Jumaat, 18 Jun 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


Ditembak Kerana Menonton Piala Dunia

Posted: 17 Jun 2010 11:35 AM PDT


Mogadishu - Gara-gara melanggar larangan menonton siaran Piala Dunia, dua peminat sepak bola di Somalia ditembak hingga mati manakala puluhan lainnya diculik militan.

"Hizbul Islam membunuh dua orang dan menangkap 35 yang lain. Mereka semua adalah peminat Piala Dunia," ujar Wakil Presiden LSM Elman, Ali Yasin Gedi, seperti dilaporkan Al Jazeera, Khamis (17/6).

Saksi berkata, lelaki yang mengenakan penutup wajah menceroboh masuk ke sebuah rumah pada hari Minggu (13/6) dan Isnin (14/6) lalu di wilayah Afgoi, sekitar 30 km dari ibukota Mogadishu.

Lelaki yang dipercayai anggota kelompok militan Hizbul Islam itu melarang masyarakat Somalia menonton siaran Piala Dunia. Ketika menceroboh, tanpa banyak bicara, lelaki bertopeng itu menembak masyarakat yang sedang menyaksikan Piala Dunia.

Kelompok lainnya, Al Shabaab, juga melarang hal yang sama. Kedua kelompok ini terkenal kerana melarang masyarakat menyaksikan segala pertandingan sukan, muzik dan tarian. Akibatnya, masyarakat terpaksa menyaksikan siaran sukan secara sembunyi-sembunyi.

"Gol pertama Afrika Selatan sangat bagus. Kita semua seharusnya bangga akan hal ini," ujar anggota Federasi Bola Sepak Somalia, Mohamed Muhidin Xute. Ia perlu disaksikan ketika Benua Hitam akhirnya mendapat giliran diperhatikan dunia.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Tiada ulasan: