Isnin, 21 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


URA-URA LETAK JAWATAN - NOH OMAR SAHKAN YB SATIM TIDAK HADIR MESYUARAT

Posted: 21 Jun 2010 11:08 AM PDT

22 Jun, 2010

Mohamed Satim Tidak Hadir Mesyuarat Perhubungan Umno Selangor

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam Isnin.

Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam Isnin kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir pada mesyuarat ini kerana mereka ada urusan di luar negara.

Semalam Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, pada mesyuarat Isnin ini.

Noh berkata mesyuarat malam ini membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor.

Sementara itu Mohamed Satim sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi membuat sebarang ulasan mengenai khabar angin itu, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai timbul apabila Mohamed Satim tidak hadir semasa mesyuarat Adun Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

-- BERNAMA

Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad

Posted: 21 Jun 2010 10:16 AM PDT

June 21, 2010

21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul 'Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan "promoter" dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu "berminat" dengan Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes "minum air ludah ustaz" yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.

Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a'lam.

* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.

MP WANGSA MAJU BODOH KERANA TIDAK MAKAN UBAT LAGI?

Posted: 21 Jun 2010 08:19 AM PDT

Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.

Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Choo Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.

Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.

Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.

Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.

"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.

"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.

"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.

"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.

"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.

Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.

Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai judi untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.

Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.

Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.

Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.

Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Choo Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bercakap pada suatu kenyataan lain, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, dengan meluluskan lesen judi mencerminkan kerajaan tidak mempunyai aras tanda utama (KPI) tersendiri.

"Perdana Menteri ini dalam semua perkara ada KPI lah, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) lah, tetapi dalam isu judi ini nampaknya Najib cukup bebas tidak kira sensitiviti agama dan bangsa kita," katanya.

Melihat pada tindak tanduk Najib, beliau menyeru rakyat supaya menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak demi menyelamatkan Malaysia dan rakyat daripada terus punah.

Sementara itu, Choo Keong ketika diterjah Harakahdaily semasa keluar dewan, enggan mengulas.

"Saya nak makan ubat," ujarnya./Harakahdaily

SEKUTU APCO MEMELIHARA KATAK, SEKARANG MENCARI ULAR DALAM SEMAK PULA

Posted: 21 Jun 2010 03:27 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MUSIM untuk `shopping' MP-MP dari PR telah berakhir atau mungkin ke penghujungnya. Kini, `Shopping' terarah kepada para `alim ulamak' yang bersikap seperti `ular dalam semak'. Ular dalam semak seperti ini adalah juga `Syaitan bisu' yang digambarkan di dalam kitab yang mana mereka itu arif tentang agama tetapi bisu tatkala berdepan dengan penguasa.

Setelah mereka menyedari bahawa tidak berbaloi wang jutaan ringgit dibelanjakan untuk `membeli' spesis katak yang kini ada beberapa ekor, mereka terpaksa beralih arah kepada mereka yang sering memakai `kopiah putih' atau `bersongkok hitam' serta memegang sijil/ijazah tinggi di dalam bidang agama. Sehingga ke tahap Phd mereka akan cuba pikat dengan umpannya sudah pastilah untuk menyelamatkan umat Melayu dan Islam. Kaedah itu sudah kita jangka kerana memang menjadi stail sekutu Apco ini akan melakukan apa jua agar cita-cita mereka tercapai. Cuma, mereka yang bijak dan pintar sahaja boleh membaca gerak tari sekutu Apco ini. Alim di dalam bidang ugama bukan bererti bebas dari godaan Syaitan.

Justeru itu, kita akan lihat nanti benarkah `shopping' ke atas ular dalam semak ini nanti berjaya mencapai ke tahap 100 orang atau mungkin lebih. Di saat kita dihidangkan di depan mata segala macam salah laku dan maksiat Penguasa, tidak terfikir oleh kita golongan agama ini terpedaya dengan tipu muslihat sekutu Apco. Memang benar, golongan Yahudi itu tidak kuat dan segagah mana tetapi mereka tersangat pintar untuk menipu. Jika tidak, masakan mereka masih menungkat langit di tanah umat Islam di Palestine.

Apa yang hendak dikisahkan jika ular dalam semak ini akan merayap ke dalam kem sekutu Apco. Bukankah sebelum ini mereka banyak membisu terhadap pemerintah? Kita tidak boleh melarang mereka untuk menjadi ular, kita hanya boleh mengingatkan sahaja. Kini, di pihak mereka sudah ada spesis `katak' dan tidak lama lagi ada pula spesis `ular'. Kita tunggu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: