WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PEDULIKAN WARISAN SEJARAH ATAU APA PUN...YANG PENTING MASUKKKKK
- BUKAN KERUSI BATU TAPI SERI SERDANG ATAU TENGAH BINCANG NAK LOMPAT.....
- NAJIB BERBOHONG: TONY PUA
- Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad
| PEDULIKAN WARISAN SEJARAH ATAU APA PUN...YANG PENTING MASUKKKKK Posted: 21 Jun 2010 08:23 PM PDT Bekas banduan, warden antara saksi tembok Penjara Pudu diroboh June 22, 2010 ![]() Kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu dijalankan bermula pukul 10 malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May Dia antara ratusan orang yang membanjiri kawasan Penjara Pudu di sini malam tadi. Katanya, sepanjang tiga tahun menjadi banduan banyak pengalaman dan pengajaran diperoleh dalam penjara tersebut. "Saya ditahan kerana mengedar dadah dan saya dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan. "Sepanjang berada dalam penjara banyak saya peroleh termasuk didikan agama. Selain itu saya juga ada melihat beberapa banduan yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain," katanya ketika ditemui semasa kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu malam tadi. Tembok Penjara Pudu berukuran 394 meter di sepanjang Jalan Pudu dirobohkan dan ia akan mengambil masa sehingga 23 Jun ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan. Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Bagi bekas warden, Mohamad Simin, 54, berkata pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika berlaku penawanan dua orang doktor iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah pada tahun 1985. "Saya masih ingat bagaimana dua orang doktor telah dijadikan tawanan oleh enam orang banduan yang mahu melepaskan diri daripada penjara. "Mereka (banduan) menggunakan gunting dan peralatan doktor sebagai senjata. Kalau tidak silap saya kejadian itu terjadi di bilik rawatan tetapi akhirnya banduan tersebut menyerah diri selepas enam hari," katanya. Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Siti Saffur Mansor berkata kerja-kerja perobohan tembok Penjara Pudu itu akan mengambil masa selama tiga hari. "Kita sasarkan ia akan selesai dalam tempoh tiga hari bermula malam tadi dan kerja-kerja ini akan dijalankan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi. ![]() Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan Penjara Pudu yang temboknya dirobohkan semalam. — Gambar oleh Choo Choy May Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lin meminta supaya kerajaan menimbang semula cadangan untuk merobohkan Penjara Pudu yang berusia 120 tahun kerana berpendapat bangunan tersebut merupakan sejarah yang perlu dikekalkan, bukannya dimusnahkan. "Saya agak terkilan apabila kerajaan mahu merobohkan Penjara Pudu ini kerana bagi saya ia adalah satu sejarah negara yang harus dikekalkan dan dijaga dengan sebaik mungkin. "Sebagai sebuah penjara yang lama ia perlu dijadikan sebagai warisan negara. Bagi saya ia bukan hanya penjara semata-mata tetapi ia mempunyai nilai sejarah yang penting kepada rakyat," katanya. Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati ramai yang mahu Penjara Pudu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan mempunyai banyak nostalgia kepada rakyat. "Bagi saya adalah lebih baik ia dikekalkan sebagai satu sejarah dan warisan negara yang boleh ditatapi generasi akan datang. "Jika bangunan ini dibaik pulih dan dibuka kepada umum saya rasa ia boleh memberikan hasil kepada negara," kata seorang pesara, Yusof Isa, 60. Bagi Piroz Ahmad Zulkathar, 60, langkah kerajaan merobohkan Penjara Pudu akan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat wajah sebenar bangunan itu. "Banyak nostalgia pernah berlaku jadi bukankah lebih baik jika ia dikekalkan sebagai warisan sejarah negara?" katanya. Seorang kakitangan awam, Siti Zaleha Sheikh Mohamad, 45, berkata, kerja merobohkan ini amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini. ![]() Orang ramai turut mengutip serpihan tembok Penjara Pudu yang dirobohkan. — Gambar oleh Choo Choy May Menurut Mohd Ali Jalil, 55, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipulihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri. "Penjara ini pernah menempatkan ramai penjenayah terkenal sejak dari dulu, jadi sehingga hari ini masih ramai yang datang untuk melihat dan mengambil gambar bangunan ini. "Lagipun lukisan-lukisan yang terdapat di sepanjang tembok mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini ia sudah tidak bererti lagi," katanya. |
| BUKAN KERUSI BATU TAPI SERI SERDANG ATAU TENGAH BINCANG NAK LOMPAT..... Posted: 21 Jun 2010 05:01 PM PDT Jun 22, 10 9:27AM Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat kerana ada urusan. |
| Posted: 21 Jun 2010 04:54 PM PDT Sekarang telah ada bukti bahawa Berjaya Corporation bertujuan untuk memulakan sukan judi pada awal bulan Ogos dan meningkatkan RM800 juta untuk membiayai usaha itu, jelas MP DAP Tony Pua kepada umum hari ini. Pua berpendapat ini menunjukkan bahawa Berjaya Corp mempunyai mengiakan kerajaan, walaupun penolakan kerajaan bahawa taruhan sukan lesen telah diterbitkan untuk syarikat. Dia merujuk kepada sebuah memorandum maklumat oleh anak syarikat Berjaya Corp Sukan Toto (M) Sdn Bhd, salinan yang diedarkan oleh Pua di lobi Parlimen hari ini. Dokumen ini tarikh 11 Jun, hanya empat hari selepas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, menafikan bahawa taruhan sukan lesen telah dikeluarkan. Pua, MP Petaling Jaya, menuduh Najib bermain dengan kata-kata dan berkata setengah kebenaran dengan membuat permainan istilah "persetujuan" dan "lesen". "Saya fikir kelulusan telah diberikan tetapi lesen tersebut belum diterbitkan belum. Ini adalah bodoh bermain kata-kata, yang bersembunyi dari kebenaran," kata pemimpin DAP. . Dalam dokumen itu jelas dinyatakan bahawa salah satu perkembangan syarikat diajukan untuk pertimbangan pelabur adalah bahawa "Jabatan Kewangan telah memberikan kelulusan atas penerbitan- untuk Ascot lesen untuk melaksanakan operasi judi sukan". Nota maklumat disokong oleh analisis kredit dari Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberikan prospek stabil untuk pinjaman dicari oleh anak syarikat Berjaya berdasarkan kebolehpercayaan arus kas Sukan Toto. Laporan ini disebut Ascot Sukan "taruhan sukan lesen pembekal" yang akan memberikan sumbangan pendapatan Sukan Toto. Ascot Sports anak syarikat lain Berjaya Corp yang digunakan untuk sukan taruhan lesen. Dalam notis kepada Bursa Malaysia pada tarikh 12 Mei, Berjaya Corp mengatakan bahawa taruhan sukan operasi akan dilakukan oleh Sukan Toto. |
| Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad Posted: 21 Jun 2010 05:28 AM PDT June 21, 2010 21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik. Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul 'Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat. Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya... 1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri. 2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan "promoter" dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu "berminat" dengan Asri. 3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik. Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil. (Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.) 4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes "minum air ludah ustaz" yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya. Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a'lam. * Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan