Khamis, 10 Jun 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Teori 'RAHIM' selepas RAHMAN?

Posted: 10 Jun 2010 04:17 PM PDT


Ngah duduk berbincang pasal bisnes dikedai kopi ada sesekali bangkit pasal cerita politik..syok jugak tapi member aku ni kurang power bab politik ni bukan apa kurang ambik tau pasal sebuk ngan bisnes dia.

Kami menunggu seorang lagi rakan kongsi baru yang member aku baru dapat kontak sehari sebelum itu dan kami berjanji berjumpa pada petang ini..dah satu gelas air habis,tetapi mamat ni belum sampai lagi..

Akhirnya mamat ni pun tiba,dia memperkenalkan diri dan aku pun memperkenal diriku

Perbincangan mengenai bisnes tak sampai pun 5 minit...rupanya mamat ni ada matlamat lain iaitu ingin menyebar ajaran agama islam yang benar..yang bnar?

Aku mendengar semua setiap patah perkataan yang disebut dan aku rakamkan kedalam otak aku sambil beristighifal...masyaallah kenapa jalan macam ni yang mamat ni pilih..

Mamat ini adalah salah seorang pengikut kumpulan 'Layar Bahtera' yang sama fahamannya dengan ajaran 'Ayah Pin'..

Aku tak mahu menulis tentang apa yang diucapkan oleh mamat ni ,aku ingat klau aku bagitau sedikit pun ko rang dah boleh faham,cukuplah kalau aku bagitau salah satu apa yang diucapkan mamat ni..iaitu

"Semua Agama itu sama,klau semua penganut agama mengikut agama masing-masing dengan betul akan masuk syurga Allah"salah satu katanya.

Aku tak nak cerita pasal ni..tapi aku nak ambik salah satu ceritanya yang berkisar kepada Teori pemerintahan kerajaan sekarang..

mamat ni menerangkan bahawa pemerintahan kerajaan di Malaysia ini bermula dengan Teori 'RAHMAN' nak tak nak benda ni akan berlaku dan lihat sudah terbukti sekarang apa yang kami jangkakan..katanya penuh yakin.

Selepas kerajaan Najib memerintah, akan kaluar Teori baru iaitu Teori 'RAHIM' nak tak nak itu lah yang dah tertulis dan tidak boleh diubah..katanya lagi.

Aku bukan nak mempercayai kata-katanya itu tetapi aku ambil 'port' untuk buat penilaian tentang politik masa kini..nak kata tak percaya kot-kot masin pulak mulut mamat ni..tetapi ini kerja Allah kita tak tau.

Aku balik rumah pening jugak aku fikirkankan benda ni..
sekali lagi aku bagitau bahawa aku tak percaya benda ni cuma aku ambil 'port' untuk buat kajian politik.

Kalaulah selepas Najib bermula dengan huruf 'R' siapa agaknya ya?..yang aku terbayang sekarang ialah 'ROSMAH' eee..takkan Rosmah jadi Perdana Menteri selepas najib..'T.RAZALEIGH'takkan la pulak,tapi berkemungkinan jugak..'RAFIDAH AZIZ'tak mungkin la plak ...aaahhh!! Pening ah..

RAHIM NOOR?..eehh giler..RAHIM TAMBI CHIK?..mampuihh!


Aku harap kalau ada member yang lebih handal untuk melengkapkan teori ini..mintak bantuan..

Aku bukan nak korang percaya tapi bagi idea sebagai seorang pengkaji politik kedepan..


Anggaplah diri anda sebagai ahli nujum yang akan menyelesaikan teori 'RAHIM' ini..kah..kah..kah





CUPING : Caya tak percaya kita kaji dulu..

RMKe-10: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi dan Maju II

Posted: 10 Jun 2010 04:13 PM PDT

Tuan Yang Di-Pertua,
Teras Strategik Kelima : Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup
84. Pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan mapan tiada maknanya jika kualiti hidup segenap lapisan masyarakat tidak turut meningkat.  Oleh itu, selaras dengan konsep keadilan sosial yang diterapkan di dalam Rancangan ini, Kerajaan akan memastikan agar kemakmuran ekonomi negara diagihkan sebaiknya, supaya kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

TS5.1 Memastikan kualiti hidup yang tinggi di kawasan bandar
85. Medan persaingan ekonomi kini tidak terhenti hanya di peringkat negara tetapi antara bandar. Aktiviti ekonomi dengan sendirinya akan tertumpu di bandar dan kepadatan firma serta modal insan berpengetahuan mendorong produktiviti serta inovasi.  Dengan itu, bandar merupakan pilihan pertama dalam perjuangan mencapai pendapatan tinggi.  Cabaran yang dihadapi ialah untuk menyediakan kualiti hidup bandar untuk memastikan bahawa faedah kepadatan tidak terjejas berikutan peningkatan jenayah, pencemaran dan kesesakan, atau crime, grime and time. Hakikatnya, trend urbanisasi di Malaysia semakin meningkat.  Pada masa ini, 67 peratus daripada penduduk tinggal di kawasan bandar.  Berdasarkan kepadatan tersebut, Kerajaan akan berusaha memastikan bahawa kawasan bandar selesa didiami dengan liputan kemudahan asas yang mencukupi.  Dalam hal ini, Pelan Fizikal Negara Ke-2, yang akan dimuktamadkan pada tahun ini, mempunyai perancangan strategik dan terurus, agar dapat mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien.
86. Selain itu, Kerajaan ingin menyediakan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman bagi warga bandar menjalankan pelbagai aktiviti seperti riadah dan rekreasi. Pewujudan kawasan lapang atau hijau akan ditingkatkan. Antara contoh inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk merubah kawasan Taman Tasek Perdana, Kuala Lumpur kepada sebuah Taman Botanik dan juga pewujudan Pusat Pelancongan Malaysia Truly Asia di Kuala Lumpur.  Selain itu, kawasan pinggiran sungai atau waterfront akan diindahkan sebagai kawasan rekreasi sepertimana yang telah dilaksanakan di Sungai
Melaka.
TS5.2 Meningkatkan liputan kemudahan asas di kawasan luar bandar
87. Fokus juga akan diberikan kepada usaha meningkatkan liputan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar.  Kerajaan mensasarkan pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.  Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dan berterusan dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak juga sedang diusahakan.  Ini melibatkan penyambungan bekalan air kepada sebanyak 117,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 di Sabah dan 87,400 di Sarawak.
88. Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.  Selain daripada infrastruktur dan utiliti asas, Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan ameniti sosial serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar bandar.
TS5.3 Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam
89. Kerajaan sedang memberi keutamaan kepada usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam dalam negara.  Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab bagi merancang, mengawal selia dan menguatkuasa sistem serta operasi pengangkutan awam darat.  SPAD bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan awam yang selamat, anjal dan dengan tambang yang berpatutan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.
90. Selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada NKEA Greater Kuala Lumpur, Kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi.  Saya percaya projek ini merupakan satu lagi ikon kepada ibu negara kita dan akan memberi impak yang meluas dan spillover kepada rangkaian perniagaan berkaitan.  Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini.

91. Pembinaan terminal bas dan rel seperti Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak juga akan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengangkutan awam.  Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur, iaitu daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.  Selain itu, usaha mempertingkatkan sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandaraya lain. Untuk tujuan ini, sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor manakala bilangan bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang, untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.
TS5.4 Rakyat sihat, Masyarakat produktif
92. Masyarakat yang sihat merupakan aset dan penyumbang kepada pembangunan negara dinamik lagi produktif.  Justeru, aspek penambahbaikan tahap kesihatan rakyat akan diberi tumpuan khusus.  Akses, liputan serta kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan.  Antara inisiatif utama Kerajaan dalam hal ini adalah pembinaan 8 hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama Rancangan ini.
93. Pujangga menyebut bahawa akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas. Masyarakat yang aktif bersukan akan menjadi masyarakat yang sihat dan produktif. Tambahan lagi, sukan bukan sahaja dapat menjulang dan mengharumkan nama negara tetapi juga menjadi wadah kepada perpaduan dan integrasi nasional.  Sehubungan itu, Kerajaan, dengan kerjasama sektor swasta, akan memberi penekanan supaya aktiviti sukan dan rekreasi dijadikan aktiviti keluarga serta dibudayakan dalam kehidupan harian masyarakat.  Justeru, kemudahan sukan dan rekreasi akan dibina serta dinaiktaraf di kawasan strategik dan mudah diakses oleh orang ramai.

TS5.5 Perumahan asas kepada kesejahteraan hidup rakyat
94. Hasrat utama Kerajaan adalah untuk menyediakan perumahan mampu milik mencukupi bagi setiap segmen masyarakat, terutamanya yang berpendapatan rendah.  Kerana itu, 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah Rancangan ini. Undang-undang berkaitan akan diketatkan dan penguatkuasaan ditingkatkan ke arah memastikan rumah mampu milik dibina dengan kualiti yang sewajarnya.

95. Satu dana berjumlah 500 juta ringgit akan diperuntukkan bagi tujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta.  Dana ini didasarkan kepada kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbang oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.
TS5.6 Mempertingkatkan Keyakinan Rakyat Terhadap Keselamatan Awam
96. Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan kerana hasilnya memberi manfaat yang begitu berharga kepada rakyat.  Usaha dan strategi Kerajaan dalam menjamin keselamatan awam telah menampakkan hasilnya berdasarkan pengurangan indeks keseluruhan jenayah bagi suku pertama tahun ini.  Rondaan polis
akan dipertingkatkan, terutamanya di lima puluh hot spots yang telah dikenalpasti untuk membendung aktiviti jenayah.  Usaha ini dibantu oleh pihak RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan sukarelawan awam yang lain.  Tambahan lagi, sebanyak 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.  Program Safe Cities juga terus dilaksanakan dengan menggembeleng tenaga pelbagai agensi Kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

TS5.7 Pembangunan Masyarakat yang Progresif
97. Kata orang, tangan yang menghayun buai itu mampu saja menggegar dunia. Status wanita di dalam sesebuah masyarakat itu merupakan ukuran penting sama ada negara itu dinamik serta progresif.  Wanita adalah batu asas keluarga yang sejahtera dan tunjang kepada negara yang berjaya.  Langkah akan diambil untuk meningkatkan penyertaan wanita di pelbagai peringkat dalam sektor awam dan swasta, termasuk bidang keusahawanan.  Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.  Jadinya, saya menyeru agar sektor swasta meningkatkan penyertaan wanita, terutamanya dalam jawatan peringkat tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah.
98. Di sudut lain, generasi muda adalah generasi yang penting kerana merekalah yang akan mencorakkan masa depan negara.  Kerajaan akan bersifat akomodatif terhadap aspirasi mereka sebagai segmen terbesar warganegara.  Kita akan menjadi pendengar dan rakan kongsi yang lebih baik serta konstruktif.  Idealisma, idea dan tenaga mereka amat diperlukan negara untuk merealisasikan masa depan yang lebih baik.  Oleh itu, Kerajaan akan memperkemas sistem penyampaian program pembangunan belia sedia ada bagi memastikan generasi muda lebih produktif dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, terutamanya melalui aktiviti persatuan dan sukarelawan.  Berikutan kejayaan sambutan Hari Belia yang diadakan baru baru ini di Putrajaya, saya juga ingin mengumumkan bahawa bandar Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia yang menyediakan ruang dan peluang bagi belia menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.
99. Tidak dilupakan juga adalah golongan warga emas.  Pada tahun 2020 dianggarkan akan terdapat 3.4 juta orang warga emas di negara ini.  Kerajaan menyedari bahawa memanfaatkan golongan warga emas merupakan satu usaha yang bernilai.  Golongan ini seharusnya diberi peluang untuk meghadapi penuaan yang aktif dan produktif.  Selain itu, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan infrastruktur yang lebih mesra warga emas, meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, menyedia rumah perlindungan yang mencukupi dan mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.  Oleh itu kerjasama antara Kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak swasta perlu dipertingkatkan untuk membawa penglibatan aktif warga emas dalam aktiviti sosial dan ekonomi negara.
100. Kerajaan komited untuk meningkatkan kesejahteraan orang kurang upaya. Langkah akan terus diambil untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan.  Lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya juga akan disediakan, terutamanya dari segi pengangkutan awam serta kemudahan di premis dan bangunan.  Tumpuan juga akan diberi kepada usaha untuk mengarusperdana OKU ke dalam masyarakat supaya mereka boleh berdikari, produktif dan menjadi penyumbang yang dihargai dalam pembangunan.
TS5.8 Kemapanan alam sekitar tanggungjawab kita
101. Dalam tempoh Rancangan ini lagi, pelbagai langkah akan dilaksanakan untuk memastikan kemapanan alam sekitar.  Penekanan akan diberi kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharu dan peningkatan kecekapan tenaga.  Antara lain, Kerajaan akan memperkenalkan Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.  Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.
102. Pendekatan Kerajaan ini bukan dibuat atas dasar tanggungjawab beretika sahaja. Kerajaan akan menggalakkan pewujudan peluang ekonomi daripada usaha pemuliharaan alam sekitar.  Sebagai contoh, eko-pelancongan menyediakan pelbagai peluang menjana pendapatan bagi masyarakat setempat untuk menggalakkan pemuliharaan flora dan fauna negara.  Kita juga harus merebut peluang daripada arus perdana global, di mana permintaan bagi produk, perkhidmatan dan teknologi hijau semakin meningkat.  Dalam hal ini, saya menyeru pihak industri mengambil peluang dan menggunakan insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sebanyak RM1.5 bilion bagi mempertingkatkan aplikasi teknologi hijau dalam pengeluaran produk dan penyediaan perkhidmatan.
103. Kerajaan akan menggalakkan pewujudan perumahan mesra alam dengan memperkenalkan Garispanduan serta sistem penarafan hijau.  Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh.  Kerajaan juga akan menerajui usaha melaksanakan piawaian bangunan hijau.  Bangunan baru Kerajaan akan direkabina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.  Kecekapan tenaga bangunan sedia ada Kerajaan juga akan ditambahbaik, dan sebagai contoh suri tauladan, bangunan Pejabat Perdana Menteri akan dinaiktaraf untuk mematuhi penarafan hijau Gold Standard.
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Tuan Yang Di-Pertua,
104. Mulai RMKe-10, pelaksanaan program dan projek secara rolling plan akan diperkenalkan.  Melalui pendekatan ini, peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012. Pendekatan ini membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa Kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada Kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global.  Senarai terperinci program dan projek bagi rolling plan pertama akan dikeluarkan pada akhir bulan Ogos 2010.  Bagi melaksanakan program pembangunan RMKe-10, Kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak 230 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.  Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran am.
KESIMPULAN
Tuan Yang Di-Pertua,
105. Merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, kita bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

106. Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk.  Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.  Walau bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan.  Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan.
107. Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara penyerang terulung dunia, akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah kerana jumlah gol yang dijaringkan mungkin tidak akan dapat mengatasi jumlah gol yang dibolos lawan.  Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu.
108. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan Dusun, orang Melanau, orang Murut, orang Sikh, orang Asli, orang Serani, orang Siam, pendek katanya setiap etnik di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan makmur seperti mana hari ini.  Namun harus barang diingat, ia tidak dapat menandingi potensi sumbangan yang mampu dihasilkan oleh mereka seandai dan sekiranya dilakukan secara kolektif.

109. Lantaran itulah, saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama-sama dengan kerajaan untuk mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, Malaysia di mana semua mempunyai rasa kepunyaan, Malaysia di mana semua bakat dihargai dan digunakan sebaik-baiknya, Malaysia di mana yang menghadkan adalah hanya, sejauh mana kesanggupan individu untuk bekerja keras bagi mencapai cita-cita.

110. Suka tidak suka negara hari ini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram.  Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia.  Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan.
111. Bermula detik ini bersamalah kita memulakan perjalanan, perjalanan yang bukan mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun tetapi perjalanan yang bertali arus, sambung menyambung diwarisi pula dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.  Berusaha dan Bertawakallah mudah-mudahan kita bertemu jaya,
Insyaallah.
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan.

RMKe-10: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi dan Maju I

Posted: 10 Jun 2010 04:13 PM PDT

Tuan Yang di-Pertua,
Dengan sukacitanya saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut:-
"Bahawa Dewan ini,
menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;
merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;
meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia."
RANCANGAN KEMAKMURAN EKONOMI DAN KEADILAN SOSIAL
PENDAHULUAN
Tuan Yang Di-Pertua,
3. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala lantaran izin dan rahmatNya jua, maka pada hari penuh bermakna ini, 10 Jun 2010 bersamaan 27 Jamadil Akhir 1431, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM Ke-10) bagi tempoh 2011 hingga 2015.  Rancangan ini adalah amat kritikal
bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua,
4. Semenjak mencapai kemerdekaan lebih lima dekad lalu, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk telah meraih kejayaan demi kejayaan yang menakjubkan.  Hakikatnya, ketika banyak pihak sibuk menulis belasungkawa tentang negara tercinta ini, kita telah berjaya mengesima ketidakyakinan serta kesinisan mereka.

5. Tidak keterlaluan untuk rakyat Malaysia mendabik dada dan membuktikan bahawa dengan kepimpinan serta persekitaran yang betul, pelbagai puncak berjaya ditawan, pelbagai pancang berjaya dicapai dan pelbagai tembok telah berjaya didaki.  Hasilnya, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang bergantung kepada getah dan bijih timah, Malaysia hari ini telah muncul menjadi sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dengan asas ekonomi yang mantap.

6. Kejayaan yang digarap ini bukan datang bergolek dalam angan-angan tanpa perancangan mahupun tanpa usaha, sebaliknya ia hasil gigih kepimpinan Kerajaan berwawasan dengan sokongan padu rakyat semenjak merdeka. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi kepada kepimpinan negara dan generasi terdahulu kerana faktanya kita hari ini membuat lonjakan di atas tapak yang telah mereka bina dengan segala jerih payah dan pengorbanan begitu besar.  Secara sedar ataupun tidak, Dua Rancangan Malaya, Sembilan Rancangan Malaysia, Tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang serta satu Misi Nasional telah dan sedang dilalui sehingga kita ke pusingan pada hari ini.

7. Pada titik ini, bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa penghargaan tulus dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kelima-lima mantan Perdana Menteri sebermula daripada Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Tun Hussein Dato' Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesemuanya adalah wirawan nasional yang mana jasanya akan tertulis dan tersepuh dek tinta emas dalam lebaran tawarikh negara.  Kepada yang telah kembali menemui pencipta, kita menadah kedua tangan memohon doa agar roh mereka dirahmati dan mendapat balasan yang sewajarnya di sisi Rabbul Jalil. 
8. Tidak dapat dinafikan, rehlah negara ini meniti dan menongkah himpunan peristiwa serta pelbagai saat suka duka.  Sejarah yang dilewati itu wajar dianggap sebagai teladan berguna kepada kita namun janganlah menjadikan alasan sejarah sebagai sempadan yang memenjarakan pemikiran.  Untuk berjaya, rakyat Malaysia perlu berani berfikir di luar dari kotak penaa'kulan yang lazim.  Sehubungan dengan itu, sekalipun kerajaan menjadikan detik-detik lalu sebagai panduan dan sempadan, kita tidak boleh terperangkap dengan sindrom penjara sejarah supaya tidak menyebabkan berlakunya paralisis dari segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.

9. Bagi tempoh RMKe-9, ekonomi Malaysia dianggar berkembang pada kadar 4.2 peratus setahun dan pendapatan negara kasar per kapita akan mencecah 26,420 ringgit atau 8,260 dolar Amerika pada tahun 2010.  Tambahan lagi, ianya dicapai dalam suasana kadar inflasi yang rendah manakala kadar pengangguran dijangka pada
paras 3.6 peratus pada tahun 2010.  Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pula diunjur mengecil kepada 5.3 peratus pada tahun ini berbanding 7 peratus kepada KDNK pada tahun 2009.
10. Pelaksanaan program pembasmian kemiskinan untuk golongan sasar pula telah berjaya mengurangkan kadarnya kepada 3.8 peratus tahun 2009, berbanding 5.7 peratus tahun 2005.  Peratusan miskin tegar juga telah menurun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus dalam tempoh yang sama.
11. Bagi menangani cabaran kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008 dan 2009, Kerajaan telah memperkenalkan pula dua pakej rangsangan ekonomi bernilai 67 bilion ringgit.  Dengan izin Allah SWT, ekonomi negara telah semakin pulih dan mencatatkan pertumbuhan amat membanggakan pada kadar 10.1 peratus bagi suku pertama 2010. Ini merupakan kadar pertumbuhan tertinggi sejak 10 tahun yang lalu.  Mudah-mudahan, bagi tahun 2010 ekonomi Malaysia akan kembali cergas dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6 peratus.
Tuan Yang di-Pertua,
12. Di persada global, perjalanan kita ke arah Wawasan 2020 penuh dengan cabaran getir dan tidak menentu.  Hari ini, pentas ekonomi dunia telah banyak berubah dan Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos yang rendah untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.  Arus globalisasi, liberalisasi dan negara-negara seperti China, India, Brazil, Russia, Timur Tengah dan juga negara-negara jiran telah mewujudkan persaingan sengit kepada usaha untuk menarik lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan.

13. Selain daripada faktor persekitaran ekonomi dunia, Malaysia juga menghadapi pelbagai cabaran domestik dalam usaha melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama bertujuan melaksanakan dasar fiskal yang berhemah.  Antara cabaran utama adalah untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif dan membentuk gagasan modal insan berkualiti tinggi, bagi membolehkan anjakan ke tahap nilai ditambah dan produktiviti yang mantap.
Tuan Yang Di-Pertua,
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH-MELANGKAH KE HADAPAN
14. RMKe-10 telah dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan.  Dalam rancangan ini, Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasar untuk meningkat kepada 38,850 ringgit, atau 12,140 dolar Amerika, pada tahun 2015.  Ini memerlukan KDNK sebenar berkembang pada kadar 6 peratus setahun.  Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

15. Cabaran besar Rancangan ini adalah untuk memangkin pelaburan swasta ke tahap yang lebih cergas, di mana ianya disasar berkembang 12.8 peratus atau 115 bilion ringgit setahun.  Pada masa yang sama, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.  Selain itu, Kerajaan akan berusaha tanpa jemu memastikan bahawa taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.

Tuan Yang Di-Pertua,
RMKe-10 -10 Premis Utama
16. Sesungguhnya tumpuan mentransformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020 memerlukan penekanan yang khusus dan menyeluruh. Seluruh tenaga dan fikiran perlu digembleng ke arah mencapai objektif ini.  Rancangan ini digagaskan daripada 10 idea yang kini diterjemahkan sebagai 10 premis utama seperti berikut:
Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
RMKe-10 - Lima Teras Strategik
17. Dalam menerajui hala tuju bagi mencapai aspirasi RMKe-10, lima teras strategik utama telah dikenalpasti ke arah mencapai objektif serta sasaran yang telah ditetapkan dalam rancangan ini.  Lima teras tersebut adalah seperti berikut:
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi;
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup;
Tuan Yang Di-Pertua,
Teras Strategik Pertama : Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA
18. Proses transformasi negara menuntut kepada transformasi jentera Kerajaan bagi menyokong peralihan ekonomi.  Untuk muncul sebagai negara berdaya saing di peringkat global, Kerajaan perlu berubah seumpama syarikat yang berdaya saing. Untuk meneruskan aspirasi kita bagi menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, kita tidak boleh lagi mengambil langkah berdikit-dikit malahan Kerajaan telah mula mengambil langkah transformational, pada masa yang sama mempertahankan agenda keadilan sosial. Bagi maksud ini, Kerajaan akan berpegang kepada 4 tiang utama yakni formula empat campur empat.
19. Dua komponen ini boleh dibahagikan kepada 4 Tiang Utama, terdiri daripada Pertama: Falsafah induk 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan; Kedua: Program Transformasi Kerajaan atau GTP; Ketiga: Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan Keempat: Dua rancangan pembangunan lima tahun yakni Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh dan Rancangan Malaysia Ke-Sebelas.  Empat tiang utama ini pula didokong oleh empat nilai asas pelengkap.  Pertama: Membudayakan Kreativiti dan Inovasi.  Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.  Ketiga: Nilai untuk wang atau Value for money dan Keempat: Nilai Integriti. Jika diibaratkan seumpama rumah, bumbungnya adalah falsafah induk 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, dindingnya adalah GTP dan ETP serta lantainya yang sedang kita bina adalah RMKe10 dan RMKe-11.  Manakala ibaratnya lagi tangga menaiki rumah 1Malaysia ini adalah dasar-dasar keadilan sosial dan budaya pencapaian tinggi.
20. Selanjutnya, langkah transformasi Kerajaan yang sedang dilaksana dimulakan dengan pelaksanaan enam bidang keutamaan nasional atau yang lebih dikenali sebagai NKRA.  Dengan NKRA tersebut, Kerajaan bertekad untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam bandar.  Bagi memastikan kehendak dan keperluan rakyat diambil kira, pendekatan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk sektor awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) telah diguna pakai.
21. Sehingga kini, Alhamdulillah, kebanyakan inisiatif di bawah NKRA telah membuahkan hasil.  Sebagai contoh, bagi NKRA jenayah, kadarnya telah dikurangkan sebanyak 15 peratus pada suku tahun pertama berbanding sasaran sebanyak 5 peratus bagi tahun 2010.  Dalam usaha untuk membanteras rasuah, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini pada bulan April lalu.  Bagi NKRA pengangkutan awam bandar, usaha penyelarasan laluan bas awam di bandar-bandar utama telah berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 peratus.  Bagi NKRA pendidikan pula, seramai 18,000 kanak-kanak telah menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.
22.Inisiatif yang berterusan telah dikenal pasti oleh PEMUDAH dalam usaha meningkatkan kecekapan dan menambahbaik prosedur Kerajaan. Ini telah membuahkan hasil yang ketara dalam beberapa bidang.  Misalannya, bermula 1 April 2010, tempoh masa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan telah dikurangkan kepada 3 hari berbanding 11 hari.  Kini, pendaftaran pindah milik tanah boleh diselesaikan dalam tempoh satu hari berbanding 30 hari sebelum ini.  Bermula 11 Mei 2010 pula, terdapat 26 lokasi di seluruh negara yang menawarkan kemudahan pemprosesan pasport antarabangsa Malaysia dalam tempoh satu jam.

TS1.1 Peralihan tumpuan kepada infrastruktur bukan fizikal
23. Mara ke depan, Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal, termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran, serta keupayaan inovasi yang lebih mantap.  Dalam pada itu, peruntukan RMKe-10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMKe-9.  Tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka, ke arah memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan.

24. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan usaha menggalakkan sektor swasta untuk turut serta melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan kemahiran.  Menyokong hasrat ini, Kerajaan akan menyumbar pelaksanaan perolehan perkhidmatan daripada sektor swasta.  Maksudnya, sektor swasta akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran pada kos yang kompetitif.
TS1.2 Menambah baik usaha pembangunan modal insan dalam sektor awam
25. Kita maklum bahawa, penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap dan berkesan berkait rapat dengan kecemerlangan sumber manusia.  Bagi mengekalkan bakat berkualiti dalam perkhidmatan awam, rangka kerja pengurusan sumber manusia dan pembangunan kerjaya akan ditambah baik.  Peluang kepada penjawat awam untuk menambah ilmu dan kepakaran masing-masing juga akan diperluaskan.  Dalam hal ini, sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk
meningkatkan kompetensi mereka.

Tuan Yang DiPertua,
Teras Strategik Kedua : Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
TS2.1 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
26. Satu pendekatan utama dalam peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi adalah mengamalkan strategi berteraskan pengkhususan.  Rancangan ini akan memberi tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara atau NKEA yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi.  Selain daripada 11 sektor ekonomi, Lingkungan besar atau Greater Kuala Lumpur juga telah dipilih kerana ianya berpotensi menjadi bandar bertaraf dunia yang boleh menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara.  Butiran terperinci NKEA bakal dimuktamadkan dengan Program Transformasi Ekonomi akan diumumkan pada bulan Oktober nanti.
Berikut adalah NKEA yang telah dikenalpasti:
(i) Minyak dan gas;
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan;
(iii) Perkhidmatan kewangan;
(iv) Pemborongan dan peruncitan;
(v) Pelancongan;
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
(vii) Perkhidmatan Pendidikan;
(viii) Elektrik dan elektronik;
(ix) Perkhidmatan perniagaan;
(x) Penjagaan kesihatan swasta;
(xi) Pertanian; dan
(xii) Greater Kuala Lumpur.
Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
27. Selain daripada itu, penyerapan penggunaan kaedah yang berasaskan teknologi tinggi akan juga diberi tumpuan dalam perancangan dan penyelarasan perlaksanaan NKEA.  Pelantar teknologi seperti bioteknologi, nanoteknologi, dan kejuruteraan tinggi bakal melonjakkan impak pertumbuhan dari NKEA yang dikenalpasti.
28. Bagi sektor-sektor ekonomi yang tidak tersenarai di dalam NKEA pula, antaranya seperti teknologi hijau, automotif, aeroangkasa dan logistik, usaha memajukan sektor-sektor ini akan terus dipandu oleh kementerian, agensi dan majlis-majlis yang berkaitan.
TS2.2 Mewujudkan Ekonomi Diterajui Sektor Swasta
29. Sememangnya, sasaran pertumbuhan enam peratus setahun bagi tempoh Rancangan ini memerlukan lonjakan ketara dalam kerancakan aktiviti pelaburan dengan diterajui oleh pelaburan swasta yang lebih cergas.  Bagi mencapai maksud ini, Malaysian Investment Development Authority (MIDA) telah dikorporat dan dijenama semula.  Di samping itu, peraturan perniagaan yang lapuk akan dilupuskan.  Perbadanan Produktivti Malaysia (MPC) pula akan disusun kembali untuk menerajui kajian peraturan perniagaan secara menyeluruh bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor-sektor utama ekonomi.
30. Adalah lazim, persaingan sihat pasaran diperlukan untuk menjadikan ekonomi lebih efisien dan dinamik.  Sehubungan dengan ini, Undang-undang Persaingan sedang diberi penelitian untuk menyediakan rangka kawalan terhadap manipulasi pasaran dan kewujudan amalan kartel yang boleh menjejas kecekapan pasaran.  Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
31. Di sudut lain, negara China, India dan Timur Tengah adalah merupakan antara negara yang pesat membangun.  Malaysia yang mempunyai hubungan sejarah, perdagangan dan kedudukan geografi strategik perlu mempereratkan lagi hubungan dengan negara-negara ini termasuklah Asia Timur.  Oleh itu, Malaysia akan memberi tumpuan yang lebih untuk membangunkan pasaran serantau melalui promosi dan perjanjian perdagangan.  Di samping itu, kita akan terus mengukuhkan hubungan ekonomi sedia ada seperti di benua Eropah dan Amerika Syarikat.

32. Saya yakin dengan usaha yang dibuat ini, akan menjadikan Malaysia antara destinasi terbaik untuk menjalankan perniagaan, terutamanya di rantau Asia. Mengikut laporan Bank Dunia, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-23 teratas antara 183 negara di dunia dalam kecekapan urusan menjalankan perniagaan.  Kerajaan percaya, negara mampu berada di kedudukan antara negara ke-10 teratas menjelang 2015.

33. Hal tersebut tadi bukanlah perkara yang mustahil kerana dalam tempoh satu tahun sahaja, kita telah berjaya berada antara sepuluh negara paling kompetitif di dunia seperti dilaporkan oleh Institute for Management Development.  Malaysia adalah satu-satunya negara OIC dan NAM yang tergolong dalam senarai ini.  Namun begitu, Kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dan akan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik dunia pada masa mendatang.
TS2.3 Perkongsian Awam-Swasta
34. Seterusnya, perkongsian pintar dan berkesan antara sektor awam dan swasta akan diamalkan sebagai mekanisma penggerak agenda transformasi ekonomi.  Fasa baru perkongsian awam-swasta (PPP) akan dilangsungkan dengan memastikan perkongsian risiko dan pulangan saksama yang berimpak besar.
35. Setakat ini, 52 projek berimpak tinggi telah dikenalpasti untuk dilaksanakan yang bernilai 63 bilion ringgit.  Ini termasuk:-
Pertama: Tujuh buah lebuhraya dengan anggaran kos sebanyak 19 bilion ringgit.  Projek termasuk Lebuhraya Pantai Barat, Lebuhraya Guthrie - Damansara, Lebuhraya Sungai Juru dan Lebuhraya Paroi - Senawang- KLIA;
Kedua: Dua buah Projek Loji Jana Kuasa Elektrik Arang Batu dengan anggaran kos sebanyak 7 bilion ringgit; dan
Ketiga: Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, Selangor seluas lebih kurang 3,300 ekar dengan anggaran kos sebanyak 10 bilion ringgit.
36. Pihak swasta juga akan berpeluang menyertai pembangunan beberapa projek lain yang dipimpin syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).  Ini termasuk projek-projek, seperti Projek Pembangunan Strategik Kuala Lumpur oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meliputi kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi, dan KL International Financial District di Kuala Lumpur, pembinaan Loji Re-gasification Gas Asli Cecair (LNG) oleh PETRONAS di Melaka dengan anggaran kos 3 bilion ringgit serta pelaburan dua relau pelebur aluminium di SCORE Sarawak berjumlah 18 bilion ringgit.
37. Bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek-projek ini, dana berjumlah 20 bilion ringgit akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau Facilitation Fund.  Dana ini bertujuan membantu merapatkan jurang daya maju pelaburan swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi dan mempunyai kesan limpahan ekonomi besar, dengan syarat projek tersebut mempunyai impak strategik tinggi dalam pembangunan ekonomi negara.  Melalui dana ini, adalah dijangkakan Kerajaan dapat menarik pelaburan swasta berjumlah sekurang-kurangnya 200 bilion ringgit dalam tempoh Rancangan.  Projek yang sedang dipertimbangkan untuk dibiayai di bawah Dana ini termasuklah Penambakan Tanah di Westport, Pelabuhan Kelang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur, Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
TS 2.4 Pertumbuhan Dipacu Inovasi
38. Seperti yang diketahui, pertumbuhan ekonomi negara sudah sekian lama didorong oleh pertambahan faktor pengeluaran, dengan sumbangan besar pelaburan, tenaga dan pekerja.  Kita, kini perlu beralih kepada pertumbuhan berasaskan produktiviti yang dipacu inovasi.  Untuk maksud itu, Kerajaan akan menubuhkan sebuah unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
39. Satu langkah penting dalam Rancangan ini ialah menambahbaik kaedah pembiayaan bagi syarikat modal teroka awam.  Pada masa ini, pembiayaan Kerajaan kepada syarikat modal teroka awam, seperti Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Malaysian Venture Capital (MAVCAP), disediakan melalui pinjaman jangka panjang.  Dalam Rancangan ini, pembiayaan akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.  Pembiayaan ekuiti ini akan disepadan dengan profil risiko pelaburan modal teroka.  Ke arah ini, Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak 500 juta ringgit akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka Kerajaan.  Bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi, Kerajaan akan menubuhkan Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak 150 juta ringgit.  Matlamat Dana ini, bertujuan menyokong syarikat sehingga mereka dapat menjana nilai komersil yang cukup bagi menarik pembiayaan modal teroka dan sumber pembiayaan lain.

40. Kita sedar, ramai usahawan telah gagal dek kerana terkesan oleh risiko perniagaan di luar jangkaan. Adalah merupakan satu tragedi jika seorang usahawan yang berkaliber dan berwibawa tidak diberi peluang kedua untuk bangkit semula dan menjadi usahawan yang berjaya.  Kita juga sedar banyak individu, perniagaan dan inisiatif inovasi yang telah gagal kali pertama, tetapi mampu berjaya kemudiannya. Justeru, undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
TS2.5 Membina Infrastruktur Bertaraf Dunia
41. RMKe-10 akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan prasarana untuk menyokong pertumbuhan negara, di samping memastikan kesejahteraan segenap lapisan rakyat.  Pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri.  Usaha ini akan dilengkapi dengan Jalur Lebar untuk orang awam yang akan memberi liputan ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar.  Bagi penduduk di luar bandar, perkhidmatan rangkaian akses kepada jalur lebar akan disediakan melalui prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan yang pelbagai.
42. Pembangunan rangkaian pengangkutan multimodal yang lebih luas dan efisien juga diperlukan untuk menyokong pertumbuhan negara.  Antara projek utama yang sedang dilaksanakan, termasuk Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu dalam Fasa 2, yang akan disiapkan dalam tempoh Rancangan ini, dengan kos keseluruhan sebanyak 3.7 bilion ringgit.  Lebuhraya tersebut juga akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.  Ini akan menyumbang kepada pertumbuhan di pantai timur di samping meningkatkan jalan raya ke pedalaman, seperti jalan raya menghubungkan Kuala Lipis ke Cameron Highland dan dari Jerantut ke Sungai Lembing.  Selain daripada itu, projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru, dengan kos anggaran sebanyak 8 bilion ringgit, akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Bahru di selatan.  Projek lain pula melibatkan loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara.
TS2.6 Dasar Baru Tenaga
43. Dalam Rancangan ini, bekalan tenaga juga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.  Dasar Baru Tenaga telah mengenal pasti lima pendekatan yakni:-
Pertama: merasionalkan harga tenaga mengambil kira faktor pasaran secara berperingkat selaras dengan kedudukan ekonomi semasa negara serta kemampuan rakyat;
Kedua: pembangunan bekalan tenaga secara lebih strategik dengan mempelbagaikan sumber tenaga, termasuk sumber tenaga boleh diperbaharu.  Tenaga nuklear juga akan dipertimbangkan sebagai tenaga alternatif;
Ketiga: meningkatkan pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga di sektor industri, komersil, kediaman dan pengangkutan;
Keempat: menambahbaik tadbir urus bagi menyokong peralihan kepada prinsip pasaran serta mewujudkan mekanisme penyaluran bantuan sosial kepada golongan berpendapatan rendah; dan
Kelima: memastikan Dasar Baru Tenaga dilaksana berdasarkan pendekatan bersepadu dalam tempoh yang ditetapkan supaya matlamat jaminan bekalan tenaga akan dapat dicapai.
TS2.7 Pembangunan Kluster
44. Pembangunan ekonomi wilayah akan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster perbandaran berdensiti yang berteraskan industri bernilai tinggi untuk menarik pelaburan dan tenaga kerja mahir.  Langkah ini bertujuan menjadikan beberapa bandar raya di Malaysia sebagai destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
45. Pendekatan pembangunan berasaskan kluster dalam koridor akan memanfaatkan potensi dan sumber yang ada bagi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan koridor berkenaan.  Pembangunan kluster akan ditumpukan kepada sektor-sektor terpilih dengan mengenalpasti aktiviti dan pelabur utama, termasuk GLC dan syarikat swasta, untuk menerajui pembangunannya dalam pembangunan koridor berkenaan. Kemudiannya, pembangunan kelompok-kelompok ini di seluruh bandar di Malaysia dijangka akan diintegrasikan supaya kawasan-kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang mengelilingi bandar-bandar besar ini akan mendapat manfaat secara langsung.
TS2.8 Membangunkan SME Sebagai Jentera Pertumbuhan dan Inovasi
46. Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara.  Kerajaan akan terus menyokong pembangunan SME, termasuk syarikat-syarikat kecil yang masih di peringkat awal untuk berkembang sehingga ke tahap global.  Di samping itu, kita juga perlu menggalakkan SME asing untuk bekerjasama dengan SME tempatan supaya sama-sama mendapat manfaat daripada peralihan teknologi dan membuka pasaran yang lebih luas, khususnya dalam sektor teknologi moden.

47. Untuk memastikan SME mendapat akses yang mudah kepada kemudahan pembiayaan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah 7 bilion ringgit dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri berjumlah 3 bilion ringgit.  Hal ini telah saya umumkan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua.  Keseluruhan 7 bilion ringgit di bawah Skim Jaminan Modal Kerja telah pun diluluskan. Memandangkan sambutan kepada Skim Jaminan Modal Kerja amat menggalakkan, Kerajaan akan menambah tiga billion ringgit lagi, menjadikan jumlah semuanya kepada 10 bilion ringgit.

48. Di sudut ini, kerajaan sedar bahawa terdapat SME tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi masalah untuk bertapak di pasaran domestik.  Terdapat juga SME yang telah memperolehi pengiktirafan tempatan atau anugerah antarabangsa dari segi kualiti dan inovasi.  Sehubungan itu,
SME tersebut akan diberi akses green lane atau keutamaan dalam proses bidaan perolehan Kerajaan mahupun syarikat berkaitan Kerajaan.

49. Di samping itu, Kerajaan juga memandang serius terhadap kesediaan kemudahan kredit supaya para usahawan dapat lebih giat lagi menceburi bidang SME. Sehubungan dengan ini, Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang efektif kepada para usahawan SME kelaknya nanti.  Selain itu, SME Corp pula akan diberi peruntukan yang secukupnya bagi memastikan SME yang berpotensi untuk berjaya dapat dibantu dengan sewajarnya.
Tuan Yang Di-Pertua,
Teras Strategik Ketiga : Pembangunan Sosio-Ekonomi Secara Inklusif
50. Keterangkuman atau inclusiveness merupakan pra-syarat bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara. Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir.
51. Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Prinsip progresif dan pragmatisme akan memandu dasar-dasar negara demi kepentingan rakyat. Namun kita akan tetap akur kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan persekutuan yang
akan sentiasa dijunjung dan dihormati.
TS3.1: Penyertaan Masyarakat Bumiputera dalam ekonomi negara
52. Agenda pembangunan Bumiputera akan terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dengan pengagihan.  Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik yang lebih mencabar, tibalah masanya untuk kita melaksanakan transformasi di dalam agenda pembangunan Bumiputera bagi mewujudkan penyertaan syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan berdaya maju.  Pendekatan baru ini akan berasaskan kepada empat prinsip utama, iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.
53. Keutamaan akan diberikan kepada aspek meningkatkan keupayaan syarikat Bumiputera.  Dalam hal ini, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan nilai ditambah dan membina ke atas kejayaan yang telah dicapai sebelum ini.  Syarikat Bumiputera berpotensi yang telah membuktikan kebolehan serta kewibawaan  mereka akan disokong untuk maju ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan supaya syarikat-syarikat ini dapat merealisasikan kemampuan mereka secara optimum.
54. Matlamat penstrukturan penyertaan syarikat Bumiputera pada awal tahun 1970-an telah memberi tumpuan kepada hakmilik ekuiti.  Pengukuran penyertaan Bumiputera akan diperluaskan kepada aset kewangan dan bukan kewangan, seperti hartanah dan premis perniagaan, termasuk juga guna tenaga profesional.  Kaedah yang lebih holistik dan komprehensif ini memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek pemilikan kekayaan, tetapi juga aspek peningkatan pendapatan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. Pada masa yang sama, sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat
Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro masih kekal.
55. Sehubungan itu, untuk memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, lima inisiatif strategik telah dikenalpasti untuk dilaksanakan seperti berikut:
Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.  Dalam hal ini, program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan seperti PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas
pemilikan dan kawalan ekuiti Bumiputera.
Dalam konteks ini, Kerajaan telah menubuhkan EKUINAS sebagai institusi pelaburan ekuiti swasta Bumiputera.  Fungsi EKUINAS adalah mirip kepada Permodalan Nasional Berhad, dengan penekanan khusus untuk melabur ke dalam syarikat sederhana besar yang berpotensi tinggi, agar dapat disokong sehingga menjadi jaguh serta peneraju utama dalam sektor masing-masing.
EKUINAS membawa pendekatan baru yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.  Sehubungan itu, Kerajaan akan menyokong usahawan Bumiputera berwibawa dan golongan profesional Bumiputera berkeupayaan untuk mengembangkan syarikat masing-masing ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di arena serantau dan peringkat antarabangsa.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.  Dalam konteks ini, Pelaburan Hartanah Berhad akan menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah untuk mengurangkan kekangan kepada Bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri, serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai  hartanah tersebut.  Selain itu, Kampong Bharu merupakan aset Bumiputera yang berharga di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur.  Kampong Bharu perlu dibangunkan semula supaya pemilik tanah dapat merealisasikan nilai sebenar hartanah mereka tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemegang asal tanah-tanah di kawasan ini.
Ketiga: Menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.  Dalam hal ini, pakej secara bersepadu akan dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing dan daya maju Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), termasuk latihan keusahawanan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan  pemasaran.  Bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pembiayaan, sebanyak 1.5 bilion ringgit atau separuh daripada tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak tiga billion ringgit, yang saya umumkan tadi, akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera.  Di samping itu, organisasi pembangunan keusahawanan seperti MARA dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan diperkukuhkan.  Untuk itu, peruntukan sebanyak tiga bilion ringgit akan disediakan;
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Dari segi pembangunan guna tenaga, kita telah berjaya melahirkan banyak profesional Bumiputera, termasuk ahli korporat, akauntan, jurutera, doktor pakar dan peguam.  Kini, tiada profesion di Malaysia yang tidak diceburi oleh Bumiputera.  Malahan profesional Bumiputera telah menerajui profesion kejuruteraan, perubatan, guaman, juru ukur dan seni bina.  Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2008, guna tenaga profesional Bumiputera telah meningkat daripada 56 peratus kepada 63 peratus, sementara di bidang pentadbiran dan pengurusan pula, daripada 46 peratus kepada 51 peratus; dan
Kelima: Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.  Majlis ini akan diketuai oleh saya sendiri, dan dianggotai oleh beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta.  Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, akan menjadi urusetia kepada Majlis ini manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.
TS3.2: Meneruskan Dasar Keadilan sosial
56. Kerajaan menyedari tanggungjawab dan komitmen dari kuasa politik yang diberikan oleh rakyat terhadap matlamat keadilan sosial.  Oleh itu, Kerajaan bertekad akan memperhebat dasar-dasar yang mengutamakan keadilan sosial.  Saya percaya masalah yang dihadapi oleh rakyat, sama ada di kampung pedalaman, estet atau kampung baru Cina, boleh diatasi sekiranya perhatian yang khusus diberikan untuk menanganinya.  Oleh kerana itulah, melalui tinjauan mesra, saya inginkan maklum balas tentang kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.
57. Rancangan Malaysia Ke-10 ini juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
58. Sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan market distortions dan penyelewengan.  Walau bagaimanapun, keputusan berhubung pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.  Di atas segalanya saya memberi jaminan, dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing.

59. Fokus khusus akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia. Masih terdapat mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan air, dan jauh daripada kemudahan kesihatan.  Anak-anak bersekolah terpaksa berjalan jauh, merentasi jalan yang kadang kala berdebu atau lecak berlumpur dan terdapat juga antara mereka terpaksa merentas sungai untuk menimba ilmu di sekolah.  Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.  Saya ingin memastikan bahawa kemakmuran pembangunan negara turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, sekadar memberi contoh, dari perkampungan Melayu di Grik, Perak; perkampungan Orang Asli di Pos Titom di Cameron Highlands; pekerja India di estet Ladang Mary, Kuala Selangor; masyarakat Kampung Baru Cina di Pasir Hitam, Perak; masyarakat Iban di Mujong Balleh, Sarawak; dan masyarakat Rungus di Kudat, Sabah.

60. Untuk ini, Kerajaan akan mempergiatkan pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas. Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.  Ini akan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada program pembangunan pertanian secara bersepadu menggunakan pendekatan agropolitan dan contract farming.  Mereka juga akan diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan latihan kemahiran.
61. Tumpuan juga akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan displaced estate workers.  Sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan terletak tidak melebihi 5 kilometer daripada paip utama akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak 109 juta ringgit.  Program latihan kemahiran pula akan disediakan, terutamanya kepada golongan muda pelbagai kaum yang tercicir daripada persekolahan, bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.  Bagi mereka yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan, akses kepada kemudahan mikro kredit AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar.  Kemudahan pinjaman ini akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan bagi membina keupayaan mereka dalam bidang seperti pengurusan kewangan, penyediaan rancangan perniagaan, pemasaran dan promosi. Latihan ini akan dijalankan di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pusat GiatMara dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).
62. Penduduk yang tinggal di kawasan kampung baru Cina akan juga diberi bantuan.  Kini, terdapat 280,000 isi rumah yang tinggal di kawasan kampung baru Cina.  Untuk membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan, mereka akan disediakan pinjaman mudah yang akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional.  Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan sebanyak 100 juta ringgit akan disediakan.  Selain daripada itu, untuk menangani isu-isu masyarakat yang lain, Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet mengenai Hal Ehwal Kaum India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan diteruskan.
Tuan Yang Di-Pertua,
Teras Strategik Keempat : Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
63. Persaingan untuk modal insan juga semakin meningkat, di mana banyak negara, terutamanya negara maju, mengamalkan dasar keterbukaan yang komprehensif dalam usaha menarik modal insan yang cemerlang termasuk di kalangan rakyat Malaysia.  Tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi merupakan cutting edge kepada daya saing negara.  Dalam hal ini, Kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.  Di samping menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik, kerajaan juga akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
TS4.1 Peningkatan Kualiti Pelajar
64. Untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar, nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.  Bagi mencapai matlamat ini, program pensiswazahan guru akan dipergiatkan.  Bagi memperhebat kualiti guru prasekolah pula, syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.  Kerajaan berhasrat menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan kepada calon yang cemerlang.

65. Bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan, lulusan Unified Examination Certificate (UEC) yang telah memiliki sijil SPM akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina.  Pertimbangan yang sama juga
akan diberi kepada lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.
66. Dalam aspek ini juga, Kerajaan telah menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.  Sejumlah 20 buah sekolah telah diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.  Bilangan SBT akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012.  Sekolah-sekolah ini terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
67. Sekolah Amanah, atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah Kerajaan yang terpilih. Sekolah-sekolah tersebut akan diberi autonomi oleh Kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.   Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubahsuai kurikulum pembelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan, memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru dan staf sokongan.

68. Kerajaan akan terus membantu sekolah bantuan modal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak pengurusan sekolah.  Bagi tujuan mengubah suai dan menaik taraf sekolah bantuan modal, peruntukan sebanyak 280 juta ringgit akan disalurkan bagi tempoh 2011 dan 2012. Dengan ini, setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh (mission schools) akan memperolehi peruntukan tambahan sebanyak 70 juta ringgit setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.  Tambahan lagi, bagi membiayai pembayaran utiliti, Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga dua ribu ringgit sebulan bagi setiap sekolah bantuan modal.  Peruntukan ini akan melibatkan hampir 1,900 buah sekolah bantuan modal.
69. Anak-anak adalah harta dan warisan paling berharga kepada manusia.  Merekalah masa depan kita.  Adalah menjadi komitmen kerajaan untuk memberikan aset negara ini segala kelebihan untuk mereka berjaya dalam hidup kemudian hari yang penuh persaingan dan cabaran.  Pelaburan terhadap mereka adalah pelaburan terhadap masa depan negara.  Untuk itu, kita telah pun menjadikan pendidikan awal kanak-kanak sebagai agenda penting nasional melalui program PERMATA.
70. Mengikut kajian pakar tentang kanak-kanak, secara amnya akan terdapat seorang yang pintar cerdas dari kalangan 10,000 kanak-kanak.  Mengikut statistik 2007, jumlah kanak-kanak di bawah umur 14 tahun di Malaysia adalah seramai 8.9 juta.  Dari itu, berasaskan rasional ini, kita boleh menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 orang pintar cerdas dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.

71. Penyertaan kanak-kanak yang berumur antara empat hingga lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.  Sasaran ini akan dicapai melalui penambahan kelas prasekolah di sekolah rendah Kerajaan dan menggalakkan sektor swasta
menyediakan pendidikan prasekolah.  Insentif sebanyak 10 ribu ringgit akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
72. Selain daripada memperkukuhkan program prasekolah, Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur persekolahan formal daripada 6 tahun kepada 5 tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.  Langkah ini akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arah memperkasakan pembangunan awal kanak-kanak.
TS4.2 Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
73. Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik.  Sebaliknya di negara kita, ianya dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad.  Andaian negatif ini harus disangkal.  Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka.  Seramai 100,000 lepasan SPM atau 22 peratus memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran. Bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan teknikal dan latihan vokasional, kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan dipertingkatkan.  Dalam hal ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal dan latihan vokasional.  Sijil Kemahiran Malaysia pula akan dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi  kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.  Saya percaya bahawa ini akan meningkatkan keyakinan dan mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional.
74. Kini, hanya 23 peratus sahaja daripada tenaga kerja kita merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.  Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju yang lain.  Kita perlu meningkatkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.  Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam melatih pekerja berkemahiran tinggi, Kerajaan akan mengambil langkah berikut:
Pertama: memperluas liputan geran sepadan Tabung Pembangunan Sumber Manusia serta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu majikan industri kecil juga sederhana melatih pekerja mereka;
Kedua: menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan.  Sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan dianggar memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 38,000 pekerja;
Ketiga: menubuhkan tabung untuk pembiayaan bersama, iaitu Kerajaan dan majikan sama-sama membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang
yang berkaitan dengan industri di mana pekerja itu bekerja;
Keempat: memperluas pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan kandungan latihan sebanyak 70 peratus secara hands on di tempat kerja dan 30 peratus latihan teori di institusi latihan.  Pada masa ini, SLDN disediakan kepada pekerja dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.  Melangkah ke hadapan,
program ini akan juga merangkumi pelajar yang tidak menamatkan 11 tahun persekolahan;
Kelima: mempergiat pelaksanaan pengiktirafan pencapaian terdahulu atau Recognition of Prior Learning, iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada 60,000 pekerja setahun dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pekerja yang diperoleh di tempat kerja; dan
Keenam: Menggalakkan sektor swasta dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional menerusi kaedah PPP.
TS4.3 Peningkatan Kompetensi Graduan
75. Untuk meningkatkan kompetensi graduan, employability atau boleh upaya diambil kerja graduan akan dijadikan satu daripada KPI universiti.  Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti akan bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI yang ditetapkan.  Di samping itu, Kerajaan akan memberi autonomi kepada universiti secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.
76. Kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD, iaitu 75 peratus bagi Universiti Penyelidikan atau Research University, dan 60 peratus bagi universiti awam lain. Bagi mencapai sasaran ini, pelaksanaan program MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dengan matlamat meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015, akan dipergiatkan.  Di samping itu, pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.
77. IPT memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) di negara ini.  Ahli akademik dalam pelbagai bidang kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, konsep atau teori baru yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih lagi terkini.  Terdapat hubungan yang signifikan di antara pertumbuhan ekonomi dan kegiatan R&D pengajian tinggi.  Justeru, bagi menggalakkan kegiatan R&D, Kerajaan telah mengiktiraf UM, UKM, UPM dan USM sebagai universiti penyelidikan.  Bagi melonjakkan lagi R&D dalam tempoh Rancangan ini terutamanya dalam bidang teknologi dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan secara rasmi bahawa sebuah lagi IPTA sudah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan.  Universiti tersebut ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
TS4.4 Meningkat Kecekapan Pasaran Tenaga Kerja
78. Kecekapan pasaran buruh negara perlu dipertingkatkan.  Sehubungan dengan ini, undang-undang perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan keseimbangan antara kelenturan pasaran buruh dan jaminan pekerjaan.
79. Pada masa ini, negara mempunyai seramai lebih kurang 1.9 juta pekerja asing. Memang tidak dinafikan, kita masih memerlukan mereka, khususnya dalam pekerjaan yang tidak diminati oleh pekerja tempatan.  Walau bagaimanapun, kebergantungan secara terusan terhadap pekerja asing tidak mahir akan menghalang hasrat kita untuk beralih kepada aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.  Oleh itu, dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan memperkenal kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.  Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan  bagi pekerja kurang mahir. Kadar tersebut akan ditingkatkan setiap tahun.
80. Dalam konteks ini juga, untuk menarik lebih ramai tenaga kerja mahir ke negara ini, Kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation yang akan mengenal pasti kekurangan kemahiran di sektor-sektor utama, serta menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan.  Dalam kita berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi, terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia yang berkemahiran masih berkerja di luar negara.  Oleh itu, Talent Corporation juga akan meneraju inisiatif menarik rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk menyumbang kepada keperluan tenaga kerja mahir negara.
81. Untuk ini, Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran yang bersepadu dengan kerjasama sektor awam dan swasta.  Di samping itu, Talent Corporation akan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.
82. Bagi menggembleng potensi intelektual dan kepakaran yang sedia ada di IPTA, kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Profesor Negara yang telah saya lancarkan baru-baru ini. Kepakaran seramai lebih 1,400 Profesor di IPTA seluruh negara akan dapat dimanfaatkan melalui prakarsa ini. Salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti.  Untuk itu, kita mahukan institusi pengajian tinggi awam mempunyai murabbi yakni tenaga pengajar dan penyelidik yang terbaik dan bermotivasi.
83. Kerana itulah, kerajaan telah mengumumkan skim perkhidmatan yang lebih baik untuk Profesor di IPTA dan pensyarah Institut Perguruan.  Di bawah penambahbaikan skim ini, satu kategori baru iaitu Profesor Kanan telah diwujudkan dengan diletakkan di bawah tangga gaji Gred Turus. Pelantikan ke peringkat ini hanya akan dihadkan mengikut kelayakan dan keupayaan individu terbabit, tanpa ada sekatan angka siling tertentu.  Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk memperkasa gelaran Profesor Di Raja yang sedia ada dengan pakej remuneration yang lebih setimpal dengan wibawa pemegang gelaran ini.

Pemuda Johor gesa Pemuda sebagai 'Pendesak Kerajaan'

Posted: 10 Jun 2010 04:10 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun - Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group adalah merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.

Malah pihak Umno/BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.

Perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu dalam perbahasan ucapan Ketua Pemuda itu mendesak agar satu himpunan secara besar-besaran diadakan sebagai tanda membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Mohd Alias juga berkata Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.

Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, katanya sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyal L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.

Isu penyerahan tanah milik KTMB kepada Singapura turut menarik perhatian perwakilan pemuda.

Umno: Judi dan Israel

Posted: 10 Jun 2010 04:04 PM PDT



Nampaknya Umno semakin bercelaru. Sekejab ada, sekejab tiada. Cakapnya berbelit-belit macam ular kenal palu. Umno putar alam. Umno kini berada dalam keadaan amat letih dalam menghadapi kemelut yang melandanya.

Krisis yang melanda rakan kongsinya MIC. MCA, Gerakan dan dalam UMNO sendiri ada kumpulan anti-Najib (sepertimana kumpulan yang wujud semasa Pak Lah berkuasa dulu) senantisa mengintai peluang merebut kuasa.

Sebab itu dalam rombakan karbinet baru-baru ini, Najib mendapati ahli parlimen UMNO-BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Karbinet Najib dipenuhi dengan senator yang dilantik melalui pintu belakang bukan mencerminkan 'karbinet rakyat'.

Tidak pernah dalam sejarah ahli parlimen UMNO yang memegang jawatan ketua pemuda tidak dilantik ke jawatan kerajaan, tetapi Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau diketepikan dalam sebarang perlantikan ke jawatan tertentu dalam kerajaan Najib menimbukan kemarahan di kalangan pemuda.

Sebaliknya, Mohd Ezam MOhd Noor yang sebelum ini sebagai penderhaka kepada UMNO dilantik sebagai senator. Apa yang Ezam tidak kata pada UMNO. Beliau memaki hamun UMNO dan merendahkan darjat UMNO sehina-hinanya setaraf anjing kurap ditepi jalan. Beliau menjadikan UMNO sepria-prianya.

Orang yang taat dan setia pada perjuangan UMNO tidak mendapat tempat dan dihargai oleh Najib, orang macam Ezam mendapat tempat di hati Najib.

UMNO bukan sebuah parti politik yang cemerlang dalam usia 52 tahun ia memerintah. Ia banyak mendatang masalah daripada menyelesaikan masalah.
Banyak contoh-contoh yang kita dapat kutip daripada pelbagai sumber yang menunjukan bahawa bangsa Melayu-Islam semenjak merdeka masih lemah dalam berbagai sector, tidak banyak kemajuan yang dicapai.

Majoriti Melayu-Islam berada dalam kedudukan di bawah garis kemiskinan. Yang kaya raya ialah kelompok yang mengelilingi elit politik yang berkuasa.
Orang Melayu-Islam semakin renggang dan rapuh daripada amalan Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. Ini adalah kesan daripada kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah berprinsipkan bersultan di mata dan beraja di hati.

Untuk tulisan ini saya tidak membicarakan pengkianatan UMNO terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang saya hendak sentuh ialah berkaitan isu judi dan serangan Israel terhadap misi bantuan ke Gaza.

Tindakan UMNO menghalalkan judi bola sepak menimbulan tentangan terbuka oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira ianya Islam dan bukan Islam. Semuanya bersatu bangkit menentang judi tersebut. Ia akan beroperasi sebaik sahaja bermulanya kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11 Jun ini.

Seluruh rakyat yang sedar [kecuali golongan haprak dalam UMNO dan golongan yang sejenis dengannya] yang judi itu tidak banyak mendatangkan munafaat, sebaliknya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terhadap kehidupan masyarakat.

Oleh sebab itu, Allah swt mengharamkan sebarang bentuk perjudian, tetapi UMNO yang menjadi kerajaan dan terdapat juga ahli-ahli, penyokong, beberapa pemimpin dan menteri serta agamawan di kalangan UMNO menyokong perjudian ini dilaksanakan (tidak memberi sebarang respon) terhadap bantahan rakyat.

Mereka dengan penuh kebanggaan, penuh kemegahan dan keegoan mencabar dan menentang perintah Allah swt. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya terasa amat kesal dengan 'jenayah agama' yang mereka lakukan itu.

Kita juga kesal terhadap golongan Islam sendiri yang sering menghina, memperleceh dan menderhaka kepada Allah swt melalui lisan, tulisan dan tindakan serta pihak yang tidak bertanggungjawab mengalakkan berbagai aktiviti maksiat yang bercanggah dengan Islam.

Ia juga termasuk pihak yang terlibat dalam mengubal dan meminda berbagai peraturan dan undang-undang dengan membawa masuk unsur-unsur yang membolehkan umat Islam menjauhi diri daripada Allah dan RasulNya.

Melihat suasana ini, negara ini masih jauh untuk mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt. Selamanya kita akan diselubungi oleh berbagai masalah social yang tidak kunjung padam. Satu mala petaka kepada rakyat Malaysia selagi kita gagal untuk menghapuskan UMNO dari tampuk kuasa.

Berdasarkan keadaan semasa dan curak hidup rakyat kita tidak secekal dan segagah rakyat Thailand, Filipina, Indonesia dan Iran, adalah amat sukar untuk menjatuhkan UMNO.

UMNO mencengkam kuasa begitu kuat untuk mempergunakan segala institusi dalam Negara. Walau pun begitu, kita masih ada senjata iaitu 'DOA'. Ini sahaja jalan yang ada bagi umat Islam di negara ini pada masa kini. Doa merupakan satu keistemewaan yang tidak ada pada umat yang lain.

Dalam peperangan BADAR, Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt supaya beliau dan pengikut serta Islam diselamatkan. Abu Jahal juga berdoa kepada tuhan semoga Nabi dan pengikutnya serta Islam dihancurkan.

Akhirnya, permohanan Nabi diperkenankan oleh Allah swt dan Abu Jahal serta kumpulannya dihancurkan oleh Allah. Oleh itu, umat Islam digalakkan berdoa dan menyerah kepada Allah swt untuk menentukannya. Allah ada kaedahnya tersendiri untuk menghapuskan UMNO.

Tanda-tanda kehancuran UMNO sudah ada seperti tanda-tanda dunia hendak kiamat. Bila masanya hanya dalam ilmu Allah swt, tidak siapa yang tahu.

Meluluskan judi bola sepak kepada Berjaya Group dan Vincent Tan berikrar akan memberi sumbangan sebanyak RM525 juta untuk badan-badan kebajikan dan NGO-NGO seolah-oleh UMNO mempersendakan hukum Allah terhadap judi secara terang-terangan.

Penentangan ini bererti mereka tidak secara langsung turut menentang Allah swt sendiri yang menjadikan alam ini dan segala isi kandungannya.

Jelaslah, mereka sebenarnya adalah pengikut Firaun laknatullah bukan pengikut Nabi Muhammad saw dengan menghalalkan judi melalui kaedah pengeluaran lesen perniagaan supaya ia dapat beroperasi secara sah sepertimana aktiviti-aktiviti perniagaan lainnya.

Penentangan judi bola sepak ini satu perkara, tetapi yang lebih menakutkan dan apa yang kita khuatirkannya ialah UMNO akan terus mengeluarkan lesen judi sukan kerana dalam negara kita ini ada berbagai jenis sukan sepanjang tahun telah ditakwimkan, di samping itu ada kejohanan bola sepak luar Negara seperti Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions).

Disebabkan penentangan rakyat dari seluruh rakyat dan rakyat bukan Islam pun turut bersama dalam gerakan anti judi ini, maka UMNO menjadi kecut perut. UMNO tidak sangup menanggung risiko, maka ia pun mula berlakon, buat macam orang bodoh.

Bila ia terantuk baru ia mengatakan judi bola sepak masih dalam pertimbangan kerajaan dan belum dikeluarkan lagi. Sebenarnya Najib sudah pun meluluskankannya, tetapi disebabkan penentangan terlalu kuat, maka ia tarik balik pemberian lesen kepada Berjaya Group. Satu kejayaan untuk rakyat yang bencikan judi.

Perkasakan dakwah pada Non Muslim di Semenanjung Malaysia

Posted: 10 Jun 2010 04:01 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun - Gerakan penyebaran dakwah perlu diperkasakan di Sarawak dalam memberi penjelasan kebaikan Islam dan perjuangan PAS kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai etnik.

Perwakilan dari Sarawak, Azman Pawas Rahmat yang mencuit hati perwakilan lain dengan membahaskan dalah loghat Kedah berkata PAs mempunyai peluang yang baik jika dibandingkan dengan umno yang sehingga kini masih belum mampu memasuki Sarawak.

" Saya bimbang, kini BN telah menyebarkan satu isu perkauman yang jahat iaitu denganmemberitahu rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak, Ketua Menterinyasudah tentu dari bukan Islam," ujar beliau.

Azman juga berkata melalui dakwah kepada masyarakat Sarawak akan dapat mempercepatkan penerimaan mereka terhadap PAS.

"Saya menyeru agar pimpinan PAS dari Semenanjung dapat kerap datang ke Sarawak bagi mendampingi golongan ini kerana ia dapat meraih sokongan penduduk terutamanya penghuni rumah panjang"kata beliau lagi.

Muktamar Dewan Ulamak pertahan dasar PAS

Posted: 10 Jun 2010 12:33 PM PDT


MACHANG, 10 Jun:  Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-49 yang berlangsung hari ini mendesak menteri yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi meletak jawatan.
Selain itu mendesak kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) menutup semua pusat perjudian dalam negara ini.
Wakil Dewan Ulamak PAS Melaka, Ghani Minhat ketika membentang usul berkenaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia mengeluarkan lesen judi dalam semua bentuk perjudian.
Usul tersebut dibangkitkan Dewan Ulamak PAS Melaka dan Kelantan. Usul berkenaan diterima sebulat suara.
Manakala Dewan Ulamak PAS Terengganu pula mengemukakan usul berkaitan lompat parti di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang disifatkan boleh menjejaskan kredibiliti parti dan Pakatan.
Seorang wakil yang membentang usul terbabit berkata, tindakan wakil rakyat berkenaan boleh menjejaskan kepercayaan rakyat dan mewujudkan suasana politik tidak stabil di pelbagai peringkat.
"Maka Dewan Ulamak PAS Terengganu mendesak pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon pada pilihan raya akan datang," katanya.
Usul berkenaan kemudian mendapat sokongan sebulat suara.
Manakala usul Ulamak Kuala Nerus pula mendesak kepimpinan tertinggi parti supaya menaikkan taraf Urusan Ulamak PAS kawasan kepada Dewan Ulamak PAS kawasan. Usul berkenaan juga mendapat sokongan padu.
Usul Dewan Ulamak PAS Pusat pula memohon muktamar tersebut mengambil ketetapan dan memastikan dasar dan prinsip pejuangan PAS dipertahankan di samping memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Sementara itu usul tergempar pula dibentang Ulamak Pengkalan Chepa melalui wakilnya Nik Razi Nik Mat mencadangkan diwujudkan unit khas kaunseling bagi menyedarkan golongan remaja terhadap gejala sosial yang berlaku sekarang.
Katanya, ulama hendaklah tampil berperanan menangani maslah remaja dalam masyarakat. Usul berkenaan juga dilulus tanpa sebarang bantahan.
Keempat-empat usul tersebut diluluskan tanpa sebarang perbahasan. Lebih 400 perwakilan Dewan Ulamak PAS dari seluruh kawasan di negara ini mengiikuti muktamar tersebut yang diadakan di  Markas Dewan Ulamak di Labok.   

Perwakilan Kelantan selar blogger separuh masak

Posted: 10 Jun 2010 12:31 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun - Perwakilan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadli Shaari menyelar kelompok blogger yang sering menghentam dan memaki hamun para ulamak dan kepimpinan PAS dengan bahasa dan fakta yang tidak benar.

Mutakhir ini kata Fadli, Pemuda PAS perlu menyedari bahawa adanya 'blogger separuh matang' yang semakin berani dan bertindak untuk merosakan imej kepimpinan PAS serta ulama.

Sedangkan kata Fadli, pimpinan ini terutamanya pimpinan PAS di Kelantan melalui detik sukar bagi mempertahankan pemerintahan di Kelantan pada tahun 2004 apabila PAS hanya memerintah dengan satu kerusi sahaja.

Dengan kekuatan kepimpinan, akhirnya PAS di Kelantan berjaya memastikan Umno 'terpaku' dengan kekalahan besar parti lawan itu pada tahun 2008, katanya.

'Bagi saya kita selaku pemuda PAS perlu mempertahankan kepimpinan kita.Hormati pimpinan yang berkorban yang selamatkan PAS," katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-51 di KTC dekat sini 10 Jun lalu.

Beliau menasihatkan Pemuda PAs agar tidak mudah termakan dengan apa yang dilaporkan dalam media blogger separuh mentah ini yang mana hanya mahu memberi imej negatif kepada pimpinan PAS.

"Kita kena beradap dalam tegur pimpinan.Blogger ini melabel kepimpinan kita dengan perkataan yang tidak baik, kata pimpinan PAS dan ulamak kepala lutut.Pada saat ulama dan pimpinan ini dihentam, dimana pemuda PAS?," katanya yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Justeru kata Fadli, Pemuda PAS Kelantan mencadangkan dan menggesa Pemuda PAS seluruhnya berikrar agar pemuda menjadi benteng dan galang ganti untuk mempertahankan kepimpinan ini.

"Alang alang berjuang islam biar sampai capai kemenangan atau mati syahid," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan Pemuda PAS.

Sementara itu, dalam perbahasan yang sama, Fadli juga mengingatkan agar kepimpinan pemuda memastikan gerakan PAS akan terus menjadi gerakan politik Islam.

Pemuda kelantan juga mahu seluruh ahli Pemuda PAS menjayakan misi memastikan bilangan pengundi muda dan baru mendaftar dan menyokong PAS, katanya.

Beliau menyokong saranan dalam ucapan Perasmian oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat agar pemuda, muslimat dan ulama sedia menjadi kerajaan menanti dengan slogan "sepakat melangkah ke Putrajaya".

Beliau juga mengingatkan agar Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan menjana imej agar boleh diterima dan didekati oleh masyarakat pelbagai latar belakang termasuk bukan Islam.

Suasana Ceramah 2 Speaker di perkarangan PUTIK.

Posted: 10 Jun 2010 12:26 PM PDT

Speaker Kelantan YB Nasarudin Daud
Speaker Perak yang sah YB Sivakumar
Tn Hj. Jamaluddin Yayasan Amal Malaysia
Hadirin yang membanjiri di perkarangan PUTIK

Nasya Hilang?

Posted: 10 Jun 2010 12:24 PM PDT


Tiada gambar Nasha di muktamar PAS

Apakah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ditolak di Kelantan?

Itu antara persoalan yang timbul pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 di Kota Bharu kali ini, apabila tidak ada gambar Nasharuddin dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu.

Persoalan tersebut dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di muktamar itu hari ini.

Bagaimanapun Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan bahawa gambar Nasharuddin tidak diletakkan disebabkan beliau tidak diterima di Kelantan, sebaliknya memberi keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja.

"Gambar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui kemudiannya.

Latar belakang pentas Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat hanya meletakkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya Datuk Harun Taib; timbalannya Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Sebelum ini, muncul desas desus yang menyatakan Nasharuddin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba untuk menjalinkan hubungan dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan. - Bernama

Ulasan GB

Tiada persangkaan buruk. Samada sengaja, tak sengaja atau tersengaja gambar Ust Nasya tidak terpapar, ia seharusnya diterima, dan setiap sesuatu kejadian itu, sekalipun syariat itu dari kita, hakikatnya adalah af'al Dia. Dan sepastinya ada hikmah yang tersembunyi yang belum difahami oleh hamba-hambaNya, sehinggalah sampai waktu dan ketika, Dia jugalah yang akan menjelaskan segala-galanya.

ADA JUGA ORANG MELAYU YANG SLOOO PIKAP

Posted: 10 Jun 2010 12:23 PM PDT

BOIKOT MEK DOGAL YANG HANTAR DANA UNTUK ZIONIS ISRAEL


INI KESAH DI BELAKANG SAJAK MALAM KELMARIN

Malam tadi, sewaktu Hishamuddin Rais (tukar tiub) mendeklamasikan sajak 'Gaza'nya di program Palestin di Dewan Sivik,PJ aku terdengar seorang mamat berkopiah putih yang duduk di hadapanku bersungut kepada kawannya, "Ini cerita kat Malaysia!".

Ketika itu Hisham masih sedang membaca dan belum habis lagi.
Aku pantas saja bertanya mamat itu, "kenapa?"

Dia jawab,"Ini cerita di Malaysia."

Dengan sedikit panas aku terus saja menjawab,"Zionis ada di Malaysia! Cuba dengar kes roboh dan rampas tanah di Gaza dan di Malaysia, sama tak?"

Dia tersenyum saja masih termangu tetapi apabila Hisham menamatkan sajaknya yang menyatakan Gaza ada di Plentong, Gaza ada di Berembang, Chubadak dan sebelum lawan zionis di Gaza kenali dulu zionis di Malaysia aku rasa semua orang faham. Mamat tadi kelihatan terpempan. Dia tak nampak Hisham sedang membandingkan apa bezanya zionis Israel dengan zionis Malaysia.

Inilah masalahnya kalau selalu melihat 'kulit'. Apabila YB Khlid Samad menceritakan perihal kerajaan BN melantik APCO sebagai penasihat, ada yang bersungut,"politik pulak dahh.."

Nampak tak kesempitan ini? Ramai yang gagal kaitkan zionis di Gaza dengan di Malaysia? Seorang kanak-kanak spontan saja menjerit, "Mc Donald!!" sewaktu slaid menunjukkan produk yang menyokong zionis. Lihat budak sekecil itu sudah 'dipegang' mindanya dengan brand itu. Maaf cakaplah kawan2 - aku sedikit menyampah kalau aku lihat ada sticker VIP McD di cermin kereta kawan2 aku. Aku akan memandang ke lain jika aku menumpang kereta kalian.

Selaku editor majalah kartun politik, aku juga menerima banyak kartun menghentam zionis tetapi aku masih terus menunggu kartunis yang sama melukis tentang APCO, polis tembak orang awam dan sebagainya. Tadak!

Sewaktu demo anti zionis Jumaat lepas, ada sekumpulan demonstran NGO yang guna nama ala-ala Islam kurang senang dengan kehadiran majoriti demonstran dari parti politik PR.

"Tadi kami demo jalan tak jem pun. Mereka datang terus jem. Mereka ni gemar provoke kerajaan."Bagi mereka politik lain- Palestin ni lain.
Pencabulan hak asasi, rampasan, keganasan, manipulasi, penafian hak bersuara adalah zionis. Tak kira di mana dan tak kira siapa yang lakukan. ia adalah zionis. Zionis Melayu, Cina, India pun ada di Malaysia.

Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

Jangan kita tertipu Dengan UMNO BN lagi… Ingatan TGNA kepada Spesis UG

Posted: 10 Jun 2010 12:20 PM PDT

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/05/nik_aziz1.jpg?w=500
Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional – TGNA

Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam – TGNA

Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"
Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia – tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata.
Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam.
Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara.
Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno.
Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri.
Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,""Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam.
- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS di Putik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3-Wz6ciKuktEfAqFip6sPRXLqA36EevfBKbYa4ik0rRaZOBC0sfqXMmH_sOk-4zJ3bTaZveFwmy4kp3QVneOlcrfo5TY-bac7lLTJbnJhKdPa9b0XfBmuHvphNixc8-y7m1F1_7bJYFZX/s1600/putikk.jpg

Tiada istilah akan berdamai dengan Israel - Wakil Hamas

Posted: 10 Jun 2010 12:15 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun - Sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-51, Ahli Jawatankuasa Kerja Hamas dari Palestin, Dr Munif Said turut dijemput hadir menyertai perjalanan muktamar tersebut

Dalam ucapannya dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51 yang diterjemahkan oleh Ust Khalil Abd Hadi, "HAMAS memberikan penekanan terhadap 3 perkara iaitu:

1. Hamas tidak sekali-kali mengiktiraf Israel, tidak sekali-kali berdamai dgn Israel
2. Hamas percaya bahawa sekiranya umat Islam seluruh dunia bersatu, umat Islam akan berjaya membebaskan Palestine daripada Zionis
3. Hamas sentiasa wujud selagi ada umat Islam untuk memastikan Yahudi Zionis hancur sama sekali."

Pernyataan ini disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan.

Beliau juga menegaskan bahawa, "Hamas bukanlah semata-mata pergerakan Palestin, tetapi pergerakan seluruh umat Islam. Hamas merupakan kesinambungan kepada perjuangan Hizbullah di Lubnan dan umat Islam di Iraq juga sebagaimana kesinambungan kepada perjungan saudara-saudara sekalian juga."

Beliau juga menekankan bahawa sebagaiaman mereka menganggap HAMAS sebagai musuh, mereka Yahudi Zinois juga musuh utama HAMAS. Orang Yahudi yang datang ke Palestin, mereka bukan sahaja mahu menakluk Palestine tetapi mahu melihat umat Islam terhapus sama skali.

Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk mencari jalan memecah belahkan umat Islam ini agar tidak dapat bangkit skali-kali.

"Anda skalian telah melihat beberapa hari lepas, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia menaiki kapal untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka datang dari Turki, Palestin, saudara dari Malaysia, Indonesia, Pakistan dan bahkan dari kalangan dari orang bukan Islam."

"Ini risalah yang ditujukan kepada pemuda-pemuda untuk membebaskan bumi Palestin supaya mereka bangkit dan membebaskan al-Quds. Halatuju yang ditetapkan oleh Nabi, Allah menjanjikan berita gembira untuk golongan yang berjihad.

"Yakinlah bahawa sesunguhnya HAMAS akan terus cekal mempertahankan bumi Palestine, Gaza dan kami sgt yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada kami." TAKBIR, ALLAHU AKBAR! 

Ucapan Kumutha jadi tumpuan perwakilan

Posted: 10 Jun 2010 06:56 AM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun: Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya. Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.
Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.
Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.
"Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,"ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.
Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para ahli.
"Saya tinggal di Johor, saya dapati kaum muslimat ramai menutup aurat berbanding golongan lain yang tidak mengikuti jemaah ini," ujarnya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka ada udang di sebalik batu.
Katanya,  jangan sekali-kali terpedaya dengan Umno yang tidak pernah jujur, berfikir dulu sebelum bertindak.
Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.
"Sebelum slogan tu Malaysia ada banyak ka? Satu ni je Malaysia," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan mencadangkan perwakilan dan pemerhati mengekalkan pakaian rasminya hijau putih.
Menurutnya, keseragaman pakaian itu menandakan kesepakatan dalam perjuangan Islam.
"Walaupun warna lebih kurang pelajar Pasti tak apalah, asalkan kita ada identiti kita dan perpaduan dan kesatuan dalam parti," ujarnya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menggulung ucapannya, mengharapkan anak bongsu PAS dapat membantu melebarkan perjuangan PAS di seluruh negara.
Sambungnya, untuk itu Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diwujudkan di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara.
Katanya, warna hijau lembut menggambarkan keceriaan dan bukannya kanak-kanak Pasti.
"Kumutha pun boleh pakai baju warna ni ya," ujarnya.

Lapangan terbang Sungai Besi dibangunkan tidak lama lagi: Zahid

Posted: 10 Jun 2010 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dijadikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ''Greater KL'' seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Sambil mengesahkan lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan itu akan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta dan pelabur asing.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Taman LTAT Bukit Jalil di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa pelabur dari Timur Tengah yang dilihat berpotensi terlibat dalam pembangunan kawasan lapangan itu.
Katanya satu perjanjian telah ditandatangani dua minggu lepas membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.
Beliau yang enggan mendedahkan butiran perjanjian tersebut berkata pelan pembangunan lapangan terbang itu masih dalam peringkat perbincangan semua pihak yang terlibat.
Sambil menafikan penglibatan pihak atau individu tertentu untuk meraih keuntungan dalam pelan itu, beliau berkata projek terbabit adalah perkongsian awam dan swasta bagi menyertai pembangunan projek yang dipimpin syarikat berkait dan kerajaan.
Menurut laporan RMK-10 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau ''Greater KL'' akan dijadikan bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, bekerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Laporan itu turut menyebut antara projek yang akan dibangunkan syarikat GLC seperti Projek Pembangunan Strategik Kuala Lumpur oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meliputi kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi dan KL International Financial District.
Ahmad Zahid berkata fasiliti dan infrastruktur yang lebih canggih akan dibangunkan di kawasan terbabit bersesuaian dengan persekitaran lapangan itu yang menuntut sentuhan pembangunan moden.
"Kita tidak boleh menolak pembangunan. Lapangan ini yang terletak di kawasan strategik dan di tengah-tengah pembangunan yang pesat dan ia perlu diubah suai," katanya tanpa mendedahkan butiran pembangunan projek itu termasuk kos dan tarikh ia akan dibangunkan.
Beliau berkata apabila projek pembangunan kawasan lapangan terbang itu dimulakan, operasi pemindahan agensi-agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat di lapangan terbang itu akan dijalankan secara berperingkat.
Aset negara seperti pesawat yang kini berada di pangkalan terbabit akan dipindahkan di Pangkalan TUDM Subang atau pangkalan lain yang bersesuaian, katanya.
Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini dan diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama Malaysia) pada 1 Ogos 1956.
Lapangan terbang itu mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30-an.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata LTAT juga akan terlibat dalam projek pembangunan kuarters kerajaan di Jalan Cochrane dan Kem Batu Cantonment, Jalan Ipoh yang akan dipindahkan ke Kem Semenyih.
Terdahulu di majlis itu LTAT menyerahkan 50 kunci kepada pemilik rumah baru projek perumahan Parcel 1 Taman LTAT merangkumi 500 unit pangsapuri kos rendah, 192 unit pangsapuri kos sederhana rendah dan 136 unit pangsapuri kos sederhana.
Pangsapuri ini ditawarkan kepada anggota tentera dengan subsidi sehingga 38.2 peratus untuk 500 unit pangsapuri kos rendah. – Bernama

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

Posted: 10 Jun 2010 06:48 AM PDT




fatih
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
rantai merentang teluk horn
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
sumber - Satu Perkongsian

Ramai Kak Pidah Dalam Dewan Muslimat

Posted: 10 Jun 2010 06:40 AM PDT


Perwakilan tolak usul tubuh muslimat muda

Dewan Muslimat PAS hari ini menolak usul menubuhkan sayap baru muslimat muda biarpun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.

Penolakan usul itu, yang dibawa perwakilan Pengkalan Chepa, Zaharah Mohd itu, dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan di muktamar di Kota Bharu.

Zaharah mencadangkan usul muslimat muda itu supaya disertai wanita muda berusia bawah 40 tahun sebagai menampung pertambahan ahli membabitkan generasi muda dan langkah menarik golongan muda.

Bagaimanapun, ketika membahaskan usul berkenaan perwakilan Ipoh Timur, Diana Mohd Sani membantah usul itu.

Beliau berkata masanya belum tiba bagi Dewan Muslimat PAS menubuhkan sayap baru itu meskipun sudah menjangkau 50 tahun penubuhannya. - Bernama

Ulasan GB

Dewan Muslimat dah garang kerana dah tuntut kerusi Naib Presiden? Sudah tak perlu dengar nasihat dan saranan Mursyidul Am PAS, TGNA yang mencadangkan sendiri agar ditubuhkan sayap baru iaitu Muslimat Muda?

UMNO sudah ada Puteri UMNO, PKR sudah ada Srikandi, jadi saranan TGNA itu adalah tepat pada masanya bahawa Dewan Muslimat perlu ada sayap Muslimat Muda untuk menarik golongan muda menyertai aktiviti dan program parti.

Kita masih ingat sewaktu Puteri UMNO hendak ditubuhkan dulu, yang menentangnya ialah Ketua Wanita, Rafidah Aziz kerana bimbang Pergerakan Wanita UMNO akan lemah apatah lagi menggugat peranan dan status quo wanita UMNO yang sememangnya sudah kerepot di mata para pemuda dan pimpinan UMNO sendiri.

Kini nampaknya perwatakan Kak Pidah itu berulang di dalam Dewan Muslimat. Ditolaknya usul penubuhan sayap Muslimat Muda cadangan TGNA.

Yang rugi ialah wanita sendiri, terutama mahasiswi-mahasiswi di ipt tempatan tiada pilihan selain dari memenuhi borang Puteri UMNO yang diedarkan kepada mereka secara berleluasa, berputih mata dan berdosalah muslimat PAS kerana gagal menyediakan alternatif kepada mereka dan sekadar menjadi pemerhati apabila tenaga muda dari kalangan mereka sudah berada di pihak lain.

Ubah-ubahlah perangai supaya cerdik sikit demi keutuhan parti. TGNA tidak mencadangkan sesuatu untuk meruntuhkan parti seperti pemimpin lain. Yakinlah!

Ulama, Pemuda PAS ambil langkah gesa hapus semua judi

Posted: 10 Jun 2010 06:31 AM PDT


MACHANG, 10 Jun – Dewan Ulama PAS Pusat bergerak satu langkah ke depan dengan mendesak kerajaan pusat agar menghapuskan semua bentuk perjudian di negara ini.
Sayap ulama PAS itu juga mendesak supaya semua premis judi ditutup.
Bagaimanapun ketegasan itu tidak menyebut bila ia harus dilakukan.
Kelainan ini diperlihatkan walaupun Pemuda PAS baru-baru ini telah memulakan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dengan kerjasama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan berhubung kelulusan mengendalikan operasi judi sukan.
Pendirian Dewan Ulama itu diputuskan sebagai salah satu usul Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS yang berlangsung Markas Dewan Ulama di sini hari ini.
"Judi jelas diharamkan dalam Islam. Aktiviti pelbagai bentuk judi diadakan di bawah BN sejak merdeka, dan ditambah dengan perjudian sempena musim bola sepak, maka kita sudah dapat lihat kesan-kesan buruk.
"Kita dapat melihat bahawa judi adalah seperti penyakit kanser, boleh membawa pelbagai kanser.
"Oleh itu Dewan Ulama mendesak agar kerajaan menghapuskan lessen perjudian dalam semua bentuk, mendesak menteri yang meluluskan lessen (judi) meletak jawatan," kata usul itu.
Dewan Pemuda PAS yang mengadakan muktamarnya di Kota Baru hari ini juga dijadual meluluskan usul meminta agar judi sukan dihapuskan.
Persidangan Pemuda PAS akan disambung malam ini.
Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan Al-Tantawi berkata, sayap itu akan memberi komitmen 200 peratus untuk menggerakkan rakyat agar bangkit menentang kemungkaran judi yang tiada agama membenarkannya.
"Kini rakyat mula tertanya-tanya, agama apakah yang sedang dianuti oleh kerajaan Umno dan BN tatkala mereka meluluskan lesen perjudian ini.
"Kami turut melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan Menteri Agama, penasihat agama dan mufti–mufti dalam negara kita membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini," jelasnya.
Justeru, menurut beliau, sebagai satu pengajaran dan didikan berkesan, Dewan Pemuda PAS menyeru agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan Umno dan BN dalam menyuburkan amalan mungkar judi.
"Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan BN dengan terlebih dahulu memberi contoh dan teladan kepada mereka," katanya.
Jelasnya, kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa untuk memerangi jenayah judi ini dengan tidak lagi memperbaharui lessen premis perjudian yang beroperasi di bawah wilayah penguasaan mereka.
"Lantaran itu kami (Dewan Pemuda) yakin pengundi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan, menjaga serta memelihara tanah air dan seluruh penghuninya dari terjebak dalam kancah mungkar seperti judi yang mampu membinasakan tamadun ummah," tambahnya lagi.

Khalid pertikai RMK-10, dakwa abai Selangor

Posted: 10 Jun 2010 06:26 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Jun – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa ia mengabaikan pembangunan di Selangor dan Lembah Klang.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Najib sebagai telah hilang focus dalam mencapai matlamat RMK-10.
"Adakah keputusan mengabaikan Selangor dalam fokus pembangunan ini disebabkan politik? Jika ya, keputusan ini telah membelakangkan kepentingan rakyat.
"Saya ingin menegaskan bahawa usaha mentranformasi ekonomi Malaysia perlu diberi penekanan terhadap tiga perkara penting iaitu penilaian semula saiz sektor awam, meliberalisasi saluran tranformasi dan membina 'talent bank' di kalangan tempatan dan antarabangsa," katanya lagi.
Sehubungan itu kata beliau, RMK-10 hanya memberi fokus terhadap pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), tetapi tidak di Selangor dan Lembah Klang.
"Saya menegaskan IDR, NCER dan ECER adalah projek untuk mendapatkan modal benih bagi pembangunan tanah dan infrastruktur.
"Apabila memperkatakan tentang pembangunan, Selangor dan Lembah Klang yang menjadi pemangkin pembangunan kepada Malaysia selama ini langsung tidak dinyatakan dalam RMK-10.
"Perdana Menteri hanya menyebut rangsangan ekonomi ditumpukan kepada Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian kecil Lembah Klang," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, Selangor yang merupakan sebahagian daripada Bandar gabungan Lembah Klang adalah kawasan tengah industri dan perdagangan di negara ini sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan.
"Selangor juga mempunyai penduduk berjumlah lima juta serta menyumbang kutipan cukai paling tinggi, jadi ia sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan.
"Selain itu, tidak wajar jika pentadbiran Najib mengabaikan Selangor yang menempatkan paling banyak bilangan universiti dan pusat pengajian tinggi."
Khalid juga mempersoalkan pentadbiran Najib sama ada sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industry paling banyak pada 2008 dan 2009.
"Adakah pentadbiran Najib sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industri paling banyak pada 2008 dan 2009, selain menjadi negeri paling banyak mencipta peluang pekerjaan serta mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Semenanjung?
"Jika Perdana Menteri melihat kepada sektor yang disasarkan pembangunannya iaitu sektor pendidikan, pelancongan dan kesihatan, kesemua sektor ini berpusat di Lembah Klang.
"Selain itu, sektor industri dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) semuanya tertumpu di Lembah Klang," katanya.

Perwakilan Pemuda PAS Mahu Pucuk Pimpinan 'Tawan' Warga Felda

Posted: 10 Jun 2010 06:08 AM PDT

KOTA BARU: Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pahang menegur kepimpinan PASPusat kerana mengabaikan masyarakat Felda yang selama ini dilihat menjadi 'simpanan tetap' Umno dan Barisan Nasional (BN) untukmemenangkan parti itu pada setiap kali pilihan raya.
Wakilnya, Mohd Haris Faizol Ismail berkata, PAS perlu memenangi Pahang yang mempunyai majori pengundi Felda paling ramai di negara ini terlebih dahulu jika ingin mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusatdaripada BN.
"Tidak ada pun Lujnah Felda, sedangkan di negara ini ada 317 rancangan Felda dan sekurang-kurangnya lebih 112,000 keluarga.Inilah pengundi yang sepatutnya kita dekati jika mahu mengambil-alih Putrajaya," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan Trade Centre di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata, kelompok pengundi Melayu di kalangan warga Felda perlu diberi perhatian di samping usaha untuk mendekati orang bukan Melayu agar menyokong PAS.
"Inilah pengundi Melayu yang kita perlu harapkan, bukannya hanya bergantung kepada undi bukan Melayu.
"Mereka adalah pengundi teras sebenarnya, jika kita mahu menwan Putrajaya, terlebih dulu kena tawan Pahang... jika dapat tawan Pahang barulah dapat menawan Malaysia, kerana Pahang mempunyai pengundi Feldapaling ramai yang menjadi nadi Umno dan BN," katanya.
Dalam pada itu beliau turut melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan PAS Pusat seolah-olah meminggirkan golongan pengundi Felda.
"Kami di Pahang kesal kerana PAS seolah-olah meminggirkan golongan pengundi Felda terutamanya pengundi generasi kedua apabila tiada suara pembelaan untuk golongan itu walaupun menyedari ianya senjata ampuhUmno dan BN," katanya.

Surat terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'hepi besday, sir !'

Posted: 10 Jun 2010 05:57 AM PDT

Daulat Tuanku !!


Rasanya tak terlambat untuk cheGuBard mengucapkan salam selamat sempena Hari Keputeraan Tuanku pada 4 Jun lepas. Alhamdunillah rakyat telah dikurniakan cuti untuk beristirehat bersama keluarga dari kesibukan tugasan semasa sekurang - kurangnya sehari berkat Hari Keputeraan Tuanku.

Sempena hari Keputeraan juga telah terkunia bukan sedikit pingat - pingat kepada perbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa perbagai gelaran kurniaan raja. Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu regim parti penguasa. Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingatnya seperti Chua Jui Meng mantan memanda Menteri. sila klik sini
Sempena Hari Keputeraan Tuanku cheGuBard selaku anak muda yang berdiri atas nama sebuah perkumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan taat setia kepada Tuanku dan institusi beraja dalam negara berdasarkan perlembagaan negara.

Cuma selaku anak muda tidak dapat diselindungkan kekhuatiran memikirkan bagaimana untuk memastikan terus institusi beraja kebanggaan orang Melayu dan Malaysia ini dapat terus berkekalan.

Ketika Tuanku dilantik bukan sedikit harapan khususnya anak muda Malaysia terhadap Tuanku selaku pewaris yang agak muda dan berpendidikan dalam mereformasikan institusi beraja dan memberikan nafas baru membentuk persepsi yang lebih menyakinkan dikalangan anak muda. Sudah tercapai atau tidak mungkin tuanku sendiri ada jawapanya.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap regim penguasa.

Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini cheGuBard dan SAMM berseteju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini mutaakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh akur membuta tulis. cheGuBard emncadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi. Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu.

Sekian sahaja dan sekali lagi cheGuBard ucapkan Selamat Hari Keputeraan moga Tuanku dirahmatiNya dan dibebaskan minda serta roh demi menjalankan tanggung jawab demi mestikan keadilan dan kemakmuran dalam negara.

Bimbang rakyat hanya ada geran, bukan tanah

Posted: 10 Jun 2010 05:38 AM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun: "Kita bimbang satu hari nanti, rakyat negara kita hanya akan mempunyai geran tanah sahaja bukannya tanah," kata perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu.
Ini, katanya kerana semakin banyak tanah akan menjadi milik rakyat negara luar dan ia juga boleh dilihat dalam pembangunan Bandar Baru Iskandar Johor.
"Yang mana rakyat negara ini tidak akan mampu membeli bangunan yang berharga ratusan ribu ringgit dan rakyat negara luar dapat memilikinya," ujar beliau lagi pada Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51.
Beliau menyatakan demikian berhubung isu penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura.
Mengenai pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group, katanya ia merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.
Malah, katanya pihak Mmno BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.
Mohd Alias juga berkata, Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.
Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, beliau berkata sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyak L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.

Susahnya jika lidah Menteri kita "bercabang"

Posted: 10 Jun 2010 05:34 AM PDT

Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!

Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!

Statistik gejala sosial resahkan perwakilan

Posted: 10 Jun 2010 05:33 AM PDT


PANTAI CAHAYA BULAN, 10 Jun - Pihak penguasa seperti Jabatan Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan agar memandang serius isu gejala sosial seperti kadar kelahiran bayi  luar nikah  di Malaysia yang semakin parah dan berleluasa.


Usul ke empat berkenaan penguatkuasa wanita yang dijelaskan panjang lebar pembentangnya, Puan Rosnani Jusoh meresahkan semua perwakilan.


Jelasnya, sebagaimana perangkaan  rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran  bayi didaftarkan  tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah).


"Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan  pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran  berlaku pada setiap  17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh  4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah berketurunan melayu beragama Islam," katanya.


Fakta yang dibentangnya itu tadi membawa kepada cadangan usul agar Jabatan Agama Islam Johor memperbanyakkan pengambilan pegawai penguatkuasa pencegah maksiat dari kalangan sukarelawan yang terdiri dari lelaki dan wanita warganegara Malaysia berusia 30 tahun ke atas bagi menampung kekurangan pegawai yang sedia ada.


Usul yang turut disarankan kepada negeri-negeri yang dikuasai di bawah Pakatan Rakyat ini turut menarik perhatian YB Dr. Halimah Ali, AJK DMPP.


Beliau menjelaskan, walaupun Pakatan Rakyat di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menangani, mencegah dan membentaras gejala sosial melalui pelbagai program dan peraturan.


Beliau yang juga merupakan Exco Pendidikan Negeri Selangor berkata, realitinya, muslimat perlu berpijak di bumi yang nyata untuk membuat sebarang tindakan berhubung cadangan tersebut.


"Melalui pendekatan yang holistik di mana PAS perlu melaksanakan perkara yang termampu dibuat dalam lingkuangannya sendiri," tambahnya.


Usul ini akhirnya diterima dengan pindaan.

Isu masjid: Hasan Ali saman Zahid Hamidi, Zainal

Posted: 10 Jun 2010 05:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM20 juta terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Utusan Malaysia dan portal berita Agenda Daily berhubung artikel menyentuh isu menggunakan masjid untuk berpolitik.

Turut disaman ialah bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Zainal Abidin Sakum.
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor memfailkan saman fitnah ekoran artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Agenda Daily.
"Dalam artikel yang disiarkan Utusan Malaysia dan Agenda Daily kedua-dua individu tersebut (Zahid dan Zainal Abidin) telah memfitnah saya dengan mengatakan bahawa saya mempolitikkan khutbah Jumaat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor.
"Selain itu, artikel itu juga mengatakan bahawa saya menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Difahamkan writ saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Akibat penerbitan artikel tersebut, Hasan mendakwa, artikel itu memberikan gambaran beliau merupakan seorang yang tidak bermoral itu, telah mencemarkan reputasi dan nama baiknya.
Di samping itu, Hasan mendakwa, imej dan krediabilitinya sebagai seorang pemimpin tercemar kerana fitnah tersebut.
"Disebabkan fitnah itu imej saya sebagai pemimpin sudah tercemar dan tercalar.
"Justeru saya membuat keputusan untuk memfailkan saman fitnah ini sebagai satu langkah untuk membersihkan semula imej saya supaya dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa ada sebarang persoalan ataupun keraguan," katanya.

Tiada ulasan: