Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) |
| Batang Ai Sarawak: Satu catatan pengalaman II Posted: 25 Jul 2010 06:54 AM PDT Semalam hari sabtu aku dan yusof pergi ke Bandar Sri Aman yang jarak nya lebih kurang 80 km. Bandar nya besar lah juga. Kami jumpa kedai mamak (disini dipanggil tamby tapi kalau oder tetap mee mamak bukan mee tamby). Kami pekena roti canai dengan teh tarik. Dah seminggu aku tak kena teh tarik. Oleh kerana bandar nya tak berapa besar, kami bertemu/berselisih dengan ramai staff power station. Yang berkeluarga membawa anak dan isteri dan yang bujang akan berkumpulan dan memang mereka akan ke Sri Aman seminggu sekali sebab itu lah bandar terdekat. Pasar Lubok Antu Oleh kerana pagi ahad ini tak ada banyak benda yang aku nak 'shoot', Mano (Kesumariano bin Hussaini) dan geng dia ajak kami pergi 'ngirup' di Lubok Antu. Sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi. Tidak seperti hari hari biasa, hari ahad ada pasar pagi dan ramai orang disini. Oleh kerana dekat dengan sempadan, orang dari seberang pun ada berniaga dan beli barang disini. Kami semua 'ngirup' di 'food court' yang bercampur baur gerai orang Islam dan bukan Islam. Aku mintak teh tarik tapi diaorang tak reti nak buat. Yang ada, teh + susu dan kacau sendiri. Lepas minum, yang lain lain buat hal masing masing. Mano bawa aku dan Yusof jalan jalan sekeliling pekan kecil tersebut untuk cari cenderahati untuk dibawa pulang. Lagi pun kalau ada orang tempatan boleh dapat murah sikit. Kalau beli di Kuching, harga nya mahal. Akhir nya rabak lah juga 2,3 ratus. Sekian Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com/ ![]() |
| You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan