Kami Sokong Tokguru |
| Posted: 21 Jul 2010 07:06 PM PDT Gambar hiasan Machang,Polis mengenal pasti identiti mayat seorang gadis, yang dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan di Pulai Chondong di sini semalam, sebagai Ilya Nabilah Rosnata, 19, yang berasal dari Kampung Pendek, Kota Baharu. Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata, identiti mayat itu dikenal pasti apabila keluarga mangsa membuat pengecaman di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu, hari ini. "Sebelum kejadian, Ilya Nabilah telah hilang dari rumah keluarganya di kampung tersebut sejak Jumaat lepas dan satu laporan polis telah dibuat oleh keluarganya," katanya ketika dihubungi, hari ini. Mayat mangsa yang dipercayai di rogol sebelum dibunuh, dijumpai diikat pada sebatang pokok di tebing sungai itu oleh penduduk kampung dalam keadaan bogel selain terdapat kesan tikaman di dada, tengah hari semalam. Che Malek berkata ibu mangsa mengesahkan ia sebagai Ilya (anaknya) dan telah diserahkan kepada keluarga terbabit untuk dikebumikan selepas bedah siasat selesai dijalankan petang ini. Sumber: Bernama -ijoks2009- Takziah kepada keluarga mangsa,semoga tabah menghadapi ujian Allah. Al- fatihah... |
| Hasil Didikan Umno Polis jadi Makin Kurang ajar Dan Tak tahu Dosa pahala Posted: 21 Jul 2010 03:57 PM PDT Bekas Tahanan ISA yang ditahan lebih 7 tahun Mat Sah Satray telah mendedahkan beberapa soalan-soalan yang sengaja dikemukakan oleh pegawai Penyiasat (Interrogation Officer) yang terdiri dari Special Branch yang dilatih khas oleh KDN, dengan tujuan supaya beliau jadi sakit hati dan marah.Soalan-soalan itu ditanyakan sepanjang 60 hari beliau ditahan di Kuala Lumpur. Antara soalan tersebut ialah: 1- Berapa kalikah dalam sehari awak mengadakan hubungan seks dengan isteri? 2- Berapa kerapkah hubungan seks itu dilakukan? 3-Ceritakan, bagaimanakah awak mengadakan seks dengan isteri? Inilah soalan-soalan yang disoal beberapa kali dalam sehari. Tidak diketahui, apakah kaitan antara soalan tersebut dengan tuduhan kerajaan bahawa beliau seorang ahli Jemaah Islamiyyah yang dikatakan mengancam keselamatan negara. Sebagai manusia yang waras, pastinya beliau jadi "naik angin' ketika mendengar soalan-soalan tersebut. -Berita penuh disini |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan