Selasa, 22 Jun 2010

SharpShooter

SharpShooter


Jangan lepaskan Futsal World Cup

Posted: 21 Jun 2010 09:11 PM PDT

Buat peminat Fusal... cepat mendaftar.... Ini Piala yang akan dimenangi oleh Juara Pertandingan Futsal Sempena World Cup 2010 yang akan berlangsung 25 dan 26 jun ini.di Pusat Futsal Batu Maung......



Tarikh: 25-26 hb Jun 2010

Masa: 6.00ptg - 2.00pg
Tempat: Gelanggang Futsal Batu Maung
Nota: Cabutan perlawanan akan dijalankan 23hb Jun 2010.

Daftar Sekarang! 32 Pasukan sahaja.

Hubungi:

Zulfazdli 018-466 4576
Kumaresan 014-945 9221
Haniff 017 563 9245
Victor: 019-443 2088
Aidil: 012-4304423

HADIAH HADIAH KESELURUHAN BERJUMLAH..RM4300

CEPAT JANGAN KETINGGALAN........

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

WAWANCARA KHAS BERSAMA TIMBALAN KETUA MENTERI I (TKM I)

Posted: 21 Jun 2010 08:38 PM PDT

SUARA CAT : Sebagai TKM 1, apakah antara perancangan dan pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan oleh YB.

TKM I : Dalam konteks pentadbiran, banyak perkara yang telah, sedang dan akan kita laksanakan bagi manfaat rakyat negeri ini tanpa mengira fahaman dan idelogi politik maupun kedudukan dan juga keturunan.

Apa yang menjadi falsafah dan prinsip perjuangan kita ialah melaksanakan dasar CAT. Iaitu Cekap, Akauntabel dan Telus yang mana ditegakkan di dalamnya ialah 5 prinsip teras yang merangkumi keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan sosial dan juga ketaqwaan kepada Tuhan.

Sejajar dengan itu maka Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mensasarkan misi 3P iaitu untuk memperkasakan,memperkuasakan serta memperkayakan rakyat.

SUARA CAT : Apakah sebenarnya misi 3P ini.

TKM I : Perkasakan rakyat membawa maksud Kerajaan Negeri mahu supaya rakyat negeri ini diperkasakan dengan ilmu pengetahuan, kepakaran, pendidikan serta disediakan peluang yang saksama kepada semua golongan masyarakat bagi menjana kemakmuran rakyat.

Manakala, Perkuasakan Rakyat pula ialah dengan hak asasi, kebebasan asas dan kebertanggungjawaban serta menghormati kedaulatan undang-undang. Sementara itu bagi misi 3P yang ketiga pula ialah Perkayakan rakyat dengan berkongsi hasil kekayaan dan ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Inilah yang sedang kita laksanakan sehingga menerima bantahan dan tohmahan dari pelbagai pihak yang tidak memahami konsep yang ingin kita terap dan laksanakan.

SUARA CAT : Sehingga ini, apakah antara kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan PR di Pulau Pinang sejak menerajui Kerajaan Negeri.

TKM I : Banyak yang telah kita laksanakan dengan jayanya. Antaranya ialah menubuhkan Hab Pendidikan seluas 200 ekar bagi menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan cemerlang yang akan menjadi inkubator bagi membangunkan modal insan, kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Selain itu ialah menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang (MSPP) yang dipandu oleh industri bagi merealisasikan aspirasi kita menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan dan sains ; menyediakan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) sepertimana yang telah diperakui oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) sebagai negeri yang mempunyai kemudahan OKU terbaik di Malaysia.

SUARA CAT : Pembangunan terhadap Hal Ehwal Agama Islam dan orang Melayu pula bagaimana perkembangannya.

TKM I : Kita tidak pernah meminggirkan pembangunan terhadap sesiapa sahaja. Baik dalam membangunkan Hal Ehwal Agama Islam (HEAI) dan orang Melayu serta kumpulan masyarakat yang lain juga. Kerajaan Negeri telah pun menambah peruntukan bagi HEAI dari RM12.5 juta pada tahun 2008 yang disediakan oleh kerajaan BN dahulu kepada RM20.5 juta pada tahun 2009 dan ditingkatkan kepada RM24.3 juta pada tahun 2010.

Selain itu, sebanyak 18 buah Sekolah Agama Rakyat yang sebelum ini tidak pernah diberikan perhatian juga telah disalurkan bantuan berjumlah RM1.75 juta oleh Kerajaan Negeri PR. Kita juga berusaha memartabatkan para huffaz yang mana selama ini tidak pernah diberikan status penganugerahan, pengiktirafan sijil dan penghargaan sumbangan khas telah kita laksanakan.

Orang Melayu bukan saja menikmati hasil sistem tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri PR tetapi juga jaminan hak dan juga HEAI. Kita juga menyediakan tanah untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dengan kos pembinaannya ditanggung oleh Kerajaan Pusat.

Turut disediakan ialah peruntukan dana bagi memperolehi tanah dan kubur untuk masjid serta menyediakan tempat beribadat kepada penganut bukan Islam.

SUARA CAT : Apakah perancangan yang akan datang bagi manfaat umat Islam dan juga rakyat negeri ini.

TKM I : Sebagaimana kita semua sedia maklum, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam tempoh singkat pentadbiran Kerajaan PR di Pulau Pinang.

Antaranya ialah kejayaan negeri ini sebagai negeri pertama dalam sejarah negara Malaysia yang mendapat pengiktirafan 'Transparency International' kerana urus tadbir CAT yang baik dan telah berjaya menukarkan anggaran defisit belanjawan 2008 dari RM35 juta kepada lebihan rekod sebanyak RM38 juta dan anggaran belanjawan 2009 dari defisit RM40 juta kepada lebihan sebanyak RM77 juta.

Pulau Pinang juga adalah negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dan pembelian kerajaan melalui internet (e-perolehan). Melalui sistem ini, ia telah berjaya mengurangkan rasuah, menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta setahun. Ini termasuk pengurangan kos pengurusan sisa pepejal sebanyak 45 peratus.

Membatalkan projek-projek kroni BN di Pulau Pinang seperti 'Penang Global City Centre' yang bernilai RM25 bilion dan membongkarkan skandal penyelewengan tanah Tang Hak Ju sebanyak RM40 juta.

Muslim Hab akan diwujudkan tidak lama lagi di Pulau Pinang bagi mengumpulkan semua pengusaha Muslim dan produk halal di satu kawasan yang telah dikenal pasti.

Di sini, semua produk halal dan pengusaha Muslim boleh menjadikan ia sebagai satu destinasi terbesar yang akan menjadi satu kawasan tumpuan berkumpul dan pertemuan. Ia sedang dalam proses pelaksanaan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat tahun ini juga.

SUARA CAT : Pembasmian miskin tegar dan program yang telah berjaya pula bagaimana.

TKM I : Bagi membasmi miskin tegar, Kerajaan Negeri di dalam tempoh setahun telah berjaya memastikan setiap keluarga memperoleh bantuan RM500 sebulan melalui Program Rakan Anti Kemiskinan.

Warga emas yang berusia 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang diberi pengiktirafan sebanyak RM100 setiap orang mulai tahun 2010 dan setiap tahun selagi PR memerintah negeri ini.

Julung kali di dalam sejarah negeri ini, kita turut menyumbangkan RM1,000 bagi pengurusan jenazah atau urusan kematian bagi waris kepada warga emas yang berdaftar.

Rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga bagi 170 ribu buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta turut disalurkan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mampukah Shamsul dan Fariz mempertahankan jawatan.

Posted: 21 Jun 2010 02:25 AM PDT


Mampukah Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar dan Timbalannya Cikgu Fariz Musa mempertahankan jawatan masing-masing?

Mungkinkah mereka berdua akan dicabar atau mungkinkah tidak ada pertandingan dalam AMK Pusat? Dalam dunia politik hari ini segalanya mungkin. Tidak ada yang tidak mungkin melainkan segala-galanya mungkin belaka.

Mungkinkah juga Fariz Musa berpindah kem umpama Senatak Sekatak Sekotak Sesumpah Ezam berpindah kem Najib ke kem Muhyidin? Sifirnya mudah...segala-galanya mungkin....



Anwar telah melantik Shamsul Iskandar sebagai Pengerusi Keadilan Melaka. Mungkinkah ini isyarat jelas dari Anwar yang mahukan Shamsul melepaskan jawatan Ketua AMK Pusat pada pemilihan hujung tahun ini?

Mungkinkah juga Shamsul Iskandar akan dilantik menjadi salah seorang Naib Ketua Keadilan Malaysia yang baru? Adakah mungkin? Dalam dunia politik..segalanya mungkin.


Jika ini benar-benar terjadi, siapakah yang akan menggantikan tempat Shamsul Iskandar?

Chegu Bard? YB Amirudin Shari? YB Nik Nazmi? Hasmi? Jawabnya mudah....segala-galanya mungkin...


Desas desus yang mengatakan YB Amirudin Shari akan bertanding sebagai Ketua AMK Pusat bergandingan YB Nik Nazmi sebagai timbalannya, bukanlah lagi rahsia tetapi semua AMK telah sedia maklum.

Barisan Baru "Generasi Perubahan" YB Amirudin dikatakan kebanyakan terdiri dari YB-YB Amk ? Namun begitu berita terbaru yang sharpshooter dikhabarkan adalah YB Amirudin sudah batalkan hasratnya. Benarkah begitu?


Benarkah YB Amirudin sudah membatalkan hasratnya untuk bertanding sebagai Ketua AMK Pusat? Mungkinkah juga YB Amirudin hanya akan bertanding Timbalan saja. Kalau bertanding Timbalan siapa pula ketuanya? YB Nik Nazmi bagaimana pula? Makin menarik ni...


Chegu Bard pula dikatakan akan bertanding sebagai Ketua AMK Pusat. Siapakah lagi yang akan bertanding Ketua Amk Pusat sekiranya Shamsul Iskandar tidak mempertahankan jawatannya. Atau adakah mungkin Chegu Bard akan menang tanpa bertanding tetapi jawatan yang lain ada pertandingan?

Mungkinkah ini akan berlaku? Jawabnya mudah...segala-galanya mungkin....

Siapakah pula Timbalan Chegu Bard? Cikgu Fariz Musa? YB Amirudin atau YB Nik Nazmi? Saiful Idham Ramli?

Bagi sharpshooter, jika pertandingan tidak dapat dielakkan, bertandinglah cara sihat. Jangan berkempen seperti UMCO yang akan merosakkan parti. Tetapi yang lebih baik, tidak ada pertandingan.

Tetapi yang pasti, barisan AMK yang akan datang akan bertempur dalam PRU 13. Ini bermakna barisan AMK wajib lebih mantap dan kuat. Ingatlah musuh utama dalam politik Keadilan adalah UMNO dan B-End bukan sesama kita.

Semoga AMK akan bertambah mantap dan akan dapat menawan putrajaya dalam PRU 13..InsyaAllah....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: