Rabu, 16 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NIAT UNTUK MEMALUKAN, TETAPI DIMALUKAN.....

Posted: 16 Jun 2010 12:01 PM PDT

Posted by faqir putih

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.



Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.


Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana
Sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber: Dari Sungai Derhaka.blogspot


ZAHRAIN BILA KENYANG KENTUTNYA BUSUK UMPAMA BANGKAI

Posted: 16 Jun 2010 11:24 AM PDT

MP Katak dari P.Pinang yang sering lapar bernama Zahrain menggelarkan DS Anwar sebagai Ketua Pembohong. Baca kenyataan spesis katak itu di sini. Zahrain nampaknya tidak habis-habis hendak menjelirkan lidah panjangnya untuk `menjilat' Najib. Isu atau hujah sudah tiada buat katak muka tebal ini, maka bertindaklah seperti budak-budak yang belum berkhatan lagi.

Sampai sekarang Zahrain tidak berani kosongkan kerusi yang rakyat undi atas tiket PR itu. Mana mungkin muka tebal dan bacul si Zahrain itu mahu kosongkan kerusi tersebut kerana beliau tahu betapa nanti imejnya akan ditelanjangkan oleh rakyat di kawasannya. Sekarang pun imej Zahrain di sisi rakyat sudah separuh bogel. Pendedahan tingkah laku Zahrain serta kisah perutnya yang sentiasa lapar mahu disuap itu sudah diketahui umum. Maka, tidak hairanlah jika katak kebulur ini merepek tidak tentu hala, hujan tidak juga turun.

Semasa di dalam PKR, MP katak ini tidak berperanan berbahas untuk rakyat. Di dalam Parlimen kerja beliau tersandar di kerusi empuk dengan perut buncit sambil mulut menganga menanti disuap. Bila sudah terlalu lama menganga mulut hingga dimasuki lalat, akhirnya Zahrain nekad untuk menjadi katak. Mungkin sekarang perut yang dahulunya buncit berisi angin, kini buncit dengan hasil suapan dari sekutu Apco yang disokongnya itu. Bila sudah terlalu kenyang, kentut pun berbau bangkai menusuk hidung kita semua. Kesihan Zahrain, sampai bila mahu jadi pelacur politik semurah itu?/mandor.blogspot.com

MAHU MALUKAN NIK AZIZ, AKHIRNYA NAJIB YANG DAPAT MALU ?

Posted: 16 Jun 2010 11:05 AM PDT

Yusri Amin

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia./Harakahdaily

KARNIVAL KELANTAN, MB KELANTAN PUN DILARANG BERUCAP ?

Posted: 16 Jun 2010 01:55 AM PDT


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

"Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

"Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

"Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide," ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

"Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

"Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

"Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

"Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama," ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik./Harakahdaily

LOMPAT PARTI - SATU PERHIMPUNAN BANTAHAN DI DUN MALIM NAWAR

Posted: 16 Jun 2010 01:07 AM PDT

Paling tadah: DAP anjur perhimpunan
Jun 16, 10 3:42pm


DAP Perak akan mengadakan satu perhimpunan di Malim Nawar dalam waktu terdekat bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (kiri, berbaju gelap), berkata perhimpunan itu akan diadakan di Kampung Baru Mambang Di Awan.

Ia dijangka dihadiri anggota parlimen Jelutong Karpal Singh, ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, katanya.

"Mesyuarat DAP negeri yang diadakan di Wisma DAP di Ipoh lewat malam semalam turut memutuskan untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DAP di kawasan Malim Nawar yang akan dirasmikan Jumaat ini.

Buat sementara ini, pusat itu akan diketuai ADUN Keranji, Chen Fook Chye," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Nga yang juga ahli parlimen Taiping berkata beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung langkah kerajaan membenarkan perjudian bola sepak di negara ini. /Malaysiakini

Tiada ulasan: