Ahad, 6 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Apakah Apco masih diperlukan?

Posted: 06 Jun 2010 08:36 AM PDT

Kalau ikut cerita dari Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin, beberapa bukti dari tiga anggota komando Israel yang berjaya ditahan membuktikan Israel telah bersedia dengan senarai nama yang perlu dibunuh yang berada di atas kapal Mavi Marmara tu.

Jadi serangan tentera rejim Yahudi ke atas Mavi Marmara Isnin lalu memang dirancang lama dan wanted name list tu dah tersedia awal ditangan zionis tersebut. Sapa yang bagi senarai nama tu kat pihak Israel. Apasal yang Israel tu alah sangat dengan nama nama mereka yang in the wanted list tuh.

Tujuan Israel menahan dan merampas kapal tersebut memang dirancang awal. Tujuan tentera Yahudi tu hanyalah satu, membunuh orang yang dikehendaki.

Macamana dengan Apco, adakah mereka masih lagi diperlukan oleh kita?

Jangan perjudi kemarahan rakyat

Posted: 06 Jun 2010 06:00 AM PDT

Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Tindakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini sementara sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kerajaan kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.

Tambahnya, rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah.

Menurutnya lagi, judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa.

"Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?" tanya beliau.

Tan juga diingatkan tidak mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan," tambahnya lagi.

GMJ, tegasnya akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen itu ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barang kali mereka memerlukan," katanya.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu mendapat kritikan hebat khususnya dari Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan semalam merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Terima kasih

Posted: 06 Jun 2010 04:00 AM PDT


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Dua belas rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusian ke Gaza, mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang telah mendoakan keselamatan mereka dan memberi tekanan kepada Israel sehingga mereka akhirnya dibebaskan.

Ketua misi sukarelawan Malaysia daripada Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin berkata, tanpa doa dan usaha rakyat negara ini, mereka tidak tahu bagaimana nasib mereka berada dalam tahanan tentera Israel.

"Wira sebenar adalah rakyat negara ini. Ada yang saya dengar berarak di tengah panas membantah Israel.

"Kami tidak tahu apa akan berlaku pada kami, ditahan berlanjutan seminggu, dua minggu, sebulan atau setahun," katanya pada satu majlis meraikan mereka pagi ini.

Menceritakan pengalaman sukar yang dilalui, beliau berkata, Penjara Besherfa seperti memang disediakan untuk mereka.

"Tilam penjara masih berplastik, tuala masih berbau kedai dan baju masih ada tanda harga," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, paling memberi tekanan kepada mereka ialah semasa proses penahanan dari kapal ke penjara oleh tentera Israel.

"Perkara paling menakutkan apabila diikat 15 jam dalam kapal, diheret masuk ke penjara yang prosesnya sembilan ke 10 jam dan ditahan dalam penjara 15 jam," ceritanya lagi.

Beliau juga menggesa kerajaan Malaysia segera membawa perkara tersebut ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengheret Israel ke mahkamah antarabangsa.

"Kami memohon maaf atas apa yang berlaku ini kerana telah menyusahkan anda semua," katanya.

Selain Noorazman, 11 rakanya yang selamat tiba di tanah air jam 5.45 pagi tadi termasuklah Dr Mohd Arbai'e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

Manakala Hasanuddin Mohd Yunus dari Aqsa Syarif, Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.

Umno wajib baca ni

Posted: 06 Jun 2010 03:00 AM PDT

Pemuda DAP: Sebab kami bantah lesen judi sukan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Sayap Pemuda DAP tetap dengan pendirian menyokong usaha mana-mana pihak termasuk Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), yang membantah kerajaan meluluskan lesen judi sukan atas alas an langkah itu akan memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Ketuanya, Loke Siew Fook berkata pendirian pihaknya tetap sama iaitu membantah kelulusan judi sukan dan akan menyokong mana-mana pihak yang membawa matlamat yang sama.

"Kita akan menyokong mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif sama iaitu membantah kelulusan lesen judi sukan.

"Pendirian kita tetap sama iaitu membantah kelulusan lesen judi sukan dan kita tidak sama sekali bersetuju dengan keputusan kerajaan itu.

"Ini kerana kelulusan lesen judi sukan akan menggalakkan lagi aktiviti judi sedangkan sudah terlalu banyak lesen judi yang dikeluarkan.

"Mengapa mesti hendak tambah lagi?" katanya.

Walaupun beliau mengakui sejumlah besar masyarakat Cina terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan keputusan terbaru kerajaan pusat.

"Saya percaya mereka juga mahu kerajaan mengawal dan mengurangkan aktiviti perjudian sedia ada sekarang, bukannya menambah bilangan (lesen pertaruhan)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Hasil pungutan suara kendalian The Malaysian Insider baru-baru ini juga menunjukkan majoriti golongan muda daripada kalangan semua kaum utama negara ini membantah tindakan tersebut.

Hampir 77 peratus responden yang ditemui berpendapat bahawa kerajaan tidak wajar melesenkan pertaruhan sukan. Hanya 23 peratus yang bersetuju dengan langkah itu.

Peratusan dua pertiga membantah itu membabitkan pendirian responden Melayu dan Cina manakala seratus peratus responden golongan muda India tidak bersetuju sama sekali dengan langkah kerajaan itu.

Sebanyak 73 peratus dan 77 peratus masing responden Melayu dan Cina tidak bersetuju langkah melesenkan judi sukan.

Mereka berpendapat keputusan melesenkan pertaruhan sukan akan member kesan buruk kepada sukan dan juga masyarakat.

Loke juga menyifatkan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan akan membantutkan perkembangan sukan negara dan pada masa sama menjadi sukan sebagai satu "alat pertaruhan".

"Kelulusan lesen judi sukan akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan sukan di negara ini terutamanya bola sepak kerana ramai generasi muda hari ini meminati sukan bola sepak.

"Selain itu, ia akan mencemarkan imej sukan itu sendiri apabila menjadi alat pertaruhan oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini," katanya.

GMJ telah melancarkan Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini semalam.

Pelancaran kempen tersebut turut disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut serta ialah Penggerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan juga menyokong gerakan tersebut.

Bagaimanapun pemimpin kanan sayap Pemuda DAP tidak hadir petang semalam disebabkan komitmen lain.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang juga setiausaha GMJ berkata, pelancaran tersebut sepatutnya turut dihadiri oleh Loke tetapi beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

"Sepatutnya Loke menyertai pelancaran ini (semalam) tetapi tidak dapat hadir beliau ada urusan lain.

"Pemuda DAP tidak menarik diri dari GMJ cuma Loke ada urusan lain, itu sahaja. Selepas ini Pemuda DAP akan menyertai kita pada aktiviti lain pula," katanya.

Lepaih Vincent Tan, geng Mak Yong pulak dah merayu

Posted: 06 Jun 2010 02:00 AM PDT

Boleh ka Mak Yong dipersembahkan secara menutup aurat?

Aktivis Mak Yong minta Kelantan kaji semula larangan persembahan

JELI, 6 Jun — Seorang penggiat makyong terkenal di Kelantan meminta kerajaan negeri itu mengkaji semula larangan persembahan kesenian tersebut yang terkandung di dalam Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan.

Rohani Mat Zain, 55, yang dianggap sebagai primadona makyong selepas era Allahyarham Khadijah Awang berkata ini kerana persembahan kesenian itu tidak lagi mengamalkan aspek pemujaan seperti sebelum ini.

"Kami kini sudah memulakan persembahan dengan membaca doa selamat dan tidak lagi ada unsur pemujaan seperti dulu.

"Cuma kami akui artis yang mempersembahkan teater makyong ini adalah campuran lelaki dan perempuan bagi menghidupkan watak-watak tertentu dan juga pemuziknya adalah lelaki," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sejak PAS mentadbir Kelantan pada 1990, beberapa persembahan kebudayaan negeri itu beransur-ansur dilarang daripada dipersembahkan secara terbuka kerana didakwa mengandungi unsur khurafat serta melibatkan pergaulan lelaki dan perempuan.

Larangan itu termaktub dalam Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan yang turut meliputi peresembahan menora, wayang kulit tradisional, main puteri, tinju siam dan melaga haiwan.

Namun selepas pengubahsuaian beberapa persembahan seperti wayang kulit , tinju siam termasuk snuker telah kembali dibenar diadakan secara terbuka di negeri itu.

Makyong antara kebudayaan Kelantan tertua di negeri itu yang telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Rosliza Rofli meminta kerajaan Kelantan melonggarkan syarat persembahan kesenian makyong di Taman Budaya Negeri apabila pusat kesenian pertama di Kelantan yang bernilai RM15 juta itu siap dan beroperasi sepenuhnya September ini.

Rosliza dilapor berkata jika syarat itu tidak dilonggarkan ianya akan membantutkan usaha pihak jabatan untuk mengetengahkan kesenian tersebut sebagai warisan dunia.

Mengulas lanjut, Rohani berkata sebagai warisan dunia, makyong tidak seharusnya sepi di tempat sendiri sedangkan di negara luar persembahan kebudayaan itu dikagumi masyarakat antarabangsa.

Pernah mengadakan persembahan di beberapa negara asing, Rohani yang kini mengetuai Kumpulan Warisan Sari menyatakan kesanggupannya untuk bertemu sendiri

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung perkara itu.

"Saya sanggup bertemu Datuk Nik Aziz bagi menyatakan harapan kami agar persembahan ini dibenar dipentaskan secara terbuka dan menarik semula larangan itu," katanya.

Beliau juga bimbang persembahan itu akan pupus memandangkan ada ibu bapa melarang anak-anak mereka daripada mempelajari seni tersebut. — Bernama

Judi: Belajaq hormat protes rakyat

Posted: 06 Jun 2010 12:00 AM PDT

Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) memberi amaran kepada Kumpulan Berjaya jangan sesekali mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar membenarkan premis judi sukan di negeri masing-masing dan tidak membantah langkah menghalalkan aktiviti itu.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing.

Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional.

"Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut.

"Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat.

"Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?" kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya.

"Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri.

"Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya.

Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan.

"Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini.

"Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara.

"Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat," katanya.

Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu.

NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut.

GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia.

6 Sukarelawan MV Rachel Corrie Dibebaskan Hari Ini

Posted: 05 Jun 2010 11:08 PM PDT

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
SEPANG: Enam sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal MV Rachel Corrie yang ditawan rejim Israel semalam akan dibebaskan hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, mereka yang merupakan antara 19 penumpang dan kru kapal berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Pelabuhan Ashdod.

"Enam sukarelawan terbabit akan dihantar ke Jordan pada pukul 6 petang ini waktu Malaysia.

"Kedutaan Malaysia di Jordan sedang membuat persiapan untuk membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan 12 sukarelawan yang dibebaskan oleh rejim Tel Aviv dalam insiden rampasan kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Rakyat Malaysia yang terbabit adalah peguam Matthias Chang; sukarelawan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu.

Turut berada dalam kapal Rachel Corrie ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3, Halim Mohd dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin.

6 bulan lagi, MIC tinggai Samy saja

Posted: 05 Jun 2010 09:36 PM PDT

 
'Perubahan besar MIC dalam tempoh 6 bulan' itu lah janji Samy Vellu.

Perubahan besar dijangka berlaku dalam MIC dalam tempoh enam bulan akan datang, termasuk membaik pulih keseluruhan jentera parti itu, kata presidennya Datuk Seri S Samy Vellu.

Tanpa mengulas lanjut perubahan yang bakal berlaku, pemimpin nombor satu MIC itu berkata beliau bertekad untuk menyerahkan sebuah parti yang stabil dengan jentera parti yang efektif dan efisien kepada penggantinya.

Bagaimanapun, Samy Vellu membayangkan bahawa perubahan yang bakal berlaku itu melibatkan pertukaran pemimpin cawangan yang mempamerkan prestasi buruk serta tidak memenuhi harapan anggota parti dan masyarakat India.

"Setiap pemimpin perlu membuktikan bahawa mereka sememangnya layak memimpin. Sekiranya gagal berbuat demikian akibat kelalaian sendiri, maka kita hanya akan mengecewakan masyarakat kita.

Kisah sedih KJ

Posted: 05 Jun 2010 08:30 PM PDT

Sumber: Pak Long

Sumber foto disini...

Salam semua...

Pak Long tak syok betoi bila ada yang dok peleceh budak Khairy ni masuk wataniah. Kita jangan pandang serong isu ni disebabkan anutan politiknya. Awat salah ka kalau ada sesapa yang masuk dan tamat latihan wataniah walaupun sebulan.

Pak Long tau orang politik ni sampai dalam tidoq pun dia boleh buat ucapan berapi api. Bukan boleh percaya sangat tapi stendet la, nak jadi orang politik kena lah pakar pusing kata kata. Tapi sebulan di latu dalam kem tu belum boleh bersihkan KJ dimata orang ramai. Mak Long hang pun tak boleh nak terima mudah mudah KJ ni semata mata kerana tamat latihan wataniah. Tapi Pak Long suka cara dia terima keadaan dia dalam kem tu. Semua pangkat yang ada dan darjah yang diterima kena letak diluaq pagar. Memang nampak macam bangang tapi itu yang sepatutnya apa? Cuma praktikalnya saja lain.

Pak Long rasa pengorbanan KJ selama sebulan jauh dari orang rumah dia tu berbaloi jugak la dari segi politik. Persoalannya kalau KJ sudah lulus wataniah, macamana dengan yang pemuda lain. Tok sah kata dalam pemuda Umno dan BN saja tapi semua pemuda termasuk pemuda PKR, pemuda PAS dan pemuda DAP?

Banyak lagi KJ kena buat dan korbankan. Pak Long dok tengok, tok sah kata bintang, sinar bintang pun langsung dah tak nampak untuk KJ dalam Umno. Mahathir cukup bijak bila dia bukak pintu untuk anak dia terus tertutup pintu Khairy. Hang jenuh lawan la, Umno baru tu Tun, Tun tu lah Umno baru.

Sedihnya tu KJ oi, orang keliling hang dok pelan jauh diri dah. Mana ada sorang naib ketua boleh kata 'kami tak rasa apa-apapun' bila rujuk kisah ketua dia tak tersenarai dalam rombakan Kabinet. Takkan oxpot tak ajaq hang cara cara baca tersirat dari tersurat kot, terutama sekali politik Malaysia... senang senang mai la rumah Pak Long biaq Mak Long hang ajaq hang sikit...

Wassalam...

Si Vincent pun tak tertekan, ada hati nak tekan Israel

Posted: 05 Jun 2010 07:21 PM PDT

Tolong la Najib oi. Jangan dok buat lawak pagi pagi Ahad ni. Boleh terkincit satu Malaysia kalau depa terbaca stetment hang macam ni.

Si Vincent Tan tu pun hang tak boleh tekan supaya paham pasai judi haram tu, inikan pulak hang nak tekan abang besaq Israel. Si Vincent Tan tu pun hang gagal bagi dia hormat protes rakyat tentang judi, ini kan pulak hang nak tekan si abang besaq hang si Israel tu untuk hormati dunia.



Hangpa bayangkan mulut merah bak delima merkahnya mengusulkan kata kata KERAS ini. Hangpa bayangkan jugak kata kata TEGAS ni keluar dari mulut comel delima merkahnya dengan mata yang terkebil kebil manja gitu... auwww...

Panas Ariel: Diam tanda setuju

Posted: 05 Jun 2010 06:21 PM PDT

Sejarah membuktikan banyak susuk popular yang jatuh kerana perempuan dan seks. Tak kira apa bidang dan insustri yang diceburi, perempuan dan seks bakal menghantui mereka mereka yang popular. Harga sebuah popular, mungkin itu yang sebenarnya.

Bekas vokalis Peterpan, Ariel mungkin sudah tahu benar sejarah ini. Dan kini dia tersepit ditengah isu yang sama yang bisa meruntun jatuh dirinya dan orang sekeliling. Apakah dia tahu, diam itu bagai bersetuju?

Hingga kini Ariel masih berlum tampil membuat sebarang kenyataan berhubung klip video lucah miripnya yang tersebar. Malah menurut sumber, dia juga masih belum berbincang hal tersebut bersama ahli kumpulannya yang lain.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut kerana saya dan ahli kumpulan yang lain masih belum membincangkan hal ini dengan Ariel sendiri.

"Lagi pula perkara itu tidak mengganggu kehidupan peribadi anggota kumpulan mereka yang lain. Kita santai sahaja, Areil sudah biasa diterpa dengan berita-berita panas seperti itu," jelasnya seperti dipetik Detik.com

Kesian kat KJ

Posted: 05 Jun 2010 04:30 PM PDT

Sekali imbas berita dari Bernama ni macam tak dak apa apa. Nampak cantik saja sebab memang cara kenyataan ni dikeluarkan pun saja nak bagi nampak cantik.

Pemuda Umno melalui suara Naib Ketua pergerakan Razali Ibrahim berkata Pemuda Umno tak terkilan KJ tidak terpilih sertai Kabinet.

Ini yang buat aku kesian kat KJ ni. Sepatutnya bagi la cadangan kat Najib kalau tak berani nak desak pun. Jangan dok buat kenyataan 'kami tak rasa apa-apapun'. Takkan ketua hangpa tak dihargai, alih alih hangpa tak rasa apa apa. Tak ka haru ada anak buah dungu lagu tu. Kesian kat KJ, suara sokongan pun bunyi kian jauh.

*******************************

KOTA BARU, 5 Jun — Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan... agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai ''kehangatan'' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya. — Bernama

Tiada ulasan: