:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Doa seorang penyokong Umno terhadap Arwah Ust Hassan Syukri: "Aku harap dia masuk neraka dulu walau belum kiamat"
- Gambar sekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Shukri (video inside)
- Air mata Tok Guru di Majlis Pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri.
- Kerajaan Umno dibela: Selepas Dr M, lagi sokong lesen judi Piala Dunia
- Lesen judi: Pemuda PUM bantah Mahathir
| Posted: 15 Jun 2010 01:44 PM PDT Lagi ayat/kenyataan biadap penyokong2 Umno terhadap arwah dalam Forum Tempur Maya Penyokong Umno, MYKMU di sini...wallahua'lam.. Artikel Berkaitan: - Keluarga Arwah Amirulrasyid dihina: "Mak bapak bangang..anak macam setan" - Forumer Umno |
| Gambar sekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Shukri (video inside) Posted: 15 Jun 2010 05:48 AM PDT Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai.. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ketua Penerangan PAS Terengganu. ![]() ![]() Antara yang awal hadir ialah Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa) dan wakil dari Kedutaan Luar Negara... Tetamu dari luar negara Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden. DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah. Sumber gambar: KedaLanie & Topeng Perak |
| Air mata Tok Guru di Majlis Pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri. Posted: 15 Jun 2010 04:33 AM PDT ![]() ![]() Tadi bila airmata TGNA berlinang, aku pun ikut berlinang jugak... kali ni, aku tengok TGNA dah tak dapat bertahan, kalau dah TGNA x dapat nak tahan, apalagi la aku ni ha... terus simpan kamera, dok jauh2... Kena paham, bila TGNA menangis, bukan sebab dia sedih, tapi sebab TGNA tahu akan sampai hari dia dan kita-kita pulak... masing-masing nak kena selalu ingat Allah...- Topeng Perak ![]() ![]() (Gambar Atas: Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA... Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata... Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang... Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi... Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan... Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia... Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...- Topeng Perak |
| Kerajaan Umno dibela: Selepas Dr M, lagi sokong lesen judi Piala Dunia Posted: 15 Jun 2010 03:43 AM PDT Sokongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George berkata, sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut. Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik". "Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya. Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit." "Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain. "Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja. "Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi. - MK |
| Lesen judi: Pemuda PUM bantah Mahathir Posted: 15 Jun 2010 03:37 AM PDT ![]() Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) membantah sekeras-kerasnya pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong kelulusan lesen judi yang digembar-gemburkan sekarang. Pandangan tersebut adalah jauh menyimpang daripada sifat keagamaan yang mengharamkan judi dan menyamakannya dengan peranan iblis. Judi dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-maisir, yang bererti mudah. Mudah mendapat keuntungan, mudah juga jatuh kerugian, malah sangat mudah menimbulkan sengketa dan pergaduhan. Judi merupakan sifat manusia yang tidak bertamadun dan jauh daripada semangat berdikari rakyat Malaysia. Dahulu ada pandangan mahu memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Pemuda PUM melihat, ini semua berpunca daripada pemikiran Barat yang diwarisi oleh beberapa orang pemimpin di samping liberalisasi pemikiran yang semakin bertunjang kukuh di negara ini. Tun Dr Mahathir mengatakan lesen judi dibuat untuk mengawal aktiviti perjudian. Ini merupakan satu pemikiran yang amat naïf. Jika begitu, kami cadangkan agar dibuat rumah untuk orang melakukan aktiviti persetubuhan haram. Kami juga mahu cadangkan agar kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus untuk penagih dadah. Dalam masa yang sama, kami cadangkan agar arak dijual secara halal di mana-mana premis dengan tujuan pembendungan dan pengawalan. Namun Islam tidak bersifat begitu. Cara Islam mengawal bukan dengan memberi dan meluluskan lesen. Cara Islam mengawal ialah dengan menyekat, mendidik dan menakut-nakutkan tentang bahaya dan risiko. Apa lagi orang yang berjudi akan boleh membawa risiko kepada keluarga mereka masing-masing. Apabila Islam mengharamkan zina, Islam menyatakan "Jangan mendekati zina". Mukaddimah kepada zina pun tidak boleh, apa lagi perzinaan. Orang yang kalah berjudi ada yang menggadaikan maruah isteri sendiri. Apabila Islam melarang Nabi Adam daripada makan buah khuldi, Allah mengatakan "Jangan mendekati pokok buah khuldi", bukannya Allah mengatakan "Jangan makan buah". Inilah Islam. Apapun, Pemuda PUM tidak hairan dengan pemikiran naif Tun Dr Mahathir kerana beliau dahulu pun banyak menyindir hukum-hakam Islam. Mulut beliau petah berbicara dan lantang bersuara tentang pembebasan Palestin tetapi sifat beliau mewarisi keburukan Bani Israel. Palestin tidak akan bebas dan tidak memerlukan kapal Global Peace sekiranya pemimpinnya masih bersikap demikian, meskipun 1,000 buah kapal sekalipun berjaya sampai di Gaza. Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Ketua Pemuda PUM |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan