Kami Sokong Tokguru |
- Kubur Juara Catur Di Gali Semula
- Trick Membuat Panggilan Percuma Guna HP.
- Suara Ulamak Takdihargai Dalam UMNO
| Kubur Juara Catur Di Gali Semula Posted: 07 Jul 2010 06:30 PM PDT ![]() ICELAND - Pihak berkuasa di Iceland menggali semula kubur juara catur Amerika Syarikat, Bobby Fischer, untuk menentukan kesahihan jika mendiang merupakan bapa kepada kanak-kanak perempuan warganegara Filipina berumur sembilan tahun. Menurut Pesuruhjaya Polis Daerah, Olafur Helgi Kjartansson, mayat Fischer digali dari tanah perkuburan berdekatan Selfoss di selatan Iceland dan dihadiri doktor, paderi dan pegawai lain, kelmarin. Bulan lalu, Mahkamah Agung Iceland mengarahkan kubur Fischer digali semula untuk mengambil sampel DNA selepas wanita warganegara Filipina, Marilyn mendakwa Jinky Young adalah anak hasil daripada hubungan mereka. Mendiang meninggal dunia pada usia 64 tahun pada Januari 2008 di Iceland dan tidak meninggalkan wasiat yang menyebabkan berlaku perebutan harta sehingga kini. Jinky datang ke Iceland bersama ibunya pada Disember lalu untuk diambil sampel darah bagi ujian DNA. - sinarharian.com.my - |
| Trick Membuat Panggilan Percuma Guna HP. Posted: 07 Jul 2010 04:03 PM PDT Semalam saya mendapat idea untuk mencari cara untuk membuat panggilan percuma dengan menggunakan hand fhone. Dan tanpa diduga.......SAYA BERJAYA!!! SAYA BERJAYA HACK UNTUK MEMBUAT PANGGILAN PERCUMA DENGAN MANA-MANA OPERATOR TELEFON,Celcom,Digi,Maxis dan sebagainya.. Sebenarnya, saya agak keberatan nak share trick yang saya jumpa ni. Tapi bila saya fikir balik, tak baik kita kedekut ilmu kan. Jadi, saya akan cuba ajar sedaya upaya saya untuk bagi anda pandai. He he he Kalau pihak berkuasa atau pihak telco sendiri yang tahu saya takut cara ini akan diblock dan gagal la nak dapat panggilan percuma. Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor. Boleh digunakan tanpa had waktu. Tanpa membuang masa jom kita tengok cara-caranya: 1. Pastikan kredit minimum di HP anda harus RM0.50 atau lebih. 2. Pastikan nombor telefon yang akan anda buat nanti sedang aktif. 3. Pastikan anda mengetahui nombor HP kawan anda. 4. Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yang ingin anda dail. 5. Buka SMS kosong di HP anda. 6. Taipkan nombor telefon kawan anda. 7. Langkah terakhir taip SMS dengan isi seperti berikut… . . . . . . . . . v Tolong call aku sekarang, PENTING!! -ijoks2009- Jangan marah.. saja gurau2 pagi khamis... |
| Suara Ulamak Takdihargai Dalam UMNO Posted: 06 Jul 2010 07:59 PM PDT Kantoi..Teguran Ulamak Umno Di Sanggah Artis.. Teguran Ulama' Umno iaitu Datuk Jamil Khir tentang adengan bogel salah seorang pelakon dalam filem arahan Raja Azmi yang bertajuk "Dalam Botol" tidak diendahkan,malah bertambah malang apabila pihak penapisan filem Malaysia membenarkan adengan tersebut terus ditayangkan.Pelakon Arja Lee pula menyatakan bahawa beliau melakukan adengan bogel tersebut agar nampak lebih "Real" dan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.Beliau menambah lagi bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana kerja dan bukan untuk mencari sensasi. Raja Azmi pula mempertahankan isu berbogel itu adalah adegan yang tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan. "Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan," katanya. Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan. http://wargamarhaen.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan