Ahad, 6 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


SENYAP MENYEPI USTAZ PEMBURID UMNO PASAL JUDI NIE....APA HANG ADA TUMPANG SEKAKI KE...!!!!

Posted: 05 Jun 2010 11:52 PM PDT

Derma Duit JUDI.. Apa Hukumnya Ustaz..???...Vincent Tan derma RM525 juta kepada YBM


Tokoh korporat terkenal, Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan kesemua wang tunai berjumlah RM525 juta hasil jualan kepentingannya dalam syarikat pertaruhan berlesen Ascot Sports kepada Yayasan Better Malaysia (YBM).

Sebelum ini, YBM dikenali sebagai Yayasan VTCY singkatan kepada Vincent Tan Chee Yioun.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat sebagai menjawab dakwaan dan tuduhan kononnya wang berkenaan diberikan kepada kakitangan awam dan kerajaan sebagai balasan meluluskan lesen berkenaan.

Tan mengakui bahawa tindakan itu tidak dapat menutup tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya tetapi apa yang penting beliau berasa puas hati.

''Sejak Kementerian Kewangan meluluskan pemberian lesen pertaruhan itu pelbagai dakwaan liar dilemparkan oleh parti pembangkang dan individu, kononnya wang RM525 juta itu akan disogok kepada kerajaan pemerintah dan kakitangan kerajaan.

''Berikutan itu, saya ingin mengumumkan bahawa wang penjualan Ascot Sports kepada Berjaya Corporation (BCorp) akan disumbangkan kepada YBM,'' katanya pada majlis minum petang di sini hari ini.

Ascot Sports diberi lesen untuk menjalankan perniagaan pertaruhan sukan oleh Kementerian Kewangan 12 Mei lalu, selepas mengeluarkannya buat pertama kali pada tahun 1987 sebelum syarikat itu menyerahkan semula kepada kerajaan.

Ascot Sports dimiliki oleh Tan dengan pegangan sebanyak 70 peratus dengan bakinya 30 peratus dipegang oleh anaknya, Datuk Tan Yeong Ching. Tan menjual kesemua pegangannya kepada BCorp pada harga RM525 juta kerana beliau menyukai syarikat itu.

Tan berharap sumbangan dana yang begitu besar itu, akan membolehkan YBM meluaskan peranannya termasuk memberi pembiayaan pendidikan selain bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, pemberian lesen terbaharu dibuat sebagai usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini sambil menegaskan kegiatan itu hanya ditawarkan kepada orang bukan Islam semata-mata.

Pada majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu, Tan secara sinikal berkata, beliau tidak faham mengapa pemberian lesen berkenaan dipolitikkan oleh golongan cerdik pandai yang berazam untuk memimpin negara pada masa depan.

Sedangkan, tambah beliau, dengan lesen itu, kerajaan dapat mengurangkan aktiviti perjudian haram yang dibiayai secara kredit, sekali gus berkaitan dengan ah long.


penyapu sial


dia derma ke yayasan yang dia tubuhkan sendiri....duit tu tak ke mana...cuma sajer nak membodohkan orang....serupa tangan kanan memberi dengan tangan taik dia menyambut....sudah la....halam tetap halam...maaa....tak boleh nak cover dengan amal kebajikan....!!!!

agaknya perompak robin hood derma hasil rompakan kepada rakyat miskin di kira darurat halal ke....????

BLOGGER UMNO MEMANG BLOGGER ANAK HARAM......

Posted: 05 Jun 2010 11:41 PM PDT

BLOGGER Pro Umno kini sudah kehabia gas Mereka begitu semput sekarang kerana apa jua yang mereka lakukan untuk mengampu Umno yang bersekutu dengan APCO tidak berhasil mempengaruhi orang ramai. Mereka lupa bahawa pengunjung-pengunjung blog adalah majoritinya mereka yang cerdik pandai tidak seperti kebanyakan penyokong-penyokong mereka.

Tiada rahsia lagi tentang APCO. Tiada yang patut disembunyikan lagi tentang Lesen Judi yang diluluskan oleh pemimpin Umno. Maka, blogger pencacai ini tiada isu atau modal lagi untuk menyerang PR, begitu juga mereka sudah tidak mampu untuk membuktikan kebaikan dan kejujuran Umno lagi. Hanya satu cara sahaja yang mereka boleh lakukan agar mereka tidak dilihat seperti tiada taring, iaitu mereka menyerang umpama babi naik minyak. Tanpa fakta, tanpa hujah yang bernas, mereka kini memulakan cara jijik dan tidak bermaruah.

Sebelum ini blogger mereka malu besar apabila cuba untuk menunjukkan cerdik dengan menyiarkan foto calon PR di Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim sedang minum arak. Di atas kebijaksanaan Blogger kita, Blogger pencacai Umno ini kantoi dan terserlah lah kebodohan mereka. Boleh dikatakan majoriti Blogger pencacai Umno ini mengambil pendekatan menyerang DS Anwar secara peribadi, Alhamdulillah, Blogger kita mampu menghadapinya dengan hujah dan fakta. Akhirnya, Blogger pencacai Umno ini kehabisan peluru maka mereka menjadi tidak siuman, hilang akal, bodoh sehingga ke tahap terpaksa menggunakan foto-foto lucah yang dicipta sendiri untuk memburukkan peribadi DS Anwar dan pemimpin PR yang lain.

Saya tidak menggalakkan anda membuka link kepunyaan Blogger pencacai lucah itu di sini, kerana jika anda seorang Muslim sudah pasti anda akan menyangka Blogger tersebut bukan sahaja Non Muslim, bahkan Blogger tersebut tiada agama langsung. Foto disiarkan bukan sahaja satu fitnah besar tetapi amat memalukan kita sebagai Umat Islam atau bukan Islam. Saya tidak pasti samada Blogger tersebut ada mempunyai ibu atau bapa atau pun anak haram, kerana jika ada ibu atau bapa, sudah pasti Blogger ini akan dididik kecuali Ibu bapa mereka itu sebagai Bapa Ayam atau Ibu mereka itu Pelacur Jalanan.

Blogger ini menuduh Azmin adalah dayus kerana membenarkan isterinya membuat hubungan sulit dengan DS Anwar. Isu ini sudah lama menjadi bahan fitnah, dan syukur Alhamdulillah, Azmin tampil dengan berani membuktikan dengan fakta dan ujian DNA yang telah dilakukannya beberapa tahun dahulu. Tetapi, Blogger pencacai ini masih ingin mainkan isu lapuk dan fitnah jahat tersebut kerana sudah kekeringan idea dan isu. Mereka tidak mampu untuk menangkis hujah Azmin dengan fakta yang jelas, maka foto lucah ini direka untuk menyenangkan hati mereka sahaja.


sebenarnya golongan penyokong umno serupa ini ramai. sama ada yang bertugas dengan kerajaan atau tidak. bagi yang bertugas di jabatan2, mereka ini gemar berhujah, tapi bila hujah dangkal mereka di patahkan, mereka akan gunakan kuasa untuk menukar penjawat awam tersebut kemana mereka suka. mereka berhujah seperti budak kecil bergaduh, lihatlah blog-blog mereka, hata seorang doktorpun berhujah seperti budak kecil yang hanya menunjukkan kedangkalan mereka. ini berlaku kerana kebenaran tidak boleh ditutup dengan apa cara sekalipun, akan terdapat ruang-ruang yang akan sentiasa terbuka untuk menunjukkan kebenaran.


biarkan dia terus membuat dosa...kerana dosa2 ygt dia buat itu akan membuat mak bapak dia yg dah mampos dlm kubor tu bertambah mendapat seksa dari malaikat zabaniah,krn mak bapak dia tak pandai mendidik anak......biar makbapak dia menjelanak dgn seksa kubor....teruskan dosa2 yg si sial tu lakukan...agar mak bapak dia yg dah mampos tu terus terseksa.....

Tindakan pemimpin Melayu macam sama dengan Yahudi

Posted: 05 Jun 2010 06:21 PM PDT

Kampung Baru bukan 40 peratus akan diberi kepada bukan Melayu, malahan 10 peratus sahaja yang dikekalkan untuk orang Melayu.

Mengapa tidak? orang Melayu tidak mampu membeli bangunan yang berharga puluhan juta nanti.

Pembangunan yang dlaksanakan nanti ialah secara pemgambilan balik hartanah kampung baru dan dimajukan oleh UDA konon.

Bayaran pampasan yang diperlehi oleh tanah dan bangunan yang diperolehi berjumlah sepuluh juta katakan.

dan Bangunan yang dibina nanti satu unit 8 atau 10 tingkat sudah tentu harganya lebih mahal.

Oleh itu orang Melayu hanya dapat membeli satu unit sahaja sedangkan hartanah yang diambil balik itu dapat dibina 10 unit.

manakala 9 unit pasti akan dibeli oleh orang bukan Melayu sepertimana yang telah, sedang dan kan berlaku di Kuala Lumpur.

Siapakah pemilik bangunan tinggi dan besar di Kuala Lumpur dan bandar bandaraya di seluruh negara sekarang. sudah tentu orang china yang menguasai ekonomi.

Bukan setakat dapat menguasa ekonomi negara dek jahatnya para pemimpin Melayu yang telah diberi amanah, malahan kuasa politik melayu sudah sekian lama terhakis.

Cuma perdana menteri dan timbalan perdana menteri sahaja yang dipegang oleh orang melayu.

Ini menunjukkan kuasa politik sudah berada ditangan orang bukan Melayu dengan arti kata mengikut terlunjuk orang bukan Melayu yang barangkali tidak lama lagi negara ini turut tergadai.

Ada yang sedeh dengan apa yang berlaku di palestin, tetapi bagaimana pula dengan apa yang berlaku dinegara ini yang barangkali orang Melayu yang dikatakan tak akan hilang dunia akan menjadi pelarian di negara sendiri.


Abdullah Ngah

HILANGNYA SEORANG ULAMAK TERSOHOR WALI NEGARA ACEH

Posted: 05 Jun 2010 06:07 PM PDT

Gerakan Islam kehilangan seorang ulamak tersohor selaku pemimpin dan tokoh pengasas Gerakan Islam iaitu , " Aceh Sumatra Liberation Front " yang juga dikenali sebagai GAM atau Gerakan Aceh Merdeka.

Perjuangan Gerakan Islam ( GAM) di iktiraf oleh PBB sebagai setaraf dengan PLO dan diberikan kerusi khas sebagaimana Crotia dan Bosnia Hezegovena.

Aceh adalah satu –satunya wilayah yang merdeka dan tiada pernah dijajah Belanda.

Justeru itu, GAM diiktiraf dunia sekaligus PBB kerna statusnya sebagai wilayah ( Negara) yang merdeka daripada mana-mana kuasa kolonial samada daripada luar maupun menerima kolonial lokal.Allahyarham telah suskses membentuk Kerajaan Buangan ( 'Exile Government" } di Sweden yang diiktiraf oleh dunia dan PBB.

Akhirnya, perjuangan GAM telah mencapai kejayaan apabila Aceh diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri ; yang mana proses transisinya sedang berjalan dengan baik dan lancar. Apalagi setelah Jakarta tiada lagi dikuasai oleh pemerintahan autokrasi regim Sukarno dan Suharto .Mempermudahkan lagi agenda perjuangan GAM. Jakarta sekarang dapat dilihat berlaku perubahan yang mengejutkan dunia . Iaitu , ke arah perdemokrasian dan keadilan sejagat. Bahkan, demokrasi di Indonesia boleh dilihat sepuluh kali ganda lebih baik daripada Malaysia dan kadeah 'Separation of Power" bisa dilihat sebagai cukup bagus sekali dan paling dekat dengan demokrasi berbanding dengan ISA dan 'legal System" di negara kita yang amat memalukan dunia. GAM membuktikan bahawa perjuangan Islam yang ikhlas dan benar bisa sukses , akhirnya , Alhamdulillah. Suatu iktibar dan inspirasi buat Pakatan Rakyat !

Demonstrasi aman besar-besaran berjalan secara aman dengan bantuan pihak kopolisian yang melaksanakan kebertanggungjawapan dengan bagus sekali dan menakjubkan dunia demokrasi ; Reformasi kedemokrasian yang berlaku di Indonesia. Bahkan bapak Presiden dan Timbalan Presiden pun, bisa dibawa ke muka pengadilan .Bukti, Doktrin Pemisahan Kuasa berjalan dengan lumayan.Malaysia?

Di Malaysia, skandal Pewaja Steel , satu Billion kerugian Bakun, lesapnya RM 52 Billion wang saham Bumputra, kerugian Forex perjudian Rosmahnajib sebanyak RM 32 Billion , PKRZ dan perbagai skandal lagi hanya menjadi lakunan Hindustani SPRM sahaja. Yang melucukan, subsidi dikira bisa bawa Negara bankrap bukannya skandal.-skandal yang berterusan berlaku dahulu sekarang dan selamanya oleh UBN.

Almarhum Dr. Tengku Muhammad Hassan Di Tiro telah kembali ke rahmatullah pada hari in bersamaan dengan tanggal 3 Jun, 2010. Allahyarham adalah Wali Negara yang pertama dalam Kerajaan Transisi kuasa autonomi sekaligus merupakan Penasihat kepada 'Speaker' Dewan dan selaku Penasihat dan Pemutus Dasar kepada perjalanan kerajaan dan Gabonor Aceh.

Takziah kepada seluruh warga Aceh-Sumatra. Marilah kita selaku anggota dan pendokong Gerakan Islam menunaikan 'Solat Ghaib" dan hadiahkan Al –Fatihah untuk Almarhum Dr. Tengku Hassan Di Tiro dan semuga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah subhanahu wata'ala.; dimasukkan didalam golongan orang yang mukmin dan beramal soleh.Al-Fatihah. Wassalaam.Salaam perjuangan." Allah Hu Akbar! "


DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

Posted: 05 Jun 2010 06:04 PM PDT

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam." – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan 'pernah' redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu)." (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka 'menderhaka' dan 'selalu menceroboh." (al-Maidah :78)

Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam kecuali pemimpin UMNO-APCO....!!!!!

Posted: 05 Jun 2010 05:53 PM PDT

Sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan.

Tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah 'binatang-binatang' yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

"Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah 'dajjal' yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.

Juga di jelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu,, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, di tegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

Oleh itu Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT

SIBUK BEREBUT HARTA PUSAKA ....EMPAYAR NAZA BAKAL RUNTUH.....

Posted: 05 Jun 2010 01:36 PM PDT



Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.

Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.

Di bawah undang-undang warisan Islam, harta si mati harus diagihkan dengan saksama sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satu konglomerat persendirian terbesar di negara ini.

Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.

Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.

Beliau dikatakan menerima sebanyak 18,000 AP setahun.

Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah di London dan Los Angeles.

Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

"Undang-undang harta pusaka Islam boleh didapati dalam al-Quran dan ia menentukan dan menetapkan bagaimana harta warisan seharusnya diagih-agihkan di kalangan anggota keluarga.

"Ia sangat jelas dan tiada sebarang isu melainkan pewaris sendiri bersetuju sebaliknya," kata beliau.

Di bawah peruntukan itu jelas beliau, anak lelaki akan memperoleh sebahagian besar harta peninggalan.

"Dalam keadaan normal, ibu bapa akan mendapat satu per enam harta, isteri atau isteri-isteri pula secara bersama akan memperoleh satu per lapan, anak-anak akan menerima dua bahagian manakala anak perempuan satu bahagian," kata Aziz.

"Ini adalah pembahagian asas dalam Islam selepas melunaskan (segala) hutang," katanya lagi.

Semalam, Rokiah dan lima anaknya memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26,

Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd,

Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan

Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.

Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.

Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Apa juga nilai bersih, ia akan dikira secara nisbah. Adalah jelas dan tiada persoalan walaupun ada wasiat.

"Melainkan kita hendak menghormati orang yang sudah meninggal dunia dan wasiatnya, maka setiap orang perlu bersetuju bahawa akan mematuhi wasiat yang telah dibuat," kata beliau sambil menambah, melainkan undang-undang harta pusaka akan mengatasi segala-galanya.

Bagaimanapun Aziz menekankan bahawa kedua-dua isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta pencarian.

"Ia tidak kisah, jika boleh dibuktikan bahawa perkahwinan mereka adalah sah, maka boleh memperoleh satu per lapan harta yang akan dikongsi oleh kedua-dua isteri," katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka boleh menuntut harta yang dikumpulkan sejak perkahwinan mereka.

Dalam keadaan sedemikian, jelas beliau, isteri pertama akan mendapat bahagian yang lebih besar berbanding isteri kedua, jika diambil kira tempoh perkahwinan mereka.

Kata beliau, tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pengagihan dibuat.

"Jadi tiada pembahagian secara automatik. Apakah yang anda akan menuntut? Berapa banyak yang anda akan tuntut? Dan, bagaimana anda akan membuktikan yang anda ada menyumbang kepada usaha pemerolehan aset.

"Anda ada hak tetapi anda kena membuktikan tuntutan anda," kata beliau.

Aziz mengakui menentukan nilai Empayar Naza akan menjadi satu tugas yang amat besar, khususnya bagi mendapatkan nilai sebenar konglomerat ini.

Mereka juga menuntut bayaran sementara berjumlah RM20 juta daripada Zaleha dan anak-anaknya menerusi Ekspedisi Nikmat dan baki tuntutan selepas perbicaraan kelak.

Anak kedua, Nasarudin enggan mengulas apabila dihubungi semalam. Nasimuddin memulakan perniagannya pada 1974 dan telah diberikan 18,000 AP setiap tahun untuk mengimport kereta.

Kumpulan Naza menjadi tumpuan apabila diberikan kawasan seluas 65 ekar, tanah milik kerajaan di kawasan Jalan Duta di sini, yang bernilai RM15 bilion tanpa melalui tender terbuka


Sebut Naza, teringat Rafidah, teringat juga isu AP

JANGAN DI TAJA UMNO-APCO SUDAH LAH....Lagi NGO Melayu bantah ‘halalkan’ judi sukan

Posted: 05 Jun 2010 01:04 PM PDT



Kepimpinan Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan dengan replika bola membantah keputusan melesenkan judi sukan di Kuala Lumpur

Tekanan agar kerajaan pusat menarik balik lesen judi bola sepak kelihatan meningkat dengan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menentang keputusan menghalalkan pertaruhan aktiviti sukan.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan yang mendakwa mempunyai 3,000 ahli di ibu negara mengumumkan protesnya pagi semalam

Pendirian itu dibuat kira-kira 3 jam sebelum Pemuda PAS bersama lebih 20 NGO termasuk sayap muda DAP bersiap sedia untuk melancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo di sini.

"Kami akan menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi secara tidak rasmi, apa yang baik untuk rakyat kami akan sokong...," kata Naib Yang Dipertuanya Mohd Zaini Anwar pada sidang media di sini pagi ini.

Terdahulu dalam teks yang dibacakan oleh Exconya, Mohamad Yusoff Yahya, Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik keputusan pengeluaran lesen terbabit dengan segera bagi menghindari kepincangan daripada terus berlaku dalam masyarakat.

"Hanya sumber pendapatan dan perolehan rezeki yang halal sahaja yang dapat memberkati urusan pentadbiran negara, apatah lagi Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh yang menjadi hab perdahangan halal dunia," katanya.

Pertubuhan itu menambah, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen judi bola sepak atau apa jua bentuk lesen judi oleh kerajaan kepada mana-mana syarikat termasuk Ascot Sports di bawah Kumpulan Berjaya daripada meneruskan aktiviti perjudian.

"Pertikaiannya di sini bukannya soal sama ada kegiatan judi haram yang berleluasa secara haram ini sukar dikawal atau tidak dapat dibendung tetapi soal kelemahan dalam aspek penguatkuasaannya... sama ada kita benar-benar mahu membanteras usaha tersebut atau sebaliknya," kata pertubuhan itu.

Pada sidang medianya barisan kepimpinan pertubuhan itu membawa dua replika bola yang dihiasi dengan imej aktiviti perjudian dan juga perkataan APCO yang dirujuk kepada isu firma khidmat runding APCO Worldwide.

"Sudah cukuplah pemberian pelbagai bentuk lesen judi seumpama ini diberikan kepada operator di kelab-kelab eksklusif seperti judi mesin slot, judi lumba kuda di merata tempat termasuklah kasino bertaraf dunia di pusat peranginan terkemuka di Banjaran Titiwangsa sehinggalah di atas kapal mewah yang saban hari berulang alik di sepanjang perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan," katanya lagi.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan berkata pihaknya juga mengambil kesempatan untuk mengecam sekeras-kerasnya tindak tanduk rejim Yahudi yang tidak berperikemanusiaan, yang terlalu berani bertindak seolah-olah mendapat "restu" daripada kuasa-kuasa besar.

"Maka di sini kami menyeru kerajaan agar jangan sama sekali terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana syarikat atau firma perunding yang berkaitan dengan Zionis termasuklah APCO dan Asiasoft, yang didalangi oleh kumpulan tertentu," kata pertubuhan itu yang turut menyebut senikata lirik "anak kecil main api" dan sajak "mencari damai abadi".

"Ingat bahawa negara Eropah seperti Greece pada hari ini menjadi muflis bukan angkara subsidi yang diberikan kepada rakyatnya, tetapi lebih menjurus soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaannya.

"Bezanya, Greece dengan Malaysia, kita kaya dan makmur dengan nikmat sumber alam semula jadi yang dikurniakan oleh Allah," katanya.

UMNO MEMANG BACUL ....JADI TALIBARUT YAHUDI....TU PASAL HANGAT HANGAT TAHI BABI TUNJUK PENENTANGAN TERHADAP YAHUDI....!!!!

Posted: 05 Jun 2010 12:51 PM PDT

kenapa dalam bab 'walimatul'urus', kita boleh bersatu, sama-sama makan, sama-sama meraikan majlis, sama-sama gelak ketawa, sama-sama berjabat tangan dan sama-sama 'memasang-badan' masing-masing dengan pakaian bergayanya?

Kenapa dalam menzahirkan kebencian kita kepada Yahudi, kita tidak boleh bersatu?

Kenapa Umno dan BN amat takut menunjuk2kan 'muka', kenapa tidak boleh bersama-sama dengan puluhan ribuan Pakatan Rakyat di atas satu nada dan satu tujuan?

Kenapa di satu dunia rakyat keluar menzahirkan kemarahan menandakan kebencian kepada keganasan Yahudi, Umno lebih kurang 200 orang amat 'menikus' tapi ber'apai-api' kononnya menentang regim zionis ini di Masjid Negara semalam?

Kenapa Umno serta rakan sekutunya dalam BN, bagaikan ibu ayam kehilangan telur, hanya bermundar-mandir setempat, amat takut keluar ke jalan raya secara aman memberitahu dunia, bahawa Malaysia menentang keras kezaliman zionis?


Kita hanya bermandikan peluh, rakyat Palestin bermandikan darah, ......itu pun susahke?

Tiada ulasan: