Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) |
| Batang Ai Sarawak: Satu pengalaman Posted: 21 Jul 2010 07:15 AM PDT Sudah 4 hari berada di Sarawak ia itu di Batang Ai. Sahabat aku Yusof Noh ajak aku menemankan dia ke sana untuk satu lawatan bisnes/training ke Batang Ai Dam (empangan) dan Batang Ai Hydroelektric Power Station dan ia nya dibawah Sarawak Energy Berhad. Oleh kerana aku pun tak pernah jejak kaki ke Sarawak dan tiket kapal terbang semua ditanggung beres, maka aku pun tak mahu lepas kan peluang ini. Bertolak dari KLIA 18/7/2010 jam 10.30 pagi dan sampai di Kuching jam 12.30 thg. Tugas aku selain sebagai pelancung adalah sebagai pemandu dan jurugambar video. Sebenar nya sahabat aku ini dijemput oleh salah seorang boss Sarawak Energy Berhad untuk melihat dan mengambil maklumat/gambar/video bagi tujuan latihan (on job training) bagi staff baru Sarawak Energy. Kebetulan, salah satu unit di Batang Ai Hydroelektric Power Station akan dihenti tugas bagi tujuan 'Annual Inspection'. Pemandangan tasik yang cantik diatas bukit berhampiran empangan Btg.Ai gerai makan yang semua nya 'non halal' diatas bukit berhampiran empangan Btg.Ai Setelah bergaul dengan staff Batang Ai Power Station selama 4 hari ini aku berpendapat bahawa dari segi kerja, mereka semua telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia yang dicanang oleh DS Najib. Kerja mereka secara berpasukan amat mengkagumkan. Staff nya ada berbagai kaum yang antara nya Iban, Bidayuh, India, China dan Melayu. Yang best nya bila mereka berkomunikasi guna bahasa malaysia dialek Sarawak. Oleh itu mereka tak heran sangat dengan 1 Malaysia. Kehidupan malam disini memang tiada langsung. Balik kerja semua nya duduk rumah. Line handphone pula hanya Celcom yang agak meluas. Internet broadband pun lembab. Nak update blog pun punya lah lambat. Insyaallah ada masa aku nak pergi ke Hilton Batang Ai Longhouse resort hari ahad. Aku balik semenanjung hari selasa, ada masa aku tulis lagi..... Sekian Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com ![]() |
| You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan