Selasa, 27 Julai 2010

Justice For All

Justice For All


Benarkah Wanita Asia Tak Suka Kahwin???

Posted: 27 Jul 2010 06:22 PM PDT

Wanita Asia tak suka kahwin

PARIS: Semakin ramai lelaki Asia, terutama di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, memilih wanita asing sebagai pasangan kerana wanita tempatan enggan berkahwin.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan semalam, fenomena itu mula berlaku sejak lebih sedekad lalu turut menampakkan kecenderungan terhadap perpindahan wanita.

Menurut Daniele Belanger dari Universiti Western Ontario, sejak 1990-an semakin ramai lelaki Asia Tenggara mencari calon isteri di luar negara.

Di Taiwan, katanya, 15 peratus isteri berasal dari negara luar pada 2009 dan lapan peratus di Korea Selatan.

"Di Jepun, fenomena itu berlaku lebih awal, iaitu 1980-an, tetapi perkembangannya berlaku secara sederhana apabila hanya lima dan enam peratus perkahwinan direkodkan pada pertengahan 2000 membabitkan wanita asing," katanya dalam jurnal Institut Kajian Demografi Kebangsaan (Ined).

Di ketiga-tiga negara itu, kata Daniele, pengantin wanita menjadi imigran paling ramai berbanding pekerja sementara yang dibawa masuk.

Kebanyakan wanita yang dijadikan isteri itu berasal dari China atau Vietnam.

"Lelaki tempatan mencari pasangan hidup di negara lain kerana kekurangan wanita tempatan," katanya.

Menurut Daniele, disebabkan taraf pendidikan wanita meningkat, penyertaan mereka dalam sektor pekerjaan juga bertambah dan sebahagian daripadanya enggan memainkan peranan tradisional sebagai seorang isteri.

"Mereka lebih suka mengekalkan status sedia ada dan mengejar kerjaya," katanya.

Sebaliknya, kata Daniele, lelaki mahu mendapat zuriat, dan sesetengahnya mengharapkan mereka boleh bergantung harap dengan anak masing-masing ketika tua.

"Justeru, lelaki tidak sanggup kekal membujang," katanya. - Agensi

Guru Berpolitik..UMNO Sengaja Pasang Perangkap

Posted: 27 Jul 2010 05:19 PM PDT

Alah itu semua mesti ada agenda politik. Kalau tak, takkan nama mereka UMNO..

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

"Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat," katanya.

"Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

"Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

"Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno," ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

"Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti," katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

"Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

"Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

"Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus," katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

"Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

"Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan," katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

"Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

"Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya," katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

"Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

"Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

"Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang," katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

"Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

"Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

"Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat," katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

"Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

"Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza," katanya.

Nak Bagi Guru Berpolitik, Tapi Pada Masa Sama Ada Sekatan Pula

Posted: 27 Jul 2010 04:12 PM PDT

Peraturan baru benarkan guru bergred 41 hingga 48 berpolitik, jelas sekejam Auku yang benarkan mahasiswa menyertai parti politik, tapi perlu kebenaran Naib Canselor masing-masing. Memang ada kelonggaran, tapi dalam masa yang sama ada sekatan dan birokrasi.

Kalau nak sangat bagi guru berpolitik, kenapa perlu minta kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Bukankah mudah terus biarkan mereka ini berpolitik. Jika mereka bertumbuk, ponteng datang mengajar, fitnah sana sini...barulah ambil tindakan. Bukannya buat tapisan ntah apa-apa.

Benarkan semua pegawai kerajaan berpolitik

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpandangan sepatutnya semua pegawai kerajaan dibenarkan aktif berpolitik tanpa kawalan yang ketat.

Justeru, ketua penerangannya, Fadhil Osman berpendapat kebenaran kerajaan terhadap pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk terlibat politik adalah permulaan yang baik namun ia belum memadai.

Katanya, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

"Hak mengundi dan memilih parti politik mana yang mereka sukai adalah hak individu sejak mereka berusia 21 tahun. Ini adalah hak rakyat Malaysia yang kerajaan tidak boleh nafikan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily

Beliau menambah, berpolitik bukanlah suatu jenayah dan ia tidak menyekat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Menurutnya, menyertai parti-parti politik adalah amalan biasa bagi negara yang mengamalkan demokrasi sihat seperti Malaysia.

Baginya, berpolitik boleh menyuburkan sifat kepemimpinan, sensitif serta peka terhadap isu dan meningkatkan semangat berorganisasi dikalangan pekerja-pekerja.

"Menyertai parti politik tidak akan menjejaskan prestasi kerja dan menimbulkan sikap ekstrem terhadap masyarakat Malaysia," ujarnya lagi.

Katanya, DPPWP merasakan tindakan untuk meminta kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

"Kebenaran ini seolah-olah menyukarkan pegawai kerajaan kerana harus melalui pelbagai peringkat birokrasi," katanya.

Beliau mempersoalkan bagaimana sekiranya surat permohonan kebenaran pegawai-pegawai kerajaan untuk berpolitik tidak diluluskan.

"Apakah jaminan kerajaan sekiranya permohonan ini ramainya yang datang dari pegawai yang menyokong Pakatan Rakyat?" soalnya.

Justeru, katanya kerajaan tidak perlu meletakkan apa-apa prasyarat pegawai kerajaan menyertai parti politik.

Tambahnya, tindakan boleh diambil sekiranya pegawai tersebut mengabaikan tugasnya namun bukan menyekat rakyat dari menyertai mana-mana parti politik.

Apa?? Gaji Peragut 2 Ribu Sehari???

Posted: 27 Jul 2010 08:12 AM PDT

Peragut di Malaysia bergaji 4 angka sehari!

Peragut peroleh RM2,051 sehari

KUALA LUMPUR - Kerjaya sebagai peragut memang lumayan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam tempoh sehari seorang peragut mampu memperoleh purata pendapatan berjumlah RM2,051.

Menurut menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung, maklumat itu diperoleh dari 12 bandar di negara ini yang dikenal pasti sebagai kawasan panas kerana mencatat kadar jenayah jalanan tertinggi.

Dua belas bandar itu ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Ampang Jaya, Klang, Selayang, Johor Bahru, Johor Baru Tengah, Pasir Gudang, George Town dan Seberang Perai di Pulau Pinang

Apa?? Sehari 2 ribu. Sebulan (2,000 x 30) ..60,000??? Kaya betul kerja sebagai peragut. Ini semua salah umno, buat undang-undang kafir, langsung tak berkesan cegah jenayah.

Tu baru peragut, peroswah, perompak harta rakyat?? Mesti banyak lagi yang dapat. Apapun, ini semua salah UMNO. Mengtong sampahkan hukum islam yang bersifat mencegah..

Dan ini mungkin kesan hasil pendapatan haram peragut tu yang kutip 2 ribu sehari..

AL FATIHAH UTK ALLAHYARHAM ROSLI SAAD!

Tribute to Rosli Saad:

AMPANG JAYA 29 Jun - Tindakan seorang pemandu van berusaha menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri mati ditikam oleh penjenayah terbabit.

Rosli Mohd. Saad, 36, mati akibat ditikam tiga kali pada dada dan rusuk kirinya dalam kejadian pukul 6.10 pagi di Taman Mulia Jaya di sini hari ini.

Ini merupakan kejadian pertama orang awam yang cuba membantu mangsa jenayah ragut, mati dibunuh.

Sebelum ini, dua wanita mangsa ragut meninggal dunia setelah koma akibat kecederaan parah dan dalam kes lain, peragut sendiri mati setelah koma akibat dibelasah oleh orang ramai yang memberkasnya.

Kejadian pagi ini berlaku ketika Rosli dan isterinya, Jamilah Abdul Hamid, 32, serta seorang sepupunya baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja dengan menaiki van.

Ketika baru memandu 20 meter, Rosli segera memberhentikan vannya apabila mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong.

Mangsa lantas keluar untuk membantu wanita tersebut yang kemudian dikenal pasti adalah seorang suri rumah warga Indonesia.

Rosli mulanya dipercayai telah bergelut dengan penjenayah berkenaan ketika cuba menangkapnya tetapi penjenayah itu dapat meloloskan diri.

Rosli sekali lagi cuba memberkasnya tetapi ketika bergelut kali kedua, dia telah ditikam sebanyak tiga kali oleh penjenayah terbabit.

Penjenayah itu akhirnya melarikan diri tanpa beroleh apa-apa hasil, dan polis kini menjalankan gerakan memburunya.

Sementara itu, isteri mangsa, Jamilah yang menunggu dalam van kira-kira 10 minit, keluar mencari Rosli dan setelah berjalan 200 meter dia terkejut mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan O.K. Jalil Othman berkata, melihat keadaan suaminya, Jamilah segera menjerit meminta bantuan orang ramai untuk menghantar suaminya ke hospital.

Beliau berkata, Rosli yang parah akibat ditikam di dada dan rusuk kiri disahkan meninggal dunia pukul 6.30 pagi setibanya di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Menurut Jalil, wanita warga Indonesia berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak cedera tetapi mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

Difahamkan, wanita itu melihat sendiri bagaimana penjenayah terbabit menikam Rosli.

Beliau berkata, penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu dapat melarikan diri tetapi tidak berjaya mendapatkan barang-barang berharga milik wanita tersebut.

``Polis sedang melancarkan gerakan memburu penjenayah berkenaan yang masih belum diketahui identitinya.

``Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik dikerah menjalankan siasatan bermula di tempat kejadian,'' jelasnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Pendakwaraya Yang Berskandal Dengan Sayfoool, Digugurkan Harini

Posted: 27 Jul 2010 07:17 AM PDT

KAH..KAH..RUPANYA BETUL DAKWAAN RPK (sini)..Buat Sayfooooool, bukankah anda dah bertunang, kenapa berlaku curang pula. Memang anda seorang yang tidak boleh dipercayai. Tak bermoral. Karpal Singh boleh guna isu ni untuk cabar kredibiliti Sayfooooooool sebagai saksi utama..nampaknya hasrat Najib untuk kenakan Anwar makin sukar..

Peguam Negara: Farah Azlina digugur daripada pasukan pendakwaan kes Anwar

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) — Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantic" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa. — Bernama

Nak Elak Fitnah, Hassan Ali Perlu Saman Harusani

Posted: 27 Jul 2010 06:31 AM PDT

Saman je..

Khalid Samad: Bodoh bukan jenayah

Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad terus mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya menyaman Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno.

Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS.

"Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Datuk Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya.

 

Khalid mengulas keputusan PAS Selangor yang berpendapat tidak perlu menyaman Harussani berhubung isu kerjasama PAS-Umno kerana kontroversi pertemuan itu "tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu".

Desakan agar Hasan mengambil tindakan undang-undang ditimbulkan dalam munaqasyah (perbincangan) PAS negeri di Shah Alam, Ahad lalu.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid berharap ahli-ahli parti Islam itu tidak mempertikaikan tindakan Hasan kerana "sebagai ahli, tuntutan wala (kesetiaan) dan thiqah (kepercayaan) mesti dipertahankan".

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam turut menolak dakwaan Hasan "ingin melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan disiplin".

"Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang pesuruhjaya yang menipu.

"Berdasarkan tarbiah (didikan) dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya pesuruhjaya negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil!

 

"Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak mentah-mentah. Tidak mungkin Datuk Pesuruhjaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!" tegas Khalid.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa Hasan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS telah melakukan "kesilapan" kerana "membenarkan dirinya ditipu oleh seorang mufti Umno/BN yang tegar".

"Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan.

"Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," katanya.

UMNO Tipu..Zalim Pada Guru

Posted: 27 Jul 2010 03:06 AM PDT

LESEN UNTUK AKTIVIS umNO

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara berkaitan kebenaran kepada pegawai Pendidikan Siswazah melibatkan diri secara aktif dalam politiK segera mendapat respon seorang sahabat guru. Katanya…tolong ulas syeikh…itu hanya politik mengelakkan serangan kita kepada guru siswazah umNO yang berpolitik…BACA

Memang betul…akhir akhir ini ramai guru yang dikatakan terlibat dengan PAS dan Pakatan Rakyat telah diambil tindakan. Maklumat yang sampai kepada saya di sekitar negeri Perak sahaja ada tiga orang yang didakwa penulis blog dan aktivis PAS dicampak keluar dari kawasan mereka. Menurut rujukan surat…mereka berada dalam bilangan melebihi 40 orang..belum kira di Pulau Pinang yang telah di ambil tindakan lebih awal. Ada juga yang mengadu mereka masih dalam siasatan sehingga ramai yang menarik diri untuk terus aktif untuk sementara waktu.

Ada yang dicampak keluar negeri, malah ada seorang guru siswazah dilaporkan di arah bertukar serta merta tanpa siasatan setelah tuduhan kononnya beliau menyebut hal politik dalam pengajaran. Beliau adalah guru tingkatan enam yang mengajar Pengajian Am…pelik…nak ajar pengajian am pun tak boleh sentuh politik?. Lebih malang tuduhan itu tidak disiasat…..

Berdasarkan maklumat ,memang ramai juga guru siswazah umNO yang aktif malah sangat aktif berpolitik. Jika guru bukan siswazah mereka beralasan mempunyai kebenaran, namun bagi guru siswazah mereka tiada alas an… Demi membolehkan mereka memiliki alas an, maka kenyataan KSN itu adalah jawapannya.

Jika benar alas an kebenaran itu bagi membolehkan guru berperanan sebagaimana sebelum ini, sewajarnya kebenaran khas itu dihapuskan. Saya pernah mencadangkan agar sahabat yang bertugas sebagai guru memohon kebenaran itu… katanya..nak cari mampossss! Lagi senang depa ambil tindakan…

Memang betul… kebenaran yang dipohon hanyalah sebagai alas an membolehkan penyokong tegar umNO berpolitik dan memudahkan mereka mengenalpasti dan mengawal penyokong Pakatan Rakyat. Ini satu bentuk permainan baru KSN sebagai membalas budi disambung kontrak sebagai KSN setelah pencen.

Jika benar mereka ingin membenarkan guru berpolitik, jangan disekat dengan kebenaran istimewa yang mesti diperolehi terlebih dahulu…. Mereka boleh sahaja mengambil tindakan jika melihat guru terbabit gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkesan…sebelum ini pun tindakan boleh diambil kepada guru yang tidak melakukan tugas mereka dengan baik…. SEMUANYA ADALAH ALASAN YANG MENGUNTUNGKAN umNO….(sumber)

PAS Sasar Untuk Tarik Pengundi Atas Pagar

Posted: 27 Jul 2010 01:52 AM PDT

Betul tu..masih ramai di luar sana, terutamanya anak muda yang tak suka parti politik. Bagi mereka, cukuplah mereka boleh bersukan, makan, tidur dsb..soal politik langsung tidak diendahkan. Sebab itu bila Ustaz Hassan naik mini bike, jelas membuka mata anak muda walaupun Ketua Pemuda PAS itu berserban, tapi mampu turun ke lapangan untuk bersama-sama anak muda..teruskan usaha ini. Semoga kemenangan berpihak pada kita

Tarik pengundi muda 'atas pagar'

KOTA BHARU- Pas sedang me:mpergiatkan usaha termasuk mewujudkan operasi 'underground' untuk menarik sokongan lebih 60 peratus undi muda yang berada dalam situasi 'atas pagar' sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar sebelum ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abd Rahman, mengakui bahawa hasil kajian yang dibuat oleh pihaknya mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh pemuda UMNO yang mendapati lebih 60 peratus undi muda berada situasi 'atas pagar'.

Sehubungan dengan itu katanya, mana-mana parti dari Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) yang dapat menguasai undi itu akan memperoleh mandat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) nanti.

"Kajian kita menunjukkan senario yang sama, 64 peratus adalah undi muda yang masih tidak menyokong mana-mana pihak dan mereka bersikap tunggu sehingga tempoh pengundian.

"Bagi pihak Pas bersama PR, kita sedang merangka gerak kerja yang rapi termasuk mengadakan operasi 'underground' untuk memastikan undi ini mampu dimiliki Pas dan pakatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan hasil kajian dari makmal pemuda BN yang mendapati 62 peratus daripada undi muda masih "duduk atas pagar "mengenai parti pilihan mereka.

Kajian terbaru memberi wawasan tentang pemikiran go:longan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Mengulas mengenai trend undi Melayu kepada Pas, Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pangkalan Chepa menafikan bahawa sokongan kepada parti itu menurun sejak PRU-12 yang lalu.

"Pas mempunyai "culture voter'(undi setia) yang tidak berubah walaupun apa senario yang berlaku, satu lagi peringkat kita mempunyai undi dari ahli UMNO dan pengundi atas pagar.

"Apa yang berlaku kini, undi Melayu tidak menurun walaupun banyak cerita dikaitkan dengan perubahan parti, malah kita sedang bekerja keras untuk mendapatkan undi muda untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti," katanya.

Muhyiddin..Betul Ke PR Tak Boleh Buat Pilihanraya Negeri Berasingan???

Posted: 27 Jul 2010 12:30 AM PDT

Jom kita bantai pandangan Muhyiddin ni..untuk sedarkan rakyat fakta sebenar..jangan pula nanti ada blogger pro pas umno, kata kita suka fitnah dan cerca pula..

Muhyiddin: Hanya SPR tentukan PRU berasingan negeri, pusat

SEOUL, 27 Julai —Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata terpulanglah kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya.

"Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka.

"Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR," katanya pada sidang berita selepas bersarapan dengan wartawan Malaysia di sini, yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan bermula semalam hingga Khamis ini.

Beliau mengulas laporan baru-baru ini memetik kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, selaku Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa parti pembangkang itu tidak akan bertanding jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum, namun SPR, sebagai sebuah badan yang bebas, mempunyai kuasa untuk menetapkan hari pengundian.

Katanya, sekiranya negeri-negeri pakatan pembangkang berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan, jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka.

"Jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

"Bagi Barisan Nasional (BN), kita mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya," kata beliau. — Bernama

Ada 2 isu di sini. Pertama adalah isu SPR tentukan hari mengundi. Dan isu kedua adalah boleh tak kerajaan negeri buat pilihanraya berasingan dengan parlimen.

Isu pertama amatlah mudah. SPR bukannya big boss dan boleh caturkan semua. Kat dalam dunia pun, SPR jadi kuli suruhan je. Kita tengok Perkara 55 Perlembagaan kita

Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen

55.

(1) .....

(2) ......

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(sini)

Bagi isu kedua, kenapa Muhyiddin nak pertikaikan kuasa negeri. Kenapa pertikaikan kuasa Sultan. Muhyiddin tak belajar hal kenegaraan dan perlembagaan ke. Takkanlah tahap ilmu Timbalan Perdana Menteri setaraf penggali kubur ahli UMNO. Bukankah jelas yang

negeri PR boleh untuk bubarkan Dun dan tidak ikut Parlimen. Macam negeri Sarawak. Ini sudah termaktub dalam Undang-undang tubuh negeri..sama ada negeri PR atau BN. Ini contoh peruntukan undang-undang negeri Kelantan dan Selangor

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

46. (1) ...

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri

(3) Dewan Negeri, dikecuali dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan kuasa selama lima tahun daripada tarikh persidangannya yang pertama dan hendaklah kemudian daripada itu terbubar sendiri.

(4) Apabila Dewan Negeri itu telah dibubarkan, maka hendaklah diadakan satu pilihan raya dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran itu dan Dewan Negeri yang baru itu hendaklah dipanggil bersidang pada suatu tarikh tidak lewat dari sembilan puluh hari daripada tarikh itu.

(sini)

UNDANG-UNDANG TUBUH KERJAAN NEGERI SELANGOR

LXX. (1) ....

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu.

(sini)

Buat Muhyiddin, sebelum keluar kenyataan. Selidiklah dulu. Ya memang SPR ada kuasa. Tapi kuasa tu setakat 60 hari selepas bubar je. Bukannya selama-lamanya. Dan bagi isu pilihanraya berasingan. Itu hak negeri. Persekutuan tak boleh campur. Ini namanya semangat federalisme, bukannya autokratisme..buat Muhyiddin, janganlah jadi macam kakak tua. Pandai berkata-kata, tapi tak tahu apa-apa. Nampak macam tuduhan pr macam burung kakak tua (sini), sudah terbalik kat anda je, wahai Muhyiddin

Apapun kita bergumbira dengan ke tak school Muhyiddin ini..Apakata kita nyanyi lagu ni ramai-ramai (kat bawah ni ada lirik)..

Lirik

Bersatu Kita Bersatu

Dengan Setia Berganding Bahu..

Tipu Terus Menipu

Kita Tipu Melayu..

Bersama Kita Bersama

Menjunjung Hasrat Semua..

Berjasa Pada Kroni Anak Isteri Dan Bini..

Lambang Kita Yang Rebah

Dipandang keji dan Haprak..

Bersatu bersetia khianat cogankatanya..

UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia….

Bersatu bersetia khidmat cogankatanya..

UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…

Teng..teng..teng...teng..

Lambang Kita Yang Rebah

Dipandang keji dan Haprak..

Bersatu bersetia khianat cogankatanya..

UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…

Guru Dibenar Berpolitik

Posted: 26 Jul 2010 11:27 PM PDT

Guru gred 41 hingga 48 dibenar terbabit dalam politik

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Katanya, tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut.

Betul ke ni..atau boleh join umno je. Sebab sebelum ni kalau ada cikgu sokong PAS, mereka akan dibuang jauh-jauh. Dinafikan kenaikan pangkat. Dibebankan dengan banyak tugas. Ini bukan fitnah, tapi hakikat. Ayah saya yang berpangkat gred 52, masih menjadi guru biasa. Adala sekali naik jadi Penolong Kanan. Tapi kena turun balik. Dahla tu, kena hantar jauh-jauh kat kawasan pendalaman. Bahkan lebih teruk, ada sekali dihantar kat Sekolah menengah cina. Jelas bahawa jika guru sokong PAS, mereka akan dianaktirikan.

Apapun jika pindaan itu diwartakan, hendaklah ada jaminan yang guru sokong pr, tidak dianaktirikan. Jika situasi masih sama. Tak gunapun buat pindaan kat Peraturan zalim tu..

Tiada ulasan: