di Sarawak.

Bergantung kepada harapan ini, Mohamad Noh berkata, "sejumlah wang yang tetap ini" adalah sesuatu yang tidak diperolehi lebih 30 tahun di bawah rejim BN.

Sarawak, seperti Sabah, berkongsi kekayaan sumber alam semula jadi tetapi mempunyai penduduk di antara yang termiskin di negara ini.

Berbeza dengan laporan-laporan terbaru yang tersebar di alam siber mendedahkan kekayaan berlipat ganda Taib, dengan menguasai empayar hartanah yang meluas di luar negara yang dibeli dengan menggunakan pendapatan dikatakan hanya RM20,000 sebulan.

Pendedahan ini, ditambah dengan rasa tidak puas hati mengenai Tanah Adat (NCR), penerokaan hutan belukar dan projek-projek mega, yang meminggirkan rakyat dan menyebabkan rakyat berpindah randah akibat penempatan semula di seluruh negeri telah menyuburkan kebangkitan penentangan bentuk baru.

Namun PERSB, bukanlah sebuah parti yang baru yang buat pertama kali mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri di Sarawak. Bulan lalu, sebuah lagi kumpulan mengumumkan pembentukan Parti Keamanan yang dipimpin oleh ahli akar umbi, Julian Petrus Jout.

Noh tetap optimis

Walaupun belum didaftarkan dan PERSB mungkin tidak sempat didaftarkan tetapi Mohamad Noh tetap optimis dan berkata, "parti bersedia menghadapi segala kemungkinan."

"Ramai calon yang akan bertanding menggunakan label parti PERSB adalah terdiri daripada bekas ahli Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PPBS).

"Kami tahu prosesnya……kami tahu bagaimana jentera kerajaan bekerja. Dua kali sebelum ini, kami terpaksa membuat permohonan dua kali kerana mereka mengesan kesilapan yang sama…..tetapi kita tidak menjadikan perkara ini sebagai halangan.

"Jika mereka melengah-lengahkan atau menolak permohonan kami, orang kami akan bertanding sebagai calon bebas pada semua kawasan dan kami bersedia untuk tujuan ini," kata beliau.

Selain bertanding dalam semua 71 kerusi negeri, PERSB juga menjangka untuk meletak 31 calon untuk kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Gambar 71 calon tersebut telah pun muncul dan boleh dilihat di www.pers.com.my website.

Tiada ulasan: