kalam Perantau |
- Harakah pula ‘diperingatkan’ KDN
- Karpal tidak wajar bangkit dasar negara Islam
- Karpal perlu hormati dasar perjuangan Pas
- Debat: Shafie jangan berkokok melalui media
| Harakah pula ‘diperingatkan’ KDN Posted: 07 Jul 2010 05:00 PM PDT Selepas dua tabloid politik dipanggil ‘mengadap’ Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya. Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari semalam, Harakah antaranya “diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN”. “Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.
Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi itu, Harakah diwakili pengarangnya Taufek Yahya. Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad. Menurut laporan itu, Harakah juga dimaklumkan kesulitan berkaitan perkara itu dapat dielakkan sekiranya garis panduan KDN dipatuhi. “Tiada perbincangan mengenai artikel-artikel yang terkandung dalam Harakah kerana motif sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk memperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN.” Dalam pertemuan itu, Harakah dilaporkan menghormati fungsi KDN dalam memastikan setiap akhbar yang mempunyai permit penerbitan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta berkaitan. “Bahkan beliau (Taufek) juga gembira dengan inisiatif KDN untuk mengadakan perjumpaan seperti ini kerana pastinya banyak perkara yang sebelum ini sering menjadi perbalahan diharapkan akan dapat diselesaikan dengan segera,” kata laporan itu lagi ![]() |
| Karpal tidak wajar bangkit dasar negara Islam Posted: 07 Jul 2010 05:00 AM PDT KOTA BHARU 6 Julai – Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar membangkitkan soal dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas kerana kepimpinan pakatan pembangkang telah bersetuju untuk tidak membincangkan perbezaan yang wujud di antara parti-parti terbabit secara terbuka.
Beliau berkata, tumpuan utama pada masa sekarang adalah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan sebuah negara yang adil. “Gagasan bersama (pakatan pembangkang) sememangnya wujud, saya sendiri sebagai Penolong Setiausaha Agung terlibat. Kita komited dengan kesepakatan dan kesefahaman, tanpa menyentuh isu yang berbeza, ia telah diputuskan pada konvensyen pakatan dahulu. “Untuk berlaku adil, kenapa tidak Karpal dan Pas wujudkan sebuah negara yang adil, adil ikut kaca mata Pas dan DAP. Bagi Pas sebuah negara yang adil adalah negara yang mengamalkan dasar Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran dan Pertunjukkan Ular di Muzium Negeri di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal yang menyatakan Pas perlu menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam. Takiyuddin yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, pada masa sekarang, Pas tidak lagi membangkitkan isu penubuhan negara Islam secara ‘keras’ kerana memberikan penekanan kepada konsep keadilan. “Isu negara Islam kita tidak bangkitkan secara keras, yang penting bagi kita adalah keadilan. Ucaptama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung lalu bertemakan ‘adil untuk semua’. “Contoh negara adil atau Islam adalah Kelantan, selepas 20 tahun memerintah, kita diterima oleh semua kaum malah bukan Islam juga melihat kepimpinan Pas di sini bukan satu masalah yang besar,” katanya. ![]() |
| Karpal perlu hormati dasar perjuangan Pas Posted: 07 Jul 2010 03:00 AM PDT SHAH ALAM – Pas Selangor meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh menghormati dasar yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, keengganan pemimpin DAP menerima konsep Negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas disebabkan ketidakfahaman pemimpin utama parti itu terhadap Islam. "Kita memang sedar dan akur penolakan konsep itu oleh masyarakat bukan Islam di negara ini dan sebab itu jalan perjuangan kita sekarang menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan. "Kalau kita berkawan, kita kena hormati dasar perjuangan masing-masing. Kita boleh tolak ansur untuk beberapa perkara, tetapi dalam prinsip perjuangan kita tetap teguh dengan pendirian kita sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Katanya, Pas menggunakan amalan demokrasi sebagai jalan untuk meneruskan perjuangan berkenaan. "Jika berpeluang amalan demokrasi yang diguna pakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara seperti yang dilakukan di Kelantan. "Kerja kita sekarang adalah berdakwah dan menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Karpal yang meminta supaya Pas menghormati DAP yang menolak negara Islam. Malah menurut Karpal, Pas perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas Selangor berpegang pada keputusan yang diambil dalam resolusi Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat baru-baru ini. "Dalam resolusi itu kita telah menerima beberapa perkara berkaitan agama Islam dan kita perlu berpegang dan menghormati dengan keputusan yang dicapai semasa resolusi tersebut," katanya. Walau bagaimanapun beliau menganggap kenyataan Karpal bersifat peribadi dan tidak menggambarkan keadaan dalam PR. "Itu hanya pandangan peribadi beliau dan walaupun kita mempunyai perbezaan tetapi kita masih boleh bekerjasama dalam beberapa isu. "Apa yang penting sekarang kita perlu menghormati antara satu sama lain," katanya. Ditanya sama ada perkara itu akan memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengeruhkan hubungan Pas-DAP, Mohd Khairuddin berkata, tidak timbul isu berkenaan memandangkan hubungan antara kedua-dua parti itu baik. "Kita tidak fikir akan timbul isu ini kerana hubungan antara kedua-duanya rapat sebelum ini," katanya. ![]() |
| Debat: Shafie jangan berkokok melalui media Posted: 07 Jul 2010 02:42 AM PDT Oleh Azim Fitri KOTA KINABALU, 7 Julai: PAS Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan PAS sebuah parti ajaran sesat.
Beliau berkata, sekiranya Naib Presiden Umno itu menolak, membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media. "Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah mendaftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur. "Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Datuk Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini. Tambahnya lagi, tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara 'baling batu sembunyi tangan'. "Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata," tegasnya ![]() |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
“Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak,” laporan berjudul ‘Harakah Bersua KDN’ itu dipetik.
Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesepakatan itu telah diputuskan pada konvensyen pakatan pembangkang yang pertama pada 19 Disember tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, jika benar Shafie mempunyai kredibiliti dan berwibawa, maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah berdebat dengah Salahuddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan