Selasa, 13 Julai 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Jika Perancis Kenakan Denda Pakai Burka, Ada Jutawan yang Sanggup MEMBAYARNYA!

Posted: 13 Jul 2010 12:00 AM PDT

Perancis mungkin akan mengharamkan pemakaian burka bermula penghujung September selepas beberapa siri undian yang dijalankan di Parlimen negara itu. Keputusan itu sudah tentu mencetuskan kemarahan warganegara Perancis yang beragama Islam yang kini mencecah 5 juta orang.

Tindakan kerajaan Perancis itu telah mendorong jutawan Perancis menubuhkan tabung/dana untuk membantu wanita Muslim yang dikenakan denda kerana memakai burka jika larangan menutup muka di tempat awam dikuatkuasakan di negara tersebut.

Tokoh perniagaan Muslim, Rachid Nekkaz, berikrar akan menjual hartanya yang berjumlah Euro1 juta di Paris untuk membiayai tabung/dana tersebut. 

Untuk bacaan lanjut sila baca petikan artikel di bawah ini. Saya petik:
[DailyMailuk] France could ban burkhas by the end of September after a series of parliamentary votes was scheduled to begin.


Deputies, or members of the lower house, are tomorrow likely to approve the measure outlawing face-covering veils despite outrage among the country's 5million Muslims.

Now a French tycoon is setting up a fund to help Muslim women pay 'burka fines' for hiding their faces in public.

Muslim businessman Rachid Nekkaz has today pledged to sell off 1million euros (£840,000) worth of property in Paris for the fund.

In an open letter published in national newspapers, he said a burka ban was unconstitutional and any woman fined for hiding her face could come to him for help.

The ban could be ratified in September when Senators are almost certain to approve the ban which has received overwhelming support from voters

There was little resistance among lawmakers today as they debated the bill that proposes to fine wearers £140 and imprison men who force their wives to put on the outfit.


But the ban could be shot down by France's constitutional watchdog or the European Court of Human Rights.

That could dampen efforts under way in other European countries toward banning the veils.

It would also be a humiliation for President Nicolas Sarkozy's conservative government, which has devoted much attention to a bill that would affect only an estimated 1,900 women in France.

The main body representing French Muslims says face-covering veils are not required by Islam and not suitable in France, but it worries that the law will stigmatize Muslims in general.

The niqab and burkha are widely seen in France as a gateway to extremism and an attack on women's rights and secularism, a central value of modern-day France. Critics say a ban is a cynical ploy to attract far-right voters.

The government has struggled - and failed, some legal observers say - to come up with a strong legal basis for a ban.

In March, France's highest administrative body, the Council of State, warned that it could be found unconstitutional. It rejected possible legal justifications one by one, including the French tradition of secularism, equality for women, human dignity and concerns about public security.

In the end, the government's central legal argument is that covering one's face doesn't square with French values.

Life in France is 'carried out with a bare face,' Justice Minister Michele Alliot-Marie said last week, opening debate at the National Assembly.

As legal reasoning, she invoked the notion of public policy doctrine, a country's moral and social rules.

Face-covering veils 'call into question the idea of integration, which is founded on the acceptance of the values of our society,' Alliot-Marie said.

The legislation would forbid face-covering Muslim veils in all public places in France, even in the street.

It calls for £140 fines or citizenship classes, or both.

The bill is also aimed at husbands and fathers who impose such veils on women and girls.

Anyone convicted of forcing someone else to wear the garb risks a year of prison and a £25,000 fine - with both those penalties doubled if the victim is a minor.

Officials have taken pains to craft language that does not single out Muslims. While the proposed legislation is colloquially referred to as the 'anti-burkha law,' it is officially called 'the bill to forbid concealing one's face in public.'...

Laporan "Anwar Bayar CNN" Palsu!

Posted: 12 Jul 2010 10:23 PM PDT

Laporan "Anwar Bayar CNN" yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tanpa mendapat pengesahan CNN amat memalukan media Malaysia. Malah, kegopohan dan "semangat melampau" "musuh" pemimpin UMCO memberikan komen tentang hal ini juga sudah jelas membuktikan niat sebenar laporan tersebut.

Namun, ingat peribahasa: "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua" -"sepandai-pandai UMCO hendak menipu, akhirnya kebenaran terserlah jua".

Saya petik:
[MK] CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita antarabangsa itu, awal bulan ini.


"Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu," kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

"Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta."

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk "Anwar didakwa bayar CNN'.

Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak.

Lelaki PERKOSA Remaja Depan Ibu

Posted: 12 Jul 2010 06:35 PM PDT

Sesetengah orang semakin gila dan tidak terkawal. Saya petik:
Anak dirasuk nafsu iblis
[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.


Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.

Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.

"Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.

"Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya," katanya.

Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.

"Ibu suspek yang menyedari perbuatan itu mengetuk pintu, menjerit sambil merayu kepada anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan buruk ke atas gadis berkenaan.

"Malah, ibu suspek berusaha membuka tingkap di bahagian belakang bilik berkenaan untuk mengintai perbuatan anaknya," katanya.

Menurut sumber itu, sebaik membuka sedikit tingkap bilik berkenaan, dia terkejut sebaik melihat anaknya bergelut untuk merogol teman wanitanya.


"Ibu suspek berlari semula ke pintu bilik berkenaan dan berulang kali mengetuknya, namun anaknya langsung tidak mengendahkan panggilannya," katanya.

Sumber itu berkata, suspek merogol remaja berkenaan empat kali sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

"Pada mulanya, mangsa tidak membuat laporan polis kerana suspek mendakwa akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu dengan mengahwininya," katanya.

Bagaimanapun, katanya lelaki terbabit mungkir janji apabila enggan bertanggungjawab atas perbuatannya selepas remaja berkenaan disahkan mengandung.


"Remaja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya, namun suspek berkeras enggan bertanggungjawab walaupun rundingan secara baik dilakukan keluarga mangsa," katanya.

Berikutan itu, mangsa bersama ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, kelmarin, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kes terbabit sudah dirujukkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Mohd Firdaus Ibrahim

Wow, Utusan Siarkan Berita Ini!

Posted: 12 Jul 2010 05:41 PM PDT

Penyiaran berita ini mungkin untuk mengaitkan/mengesahkan pembabitan PKR dalam isu penajaan  Bala dan RPK di luar negara. Namun secara tidak langsung berita ini sebenarnya membuatkan pakcik-pakcik, mak cik-makcik, penyokong tegar UMCO berfikir sejenak tentang sebab polis Perancis mahu menyiasat tentang pembelian kapal selam pertama yang penuh dengan kontroversi.

Berita ini turut memerihalkan masalah yang dihadapi oleh kapal selam negara yang sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar & portal berita alternatif, blog, laman sesawang, dan forum di internet.

Berita ini juga menimbulkan persoalan dan bagi yang mahu berfikir mereka sudah tentu akan bertanya: Mengapa polis Perancis menyiasat dakwaan penyelewengan pembelian kapal selam itu, sedangkan polis dan SPRM yang terkenal dengan keagresifannya menyiasat salah laku pemimpin pembakang tidak berbuat demikian?

Sudah tentu, kita mengharapkan UM akan terus menyiarkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa agar masyarakat di kampung dan di pedalaman dapat maklumat tentang kes ini.

Saya petik:
Bala disiasat polis Perancis
[UM] KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas didakwa menaja kehidupan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam di London, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini seolah-olah mengesahkan lagi dakwaan tersebut.

Jika sebelum ini, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertemu dengan Balasubramaniam di London, hari ini Pengarah Strategi parti itu, Tian Chua pula memberitahu, penyiasat persendirian tersebut akan disoal siasat oleh polis Perancis hari ini berhubung isu pembelian kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Katanya, Balasubramaniam akan menjadi saksi pertama dari negara ini berhubung pembelian kapal selam dari Perancis pada 2002 itu.

Dakwanya, beliau telah menerima maklumat mengenai perkara itu daripada peguam Balasubramaniam, Manjeet Singh Dhillon yang akan mengiringi penyiasat persendirian tersebut ke Perancis.

"Balasubramaniam bersetuju untuk diambil keterangan oleh polis Perancis pada pukul 2 petang hari ini waktu Perancis atau 8 malam waktu Malaysia di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Balasubramaniam dipanggil oleh polis Perancis selepas didakwa mempunyai maklumat berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembelian kapal selam pertama negara dari Perancis itu.

Sementara itu, Tian Chua menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kegagalan KD Tunku Abdul Rahman untuk mengawal keselamatan negara kerana didakwa sering mengalami kerosakan. -Mohd Shofi Mat Isa

Tiada ulasan: