Kami Sokong Tokguru |
- Malaysia Juara Judi No 1 Di Dunia
- Apakah Hukum Upah Dari Iklan Google Adsense dan Nuffnang
- Pesanan Ulamak (mas kawin)
| Malaysia Juara Judi No 1 Di Dunia Posted: 24 Jul 2010 05:49 PM PDT 10 Casino Terbesar Dunia (Mengikut Jumlah Pekerja) 1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000 2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,2203.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000 4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700 5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000 T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000 T-6.) Sands Macao (China) – 8,000 8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500 9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000 10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500 ![]() Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman -ijoks2009- Aku bangla jadi rakyat malaysia ,malaysia boleh.One Malaysia macam-macam ada..Las Vegas pun kalah tu..,Malaysiani memang gila hiburan patutpun yang ramai dapat anugerah Dato' sekarang lebih ramai di kalangan artis dari golongan bijak pandai. Setiap orang islam wajib mencegah kemungkaran samaada dengan tangan@ kuasa,jika tidak mampu ,dengan lidah@ tulisan,jika tidak mampu baru dengan hati. Cara paling mudah ialah cegah dengan jari dalam pilihanraya,JANGAN UNDI BN. |
| Apakah Hukum Upah Dari Iklan Google Adsense dan Nuffnang Posted: 24 Jul 2010 03:40 PM PDT Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih JAWAPAN Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut. Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya. Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu. Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad 'menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain) Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya. Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:- * 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka. * 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah. * 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut. * Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan. Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi 'filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna. 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar. KESIMPULAN Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya. Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit. Sekian http://www.zaharuddin.net |
| Posted: 24 Jul 2010 09:12 AM PDT Saya teringat dalam satu kuliah Tok Guru Nik Aziz, beliau berkata, "Sesiapa yang mahukan anak perempuan saya, beri RM1000 jah (sahaja). Tapi kalu demo nok buwi anak perempuan demo, kira RM1000 jugalah (Kalau saudara mahu tawarkan anak perempuan saudara menjadi menantu saya harap dapat letakkan hantaran RM1000 juga)". Saya lupa tahun berapa kuliah Tok Guru di Dewan Zulkifli itu namun ia adalah sekitar tahun 1997 atau 1998. Sebagai ulama dan pemimpin, Tok Guru berusaha menjadi tauladan kepada rakyat. Dalam kuliah Jumaatnya hari itu, Tok Guru mengajar bab nikah kahwin dan mahar. Tok Guru menggalakkan rakyatnya memudahkan urusan perkahwinan dengan meletakkan mas kahwin yang rendah. Realiti hantaran dalam masyarakat waktu itu ialah sekitar RM3000 ke atas. Ia juga sebagai menyahut seruan Nabi s.a.w yang pernah berkata, "Antara tanda barakah seorang gadis ialah yang cepat kahwinnya, murah maharnya dan cepat melahirkan anak" |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan