Selasa, 22 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

Posted: 22 Jun 2010 09:47 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu. Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam.

Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita. Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya. Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau. Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.

Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib./wfauzdin.blogspot.com

PASAL KUCING PUN NAJIB NAK TIRU?

Posted: 22 Jun 2010 02:20 PM PDT





- Kisah Obama dan anjingnya di sini, 'White House tosses water on dog tale'...


- Kisah Najib dan kucingnya di sini, 'Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi'...

p/s: Harap-harap APCO Worldwide tidak terlibat sekali lagi dalam usaha untuk mempromosi Najib dan 1malaysia dalam isu ini..penulis cuba bersangka baik...semoga Malaysia bebas sepenuhnya dari pengaruh Israel/Yahudi...insyaAllah...

Sumber gambar: budakkampungonline.blogspot.com

SUKAR DICARI - PASANGAN SEHIDUP SEMATI

Posted: 22 Jun 2010 12:40 PM PDT

Meninggal dunia selang 15 minit


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.

JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

Faekah ganti Nik Nazmi sebagai Setpol MB Selangor

Posted: 22 Jun 2010 11:15 AM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Jun: Setiausaha Politik (Setpol) kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faekah Husin dilantik sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Menteri Besar Selangor Bersama Media di sebuah hotel di sini, malam ini.

Nik Nazmi bakal menjalankan tugas baru sebagai Pegawai Penerangan dan Komunikasi di Ibu pejabat PKR mulai 1 Julai ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berharap perlantikan Nazmi akan memberi perubahan baru kepada parti itu yang bercita-cita untuk membawa reformasi di dalam negara ini.

Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengucapkan terima kasih kepada Khalid dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Faekah, 45, yang masih menyandang Setpol kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PKR Selangor.

Beliau yang memulakan karier sebagai peguam sejak April 1991 menjadi ahli Parti Keadilan Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1999 yang sekaligus mengetuai wanita parti itu di Kuala Langat sehingga kini.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita PKR negeri dan Bendahari Wanita negeri selepas itu.

Faekah yang membuka firma sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan nama Faekah & Choung pada 2 Mei 1994 pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004./Harakahdaily

TIGA ABDUL - INI TIDAK ADIL, AKU ANAK BETUL MEREKA TU ANAK KATAK !!

Posted: 22 Jun 2010 10:35 AM PDT

Berita terbaru adalah ura-ura Satim Diman telah menghilangkan diri dan mahu meletak jawatan sebagai ADUN Seri Serdang. Satu masa dahulu, ADUN2 pro Derih Jusoh mengugut untuk melompat dan sekaligus menjatuhkan Kerajaan UMNO di Terengganu.

Selepas itu ADUN Titi Tinggi buat kerenah. Lepas tu kita dengar ADUN2 UMNO di Perak pula mahu melompat. Lepas tu kita dengar lagi, ada ADUN UMNO di Kedah pula yang mahu melompat.

Bagi saya, motif wakil2 rakyat UMNO ini, tidak lain dan tidak bukan semata-mata mahu mencari "wang besar dan mudah".

ADUN2 dan MP2 UMNO ini lebih maklum berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan Najib dan UMNO melalui agen2 mereka seperti Ezam Soros, Zul Nordin Al Kazzab, Zahrain Main Pasir dsbnya di dalam membeli pemimpin dan wakil-wakil rakyat PKR.

Mereka juga maklum, RM25 juta dibelanjakan untuk membeli si Hee, Timbalan Speaker Perak. Mereka juga maklum jumlah yang dibayar pada KAshvinder adalah dalam lingkungan RM20juta. Itu tak termasuk jumlah2 yang dibayar kepada katak2 yang lain, juga jumlahnya berjuta-juta.

Pada waktu yang sama, wakil2 rakyat UMNO dan pemimpin2 Bahagian dibiarkan kekeringan. Terutamanya di negeri2 yang diperintah Pakatan Rakyat, kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa "berpekin-pekin" untuk menjalankan aktiviti kerana tiadanya sumber dana dari Kerajaan2 Negeri.

Yang menjadikan keadaan lebih rumit dan meruncing adalah apabila ADUN2 UMNO/BN terpaksa mendahulukan duit mereka untuk aktiviti2 parti dan DUN mereka.
Pada waktu yang sama, mereka melihat katak-kata PKR dan DAP diberikan wang berjuta-juta ringgit dengan sebegitu mudah. Dan mereka pula semakin miskin kerana terpaksa menanggung kos aktiviti parti mereka.

Maka, jalan yang paling mudah untuk meraih wang berjuta-juta adalah menggugut Najib dan UMNO untuk melompat parti. Apabila berlaku ugutan sebegini, maka Najib dan UMNO terpaksa mengeluarkan wang yang berkoyan-koyan demi menghalan mereka2 ini melompat ke partai lain.

Bayangkan, kalau semua wakil-wakil rakyat serta pemimpin2 Bahagian membuat ugutan seperti itu. Nescaya, dengan Vincent Tan sekali akan jatuh bangkrup. Judi Bola macamana besar pun, pasti bangkrap.

Mari lah kita berdoa supaya Allah SWT menghancurkan UMNO dengan menjadilkan senjata UMNO ini makan tuannya kembali. (Macam keris Tamingsari). Jangan lupa untuk terus berdoa, taktik UMNO ini akan digagalkan oleh Allah SWT dan mengakibatkan UMNO berpecah belah.

AMINNNN Ya Rabbal Alaminnn.

Sumber: Tulang Besi/Malaysiawaves

PARLIMEN BATU - JIKA UMNO/BN GENTAR, ORANG IBRAHIM AL-KATAKI BOLEH GANTI

Posted: 22 Jun 2010 10:11 AM PDT

MAKA, Ibrahim Al-kataki pun mengulas tentang isu MP Batu YB Tian Chua yang masih kontroversi samada kerusinya wajar dikosongkan atau tidak. Pelik juga aku kat negara kita ini undang-undang yang kita bikin sendiri pun susah nak kita faham. Habis tu, mengapa kita kadang-kadang cuba nak tunjuk pandai dan bijak mentafsir dan mengubah undang-undang atau hukum di dalam Al-Quran yang Allah cipta?

Sebenarnya kita masih malu nak sebut bahawa undang-undang di negara kita ini masih banyak kelemahannya. Sebab itu, berbagai kes dapat kita lihat yang keputusannya bercelaru. Berkaitan mahkamah dan kuasa speaker melibatkan perlembagaan sesebuah negeri pun bercelaru. Sekejap mahkamah ada kuasa, sekejap Speaker punya kuasa. Di dalam kes DS Anwar pula, lagi banyak kita lihat kepincangannya.

Berbalik isu MP Batu yang hangat diceritakan sekarang. Mahkamah kata mahu elakkan Pilihanraya Kecil, tetapi terdapat kes yang lain sebelum ini di mana kerusi terpaksa dikosongkan apabila denda dikenakan sebanyak RM 2 ribu. Mungkin sebab itulah maka raja katak yang masih menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mahukan pilihanraya diadakan di Parlimen Batu. Kita tidak pertikaikan tafsiran raja katak itu, malahan kita mungkin amat bersetuju jika diadakan pilihanraya di situ. Masalahnya, siapa yang paling kecut perut jika diadakan pilihanraya di kawasan tersebut?

Kita syorkan agar Ibrahim Al-kataki berjumpa Najib dan desak agar gunakan kuasanya seperti biasa untuk mempengaruhi pihak-pihak berkenaan untuk mengadakan pilihanraya di Parlimen Batu. Jika Umno/Bn takut untuk bertanding di situ, Ibrahim Al-kataki boleh meminta Najib untuk membenarkan wakil dari Perkosa, maksud aku Perkasa untuk bertanding di sana. Selepas itu barulah Ibrahim Al-kataki boleh menyalak sepanjang kempen dengan sebutan `hidup Melayu....hidup Melayu'!!/mandor.blogspot.com

ISU ALTANTUYA - HISHAMUDDIN GAGAL JAWAB SOALAN DI PARLIMEN

Posted: 22 Jun 2010 01:36 AM PDT

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak babit
Jun 22, 10


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya," katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya perkara lain diceritakan," katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

LETAK JAWATAN ADUN - YB SATIM TIDAK NAFIKAN, BELIAU MINTA DIAMKAN DULU

Posted: 21 Jun 2010 11:55 PM PDT

Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 22, 10


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepala Malaysiakini pagi ini.

Malam tadi, kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menjelaskan, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Umno Selangor.

Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".

"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid yang ketua Umno cawangan Puchong Indah berkata dalam mesyuarat bahagian itu sebelum ini, Satim tidak membangkitkan hasratnya untuk melepaskan kerusi tersebut.

"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini). Mesyuarat sebelum ini kita berbincang untuk menguatkan perjuangan. Tak ada masalah," katanya./Malaysiakini

SYABAS SRIKANDI PKR

Posted: 21 Jun 2010 11:48 PM PDT

Srikandi PKR 'tawan' universiti
Jun 22, 10


Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

"Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

"Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda," katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

"Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina," katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan: