Ahad, 25 Julai 2010

Justice For All

Justice For All


BN Terengganu Akan Terus Main Kotor

Posted: 25 Jul 2010 09:48 PM PDT

 

KUALA TERENGGANU - Parti Umno dan Barisan nasional yang berada dalam keadaan cukup lemah sekarang, dijangka meneruskan strategi 'kotor'nya pada pilihanraya umum akan datang sebagaimana amalannya sebelum ini.

"Dia orang duduk sini dah berapa tahun, mereka sebagai pemastautin tetap meminta kad pengenalan biru, dapat kad pengemalan baru dia boleh mengundi, jadi sekarang proses untuk mendapatkan kad pengenalan biru ini dipemudahkan,"kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

Menurutnya, sehingga kini telah dikesan sebanyak 160,000 permohonan mendapatkan kad pengenalan dipercepatkan sebagai strategi Umno dan Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum ke-13.

"Jumlah yang memohon (untuk mendapatkan kad pengenalan) 500,000, tapi yang dalam proses yang dia (kerajaan) nak buat cepat ni adalah 160,000, belum lulus semua, tetapi sedang dilaksanakan sekarang,"ujarnya ktika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Kampng Panji, disini, Sabtu, 24 Julai.

Beliau berkata demikian ketika mndedahkan antara strategi kotor Umno/BN menghadapi PRU-13 adalah memberikan kad pengenalan kepada pemastautin tetap untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengingatkan jentera pilihanraya PAS supaya mengambil tindakan segera sekiranya mengesan kemasukkan pengundi yang tinggi secara mndadak dalam satu-satu kawasan.

Katanya, perkara tersebut pernah berlaku dalam senarai pengundi dinegeri Terengganu sekitar tahun 2002 hingga 2003 sebelum pilihanraya umum ke-11.

Ketika itu, menurutnya, terdapat peningkatan jumlah pengundi sebanyak 17%.

"Kita peringatkan jentera kita, sekiranya berlaku kes sedemikian, dalam daftar pemilih terdapat kemasukkan (tinggi) mendadak, kita akan (minta) siasat, benda ini telah berlaku di Terengganu, meningkat 17%, kita mengadu kepada SPR, SPR kata orang dah daftar nak buat macamana,"jelasnya.

Katanya, dibelakang kerja-kerja memasukkan pengundi tersebut adalah bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh.

BN Yang Mencuri Pasir

Posted: 25 Jul 2010 09:00 PM PDT

Saari : Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit.

Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan.

" Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari.

Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan.

Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

" Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi.

Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG.

Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan.

Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat.

" Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir".

"Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi.

Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh.

Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri.

Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat.

" Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat".

Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

" Inilah yang menyebabkan UMNO panic. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor".

"Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham".

13 Lukisan Lain Leonardo Da Vinci

Posted: 25 Jul 2010 07:30 PM PDT

Laptop Hanya Berharga RM 111

Posted: 25 Jul 2010 06:37 PM PDT

Komputer riba pada harga RM111

NEW DELHI - India berjaya menghasilkan komputer riba dengan teknologi skrin sentuh yang bakal dijual pada harga sekitar AS$35 (RM111) seunit.

Komputer riba itu dihasilkan melalui kerjasama Institut Teknologi India dan Institut Sains India untuk kegunaan mahasiswa bermula tahun hadapan, sebelum dijual kepada golongan murid dan pelajar.

Jurucakap Kementerian Pelajaran, Mamta Verma berkata, kerajaan juga bercadang memasang kemudahan jalur lebar di kesemua 22,000 kolej seluruh negara untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa dunia pendidikan.

Antara aplikasi yang tersedia dalam komputer riba edisi khas ini adalah pelayar Internet dan kemudahan sidang video.

Kos menghasilkan komputer riba berkenaan akan disubsidikan kerajaan supaya mampu dibeli pelajar dan mahasiswa.

"Usaha juga sedang diambil untuk mengurangkan kos pembuatan dengan cara menggunakan teknologi tempatan supaya komputer riba ini boleh dijual pada harga serendah AS$10 (RM32)," kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal semasa melancarkan komputer riba berkenaan di New Delhi pada 22 Julai lalu.

Kan Dah Kata..Mesti Ada NGO UMNO Akong Sokong Pas Masuk UMNO

Posted: 25 Jul 2010 05:31 PM PDT

Kan dah kata, mesti ada ngo pro umno yang sokong UG ini..

Majlis Belia Malaysia sokong perpaduan Melayu

KUALA LUMPUR 25 Julai - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik usaha badan atau persatuan di bawahnya seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke arah menyatukan orang Melayu.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, perpaduan Melayu seperti dicanangkan sebelum ini membabitkan UMNO dan Pas adalah perlu dan sebarang usaha ke arah itu harus diberi sokongan padu semua pihak.

Bagaimanapun, menurut beliau, MBM tidak hanya memfokus kepada perpaduan Melayu semata-mata dengan semua kaum harus bersatu bagi mengurangkan konflik dalaman negara.

"Kita amat menggalakkan perpaduan. Bagi MBM, kita memandang serius terhadap segala usaha penyatuan Melayu termasuk kaum lain.

"Perpecahan jika dibiarkan akan mengundang konflik," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini baru-baru ini.

Rombongan beliau disambut Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Timbalannya, Othman Mohamad.

Selain itu ialah Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor; Pengarang Kosmo!; Baharom Mahusin; Pengurus Jabatan Pengarang, Zaharuddin Mohd. Ali; dan Pengarang Berita Utusan Malaysia, Marhaini Kamaruddin.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Mohamed Maliki dan barisan Exco MBM bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan dan hala tuju MBM.

Mengulas lanjut, Mohamed Maliki berkata, Malaysia tidak sepatutnya dibelenggu masalah dan konflik dalam isu perpaduan.

"Konflik yang mengganggu proses sosialisasi, itu sangat buruk kepada masa depan negara," tegas beliau.

Ali Rustam Tetap Berkeras Nak Bina Sekolah Mengandung Anak Haram

Posted: 25 Jul 2010 04:30 PM PDT

Ali rustam tetap berkeras nak laksanakan pemikiran sekularnya..

Sekolah pelajar hamil tetap ditubuh

MELAKA 25 Julai - Kerajaan negeri tetap akan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar mengandung jika wujud keperluan, walaupun tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah yang bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa itu bukan sebagai galakan kepada remaja untuk terjebak dengan perbuatan hamil luar nikah.

Sebaliknya, menurut beliau, ia lebih kepada tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat yang menemui jalan buntu apabila tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Soalnya, bukan kita galakkan, tapi bila semua orang lepas tangan, tak cuba bantu remaja terbabit selesaikan masalah mereka, ini yang jadi hal seperti kes buang bayi.

"Saya tak perlu sokong-menyokong. Sekarang saya ada masalah budak mengandung, tapi tak ada suami, jadi kerja kita yang pertama adalah mengahwinkan dia dengan lelaki yang menyebabkannya mengandung, lepas itu, remaja perempuan itu boleh sekolah. Jadi apa salahnya?," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-3 Kampung Buku Malaysia Melaka di Cafe Botanikal, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menyifatkan cadangan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau berkahwin pada usia muda sebagai suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

Cadangan itu juga katanya, tidak akan menyelesaikan masalah gejala pembuangan bayi malah, dikhuatiri akan menggalakkan lebih ramai pelajar terlibat dalam perbuatan yang tidak bermoral itu.

Mohd. Puad berpendapat ia adalah suatu idea yang agak pelik dan menyamakan apakah selepas ini perlu ditubuhkan pula sekolah khas untuk penagih dadah atau pelajar yang mencuri dan merompak.

Mengulas perkara itu, Mohd. Ali dengan tegas berkata, tidak timbul soal menggalakkan atau menubuhkan sekolah menagih dadah, sebaliknya, cadangan itu bertujuan menyelesaikan gejala yang sudah menjadi bencana dalam masyarakat.

"Kalau bukan begini, apa cara lagi kita nak atasinya?. Murid sekolah sudah mengandung, nak gugurkan tak boleh, jadi kita kahwinkan mereka dan kerajaan negeri akan berikan mereka RM500 untuk urusan kahwin.

"Memanglah kahwin itu terpaksa, tapi apa pilihan yang kita ada? Saya Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), tak kan nak kata ini bukan kerja saya?" katanya.

Tambahnya, sama ada cadangan menubuhkan sekolah murid hamil itu mendapat persetujuan daripada kementerian atau tidak, ia bukanlah satu masalah kepada kerajaan negeri.

"Kalau Kementerian Pelajaran tak setuju saya buka sekolah baru. Saya boleh buat dalam sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau sekolah swasta.

"Saya pun sudah bincang dalam mesyuarat MAIM. Mufti kata lepas akil baligh, ikut hukum Islam sudah boleh kahwin dan apa yang kita nak buat ini ikut hukum Islam.

"Lagi elok daripada kita larang anak-anak muda ini kahwin muda, lepas itu mereka berzina dan buang bayi," katanya.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong - Nik Aziz

Posted: 25 Jul 2010 03:37 PM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Iran Hantar Kapal & Angkasawan Ke Bulan 2019..Malaysia???

Posted: 25 Jul 2010 08:48 AM PDT

Iran hantar roket, angkasawan 2019

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.

Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.

"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.

Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. - AP

Bangganya kita sebagai umat islam. Dengan pencapaian Iran ini. Malaysia?? Hampeh. Dahla tumpang kapal angkasa Rusia, pastu pergi sana sekadar nak main gasing. Tu pun bukan pergi bulan, tapi pergi ISS sahaja. Membazir je projek Pak Lah ni..

Kopitiam Papa Rich Yang Hidang Ayam Tak Halal??

Posted: 25 Jul 2010 08:18 AM PDT

Kopitiam beli ayam meragukan

INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini.

Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui.

"Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu.

"Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

Nampak kedai macam Papa Rich..memang 'rich' betul, hidang ayam tak halal..ni satu lagi logo halal yang mengelirukan. Siapakah "Halal Food Council International" tu?

Najib 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika

Posted: 25 Jul 2010 07:24 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

=== rakyat derita, pemimpin bersuka ria, balaci plak dok kata, rakyat bangsa subsidi, tapi dimana duit rakyat ditaburkan....

"RAKYAT DIDUNGUKAN"

"RASUAH DIUTAMAKAN"

1ROSMAH

Banjir Besar Di China..Peringatan Allah Kepada Manusia

Posted: 25 Jul 2010 06:36 AM PDT

Ini kuasa Allah..untuk sedarkan manusia tak alpa dan berlagak seolah-olah mereka manusia, boleh mencaturkan segala-galanya..

701 orang maut banjir di China

BEIJING 21 Julai - Hujan lebat di China dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Ogos ini, kata Timbalan Menteri Sumber Air, Liu Ning.

Katanya, ahli meteorologi menjangkakan hujan lebat akan berlanjutan hingga ke utara China dan kemungkinan besar mengakibatkan banjir di sepanjang sungai utama seperti Sungai Huai, Yellow dan Songhua.

"Sungai-sungai ini belum pernah mengalami banjir tetapi besar kemungkinan ia akan berlaku, jadi kita harus menjangkakan akan berlaku satu mala petaka serius," katanya.

Menurut Liu, lebih daripada 230 sungai di China telah menyaksikan amaran peningkatan paras air dengan beberapa sungai mencapai paras ketinggian yang pernah direkodkan sebelum ini.

Setakat ini, katanya, banjir di China telah mengakibatkan 701 orang terbunuh dan 347 lagi dilaporkan masih hilang sejak Januari lalu dan ia dijangka bertambah buruk apabila dilanda musim taufan.

Kebimbangan terhadap peningkatan bilangan maut bertambah dengan musim hujan di China dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Ogos ini, kata Liu.

Beliau yang juga Ketua Kawalan Banjir Negara berkata, hujan lebat dijangka lebih kerap berlaku, sekali gus memerlukan projek kawalan air dan tadahan hujan diperkukuhkan, terutamanya ketika musim taufan Asia Timur baru sahaja bermula.

"Pada ketika ini, hujan lebat yang tidak henti-henti boleh menyebabkan berlaku banjir serius," katanya.

Bencana banjir yang pernah berlaku di Sungai Yangtze pada 1998 besar kemungkinan dapat diatasi berikutan siapnya Empangan Three Gorges pada 2006. - AFP

Blogger Jeffri UMNO Hina Tok Guru Lagi..Jom Kita Heret Mamat Ni Ke Mahkamah

Posted: 25 Jul 2010 04:03 AM PDT

Jom kita buat report polis kat mamak ni..biar dia diheret ke mahkamah. Saman malu je wahai tok guru..

Apapun tak boleh salahkan blogger umno tak school ni. Mungkin terpengaruh dengan pemimpin PAS pro umno yang lawan tok guru. Jelas bahawa ini semua gara-gara pemimpin PAS yang pro umno, menyebabkan Tok Guru Nik Aziz dihina sehinanya oleh UMNO..Katakan tak nak pada blogger umno dan pemimpin PAS pro umno..

Si Jefry Hina Ulama' Lagi

Assalamualaikum,salam blogger,

Ingat lagi tak pasal blogger upahan umno yang pernah masuk lokap sebab edit gambar menghina tokguru dulu.

Kali ini dia lagi sekali menempah dosa dan dengan bangganya menempah tiket ke neraka kerana menghina lagi sekali Tokguru Nik aziz yang bukan sahaja tokoh politik tapi juga seorang bertaraf ulamak yang dihormati ramai.

Anda boleh lihat sendiri gambar dibawah yang saya copy dari blog si bangang ni.

http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/07/pasca-world-cup-2010-adegan-yg-camera.html

-ijoks2009-
Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu kearah jalan yang benar wahai blogger pengampu.Ingatlah bila kita mati bukan wang atau harta yang di bawa tapi pahala dan dosa yang akan di timbang.

Di akhirat nanti bukan menteri atau PM yang akan dapat menolong kita hanya Rasulullah dan doa para ulamak sahaja yang dapat membantu kita.

2 Berita Yang Menunjukkan Mahasiswa Kita Semakin Hancur

Posted: 25 Jul 2010 01:34 AM PDT

Betapa teruknya budak-budak universiti sekarang. Ini semua mereka tidak dididik menjadi pemimpin, tapi jadi pak turut. Dahla pak turut, pastu disemai dengan jiwa hedonisme pembawaan aspirasi pro umno..ini 2 berita yang mengesahkan nilai moral mahasiswa semakin runtuh..

Penuntut liar

KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan 'joget tiang', segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Dengan alasan melepaskan tekanan belajar, aktiviti itu popular di kalangan penuntut IPT yang menjadikan pusat hiburan, terutama disko, sebagai rumah kedua.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan 'santapan mata' lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

"Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

"Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa 'glamor' juga sebab jadi perhatian," katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

"Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa," katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang 'satu kepala' dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

"Apabila habis wang, saya sanggup meminta 'perkhidmatan' yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

"Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah 'sesak' saja," katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.

"Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

"Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai 'sugar daddy' yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar," katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

"Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

"Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, "katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

Kesan tapak kaki

KULIM: Cubaan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melarikan diri daripada ditangkap penguat kuasa agama gagal apabila kesan tapak kaki di dinding rumah teman wanitanya menjadi petunjuk.

 

GAGAL... cubaan menyorok di atas siling rumah gagal kerana meninggalkan kesan di dinding.

TAHAN... penuntut berusia 21 tahun ini ditahan khalwat bersama pasangannya. Dalam kejadian jam 1.30 pagi Khamis lalu di sebuah taman perumahan di sini, penuntut berusia 21 tahun itu ditemui di siling rumah teman wanitanya selepas penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) menemui kesan tapak kakinya di dinding.

Jurucakap PADK berkata, sejurus membuka siling, mereka menemui seorang lelaki lengkap berpakaian menyorok di belakang tangki air di atas siling rumah.

"Pemeriksaan di atas siling dilakukan kerana kami meragui kenyataan teman wanita suspek yang mendakwa kesan tapak kaki itu sudah lama di dinding, sebaliknya itu kesan baru," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.

Katanya, penguat kuasa PADK menjalankan operasi hasil maklumat awam.

"Selepas pemantauan, kami membuat pemeriksaan dan mendapati seorang perempuan berusia 20 tahun berpakaian baju tidur membuka pintu dan mendakwa tinggal seorang diri kerana rakan serumah bekerja," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

Kerajaan PR Selangor Takkan Bubar DUN Seandainya Najib Bubar Parlimen...

Posted: 25 Jul 2010 12:35 AM PDT

Ini pukulan paling keras..ini flying kick paling hebat. Padan muka UMNO..membazir je bubar Parlimen. PR takkan ikutnya. Baguslah. Saya pun ada berikan pro untuk adakan pilihanraya negeri berasingan dari pilihanraya pusat (sini)..cuma jaga-jaga skit, mungkin UMNO akan menggila untuk cari 6 orang lagi ahli parlimen PR, untuk menjadi 149 ahli parlimen (Sekarang ni BN ada 137 + 6 Katak, Dan PR ada 77 serta SAPP, 2. 1 Majoriti adalah 222/3 : 74 kerusi)

Pakatan Selangor tak akan bubar DUN jika BN panggil PRU tergempar

DUN Selangor tidak akan menurut sekiranya Perdana Menteri membubarkan Parlimen lebih awal. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.

PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.

Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

"Ya, memang kami sudah memutuskan perkara ini pada mesyuarat yang terbaru awal minggu ini... cuma Menteri Besar belum mengumumkannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dalam entri blognya semalam di bawah tajuk "Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor", Roslan antara lain menulis, PR mempunyai banyak kerja yang perlu dibereskan selain memperkasakan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

"Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihan raya awal langsung tidak menarik minat kita.

"Bubarlah Parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal," kata beliau merujuk kepada kempen Umno-BN sejak kebelakangan ini bahawa PR Selangor telah gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut Roslan berkata, memandangkan baru dua tahun PR memerintah Selangor, pihaknya memang memerlukan masa untuk melaksanakan program ekonomi dan sosial yang telah pun diatur.

"Kami tidak mahu terperangkap dengan langkah BN, yang didakwa akan memanggil pilihan raya lebih awal... kami akan meneruskan mandat semasa sekurang-kurangnya sehingga selesainya empat tahun pemerintahan.

"Kami memutuskan pilihan raya negeri hanya akan dipanggil selepas tahun keempat jika perlu, jika tidak kami akan melengkapkan tempoh lima tahun," kata Roslan lagi.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS yang mengadakan sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini.

"Kami punya kiraan ialah pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini," kata beliau.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.

Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.

Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.

Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.

Tiada Ketua Menteri Semengarut Ali Rostum - Zuad Parkashi

Posted: 24 Jul 2010 11:28 PM PDT

Ali Rustam yang ingin menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar perempuan yang mengandung akibat terlanjur disifatkan sebagai cadangan mengarut dan pelik.

Timbalan Menteri Pelajaran II, Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan tersebut sebenarnya amat tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar perempuan untuk mengandung pada usia muda.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan cadangan Mohd Ali sebagai tidak relevan kerana jumlah pelajar perempuan yang mengandung adalah tidak cukup besar sehingga mewujudkan sekolah khas bagi mereka.

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Posted: 24 Jul 2010 09:24 PM PDT

TURUTAN gambar menunjukkan nahas udara di Lapangan Terbang Lethbridge County di Alberta, Kanada, semalam. – AP

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

ITULAH yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib juruterbang, Kapten Brian Bews dalam nahas jet pejuang CF-18 Hornet yang terhempas sebelum berkecai dalam letupan bebola api.

Kemalangan udara ini berlaku semalam ketika Bews menjalani latihan penerbangan menjelang pertunjukan udara di Lapangan Terbang Lethbridge County, Alberta di Kanada esok.

Seramai lapan juruterbang tentera udara Kanada maut dalam beberapa insiden melibatkan 17 pesawat tempur ini, namun Bews terselamat daripada menjadi korban kesembilan.

Tiada ulasan: