Selasa, 13 Julai 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


KAJIAN SECARA RAMBANG UNTUK PENGUNDI MUDA

Posted: 13 Jul 2010 03:38 AM PDT

kajian telah dilakukan sejak 3 bulan yang lalu berkenaan dengan 3 ketua pemuda; Nasaruddin Tantawi, Samsul Iskandar dan Khairi Jamaluddin. Ia tertumpu kepada anak muda berbangsa melayu dan lelaki sahaja.

kajian ini tertumpu kepada soalan-soalan berikut;

1- pada anda, parti apakah menjadi dokongan anda?
2- anda kenalkah ketiga-tiga tokoh ini?

Kajian ini tertumpu di tempat-tempat berikut;

1- setiap malam minggu [sabtu malam ahad] di dataran merdeka. - seramai 50 orang [sempena orang bandar]
2- di felda sungai tengi - seramai 30 orang [sempena melayu kampung / felda]
3- di Kuala Kubu Bharu - seramai 40. [sempena pemikiran pertengahan]

Hasil kajian dilakukan ini, didapati mereka menjawab seperti berikut;

Pertama:

Parti yang didokong?

Dataran merdeka; 50 org
28 - tak mahu bgtau.
17 - sokong PR.
5 - sokong BN

Kuala Kubu Bharu ; 40 orang.
Tak mahu bgtau : 22
Sokong PR : 7
Sokong BN : 11

Felda sungai tengi ; 30 orang.
Tak mahu bgtau : 12
Sokong PR : 5
Sokong BN : 13

Kedua:

antara tiga, siapa yg paling dikenali?

Dataran merdeka - 50 orang

Tantawi : 2 orang.
Samsul iskandar : 6 orang
Khairi : 15 orang.
Tak kenal semua : 27 orang.

Kuala Kubu Bharu ; 40 orang.

Tantawi : 1 orang
Samsul iskandar : 4 orang.
Khairi : 24 orang.
Tak kenal semua : 11 orang.

Felda sungai tengi ; 30 orang.

Tantawi : 0 orang.
Samsul iskandar : 3 orang.
Khairi : 14 orang.
Tak kenal semua : 13 orang.

* kajian ini adalah inisiatif peribadi, tidak ada kaitan dengan mana-mana badan. Ia fokus kepada anak-anak muda yang sedang lepak-lepak.

Sekian..

MELAYU VS UMNO

Posted: 13 Jul 2010 03:20 AM PDT


Melayu adalah bangsa yang sopan santun. Melayu bangsa yang menghormati bangsa lain. Melayu bangsa beragama. melayu tidak menerima rasuah, tidak seleweng harta orang lain, tidak pernah sokong ISA.

Yang jadi kurang ajar, adalah bangsa UMNO. Yang mengkhianati bangsa lain adalah bangsa UMNO. Yang tidak beragama adalah bangsa UMNO. Yang makan rasuah adalah bangsa UMNO. Yang selewengkan harta rakyat adalah bangsa UMNO. yang sokong ISA adalah bangsa UMNO.

Siapa bangsa UMNO?

Bangsa yang menjadi balaci British semasa kemerdekaan dahulu. Rosaknya melayu kini, kerana UMNO. Rosaknya islam kini, kerana UMNO. Pertelingkahan antara bangsa di malaysia, kerana UMNO. Yang bunuh Altantuya adalah pemimpin bangsa UMNO?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Julai 2010 * 6:25 petang

"KALAU TOLAK PERSEPSI, LEBIH BAIK JANGAN MASUK PILIHANRAYA"

Posted: 12 Jul 2010 09:26 PM PDT

[1]

Politik kepartian untuk menang Pilihanraya, bukan seperti perjuangan yang dilakukan oleh taliban di Afghanistan dan perjuangan revolusi di Iran. Membaca buku-buku politik kepartian, kita akan dapati segala keputusan yang dibuat tidak lebih sekadar persepsi.

persepsi boleh diurus. Bijak menyerang dan mengawal media, melambangkan kebijaksanaan dalam mengurus persepsi dalam dunia politik kepartian.

orang yang kalah, selalunya adalah orang yang tidak bijak bermain dengan persepsi. Orang yang menang pula adalah orang yang bijak bermain dengan persepsi.

[2]

nabi SAW akui persepsi. Jika tidak, masakan nabi SAW tidak mengizinkan Umar bin Al-Khattab membunuh Abdullah bin Ubai bin salul, bapa munafiq Madinah, setelah diminta sendiri oleh umar. Semuanya adalah kerana bimbang dikatakan bahawa nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh umatnya sendiri.

Ini menunjukkan, Nabi SAW amat memandang penting persepsi, waima terbukti kewujudan Abdullah bin Ubai bin Salul itu amat memberi banyak kerosakan kepada perjuangan islam yang didokong oleh Nabi SAW sendiri.

[3]

Memang gendang pilihanraya belum dipalu, tetapi gendang pilihanraya telah ditempatkan ditempatnya sudah kelihatan. Lihatlah serangan dari pihak BN terhadap Pakatan rakyat yang terpancul di kaca TV, juga di ruangan akhbar pro BN.

Ada mendakwa, yang paling hampir berlaku PRU ke 13 adalah bulan november ini. benar atau tidak, terserang kepada penilaian masing-masing. yang pastinya, penentuan tarikh PRU bukanlah satu sistem yang dipersetui bersama antara BN dan PR, tetapi ia hak mutlak PM Malaysia.

Kalau PM merasakan ia adalah tarikh selamat bagi BN, tidak mustahil ketika itulah dia akan mengisytihar pembubaran Parlimen. Jika ia tidak selamat, maka ditangguhkan sehingga sampai tarikh yang selamat bagi mereka.

[4]

Kelihatan dari media-media BN, usaha mencari tarikh yang benar-benar selamat bagi BN sedang dicari. makanya dibangkitkan banyak isu-isu yang boleh melahirkan persepsi buruk kepada Pakatan rakyat.

Tidak dinafikan, isu perpaduan PAS - UMNO [dalam wajah baru kini, digunakan kalimah kerjasama]dimainkan semula. Ia tidak ada tujuan lain, supaya melahirkan pertembungan antara PAS, PKR dan DAP, seterusnya melahirkan perpecahan.

perpecahan antara PAS, PKR dan DAP melambangkan kemenangan pertama bagi BN untuk merampas negeri-negeri yang mereka terlepas dari tangan Pakatan rakyat. Justeru, usaha ini dilakukan dengan begitu bersungguh sekali. Teori yang dilakukan oleh BN ini, sama seperti teori yahudi menggempur kerajaan Osmaniyyah turki, yang dikenali sebagia teori pecah perintah.

Serangan bagi menjayakan teori ini, ternyata dilakukan. Ia tidak lain dan tidak bukan, bagi melahirkan perpecahan. perpecahan ini boleh berlaku, cukup sekadar melahirkan persepsi dari sesuatu parti kepada satu parti yang lain.

Justeru, kebijaksanaan bermain dengan persepsi ini wajar diambil kira. terutama, bagi mereka yang datang dari parti PAS, kerana jika tidak bijak bertindak, ia mengundang parah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Julai 2010 * 12:43 petang




SUSAHNYA BASUH TAHI BN DI SELANGOR

Posted: 12 Jul 2010 09:04 PM PDT

[1]

Langkah kerajaan Selangor mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan mengawal industri perlombongan pasir yang sebelum ini memberikan pihak tertentu peluang mengaut keuntungan mudah daripada kegiatan berkenaan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain itu, ia juga bertujuan membolehkan Selangor mengenali selok belok industri berkenaan untuk mengenalpasti ketirisan yang berlaku dalam kegiatan perlombongan pasir

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

[2]

Khalid dalam jawapannya berkata, pada tahun 2006 kerajaan negeri memperoleh royalti sebanyak RM4.37 juta. Manakala bagi tahun 2007 pula jumlah kutipan berjumlah RM4.2 juta - jauh daripada kutipan sepatutnya yang dijangkakan sebanyak RM30 juta setahun.

"Kecurian masih berleluasa. Kita dapati (hasil) berjumlah RM30 juta tidak terkutip sebab kita tidak kawal. Jadi cara kita adalah tubuhkan Kumpulan Semesta," katanya.

[3]

Katanya lagi, kaedah menangkap individu terlibat dalam kegiatan tersebut dan menyita peralatan mereka didapati tidak berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.

"Untuk ini kerajaan berpendapat, salah satu usaha bukan saja selesaikan pengeluaran tetapi juga mengawasi penggunaan atau pengeluaran," katanya lagi.

Jelasnya, kaedah mengenakan kawalan di pihak pengguna pasir didapati berkesan untuk mengawal industri perlombongan, seperti yang diamalkan dalam industri minyak.

"Dulu kita hanya sekat tempat keluar pasir. Sekarang strategi kita ialah tempat penggunaan pasir. Kita akan letakkan pegawai untuk buat semakan sama ada pasir diambil dari tempat yang diluluskan kerajaan negeri.

[4]

Katanya lagi, selain langkah makro seperti itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan mesyuarat mingguan dengan pegawai setiap daerah untuk mengenalpasti kawasan yang berlaku kecurian pasir.

Tambahnya, kerajaan juga akan membayar sagu hati sebanyak RM5,000 kepada pemberi maklumat yang boleh mendedahkan maklumat kegiatan kecurian pasir.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan langkah untuk merampas tanah milik persendirian yang membiarkan kegiatan kecurain pasir dilakukan di tanah mereka.

sumber : malaysiakini.

***

Selangor tidak pernah jatuh ke tangan selain BN kecuali selepas sejarah 8 mac 2008. Setelah diambil dari BN, didapati banyak penyelewengan yang terbongkar; yang dilakukan oleh kerajaan BN. Semua ini terbukti, setelah diadakan Selcat, waima ada sebilangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri tidak bersetuju dengan penubuhan Selcat [mungkin mereka nak rembat sama]

Pun begitu, usaha tan Sri Khalid menyelesaikan isu kecurian pasir ini, wajar diberi pujian. Walau tidak banyak, sedikit sebanyak usaha ke arah penyelesaian itu berlaku.



Tiada ulasan: